“Anak saya alahan!”
Jika si ibu memberitahu hal tersebut, ini bermakna anaknya sedang diserang alahan yang menunjukkan si kecil tidak sihat. Alahan ada banyak jenis cuma ia berbeza daripada segi tahap bahaya dan tanda-tandanya.
Setiap kanak-kanak biasanya mendapat jangkitan penyakit biasa di antara enam hingga lapan kali setahun. Selain daripada demam dan selesema, sakit yang dikategorikan sebagai penyakit biasa termasuk jangkitan telinga, tekak, mata, cirit-birit serta penyakit tangan, kaki dan mulut.
Di samping itu, anak turut terdedah kepada alahan yang mungkin disebabkan jenis makanan, cuaca dan persekitaran. Ia berlaku apabila sistem imunisasi badan menjadi terlalu sensitive kepada satu atau lebih bahan dalam persekitaran yang biasa dan tidak membahayakan.
Tetapi tahukah anda, alahan yang tidak terkawal boleh membunuh! Alahan rumah, pernafasan, makanan, serangga, kulit dan ubat adalah jenis-jenis alahan yang berlaku dalam persekitaran hidupnya. Bagaimanapun alahan ini melibatkan gejala-gejala daripada pendedahan allergen yang ringan seperti hidung dan mata berair, bersin dan gatal-gatal hingga ke tahap yang teruk iaitu sesak nafas, ruam, kejutan anafilaktik iaitu tindak balas alergik yang melampau hingga boleh mengancam nyawa.
Tindak balas kejutan anafilaktik boleh membahayakan nyawa. Ia bermula dalam masa beberapa saat ke minit selepas pendedahan kepada alahan. Tanda-tanda seperti tompokan merah yang timbul di hampir keseluruhan badan, kulit agak hangat apabila disentuh, kesukaran bernafas dan tekanan darah yang menjunam rendah boleh mengakibatkan pernafasan terhenti. 
Tanpa rawatan segera, jantung gagal berfungsi sehingga menjurus kepada kematian. Alahan daripada racun mahu pun suntikan ubat-ubatan cenderung menyebabkan anafilaktik berbanding alahan lain. Namun, ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan dan rawatan segera daripada doktor.
sumber pa n ma