Memaparkan catatan dengan label Vitamin C Dos Tinggi Bentuk Batu Karang?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitamin C Dos Tinggi Bentuk Batu Karang?. Papar semua catatan

Selasa, 10 Disember 2013

Vitamin C Dos Tinggi Bentuk Batu Karang?

Vitamin C dos tinggi bentuk batu karang?

SUATU ketika dahulu, penulis pernah bercadang untuk mengeluarkan produk dalam bentuk suplemen bertujuan membantu mencegah serta merawat arteri jantung tersumbat. Satu daripada bahan yang penulis akan masukkan ke dalam formula suplemen tersebut ialah vitamin C di mana dosnya adalah jauh lebih tinggi daripada biasa dicadangkan golongan doktor.

Seorang sahabat memperkenalkan kepada seorang doktor pengamal perubatan moden yang memang berminat untuk mengeluarkan produk suplemen. Namun ketika berbincang dengannya beliau terus menunjukkan rasa tidak puas hati kerana formula olahan penulis mengandungi paras vitamin C yang tinggi berbanding paras biasa yang beliau preskripsi kepada pesakitnya.

Dalam formula tersebut, penulis ada menyatakan paras vitamin C ialah 500 miligram (mg) untuk setiap kali makan.

Jika konsumer mengambil vitamin C bagi tiga kali sehari seperti dicadangkan ia berjumlah 1,500 mg sehari.

Doktor tersebut berkata bukan beliau sahaja tidak bersetuju dengan idea kandungan vitamin C dos tinggi tersebut namun ia berkemungkinan besar sukar untuk mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan.

Itulah usaha terakhir penulis dalam usaha cuba mendapatkan pelabur untuk projek pengeluaran suplemen mengandungi vitamin C dos tinggi. Sejak hari itu penulis memfokuskan usaha menyampaikan kearifan (ilmu) kepada orang ramai mengenai vitamin C dos tinggi banyak manfaatnya kepada kesihatan dan tidak mendatangkan kemudaratan.

Penulis sendiri biasa mengambil sehingga 3,000 mg sehari bagi memulihara kesihatan secara keseluruhan. Pada keadaan tertentu penulis mencadangkan penghidap flu di mana simptomnya lebih teruk daripada demam selesema agar mengambil antara 5,000 dan 7,000 mg sehari.

 Selain berfungsi sebagai antioksidan, bahan pembentukan kolagen dan membantu pelbagai proses metabolisme, vitamin C sebenarnya bersifat antivirus dan antibakteria!

Rawat flu

Bagi mereka yang mengambil suplemen antivirus dan perangsang sistem imun seperti echinacea atau neem mereka boleh mengurangkan dos pengambilan harian vitamin C di atas kepada separuh.

Beberapa suplemen yang berfungsi secara sinergi dengan vitamin C dos tinggi ketika seseorang mengalami flu ialah herba antivirus, suplemen Zink dan minyak hati ikan kod. Herba antivirus yang sesuai bagi membantu memendekkan tempoh flu ialah echinacea, neem, thyme, oregano, cengkih dan kayu manis.

Ramai doktor tidak setuju dengan pengambilan vitamin C dos tinggi kerana mereka percaya ia boleh menyebabkan pembentukan batu karang.
Sesungguhnya cadangan pengambilan vitamin C dos tinggi bukan sahaja dilakukan pakar perubatan alternatif yang arif, malah dipraktikkan doktor yang mempunyai latarbelakangkan ilmu perubatan moden.

Dr Ronald Hunninghake merupakan pakar yang menyuntik vitamin C kepada pesakit terutama yang menghidap kanser.

Dos minimum suntikan vitamin C menurut protokol Riordan IVC (intravenous vitamin C) ialah 15 gram. Riordan ialah nama keluarga bagi Dr Hugh Riordan iaitu seorang doktor di mana Dr Hunninghake mempelajari kaedah penggunaan vitamin C dos tinggi kepada pesakit kanser.

Pembaca harus ambil perhatian, artikel ini hanya menyampaikan maklumat mengenai penggunaan vitamin C dos tinggi. Ia memang bertentangan dengan amalan doktor konvensional.

Pembaca harus faham, sebarang jenis suntikan sama ada ubat atau suplemen hanya boleh dilakukan doktor perubatan moden bertauliah di mana pesakit perlu menjalani pemeriksaan paras kandungan sejenis protein bagi memastikan sama ada pesakit selamat disuntik atau tidak. Orang awam hanya boleh mengambil vitamin C dos tinggi secara oral (ditelan bersama air masak/mineral).  
   
Adakah pengambil vitamin C dos tinggi menyebabkan pembentukan batu karang? Pembentukan batu karanglah yang menyebabkan doktor bimbang apabila mendengar jika ada orang yang mengambil vitamin C dos tinggi. Pembaca yang ingin mengetahui mengenai fungsi dan kesan vitamin C sila lawati Linus Pauling Institute, Oregon State University di laman web http://lpi.oregonstate.edu/infocenter/vitamins/vitaminC/.
Kesimpulan daripada institut ini adalah “Vitamin C suplemen meningkatkan paras oksalat, bagaimanapun kaitan antara peningkatan oksalat dalam air kencing dengan peningkatan risiko batu karang masih tidak diketahui.”

Keputusan pelbagai kajian yang mengaitkan pengambilan vitamin C dan risiko batu karang adalah bercampur. Maksudnya terdapat kajian yang menunjukkan kaitan positif dan ada juga kajian yang menunjukkan kaitan sebaliknya (negatif).

Khasiat cuka epal

Sebuah kajian epidemiologi (sesetengah pakar tidak menerima pakai kajian jenis ini kerana ia tidak sejitu kajian intervensi sepertimana kajian double blind) iaitu kaji selidik terhadap sekumpulan lelaki dan sekumpulan wanita yang telah mengambil vitamin C dos tinggi dan rendah.

Sebuah kajian melibatkan 45,251 orang lelaki mengambil vitamin C selama 6 tahun manakala sebuah kajian lain melibatkan 85,557 orang wanita yang mengambil vitamin C selama 14 tahun. Golongan penyelidik mendapati mereka yang mengambil vitamin C lebih dari 1,500 miligram sehari tidak meningkatkan risiko batu karang.

Kedua-dua kajian dilakukan Curhan GC dibantu beberapa penyelidik lain dan masing-masing dilaporkan dalam  Journal of Urology (Jun 1996) dan Journal of American Spociety of Nephrology (April 1999).

Berdasarkan keputusan kajian yang mengaitkan pengambilan vitamin C dan risiko batu karang yang bercampur, maka Insitut Linus Pauling termasuk ramai saintis dan pakar perubatan moden mencadangkan agar orang ramai yang mudah mengalami pembentukan batu karang berasaskan oksalat agar menjauhi suplemen vitamin C.

Dr Hunninghake iaitu doktor yang biasa menyuntik vitamin C kepada pesakit kanser dipetik berkata, “Ia (vitamin C) adalah selamat.

Idea yang menyatakan vitamin C menyebabkan batu karang tidak dapat dibuktikan... terdapat beberapa kajian oleh ahli-ahli urologi yang mendapati vitamin C dos tinggi tidak menimbulkan masalah.”

Asid oksalik iaitu metabolit (produk yang terhasil apabila vitamin C menjalani metabolisme) vitamin C memang akan meningkat apabila seseorang mengambil vitamin C. Namun pembentukan batu karang berasaskan asid oksalik dan kalsium bergantung kepada pelbagai faktor.

Stres dan makanan tinggi protein dikatakan antara faktor yang mudah menyebabkan pembentukan batu karang. Sebarang penyakit atau keadaan yang menghalang penyerapan lemak oleh trek gastro usus juga dikatakan meningkatkan risiko batu karang jenis kalsium oksalat.

Jika anda mengalami batu karang atau mengambil vitamin C dos tinggi tetapi bimbang akan mengalami baru karang maka amalkanlah pengambilan cuka epal. Satu sudu besar diambil bersama setengah cawan air setiap pagi. Boleh juga diambil 1 - 2 dos sepanjang hari.

Mudah bukan?

Sebahagian besar pengamal perubatan moden dan pakar pemakanan konvensional tidak memberitahu anda tip ini kerana mereka tidak mempelajarinya.
sumber

untuk info Vitamin C Shaklee boleh klik je..

Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir