Memaparkan catatan dengan label Viral/Trending. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Viral/Trending. Papar semua catatan

Isnin, 4 April 2016

Kisah Yang Jadi Viral Di Facebook "CIKGU, MAK TIRI DAN AYAH SAYA DAH BERCERAI"..

Assalamualaikum..


Sedih pulak Saya baca kisah anak ni. Sedangkan anak2 kita hidup dengan segalanya ada tapi ada lagi yang masih merungut. Banyak lagi anak2 di luar sana yang masih hidup dalam serba kekurangan. 

Kisah ni di dikongsi di laman facebook, kemungkinan seorang cikgu kepada pelajar tersebut, Izz Nur Izdihar Ramlan, tentang kehidupan pelajar tersebut, dengan caption yang bebunyi.. "CIKGU, MAK TIRI DAN AYAH SAYA DAH BERCERAI". Sat ja dah jadi viral kat facebook..pakat share termasuklah Saya.

Jom baca :


"CIKGU, MAK TIRI DAN AYAH SAYA DAH BERCERAI".

Melihat dia melangkah masuk ke pagar asrama itu membuat aku berasa lega. Sekurang-kurangnya makan minumnya terjaga

Minggu lepas, ketika waktu NILAM di perpustakaan sekolah, dia datang dan duduk di sebelahku. 

"Cikgu, mak tiri dan ayah saya dah bercerai", katanya dengan wajah yang begitu ceria dan tersenyum. 

"Awak happy?", tanyaku. Dia mengangguk laju, senyum. 

"Oklah pergi buat NILAM dulu ya?", aku mengeluarkan arahan.

"Ok cikgu"...senyumnya sampai ke telinga!

Usai waktu NILAM, dia berjalan seiringku. 

"Cikgu, saya dah boleh masuk asramalah, dulu mak tiri tak bagi, sekarang dia dah takde". 

"Ok. Nanti awak pergi minta borang asrama dengan Cik Mie (penyelia asrama) di pejabat dia ya?", pintaku.

"Ok cikgu", dia jawab ringkas.

"Habis tu sekarang tinggal dengan siapa?", tanyaku

"Sorang-sorang", dia menjawab sambil senyum. Aku berhenti berjalan dan memandang mukanya. 

"Siapa sediakan makanan? Siapa kejut pergi sekolah? Siapa jaga kalau sakit??" Berjujuk-jujuk soalan dariku. 

"Sendiri", jawabnya lagi.

Allahu
Mataku berkaca.

"Cikgu, saya masuk kelas dulu tau, nanti lambat cikgu marah". Aku mengangguk perlahan.
***********************************

Anak ini namanya Aanas (bukan nama sebenar), 14 tahun. Fizikalnya kecil, memudahkan si tangan celaka itu menderanya. Pergerakannya terbatas. Saat anak sebayanya bermain di waktu petang, dia terkurung di rumah melakukan pelbagai kerja rumah. Pernah "dibahan" gara-gara pulang lewat dari sekolah kerana aktiviti ko-ko. Solat Jumaat juga dihalang pergi. Pernah dia dicekik separuh mati, dipukul, tampar, lempang itu sudah makanan hariannya. 

Ternyata "Bawang Putih Bawang Merah" itu bukan sekadar dongengan kan.

Aku kenal Aanas sejak tahun lepas, sewaktu mengajarnya subjek Sejarah. Ibu kandung dan ayah kandung bercerai. Adik beradik satu ibu satu ayah ada empat, dua bersama ibu dan dua bersama ayah. Sejak ayahnya berkahwin dengan ibu tiri, hidup anak ini penuh dengan siksaan.
Jarang-jarang Aanas makan ketika waktu rehat. Dia tidak di beri belanja oleh ibu tirinya. Jika aku terserempak dengannya, aku akan hulur duit kepadanya. Itu pun beberapa kali ditolak olehnya, dia segan barangkali. 

Tidak ramai yang tahu kisah anak ini di sekolah. Perwatakan yang ceria menyembunyikan derita hidupnya. Entah kenapa dia sering bercerita kepadaku tentang kisahnya walaupun aku tidak bertanya. Hampir setiap kali kelas Bahasa Melayu (tiga kali seminggu) ada sahaja cerita tentang hidupnya.

Anak ini sangat baik. Meski kurang dari segi akademik, dia tetap menghormati guru. Rajin membantu guru-guru walaupun guru yang tidak mengajarnya.
Ayahnya? Jarang-jarang pulang ke rumah lantaran kesibukan mencari nafkah buat dia enam beradik.

***********************************


"Cikgu, saya dah boleh masuk asrama Isnin depan, semalam Cik Mie bagitahu", Aanas membuka bicara sewaktu kelas KOMSAS.

"Peralatan asrama dah siap ke?, tanyaku.

"Kena bawak apa cikgu?", tanya dia dengan berkerut di dahi.

Aku mengambil sehelai kertas, dan menyenaraikan barang-barang keperluan asrama, lalu kuberi kepadanya.

"Erm, baju Melayu mesti tiga ke cikgu? Saya ada satu je".

Aku jawab pertanyaan dia, dengan pertanyaan aku, "baju raya tahun lepas takkan takde?"

"Dah lama takde baju raya cikgu", Aanas menjawab jujur. Aku tahan air mata.

"Takpelah, bawak je mana ada ya?", kataku.

"Baju sekolah pun tiga?", Aanas semakin gelisah. 

"Kamu ada berapa pasang baju sekolah?"

"Ni jelah satu. Pakai daripada Isnin sampai Jumaat", Aanas memegang kolar bajunya. 

Memang comot. Kotor. 

"Duit biasiswa mana?" aku cuba bertegas.

"Mak tiri ambik". Jawaban anak itu buat aku bernafas laju.

"Neraka punya mak tiri" bisik hati aku.
Aku bertanya lagi, "Isnin nanti datang asrama dengan apa?".

Lama dia termenung, "saya datang dengan basikal saya boleh tak cikgu?". Mukanya nampak sayu, seperti menahan tangis.

 Allahu...Empangan mata aku pecah!
"Ok semua, dah siap latihan cikgu bagi tadi?", sengaja aku bertanyakan kelas 2M5 tu tentang latihan yang baru beberapa minit aku beri. Aku berpaling ke arah papan putih. Malu kalau Aanas nampak air mata aku ni!

"Allahu. Anak. Bagaimana mungkin kau berbasikal dengan beg baju, baldi dan peralatan yang lain? Mana ayah kau. Mana saudara-saudara kau. Anak lain seumur kau masih dibelai dicium ibu ayah. Sedang kau sudah diuji dengan ujian yang tak padan dengan badan kau nak", aku berbisik di dalam hati. Benaran aku sedih!

***********************************


Wahai Anak.
Tatkala aku mengeluh makanan tidak sedap, engkau masih berfikir mahu makan apa hari ini?

Tika aku mengeluh pendingin hawa di bilik itu rosak, engkau setiap hari berpanas berhujan mengayuh basikal usangmu ke sekolah.

Sering juga aku mengeluh tiada baju baru untuk dipakai sedang engkau saban hari menggasak baju yang sama.

Apa aku layak untuk mendidik kau nak? Sabar kau menggunung. Semangat kau tinggi melangit. Akhlak kau begitu indah.

Allahu. Kau hantar anak ini sebagai tarbiah buat aku. Ampuni aku yang jarang-jarang mengucap syukur atas nikmatmu ya Rabb.

Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakabar...

Anak..
Kita ini biar miskin harta
Jangan miskin akhlak

Biar kurang pandai
Jangan kurang ajar

Biar terlebih adab
Jangan terlebih biadab.

Semoga kau membesar menjadi seorang insan berguna. Dijauhkan daripada anasir jahat. Dipelihara Allah sepanjang masa. 

Tuhan, jaga dia untukku. Aamiin.

Izz Nur Izdihar Ramlan,

bertabahlah wahai anak ..semoga 1 hari nnti kamu menjadi insan yg berguna dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat..
- Mummy Ira -

Rabu, 6 Januari 2016

Kesabaran Cikgu Melayan Karenah Pelajar Baru Pada Hari Pertama Persekolahan

Assalamualaikum..


Sapa kata mak bapak ja yang kelam kabut pada awai tahun mulanya sekolah.  Cikgu pun kelam kabut jugak..tambah kelam kabut bila nak handel student  yang baru mula belajar untuk tahun 1 . Macam2 karenah. Bukan sorang 2 .. ramaii.  So..sabar bebanyaklah wahai cikgu cikgu semua.



First day of school.

Saya perhati dan melihat kesabaran cikgu darjah satu.

Dengan pressure dari parents yg berdiri di luar kelas..semua demand perhatian utk anak mereka.

Paperwork yg banyak walaupun sepatutnya settle di hari orientasi.
Budak yang macam-macam kerenah.
Budak nervous...sampai nama sendiri pun tak ingat.

Cikgu tanya "siapa namanya saya BELUM panggil?" Yang menyahut "nama saya sudah cikgu" 
bertalu2. Yang belum panggil blur - tak jawab sampai ke sudah....

Cikgu kata " bila saya sebut nama - angkat tangan" . Bila sebut nama...budak datang ke depan. Dan ada yang dah lupa nama sendiri..

Cikgu kata "semua duduk". Ada je yang bangun berjalan.

Yang menangis di tengah kelas..gayut kat kaki mak..em

Ada budak dah masuk kelas lain. Muka selamba je..padahal bag dah letak kelas lain. Cikgu cari..dia dah lupa nama sendiri.

Ada yang tak tahu nama sendiri sebab kat rumah mak panggil "adik". Kat tadika cikgu panggil "john". Bila pulak nama saya muhammad khairul iskandar pallavi omar mokhtar......penat cikgu seru 15 kali.

Cikgunya pulak pakai baju kurung sutera..kasut tinggi dan selendang lilit2 pin kiri-kanan belok atas .twist ...inner ninja yang matching....brooch goyang2. Hujung hari dah senget semua. Berpeluh2 cikgu nak tawaf kelas, bawak budak gi toilet, hantar budak sesat. Kena marah parent. Nak susun file.

Sabar ye cikgu....anda menyumbang kepada masa depan negara. Terimakasih cikgu.

*pemerhatian saya sebagai ibu ketika hantar 5 anak ke darjah satu sejak tahun 2003.....tidak directed kepada mana-mana guru atau murid.

** mak2 pastikan anak anda ingat nama sendiri ye..


#inamunawwarah
kredit fb Haslina Ali

- Mummy Ira -

Ahad, 27 Disember 2015

'Terima Kasih Ya Allah Kurniakan Bidadari Yang Amat Kucintai' - Ustaz Ebit Lew

Assalamualaikum..


Ebit Lew


" Terima kasih ya Allah kurniakan bidadari yang amat kucintai. Betapa hati ini mencintai dan menyayangimu. Dari hari pertama berkenalan dan berkahwin sudi berkorban buat suami. Sudi menerima suami yang miskin, gaji kecil, sanggup jual emas dan habiskan duit buat suami. Rumah tiada, kereta tiada, simpanan bank langsung tiada. 

Tidak pernah minta apa-apa untuk diri. Tak pernah merungut. Tak pernah menuntut. Tak pernah susahkan hati suami walaupun sedikit..Ya Allah terima kasih atas pemberian bidadariku ini. Takper abang, kita ada Allah. Bila suami kehilangan pekerjaan terus beri semangat. Peluk suami. Senyum dan kata takper abangkan selalu cakap kita ada Allah. Allah jaga orang jaga agama. Abang kuat berusaha. Rajin berusaha. Jaga agama pasti Allah bantu..

 

Terima kaseh sayang. Sanggup berulang alik jauh-jauh bawa anak kecil menjaga dan menziarahi ibu saya yang tercinta. Tak pernah berkira langsung. Tak pernah melawan. Melihatnya menyejukkan hati. Ya Allah.. betapa sayang pada ibubapa mertuanya...

Sayang selalu kata kita bukan hidup untuk dunia. Kita hidup untuk Allah. Redha Allah. Sanggup berhenti kerja setelah belajar begitu lama. Demi menjaga anak-anak dan demi suami untuk Redha Allah..ya Allah...

Berusaha menjaga aurat walau di hospital dan bersalin. Menangis dalam menjaga hukum Allah. Kerana cinta. Separuh mati bersalin melahirkan 4 orang anak. Berkali-kali jatuh cinta. Ya Allah betapa susah dan sakitnya bersalin. Sayang...sayang...sayang kerana Allah...

Sayang, terima kaseh kerana memahami tujuan hidup ini yang sebenar redha Allah. Mengubah gaya hidup dan korbankan segala keinginan dalam berusaha membawa sunnah Nabi saw yang kita cintai..

Setiap malam hidupkan Al-Quran dan Ta'lim dalam rumah bersama anak-anak walaupun suami berjauhan. Mak saya selalu pesan jagalah isteri ini dengan baik kerana dia wanita yang taat dan baik. Mak pesan jaga hati wanita dalam hidupmu pasti berkat dan bahagia hidupmu. Rasul saw manusia paling baik dalam melayan ahli keluarganya.

Ya Allah betapa hati ini sayang padanya. Redhalah pada isteriku ini. Sayangilah beliau dan pertemukan kami semua dapat bercinta sehingga dalam syurga. Saling duduk berhadapan dan bertentang mata dalam syurga dengan cinta dan sayang. 

Ya Allah temukan kami dengan ibubapa dan ibubapa mertua serta semua adik beradik serta anak-anak dalam syurga firdaus. Ya Allah jadikanlah setiap hari dan waktu dalam hidup kami asbab kami semakin dicintaiMu dan asbab hidayah buat 7 bilion manusia hari ini sehingga kiamat dan keampunan buat orang yang telah meninggalkan kami-

Ya Rasullullah saw yang teramat kami cintai, sayangi, rindui. Kami akan terus berjuang sampai dapat bertemu dan mengungkapkan rasa rindu dan cinta ini. Wahai Ummul Mukminin Khadijah ra, semoga Allah temukan isteriku dan ibuku denganmu..wanita yang berjuang sehingga nafas terakhir dalam hidupnya tanpa ada ruang kesenangan lagi tanpa mengeluh. Semuanya demi suami dan kerana Allah, demi Redhanya-ebit lew "

Kalau ada yang tak kenal..Ustaz Ebit Lew  merupakan Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan & Penceramah Motivasi.

Sumber: Fb Ebit Lew