Memaparkan catatan dengan label VITAMIN-SEMBELIT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label VITAMIN-SEMBELIT. Papar semua catatan

Khamis, 9 Januari 2014

Masalah Sembelit (Constipation) & Cegah Dengan Shaklee

Definisi sembelit
Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengeran (straining), sakit sewaktu buang air, dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering. Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.





Gambar menunjukkan udara (dalam bulatan)dalam usus yang terkumpul akibat tidak dapat keluar daripada usus. Pengumpulan gas ini adalah akibat daripada najis tidak dapat keluar dariapada usus. Ketegangan pada usus ini seterusnya menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa


Secara umumnya, masalah sembelit adalah berpunca daripada kurangnya minum air. Kuantiti air yang perlu diminum oleh setiap individu dewasa ialah sebanya 2.5 liter air sehari. Kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir).

Kurang memakan makanan pelawas seperti sayuran dan buah buahan juga menyumbang kepada berlakunya masalah sembelit. Pelawas (fiber) adalah bahagian serat pada buah buahan dan sayur sayuran yang tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum).

Bersukan juga tidak kurang pentingnya bagi mengelakkan masalah sembelit. Hal ini mungkin kerana dengan bersukan, pergerakan najis keluar dari usus menjadi lebih cepat.

Terdapat segolongan masyarakat yang menghidap masalah usus sensitif (Irritable bowel syndrome) yang menyebabkan berlakunya masalah sembelit dan cirit birit yang silih berganti dan masalah ini berlaku dalam tempoh yang panjang (penyakit kronik). Dikatakan penyakit ini adalah berpunca daripada jangkitan usus oleh bakteria, menyebabkan usus menghadapi trauma, menyebabkan ia berada dalam keadaan sensitif selepas sembuh daripada jangkitan tersebut.

Umur yang lanjut juga merupakan faktor berlakunya masalah sembelit. Selain itu, pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan biasanya mempunyai usus yang kurang aktif dan sakit dan ini boleh menyebabkan masalah sembelit. Tandas yang jauh dari rumah (tandas kampung) menyebabkan seseorang itu takut untuk keluar malam untuk buang air, juga walaupun nampak remeh, menyebabkan masalah sembelit.

Selain masalah masalah umum yang biasa kita jumpa di atas, terdapat masalah masalah lain yang lebih serius yang boleh membawa kepada masalah sembelit. Antaranya ialah:

  • Luka pada lubang dubur.
  • Rektum runtuh
  • Terdapatnya kanser pada rektum
  • Ulser pada lapisan dinding usus (mukosa)
  • Radang usus besar Ulcerative colitis dan Crohn's disease (mereka juga membawa kepada masalah cirit birit)
  • Radang divertikulum
Perubahan metabolik badan juga boleh menyebabkan sembelit:
  • Paras kalsium tinggi dalam darah
  • Paras kalium rendah dalam darah
  • Paras hormon thyroid yang rendah dalam darah
  • Penyakit porphyria (kandungan porphyrin yang tinggi dalam darah) - menyebabkan muntah dan sembelit
  • Keracunan oleh plumbum.
Antara ubat ubatan yang boleh menyebabkan masalah sembelit ialah:
  • Antasid yang mengandungi unsur Aluminium (biasanya AlOH3)
  • Ubat tahan sakit jenis opioid atau ubat batuk
  • Pil zat besi
  • Ubat penggalak kencing seperti Furosemide yang mengurangkan paras kalium dalam darah
  • Anticholinergics
  • Calcium channel blockers (ubat yang mengurangkan fungsi otot lembut seperti di salur darah dan usus)
Masalah pada saraf juga boleh menyebabkan sembelit. Antaranya termasuk:
  • Kecederaan pada tulang belakang atau pada saraf periferi
  • Penyakit usus akhir besar (mega-kolon, Hirschsprung)
  • Systemic Sclerosis (CREST) C untuk Calcinosis, C untuk Constipation
  • Penyakit neuropati (sakit saraf) akibat kencing manis, menjejaskan saraf autonomi yang mengawal aktiviti usus.
Rawatan
Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh individu yang menghadapi sembelit untuk menyelesaikan masalah mereka?

Untuk menyelesaikan masalah ini, pesakit perlu memastikan mereka mengambil air dengan secukupnya, 2.5 liter sehari, bersukan, makan sayuran dan buahan. Pesakit juga perlu mengelakkan stres kerana stres merupakan satu faktor yang menyebabkan sembelit.

Ubat ubatan juga boleh didapatkan di farmasi dengan dan tanpa preskripsi dari doktor. Antara ubat ubat penting termasuk:


- Agen yang dapat membanyakkan kuantiti najis (bulking agent) agar memudahkan pergerakan najis keluar dari hujung usus (rektum). Ini termasuk:
  • Methylcellulose (Celevac)
  • Fybogel
- Julap
  • Julap semulajadi seperti Senna
  • Julap semulajadi Aloe vera
  • Julap Bisacodyl
  • Sodium picosulfate
- Pelembut najis
  • Paraffin cecair
  • Minyak arachis
- Julap osmotik
  • Glykogen pada akhir usus besar (rektum)
  • Laktulosa (gula ringkas ini tidak dapat dicernakan badan dan ia dapat membantu mengurangkan bakteria yang menghasilkan amonia, seterusnya amat baik bagi merawat penyakit encephalopathy).
sumber
----------------------------------------------------------
Selain tu dengan pengambilan supplement tambahan juga baik untuk sembelit. Shaklee juga mempunyai vitamin yang sesuai untuk sembelit & tips cegah sembelit

Supplement Shaklee yang sesuai untuk mengelakkan dan merawat sembelit ialah:-

Mengandungi Magnesium iaitu mineral yang bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan.

Herb Lax mengandungi herba-herba termasuk senna yang digunakan zaman berzaman sebagai bahan laksatif yang sesuai untuk detox usus. Pengambilan Herb-Lax juga digalakkan sebelum mengambil apa-apa supplement bagi memastikan usus bersih untuk penyerapan nutrien yang lebih baik.

Sekiranya anda mengalami masalah pembuangan,sila berjumpa dengan doktor. jangan dibiarkan ia terus melarat hingga terjadinya penyakit yang lain pula.



 
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA   khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration