Memaparkan catatan dengan label VITAMIN IBU HAMIL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label VITAMIN IBU HAMIL. Papar semua catatan

Rabu, 21 Ogos 2013

Pregnancy - Panduan Makan Vitamin Untuk Ibu Hamil


Vitamin-vitamin yang diambil ketika hamil 
  • VItalea (lengkap dengan zat besi)...1-2 biji sehari
  • Vitamin C -..1 biji
  • B Complex (lengkap dengan asid folik) ..1-2 biji sehari
  • Ostematrik (kalsium, magnesium dan vitamin D) ..2-4 biji sehari
  • Omega Guard (asid lemak penting, DHA) 1 biji sehari
  • ESP (protein)..1 sudu besar 1-2 kali sehari dgn 1 gelas air suam


Panduan makan vitamin Shaklee untuk ibu hamil (Panduan Am)


Vitalea - 1 ke 2 biji sehari


Vitalea adalah multivitamin jadi ibu-ibu tidak perlu mengambil multivitamin prenatalyang lain. Dilengkapi dengan zat besi dan juga 200 mg asid folik Ibu hamil yang mengalami anaemia, pening atau mudah pitam amalkan secara konsisten untuk kesihatan yang lebih baik (inshaALLAH). Wanita hamil yang mengalami masalah Hb rendah juga digalakkan mengambil Vitalea ini.

Anaemia amat berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin, oleh itu pastikan pencegahan awal dilakukan.

B Complex - 1 ke 2 biji sehari


B Complex yang lengkap dengan asid folik dan biotin (sumber b yang mahal harganya). Asid folik mustahak untuk membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Pengambilan asid folik adalah sekurang-kurangnya 400 mg sehari (2 biji b complex ATAU 1 biji b complex + 1 biji Vitalea). 

Vitamin C - 1 biji sehari


Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel  tisu dalam badan. Ia juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.Vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan (immune booster). Selain daripada itu, vitamin C penting untuk kadar serapan zat besi yang optimadalam tubuh kita.

Ostematrix - 2-4 biji sehari


Wanita hamil memerlukan kalsium sekitar 1000 mg ke 1300 mg sehari. Istimewanya Ostematrix kerana ia ia bukan sahaja kalsium, malahan lengkap dengan magnesium dan vitamin D (bantu penyerapan). 1 biji Ostematrix mempunyai 250 mg  kalsium. Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang lalu menguatkannya, manakala vitamin D pula meransang penyerapan kalsium. 

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi wanita hamil pula, ia penting untuk ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil. Kalsium juga penting untukdenyutan jantung  dan tekanan darah yang stabil. Kalsium yang cukup ketika hamil amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan 'menarik' kalsium daripada ibunya, yang mana akan memberi kesan kepada ibu hamil seperti osteoporosis di kemudian hari.

Omega Guard - 1 biji sehari


Pengambilan Omega Guard Shaklee disarankan bermula pada trimester kedua dan ketiga. 

Penting untuk membantu pembentukan otak bayi daripada peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk otak dan mata bayi. Juga membantu mengawal kadar kolestrol dalam badan wanita hamil. 

ESP - 1 sudu besar sehari


Protein sangat penting untuk membina, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan hormon dalam tubuh. Protein juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang baik dan berkualiti penting untuk kesihatan keseluruhan yang baik, kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak sihat. Bagi wanita hamil, pengambilan ESP membantu memberi tenagaterutamanya ketika mengalami alahan (kurang/tak lalu makan). 

Selain daripada itu, protein ESP ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ-organ bayi. 

Panduan makan yang sediakan di atas adalah umum. Anda perlulah mendapatkan jadual makan yang sesuai dengan keperluan diri sendiri

-----------------------------------
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA   khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :

Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration