Memaparkan catatan dengan label Trip/Holiday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Trip/Holiday. Papar semua catatan

Khamis, 26 Januari 2017

Bercuti di Salak Denai, Singgah Makan Mee Udang Ombak Lara

Assalamualaikum

Baru-baru ni Saya dan family sebelah Cik Husband sempat bercuti di chalet Salak Denai, Yan. Ni percutian kali 3 Saya ke situ. 
Kali pertama pi tahun 2012, kembar baby lagi dok kat chalet Siti Fatimah
Kali ke 2 tahun 2014, kembar besar sikitt kami dok kat chalet Siti Aminah
Kali ni pi dok kat chalet Siti Saffiyah.


Ikutkan area tu ada lagi chalet macam Salak Denai ni. Mungkin dah selalu ke sini. Kami pilih yang ni. Macam biasa la, kena booking awai..kalau tak penuh. Ikut plan kami semua pi tidur semalam kat sana tapi Cik Husband pulak ada kerja. Makanya family yang lain tidur kat sana, kami pi ja keesokkan harinya. Kira pi pagi balik petang la.

Ok jugak dok kat chalet Siti Saffiyah ni. Kalau ada yang tau konsep chalet ni 1 rumah 1 kolam..tapi ada jugak chalet yg 2 kolam..1 kolam kanak2 dan 1 kolam dewasa.  Macam chalet yang kami dok ni.. setengah hari 200..kalau 1 hari 1mlm 300..dengan harga tu..ada 2 bilik aircond..1 bilik kosong..2 katil queen size..3 tilam single tambahan..3 bilik air ( 2 dalam bilik, 1 kat luar)..dapoq masak..peti ais..cerek letrik..tv..tempat bbq..kolam kanak2 & dewasa. Kira berbaloi dengan harga dia.








Saya pi 1 hari pun kira kira selesa la jugak..cuma yang kena jaga2 sikit tu kalau kita bawak budak kecik tu kena perati sama la..dah ada kolam jangan ralit. Bawak la siap2 barang yang kita nak bawak..macam perkakas masak rice cooker ka, arang untuk bbq, pinggan mangkuk gelas pakai buang senang, ikut la nak bawak apa pun. Saya siap bawak mop cuma terlupa bawak penyapu tolak ayaq tu. Bukan apa..meja makan tu dekat dengan kolam..pakat naik turun kan dah basah lantai..takkan nak bagi basah lantai tu.  Tolak la ayaq sekali sekala. Tapi ikut la..kalau nak bawak..bawak.. tak nak sudah.  Balik pun kat pukul 5 dah..sebabnya check out pun pukul 5.







Dalam otw balik tu kami singgah pi makan mee udang. Kalau tengok dalam fb ni..rasanya Yan glamer dengan mee udang tapi selama Saya yang dok dekat dengan Yan ni..tak pernah sekali pun pi makan mee udang. Ni dah BIL ajak singgah..pi ja lah nak rasa sedap ke tak. Kami singgah kat ‘Ombak Lara Mee Udang, Kuala Dulang Kechil’. Tepi laut tempat nelayan turun ke laut. Tudia nama kedai pun dah sedap. Rasanya ada banyak menu kat situ, tapi tujuan tu nak pi makan mee udang, oder menu tu. Macam Haziq oder nasi goreng udang. Apa yang specialnya..yang specialnya menu tu ada udang banyak, besar, manis dan fresh. Sedap jugak. Kira berbaloi la makan kat situ.







Ok..Saya pun tak tau nak cerita apa dah..yang tu ja la kot. Kalau ada yang nak tau info pasai chalet Salak Denai & Mee Udang ni boleh terus cari kat facebook naa..babai..

- Mummy Ira -

Ahad, 18 Januari 2015

Jalan Jalan Family Day JLKC ALZA ke Gua Kelam, Perlis

Assalamualaikum..

Hari ni hari Ahad..public holiday untuk Kedah pasai harijadi Sultan Kedah. So..ke mana kita..jalan jalan la jawabnya..alkisahnya..hari ni ikut konvoi MAOC..family day JLKC ALZA ke Gua Kelam, Perlis. Actually kena berkumpul awal..dalam pukul 8.00pg..tapi besa la kan..budak2 ni nak bangun pun susah..nak tunggu depa siap lagi..pukul 9:00 baru keluar..

Perjalanan tu sekurangnya 2 jam lebih..biasa la konvoi ramai2 ni..buan boleh bawak laju2..bahaya..ada marshall yang jaga sepanjang konvoi ni..marshall ni geng alza jugak..sampai sana dok kat Jabatan Perhutanan Negeri Perlis...ada tempat rehat..ada toilet..surau n ruang  makan..dan yang best tepi sungai.. Ikutkan ada yang bawak makan..tapi lebih kepada buat barbeque..bakaq ayam..sotong Sedap laaa..

Aktiviti tu pakat bagi anak mandi laa. Seronok tengok anak2 mandi..bukan senang nak bawak depa jalan..ni dah ada peluang bagi mandi puas2..tapi air sejuk tak boleh mandi lama..tak tahan..Kat sebelah dewan ni ada cam sungai..mai dari air terjun la.. tapi kalau nak lagi best kena masuk sampai ke dalam..ni kat luar ja..kalau masuk sampai dalam bukan setakat boleh lawat gua..tapi boleh mandi skali .
Balik pun kat pukul 3 ptg..tak boleh lama2 coz husband keja shif malam..nak masuk Gua Kelam pun tak sempat..maybe len kali..Balik tu letih tapi happy coz anak2 happy..
 

- Mummy Ira -

Khamis, 11 Disember 2014

Jalan Jalan Kelana Jaya ( Tugu Negara n Playground ) Part 2

Assalamualaikum

Hari ni hari Khamis..hari cuti untuk warga Selangor sebabnya hari keputraan Sultan Selangor. So pakat cuti termasuk la MY SIS n MY BIL. Plan jalan2 tu ke Tugu Negara n pusing2 ja kawasan tu.

Dah pusing Tugu negara, snap pic sikit2..MY BIL bawak pusing2 area tu. Ibarat naik bus kecik yang dalam zoo tu..pusing ja kawasan tu tpi x snap pic pun..ada Taman Burung..Taman Botani..Muzium Kesenian Islam dan banyak lagi.

Yang paling best bila kami singgah kat playground..ibarat 'syurga dunia' untuk budak2..termasuk la anak2 saya. Main tu tak berjalan dah pakai lari ja. Banyak pilihan mainan kat situ..naik ja tak payah nak berebut. Dah lama main kat situ masa untuk balik dan cari makan.

 Zulaikha, Hadif, Hazim, Abg Haziq n Humaira

Tugu Negara

 Siti Zulaikha
 Siti Humaira

 besaq juhak kawasan playground ni n banyak choice

Kira puas abes dapat main playground ni

- Mummy Ira -

Ahad, 30 November 2014

Jalan Jalan Teluk Senangin Lumut Perak ( YeoB Bay Hotel & Resort) part 2

Assalamualaikum..

Susah jugak nak cari hotel or resort masa cuti sekolah ni. Ada tu ada tapi nak cari dengan bajet yg kita ada tu susah sikit. Banyak yang ada pun yang mahal sikitt. Ikutkan saya pun tak tau pasai Hotel ni. Ada member yang bgi info so telefon n terus booking. Takut tak dak kosong susah jugak.

Dapat la kat YeoB Bay Hotel & Resort. Tu pun nak penuh jugak. Harga untuk semalam pun kira boleh la tahan. Yeob Bay ni area Teluk Senangin satu jalan dengan Hotel Swiss tapi Yeob Bay ni masuk ke dalam lagi. Kalau sapa tak tau guna ja GPS..Hotel ni pun ok. Bilik macam di pecah 2. Kalau tak 1 bilik ada 2 katil ni sambung dengan bilik sebelah ada 4 katil. Tak payah nak berebut.

Serba sikit Info tentang Yeob Bay Hotel&Resort ni..

Terletak di tepi pesisir pantai Teluk Senangin, kira-kira 20 kilometer dari Lumut Perak, yang masih tidak terusik dengan skala pembangunan besar, kedudukannya menghadap Pulau Pangkor turut menjanjikan pemandangan menarik saujana mata memandang. Menikmati deruan ombak dan hembusan angin pantai akan lebih bermakna jika anda turut menikmati kemudahan barbeku pada waktu malam yang ditawarkan oleh pihak hotel di ruang kafe terbuka dengan hanya RM30 seorang. Restorannya yang dibuka dari pukul 7 pagi sehingga 10 malam pula menawarkan menu masakan Melayu dan Barat 

Yeob Bay Hotel & Resort
Lot 6606, Teluk Senangin, Lumut, Pangkor, Malaysia
03 - 4252 6535
03 - 4252 9535


disediakan juga lot parking 
 bahagian kaunter- credit agoda.com
 
dapat bilik yang nampak laut 

 ni yang sebelah 1 bilik ada 2 katil

 ni yang lagi sebelah bilik

 kena berhati2 sikit tang balkoni takut ank2 kecik panjat

 

area untuk iron baju

 ni tempat makan bahagian luar
 
  
bahagian kaunter- credit agoda.com
 
Ni je la pic yang sempat saya snap. Kira ok la Yeob Bay hotel & Resort ni, sebabnya bilik pun selesa dan ada sekali dengan tempat makan. Tak payah susah2 nak pegi beli kat luar. 

- Mummy Ira -