Memaparkan catatan dengan label Tips/Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips/Petua. Papar semua catatan

Jumaat, 9 September 2016

Cara Simpan Madu Asli Agar Tahan Lama

Assalamualaikum..

"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dlmnya terdpt ubat yg menyembuhkan bg manusia. Sesungguhnya pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi yg memikirkan"


Madu merupakan salah satu bahan alami yang kaya dengan khasiat dan nutrisi untuk kesihatan serta dunia kecantikan. Ya, salah satu ubat yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

Tapi sayangnya kalau anda tidak boleh membezakan dengan baik antara madu asli dan buatan. Untuk madu asli, boleh bertahan sehingga bertahun-tahun dan nutrisinya tak akan pernah 'ghaib'.

Apalagi, jika kalau anda menyimpan madu tersebut dengan cara yang betul. Jom semak cara menyimpan madu asli agar tahan lama dan nutrisinya tak pernah hilang...

1. Simpan Madu di Tempat Tertutup
Pastikan menyimpan madu di tempat yang tertutup dan bersih macam botol. Ini boleh buat madu tahan lama dan nutrisi tetap bagus. Menyimpan madu di tempat terbuka akan buat madu jadi cair, mudah dihinggap lalat atau serangga.

2. Simpan di Tempat Yang Tidak Terkena Sinar Matahari
Pastikan madu disimpan di tempat yang tidak terkena sinar matahari. Bukan hanya membuat nutrisi makin berkurang, malah madu yang disimpan di tempat yang terkena sinar matahari akan membuat warna madu menjadi lebih hitam dan tidak menarik.

3. Jangan Simpan Madu Dalam Bekas Logam
Simpan madu di dalam bekas yang terbuat daripada kaca atau plastik. Ingat ya, jangan sekali menyimpan madu di dalam bekas dari logam kerana madu akan cepat rosak dan berubah menjadi racun sebab zat kimia berbahaya pada logam akan 'bersatu' dengan madu. Nak makan pun, jangan guna sudu besi ya! Hilang khasiatnya....

4. Bekas Bersih dan Kering
Satu titis air saja boleh membuat madu mudah rosak dan berbisa. Jadi simpanlah madu dalam bekas kering dan bersih.

Wanita, itulah cara paling mudah menyimpan madu agar tahan lama. Semoga cara ini bermanfaat dan madu yang anda simpan di rumah boleh tahan lama serta terjaga nutrisinya

mingguan wanita

- Mummy Ira -

Khamis, 8 September 2016

Cara Nak 'Ajar' Orang Yang Suka Berhutang

Assalamualaikum..

google

Ada sesetengah orang, tanpa segan silu merayu nak pinjam duit. Tambah pula sanak saudara sendiri, nak tak nak kena hulur juga. Kalau sampai waktunya diri sendiri perlukan duit, tetapi orang liat nak bayar. Ini boleh jadi perang!

Bagi mengelakkan situasi jadi 'dingin', ramai yang pejam mata dan anggap saja sedekah. Namun sampai bila sanggup bertahan apabila si penghutang tidak pernah faham situasi kita dan asyik mengadu kesusahannya tanpa memikirkan kita juga punya masalah. Memang buat kita jadi serba salah.

Eloklah sebelum bagi pinjam duit, anda ikut tip ini...

1. Kenal dengan saudara
Ini bermaksud anda kenal karakter dia terhadap hutang.  Adakah dia jenis yang mudah membayar balik hutang dengan cepat atau sebaliknya. Kalau jenis liat carilah alasan paling baik untuk menolak permintaannya.

2. Bersedia untuk ‘hilang’ duit
Apabila anda sudah kenal karakter si penghutang, ada kala anda tidak sampai hati untuk menolak permintaannya. Lebih-lebih lagi kalau dia benar-benar susah. Jadi beri pinjam duit sekadar yang anda sanggup kalau ia burn atau tidak dibayar balik. Contoh, mahu pinjam Rm2000, tapi anda beri RM500 sahaja.

3. Ambil tahu tujuan peminjam
Andai dia pinjam untuk tujuan kecemasan, anda wajar pertimbangkannya. Tetapi andai disalahgunakan, tak perlu gigih nak beri lagi selepas ini!

4. Ada ‘hitam putih’
Andai jumlah wang yang dipinjam besar, sebaik-baiknya ada perjanjian hitam putih supaya lebih mudah untuk anda menuntut kembali wang tersebut.


mingguan wanita

Selasa, 16 Ogos 2016

Tip Memilih Kaca Mata Hitam

Assalamualaikum..

Kaca mata hitam adalah alat pelindung mata yang digunakan secara meluas oleh ramai orang untuk mengelakkan cahaya yang kuat dari memasuki mata. Kaca mata hitam juga merupakan alat bantuan visual yang menggabungkan kanta berwarna, polarisasi, penghalang sinar (ultraviolet-UV)) dan silau. Selain fungsinya yang memberi perlindungan, kaca mata hitam terkenal sebagai satu fesyen dan menjadikan si pemakai nampak lebih bergaya.

Pada waktu siang terutama antara lewat pagi sehingga petang, cahaya matahari menjadi sangat terang dan ketara. Ini menyebabkan mata berasa tidak selesa. Individu terdedah kepada lebih cahaya semasa melakukan aktiviti luar seperti berenang, memancing atau berkebun berbanding aktiviti di dalam bangunan. Sebagai langkah pencegahan terhadap cahaya matahari yang keterlaluan, kaca mata hitam disyorkan untuk melindungi mata dari sinaran ultraungu (ultraviolet-UV). Selain sinaran UV, sinaran matahari yang merosakkan mata termasuklah cahaya putih terang (boleh dilihat) dan cahaya biru (yang tidak boleh dilihat) pada spektrum yang kelihatan di sebelah hujung ungu.

Sinaran matahari dalam jangka masa panjang juga boleh menyebabkan masalah mata yang serius.



Bagaimana cahaya matahari merosakkan mata?

Sinaran UV adalah sebahagian dari sinaran semula jadi yang terdapat dalam spektrum cahaya yang tidak kelihatan. Selain matahari sebagai sumber semula jadi UV, sinar UV boleh terhasil dari pelbagai sumber tiruan termasuk alat kimpalan, laser, alat memperangkan kulit dan lampu tertentu.

Cahaya biru dari spektrum yang boleh dilihat. Sinaran UV boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu UVA, UVB dan UVC. Sinaran UV membawa lebih banyak tenaga berbanding sinaran cahaya yang boleh dilihat. Oleh itu mata berisiko mengalami kerosakan yang serius kerana menyerap sinaran UV berbanding dengan cahaya lain.

Kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan yang berpanjangan kepada sinaran UV tidak boleh dipulihkan dan boleh merosakkan mata. Oleh itu kita perlu melindungi mata kita dari terdedah kepada sinaran UV dalam tempoh yang panjang. Selain merosakkan mata, sinaran UV juga boleh merosakan kulit dan badan.

Sinaran UV boleh diserap oleh pelbagai struktur mata. Lapisan luar mata termasuk kornea dan konjunktiva boleh menyerap sinaran UVB. Kanta mata menyerap kebanyakan sinaran UVA. Retina (lapisan sensitif cahaya) menyerap cahaya yang boleh dilihat. Sinaran UVC diserap oleh lapisan ozon dan tidak sampai ke bumi.

Kerosakan mata akibat sinaran UV adalah :
  1. Katarak (kekaburan kanta semulajadi mata)
  2. Degenerasi makular berkaitan umur
  3. Pterigium (ketumbuhan konjunktiva)
  4. Kerosakan retina akibat merenung matahari
Kerosakan badan akibat sinaran UV adalah:
  1. Kulit terbakar
  2. Penuaan kulit pra-matang
  3. Kanser kulit
  4. Sistem keimunan berkurangan
Pemilihan kaca mata hitam

Untuk perlindungan mata, pakai cermin mata hitam yang menghalang hampir 100 peratus atau 99 peratus cahaya UV. Kanta plastik dan kaca menyerap cahaya UV dan ini boleh diperbaiki dengan bahan kanta yang telah dirawat dengan bahan kimia tertentu semasa proses pembuatan atau menggunakan kanta dengan penyalut khas.

Panduan memilih kata mata hitam
  1. Pilih kanta yang gelap untuk keselesaan mata.
  2. Elakkan kanta yang terlalu gelap kerana boleh menghadkan penglihatan.
  3. Jika terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang panjang terutama di laut atau semasa musim sejuk apabila terdapat salji, gunakan kaca mata hitam yang menghalang cahaya biru dari spektrum yang boleh dilihat.
  4. Pilih kaca mata sederhana hitam ke hitam gelap dengan sedikit berwarna (sama ada warna kelabu, coklat atau hijau).
  5. Gunakan kanta plastik kalis calar dan bukannya kanta kaca. Kanta plastik tahan lasak dan tidak mudah pecah.
  6. Terdapat kaca mata hitam dengan polarisasi yang mengandungi penapis polarisasi. Ia mengurangkan silau dan boleh membias cahaya dari permukaan berkilat seperti air.
Jenis kaca mata hitam
  1. Kaca mata hitam dengan kanta plastik biasa – mengurangkan kecerahan secara sama rata.
  2. Kaca mata hitam dengan kanta polarisasi –  mengurangkan silau kerana membias cahaya.
  3. Kaca mata hitam dengan kanta fotokromik – berubah warna mengikut perubahan jumlah cahaya dengan menjadi lebih gelap apabila cahaya terang dan lebih cerah apabila cahaya berkurang.
  4. Kaca mata dengan kanta cermin – memantul semua atau separuh cahaya.
Warna kaca mata hitam
  1. Kanta berwarna sedikit (tinted) kelabu atau hijau gelap – sesuai untuk kedua-dua penggunaan asas dan pelbagai guna.
  2. Kanta berwarna sedikit jingga – pemandangan menjadi lebih cerah dalam cuaca mendung, berjerebu atau berkabus kerana menghalang cahaya biru.
  3. Kanta berwarna sedikit emas dan kuning – menambah kontras.
  4. Kanta berwarna sedikit coklat – meningkatkan persepsi kedalaman.
  5. Kanta berwarna sedikit merah jambu – memberi kontras dan resolusi imej yang baik dalam cahaya berkurang.
Kaca mata hitam sebagai pelindung sinaran UV

Pemilihan kaca mata hitam sebagai pelindung sinaran UV bukanlah berdasarkan harga, warna atau kegelapan kanta. Teliti label dan ketahui jenis dan jumlah perlindungan yang ditawarkan oleh pengeluar.

Kaca mata hitam dari perlindungan UV terbahagi kepada 3 kategori:
  1. Kanta mata hitam kosmetik – kanta berwarna sedikit yang nipis digunakan dalam cahaya matahari bertahap rendah. Ia menyekat sehingga 60% cahaya yang kelihatan dan sinaran UVA, dan 88% hingga 96% sinaran UVB.
  2. Kanta mata hitam serbaguna – menghalang 60% hingga 93% cahaya yang kelihatan dan sinaran UVA, dan 94% hingga 99% sinaran UVB. Ia sesuai untuk memandu dan amat disyorkan dalam cahaya matahari yang terang.
  3. Kaca mata hitam khas – menyekat sehingga 96.5% cahaya yang kelihatan dan sehingga 98% sinaran UVA. Ia menghalang sekurang-kurangnya 99% sinaran UVB, dan sesuai jika terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang panjang.
Alat pelindung lain

Selain memakai kaca mata hitam terdapat pilihan lain bagi melindungi mata dari sinaran UV, cahaya yang terang dan biru.
  • Pakai topi lebar apabila berada di luar dan terdedah kepada cahaya matahari yang terang untuk melindungi mata dengan mengurangkan jumlah panahan cahaya ke mata.
  • Elakkan terdedah kepada cahaya yang terang pada waktu siang antara jam 11 pagi hingga 4 petang. Dalam tempoh ini , sinaran UV amat kuat . Nasihat ini perlu ditekankan untuk orang yang melakukan aktiviti luar. Aktiviti seperti berenang, bermain pasir dan air di tepi pantai memantulkan sinaran UV.
  • Rancang aktiviti luar sama ada sebelum 11 pagi atau selepas pukul 4 petang.
  • Apabila menghabiskan masa di bawah sinaran matahari, cari kawasan yang teduh atau gunakan payung.
Kesimpulan
Matahari boleh menjadi rakan dan juga lawan.
Ingat!
  • Elakkan terdedah kepada cahaya matahari yang terang secara langsung dalam tempoh yang panjang.
  • Jika anda perlu berada di bawah sinaran matahari, gunakan kaca mata hitam dengan pelindung UV.
  • Ketahui jenis dan tahap perlindungan UV sebelum membeli kaca mata hitam.
  • Walaupun cahaya matahari adalah sumber tenaga yang membantu melakukan aktiviti harian kita, pendedahan kepada sinaran matahari yang terang dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan kerosakan mata.
  • Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Sebelum kesan dan tanda kerosakan pada mata anda berlaku, amalkan perlindungan yang sepatutnya apabila terdedah kepada cahaya matahari.
  • Matahari boleh merosakkan mata anda secara kekal dalam tempoh yang singkat.
http://www.myhealth.gov.my/kaca-mata-hitam/

Isnin, 13 Jun 2016

4 Tip Untuk Daging Lebih Cepat Empuk

Assalamualaikum..


Daging merupakan salah satu menu pilihan masakan yang tinggi protein, zat besi dan kalsium. Tetapi tahukah anda jika tidak tahu cara yang betul sewaktu memasak, daging akan jadi keras dan kurang sedap. 

Bajet kalau rebus lama, daging jadi empuk tetapi sebenarnya cara ini akan buat daging mudah hancur. Anda boleh guna dua cara untuk melembutkan daging iaitu satu cara tradisional dan kedua cara moden. Jom kita lihat satu persatu...

google

1. Letak daging yang bersih dalam peti
Biarkan daging lembut dan simpan di dalam peti. Mungkin anda rasa susah untuk masak jika daging masih beku, tetapi daging yang sudah disimpan di dalam peti lebih empuk dan mudah dipotong berbanding segar.

Langkah-langkah:
  • Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
  • Rebus daging, simpan di dalam bekas tertutup rapat dan masukkan di dalam peti dan guna jika perlu. 
2. Guna daun betik
Daun betik mengandungi enzim yang boleh empukkan daging. Caranya mudah, ramas daun betik muda hingga keluar getahnya, kemudian gunakan untuk membungkus daging.

Langkah-langkah:
  • Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
  • Rebus daging (bergantung menu masakan).
  • Bungkus dengan daun betik muda yang sudah diramas, kemudian biarkan lebih kurang 1 jam sebelum dimasak.
  • Apabila daging sudah direbus, maka proses ini sekali gus membantu penyerapan rempah.
3. Cuci dengan nenas
Anda boleh menggunakan parutan nenas muda.Nenas mengandungi enzim yang boleh meleraikan serat-serat daging sehingga menjadi lebih empuk ketika dipotong.

Langkah-langkah:
  • Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
  • Biarkan selama 30 minit sebelum dimasak. 
4. Rebus dengan rempah

Cara menggunakannya mudah, setelah daging dicuci bersih, tabur daging cukup dengan rempah dan ramas. Biarkan beberapa saat, daging akan jauh lebih empuk.

Langkah-langkah:
  • Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
  • Tabur daging dengan rempah sambil ramas tapi jangan sampai terlebih rempah
Jadi anda boleh pilih salah satu cara yang paling praktis dan mudah. Selamat mencuba.. 

- mingguan wanita -

5 Rahsia Dapur Orang Lama

Assalamualaikum..


Sebelum masuk dapur, anda kena ambil tahu beberapa cara untuk memudahkan kerja memasak. Mungkin ada yang sudah diamalkan tetapi pastinya cara yang digunakan agak berbeza, cuba anda semak 5 petua ini pula...

1. CILI BOH TAHAN LAMA
Sekiranya anda mahu menyimpan cili boh dalam jangka masa yang agak lama, cuba petua ini. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan cili boh.  Goreng seketika sampai pecah minyak. Angkat dan masukkan ke dalam bekas plastik bertutup. Simpan dalam peti sejuk.

2. UBI KENTANG TIDAK LEBAM 
Ubi kentang yang telah dikupas kulitnya biasanya akan cepat lebam sekiranya tidak dimasak segera. Bagi mengelakkan ubi kentang anda lebam, kupas ubi kentang seperti biasa. Rendam di dalam air bersih sehingga anda mahu memasaknya. Sebelum memasak, anda harus membasuhnya terlebih dahulu.

3. SUDU, GARPU BERKILAT
Rendam sudu, garpu atau pisau ke dalam bekas berisi air dan kulit nanas selama beberapa jam. Basuh set tersebut dengan sabun pencuci pinggan seperti biasa dan bilas dengan menggunakan air bersih. Kemudian rendam lagi dalam air campuran asam jawa atau asam keping selama sejam. Lap dengan kain lembut hingga kering. Kemudian sapukan minyak masak dan jemur di bawah terik matahari selama beberapa jam.

4. AISKRIM LAMBAT CAIR 
Aiskrim memang menjadi kegemaran kanak-kanak dan sangat enak dimakan ketika cuaca panas. Namun sifat aiskrim yang mudah cair pasti menjadikan anda rasa ragu-ragu. Petua mengelak aiskrim cepat cair, masukkan aiskrim ke dalam bekas tahan sejuk dan lapiskan dengan ais secukupnya. Ambil garam halus dan taburkan sedikit di atas ais. Tutup dengan kemas. Hasilnya aiskrim akan lambat cair.

5. CARA SIMPAN DAGING 
Tanggalkan pembalut asal daging dan bersihkan kotoran. Ambil aluminium foil dan balut daging dengan kemas dan tebal. Masukkan daging ke dalam plastik zip lock dan simpan ke dalam peti sejuk beku. Hasilnya daging mampu disimpan lebih dari dua bulan tanpa menjejaskan kualiti dan rasanya.

- mingguan wanita -

Isnin, 9 Mei 2016

Tip Untuk Elakkan Kaki dari Berbau

Assalamualaikum..

google

Jika kita ada masalah kaki berbau, jom pakat baca dan cuba  ikut tip ini...

1. Pakai stoking apabila memakai kasut
Sentiasa pakai stoking  yang bersih apabila memakai kasut. Pastikan sebelum memakai stoking, jari-jari dan celah-celah jari kaki dilapkan sehingga kering.

2. Cuci jari-jari dan celah-celah jari kaki dengan bersih
Kebersihan kaki amat penting agar tiada masalah jangkitan kulat pada kaki. Cuci dengan bersih setiap kali mandi dan lap dengan kering celah jari kaki untuk mengelakkan kaki lembap.

3. Tidak memakai kasut yang lembap
Keadaan dalam kasut yang lembap menggalakkan pembiakan kulat. Kaki yang dijangkiti kulat menyebabkan

4. Gunakan deodoran kaki
Deodoran atau antiperspirant perlu diamalkan untuk mencegah daripada kaki berpeluh.

5. Pakai agen pencegah kulat kaki
Lap bahagian dalam kasut dengan tuala yang telah dibasahkan dengan agen pencegah kulat kaki.

6. Tukar penggunaan kasut setiap 5 hari
Amalkan tukar penggunaan kasut setiap lima hari untuk mengelakkan bahagian dalam kasut daripada lembap.

7. Sapu krim atau bedak anti fungus
Sapu krim atau bedak anti fungus pada bahagian kaki yang berjangkit ketika berada di rumah, lebih-lebih lagi sebelum tidur. Elakkan penggunaannya ketika hendak memakai kasut kerana ia boleh menyebabkan celah-celah jari kaki memerangkap peluh dan menyebabkan tempat berjangkit menjadi lembap.

kredit mingguan wanita