Memaparkan catatan dengan label Tips Rumah Tangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Rumah Tangga. Papar semua catatan

Isnin, 23 Januari 2017

Apa sebenarnya yang perempuan rasa bila meroyan? - Dr Taufiq Razif

Assalamualaikum..

google
Penerangan dari Dr Taufiq Razif..

Kenapa ada ibu sanggup tikam anak sendiri?
Hari ni mood saya agak suram. Mana tak suram bila terbaca berita tergempar yang mana seorang ibu sanggup tikam anak sendiri bertubi tubi sebanyak 20 tikaman! Dan salah satu tikaman tu menyebabkan usus anaknya terburai keluar!
Saya sedih tapi saya tak pelik. Dalam dunia perubatan benda ni sebenarnya memang wujud. Penyakit ni dinamakan Pospartum Psychosis. Orang Melayu kita biasa panggil Meroyan.
Dalam dunia perubatan ada 3 peringkat penyakit yang kita biasa sebut Meroyan ni.
1. Baby blues
Baby blues ni kiranya level meroyan paling rendah la. Biasanya berlaku dua tiga hari lepas bersalin dan boleh berlanjutan sampai dua minggu lamanya.
Benda ni agak biasa la untuk ibu yang baru beranak pertama kali kan. Yela, malam yang dulunya sunyi sekarang dihiasi tangisan bayi kecil yang nyaring dan kuat tu sampai ke pagi. Dengan jadual waktu tidur si ibu yang entah ke mana dan ditambah lagi dengan suami yang tak reti nak membantu memang la si ibu jadi mudah stress. Suami yang nampak tahi hijau baby pun dah muntah hijau memang membuat si ibu bertambah stress.
Tanda-tanda si ibu dah kena baby blues ni adalah :
+ mood swing
+ mudah cemas
+ selalu menangis
+ kurang selera makan
+ susah tidur
2. Pospartum depression
Ni level Meroyan yang pertengahan. Penyakit ni macam Baby Blues jugak tapi simptomnya lebih teruk dan lebih lama. Biasanya boleh sampai 6 bulan lepas bersalin. Ibu yang kena Pospartum Depression ni biasanya nak jaga baby dia sendiri pun dah tak berapa nak mampu.
Antara tanda-tanda dah kena penyakit ni :
+ mood swing yang teruk
+ menangis yang melampau lampau
+ susah nak bonding dengan baby. Kadang ada rasa benci kat baby sendiri
+ rasa takde tenaga dan tak boleh tidur
+ rasa nak hempas baby ataupun cederakan baby
+ rasa diri tak berguna
3. Pospartum Psychosis
Ni level Meroyan yang paling dasyat. Biasanya yang kena penyakit ni akan berhalusinasi. Kalau si isteri yang dalam pantang dah mula merepek cakap yang bukan bukan atau dia cakap nampak benda yang bukan bukan sila berhati hati. Macam kes Pretty yang sanggup bunuh anaknya sendiri. Bila disoal siasat dia boleh pulak cakap dia cuma bunuh perompak je.
Memang ibu yang kena Pospartum Psychosis ni tak boleh jaga anak sendiri sebab masa tu fikiran dia dah tak rasional dah. Sebab tu suami yang ada isteri baru lepas bersalin sila jaga fizikal dan mental isteri baik-baik. Jangan bagi isteri stress walaupun sedikit.
Jangan bagi isteri fikir kain kat jemuran dah angkat ke belum. Jangan bagi isteri fikir pinggan kat dapur dah cuci ke belum. Biarlah isteri kita cuma fokus pada baby yang baru lahir je. Biarlah dia menyusu dengan penuh tenang dan tenteram. Isteri kita baru je mengalami kesakitan fizikal yang sangat dasyat masa melahirkan zuriat kita, jangan la kita tambah kesakitan pada jiwanya pula ye. Lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang.
Jom bantu isteri kita!
P/ S : Saya Taufiq Razif bukan doktor sakit jiwa tapi saya rasa ilmu ni semua suami kat dunia WAJIB tahu! Bahaya sangat bila suami takde ilmu nak kenalpasti tahap stress si isteri yang baru lepas bersalin. Sila la tag dan share pada pasangan masing-masing. Semoga bermanfaat.
Apa sebenarnya yang perempuan rasa bila meroyan?
Saya terkejut besar sehari dua ni bila baca Private Message ( PM ) dan komen-komen sahabat Facebook saya. Rupanya ramai perempuan yang dah ada tanda-tanda terkena penyakit Meroyan tapi orang sekeliling tak sedar dan tak amik kisah pun lebih-lebih lagi suami sendiri.

Saya tahu mungkin para suami masa tu pun tengah pening untuk menyesuaikan diri dengan kedatangan orang baru dalam rumahtangga mereka. Pening fikirkan duit susu anak. Pening fikirkan jadual bertungku isteri. Pening fikirkan lauk pantang isteri. Pening fikirkan bila nak buat aqiqah baby dan banyak lagi tapi kesihatan dalaman dan mental isteri tak boleh dipandang sebelah mata. Bahaya besar tu kalau terlepas pandang!

Si isteri pulak kalau dah sedar diri tu ada tanda-tanda nak meroyan kena la bagitahu suami ye. Bagitahu elok-elok. Jangan takut untuk bagitahu suami sendiri. Suami sendiri kan. Bukan orang luar pun. Kalau orang luar mungkin diorang akan ingat kita ni dah gila tapi kalau suami ni biasanya dia akan cuba sedaya upaya untuk bantu kita dalaman mahupun luaran.

Antara tanda-tanda diri kita terkena penyakit Meroyan yang teruk ( Postpartum Psychosis ) ialah :

+ mendengar suara yang entah dari mana menyuruh kita melakukan sesuatu ataupun mengkritik orang di sekeliling kita . Suara tu boleh berupa suara televisyen, suara radio ataupun suara manusia berbisik. Suara tu juga boleh berupa suara yang terngiang ngiang di dalam kepala dan tak boleh dihilangkan walaupun dah bermacam cara dibuat untuk menghilangkannya.

+ tiba-tiba merasakan orang di sekeliling kita sedang berpakat untuk mencederakan atau menyakiti kita. Boleh jadi tiba-tiba kita curiga dengan orang yang selama ni kita percaya. Boleh jadi juga kita merasakan orang sekeliling kita cuba menyakiti dan membunuh baby kita

+ secara tiba-tiba merasakan diri sendiri mempunyai kelebihan dan kekuatan luarbiasa yang melebihi orang normal. Rasa diri sangat kuat dan tak perlukan tidur walaupun secara realitinya fizikal kita dah sangat lemah dan perlukan rehat tapi otak kita tak mampu berhenti berfikir

+ merasakan ingatan, hafalan dan fokus makin tumpul. Kita susah nak fokus buat sesuatu perkara. Contohnya kita dah lupa resepi masakan yang biasa kita buat selama ni ataupun kita dah mula lupa jalan yang biasa kita gunakan untuk ke pasaraya ataupun pejabat

+ kita merasakan masa bergerak terlalu pantas ataupun terlalu perlahan. Kita dah tak tahu tarikh, waktu dan tempat kita berada sekarang

+ kadang-kadang kita merasakan ada sesuatu yang selalu merayap rayap di seluruh permukaan kulit kita

+ kita perasan yang orang terdekat kita mengatakan kita berkelakuan aneh padahal kita rasa normal je. Boleh jadi kita tak sedar pun apa yang kita dah buat

+ kita merasakan yang kita takkan boleh sembuh daripada penyakit Meroyan ni dan jalan keluar yang terbaik adalah dengan membunuh diri

Bila kita ataupun suami kita perasan yang kita dah ada tanda-tanda Meroyan ni jangan cepat panik! Kebanyakan orang yang mengalami Postpartum Psychosis ni boleh sembuh secara sempurna. Kebanyakan yang meroyan ni pun biasanya mengalami delusi ataupun halusinasi yang tak memudaratkan diri dan bayi. Hanya 5% je yang dikaitkan dengan bunuh diri  
( suicide rate ) dan hanya 4% je yang melakukan pembunuhan anak kandung sendiri 
( infanticide ).

Suami pulak bila isteri dah ada tanda-tanda meroyan ni jangan la pulak buat tak tahu je. Meroyan tahap dah rasa nak bunuh diri ataupun rasa nak bunuh anak sendiri perlu segera dibawa ke kecemasan. Sila jumpa doktor di bahagian kecemasan ( Emergency Department ) dan ceritakan simptom dan perkara yang dialami isteri.

Ingat! Sokongan suami sangat diperlukan oleh si isteri. Lebih-lebih lagi masa dalam tempoh berpantang. Saya percaya sikap suami masa merawat isteri dalam pantang la yang akan menentukan tahap meroyan si isteri. Saya percaya suami yang tak meminggirkan isteri dan merawat isteri dengan penuh cinta dan kasih sayang semasa dalam tempoh berpantang akan membuatkan hati isteri menjadi tenang dan sekaligus akan menjauhkan isteri daripada penyakit meroyan yang dasyat ni.
P/ S : Saya Taufiq Razif doktor biasa je tapi isteri saya yang sekarang doktor kat Bahagian Kecemasan pesan, "Kalau ada tanda-tanda meroyan ringan macam mood swing yang teruk dan menangis tak berhenti tanpa sebab boleh la ke Klinik Kesihatan yang berdekatan dulu. Nanti doktor di sana akan rujuk pada kaunselor untuk sesi terapi ye". Sila tag dan share pada pasangan masing-masing ye. Bagi saya semua suami kat dunia ni kena tahu ilmu tentang meroyan ni. Baru la hati isteri tenang bila dapat suami yang ada ilmu untuk merawat dan membantu isteri masa tempoh berpantang kan.

Jom bantu isteri kita melalui tempoh berpantang dengan penuh tenang dan tenteram ye.

kredit fb Dr Taufiq Razif

Rabu, 25 Mei 2016

Ujian Dan Kasih Sayang

Assalamualaikum..


Tidak selamanya ribut merobohkan rumah tangga. Boleh jadi ia suatu pelajaran berharga yang Allah SWT sengaja uji pada kita. Dalam setiap ujian mesti ada hikmahnya. Semua takdir Allah yang dituliskan pada diri insan adalah baik baginya, hanya saja kita tidak menemukan hikmah pada saat goncangan awal. Setelah bertahun mungkin kita menemui kebaikan atau segala ujian yang dulu ditimpakan kepada kita.


Panjang sungguh perjalanan yang akan ditempuhi dalam perkahwinan. Romantik bukan plastik, ia terakam indah secara semula jadi setelah melalui proses panjang yang diaturkan oleh Allah SWT. Jangan biarkan tekanan kerjaya mengikis sifat-sifat romantik dalam rumah-tangga. Kerjaya adalah jihad suami yang paling agung demi anak dan isteri, bantulah dia mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Petikan: Majalah Mingguan Wanita.
Dr. Haji Juanda Haji Jaya
Perunding Undang-undang keluarga Islam.

Jumaat, 1 April 2016

Maafkanlah Isterimu Dan Fahamilah Mereka Jika....

Assalamualaikum..


Deep sangat..Jom baca..Maafkanlah Isterimu Dan Fahamilah Mereka Jika....


MD Nazim MD Noor  

Maafkanlah isterimu dan fahamilah mereka jika mereka sudah tidak cantik, selekeh, mula menjerit, asyik marah-marah, selalu mengadu sakit-sakit, layanan mereka tidak sempurna..
Seorang suami mengadu keadaan isterinya yang begitu. Jawab saya cuba kita uruskan anak-anak seminggu seorang diri. Hanya Allah yang tahu bagaimana rupa dan sifat kita agaknya..

Mereka jadi begitu sebab kerja mereka tiada cuti. 24jam sehari. Termasuk isteri yang bekerja. Tidur mereka tidak pernah sempurna. Makan mereka tak sempurna. Terutama ibu-ibu muda yang anak-anak masih kecil. Mereka turut mencari rezeki buat keluarga. 

Mereka tiada sesiapa lagi dalam hidup melainkan suami. Jika berjaya rumahtangga orang kata untung awak dapat suami baik. Jika gagal ibuayah marah anak perempuan sendiri tak pandai jaga suami. 

Dari awal pagi kemas rumah. Siapkan suami dan anak-anak. Belikan atau sediakan sarapan. Uruskan anak-anak ke sekolah dan hantar ke taska. Dengan pelbagai kerenah anak dan suami.
Balik kerja segera cepat-cepat balik rumah. Siapkan makan minum suami dan anak-anak. Rumah kembali bersepah. Kemas rumah lagi. Duit gaji baru dapat belikan barang-barang dapur sementara tunggu duit suami. Mandikan dan bantu anak-anak buat kerja sekolah.
Bila suami balik, kadang-kadang anak seorang lepas berak. Seorang bergaduh dari tadi. Tinggi suara. Terus cakap dengan suami dengan muka masam kerana anak-anak. Banyak nak cerita, kerana ini teman hidup dan mati. Tersilap mula ayat atau nada. Tak sempat cantik-cantik. Tak pasal-pasal suami terasa dan marah juga kerana penat. Suami terus naik tidur atau tengok tv atau keluar rumah. 

Isteri rasa sedih dan bersalah. Menangis dan menangis. Kadang-kadang tengok gambar kenangan dengan suami. Buka ceramah agama atau kata-kata motivasi untuk pulihkan semangat. Terus bersemangat dan berdoa. Meneruskan urusan rumahtangga kerana Allah dan suami. Terus berlari siap-siap nak layan suami. Tiba-tiba anak-anak menangis, tak mahu tidur. Seorang lagi masa nak tidur nak makan dan berak lagi. Anak kecil asyik menangis. Suami pun sangat penat di tempat kerja harapkan dapat bermanja dan bergurau dengan isteri. Kadang-kadang tidur dengan marah..

Isteri sepanjang malam rasa bersalah...itulah seorang isteri dalam merajuk dan sedih tidak dapat rehat dan terus menerus uruskan rumahtangga sehingga habis usia. Sampai 40 tahun. Tapi mereka ikhlas kerana Allah. Itulah ibu kita dan ibu anak-anak kita..

"Khadijah ra tidak pernah mengeluh sepanjang hidup beliau. Itulah wanita yang sentiasa manis mukanya walau segalanya telah dikorbankan demi agama.."saya selalu minta isteri saya berdoa agar bertemu dengan wanita ini dalam syurga nanti..

Sebab tu kita lihat ayah-ayah kita semuanya selalu cool jer..tak kisah mak membebel . Sebab mereka tahu susah isterinya..fahami isterinya..

Sayangilah isteri kita. Maafkanlah mereka. Bantulah mereka di dalam rumah. Bersama-sama buat kerja rumah. Bantulah sikit-sikit. Jika kita nampak orang angkat barang banyak sebagai manusia kita akan tolong. Kita tengok kerja orang berat kita malu rasa nak duduk. Sekali sekala bawalah isteri bercuti dan rehatkanlah mereka. Beri cuti. Layan mereka seperti permaisuri sekali sekala. Mereka tiada gaji. Hanya kerana amanah mereka sebagai seorang isteri dan ibu. Jadilah pendengar setia dan penyayang. Mereka bukan milik kita tetapi amanah Allah untuk kita pimpin masuk syurga..duduk rehat-rehat bersama baca Al-Quran, solat tahajud,doa, baca hadis Nabi saw.

Itulah kehidupan rumahtangga saling memerlukan dan melengkapi. Ya Allah bahagiakanlah hati ibu dan isteri di luar sana. Ampunkan segala dosa mereka dan beri mereka syurga yang tinggi. Saya sayang ibu dan isteri saya kerana Allah .


share dari fb MD Nazim MD Noor 

Ahad, 28 Februari 2016

Soft Spot: Qurratu Ain: Penyejuk Mata: Pelega Hati.

Assalamualaikum..



CARI 'soft spot' SUAMI

Soft spot: Qurratu Ain: Penyejuk mata: Pelega hati.

Semalam saya ada terdengar suatu tazkirah menarik di radio IKIM. Ustaz tu menyampaikan satu point yang sangat menarik yang sebelum ni saya belum pernah dengar.
Ustaz tu cakap, orang lelaki ni kalau kita dapat jaga beberapa kehendak utama dia, maka segala masalah yang berlaku adalah masalah kecil bagi dia. DAN beberapa perkara ni mesti dicari oleh para isteri. Sebab tak sama mana-mana lelaki. Herher. 

Ustaz tu kata tak banyak pun. Ada 3-4 benda je.

Contohnya, 

1. Ada suami nak isteri teman sebelah setiap kali dia makan. Kalau isteri sibuk nak buat kerja basuh pinggan lah sapu rumah lah, maka suami tak selera makan, lepas tu benda-benda kecik lain pun jadi masalah. Sebab qurratu ain dia tak dijaga.

2. Ada juga suami yang qurratu ain dia adalah kopi. Setiap kali balik, dia cukup bahagia kalau di hulur secawan kopi panas sebelum sempat suami minta. Dia senyum, dia lega, tambah sayang.
Kadang-kadang ada isteri tak nampak, sampaikan suami ke dapur sendiri buat air.

3. Boleh jadi juga qurratu ain suami adalah bila isteri suka teman atau melayan hobi suami. Teman berkebun ke, teman suami bersihkan akuarium ke. Tak semestinya jadikan hobi suami tu hobi kita juga, cukup sekadar teman, bagi idea. Melayan. 

Ini contoh jeee, bergantung pada suami. Apa yang dia suka. 3-4 perkara paling penting

SITUASI. 

Ustaz cerita, pernah dia nampak seorang isteri marah-marah (membebel) suaminya depan org ramai, tetap suaminya tersenyum macam tak ada apa yang berlaku. Tak melenting, tak mengamuk. Rileks. 

Semestinya itu bukan perkara baik dari seorang isteri. Tetapi melihat tindakan suaminya yang tidak memberi respon negatif, ustaz percaya si isteri ini berjaya menjaga qurratu ain suaminya, beberapa kehendak utama suaminya terjaga. Maka masalah-masalah lain dirasakan kecil dan boleh diselesaikan.

Alangkah indah kalau isteri dapat jaga Qurratu Ain suaminya, insyaAllah selesai beberapa perkara besar dalam rumahtangga. 

Masalahnya, kadang-kadang orang lelaki ni pun tak tahu apa yang dia mahu. So, kita lah yang kene study dan perhati, apa yang mampu buat suami rasa terjaga, senang hati, mood jadi baik. Kadang-kadang benda kecik-kecik ni kesannya besar. 

Apa pun, ini sahaja belum cukup untuk menjamin kebahagiaan pasangan. Perlu ada kasih sayang, hormat menghormati, percaya, amanah dan lain-lain. 

Peace! Nak share takyah minta izin.
Ruqayyah Farhani,
 
#MaryamAnakSyurga


kredit fb Ruqayyah Farhani,

- Mummy Ira -

Sabtu, 13 Februari 2016

“Lelaki Seperti Apa, Menghasilkan Isteri Seperti Apa.”

Assalamualaikum..



Psikologi rumahtangga: “Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa.”

Seorang teman merasakan isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar. Kerana itu, mereka bertengkar setiap hari.

Atas alasan seringnya bertengkar, lelaki ini mempunyai hubungan intim.

Akhirnya, mereka bercerai dan sang suami berkahwin lagi dengan wanita skandalnya. Sang mantan isteripun tak lama kemudian berkahwin lagi.

Mereka masih belum dikurniakan anak. perkahwinan baru keduanya masing masing berjalan dengan sangat lancar.

Tetapi selepas berkahwin, isteri baru dari lelaki ini semakin lama sekalipun kelembutannya semakin pudar. Rumah tangga mereka berakhir sama seperti yg dulu, sedikit sedikit bertengkar.

Isteri barunya bahkan tidak mau mengerjakan pekerjaan rumah, rakan saya terpaksa membersihkan rumah sendiri.

Rakan saya merasa nasibnya tidak baik, mengapa ia selalu memilih isteri yg kurang baik, setiap hari ia mengeluh.

Sampai suatu hari, di suatu majlis makan malam ia secara kebetulan bertemu dengan suami baru bekas isterinya.

Pada awalnya kedua lelaki ini tidak bercakap apa apa, tetapi setelah saling menyapa mereka pun minum bersama.

Akhirnya rakan saya tak boleh menahan diri lagi dan bertanya bagaimana keadaan rumah tangga mereka. Suami baru bekas isterinya ini tidak kacak, tetapi sangat teliti dalam berbicara.

Ia berkata, "Isteri saya adalah wanita yg sangat hebat, sangat perihatin dan lembut, ia mengerjakan seluruh pekerjaan rumah tanpa mengeluh. Juga sangat menyayangi saya, ia sentiasa bersikap baik kepada ibu bapa, saudara, dan teman teman saya. Saatnya jujur dia akan jujur, saatnya butuh perhatian, dia akan memberi perhatian penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali. "

Teman saya setelah mendengarnya merasa bingung, dan berfikir apa dia memang sebaik itu? Mengapa dulu ia sama sekali tidak menyedarinya? Pasti ini semua cuma bualan suami baru isterinya ini untuk membuat dia bingung.

Tak lama kemudian, kebetulan sekali, rakan saya pergi berbelanja ke pasar raya dan melihat bekas isteri dan suami barunya sedang membeli-belah.

Dia bersembunyi dan memerhatikan, akhirnya ia menyedari pasangan itu benar benar bahagia.

Kebahagian itu boleh dilihat dari senyuman bekas isterinya yg selalu mekar. Juga boleh dilihat dari pelukan lembut yg diberikan oleh lelaki di sebelahnya itu.

Sebenarnya, di bermacam situasi, isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua bergantung pada lelaki.

Pada detik wanita memutuskan untuk berkahwin, dia juga memutuskan untuk menjalani hidup dengan bahagia bersama suaminya.

Walaupun dalam perkahwinan, kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta maka ada toleransi.

Saat anda merasa tidak puas dengan wanita anda, wanita pun tidak peduli lagi.

Jadi, jika anda mahukan wanita baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat.

Kerana semua wanita di dunia yang sudah menjadi "isteri seseorang" mempunyai potensi menjadi malaikat.

Saat anda boleh melakukannya dengan baik, anda akan menyedari bahawa perubahan sikap anda dapat membentuk sesosok malaikat yg sempurna.

Cinta wanita muncul kerana kasih sayang lelaki, Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki; Keluhan wanita muncul kerana kedinginan lelaki. Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki. Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki. Kerosakan wanita adalah hutang lelaki.

Wanita adalah sebuah piano, jika bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yg dihasilkan adalah lagu kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk sebuah lagu.

Umpama satu peribahasa melayu, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya.”

-Copy paste dari grup Whatsapp-

- Mummy Ira -