Memaparkan catatan dengan label Tips & Wanita/Ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips & Wanita/Ibu. Papar semua catatan

Selasa, 13 September 2016

Info Makanan Untuk Kesihatan Wanita

Assalamualaikum..

Benarkah apa yang dikata orang, ita adalah apa yang kita makan? Mungkin ada betulnya. Entri kali ini memberi info rigkas tentang lima makanan yang berkaitan dengan kesihatan wanita.

 google

COKLAT
Meningkatkan ghairah seks dan memberi kesan sensual kepada wanita yang mengamalkannya. Jiwa rasa tenang kerana coklat mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia pada bahagian otak. Zat-zat inilah yang merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan membuatkan  perasaan seseorang berasa tenang. Jua mempunyai antioksidan dan katekin yang dikatakan dapat melambatkan kesan penuaan.

PISANG
Pisang embun adalah buah yang enak dan rasa berlemak apabila dimakan. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa pisang embun mampu meningkatkan nafsu seks seorang wanita. Hal ini kerana pisang embun mempunyai zat yang memberi tindak balas terhadap nafsu seks wanita.

YOGURT
Infeksi atau jangkitan pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita yang menghidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan pH serta pengurangan jangkitan ini.  Pengambilan yogurt juga dapat mencegah penyakit radang usus dan menguatkan sistem ketahanan tubuh dari sebarang penyakit.

STRAWBERI DAN KIWI
Tahukah anda terdapat cara tradisional yang membantu memutihkan gigi anda iaitu dengan memakan strawberi dan kiwi. Bukan sahaja anda bertambah sihat, gigi juga makin putih berseri. Cubalah!

KOPI
Minum kopi dapat melawan stres dan depresi.  Kandungan kopi dapat membantu menurunkan kesan depresi sebanyak 10% berbanding mereka yang tidak minum kopi. Lebih bagus jika anda minum kopi yang hangat pada waktu pagi kerana ia dapat memberikan ketenangan untuk memulakan hari anda.
 
- RAPI -

Selasa, 16 Ogos 2016

Buang Angin & Kempiskan Perut Wanita Bersalin Czer

Assalamualaikum..


Resipi ini cukup bagus buat kaum lelaki dan perempuan yang tidak mengandung, atau bersalin normal pun boleh amalkan. Hanya menggunakan bahan semula jadi tanpa perapat.

Kalau anda bersalin secara pembedahan, petua ini sangat digalakkan sebab bersalin czer selalunya tak bertungku di bahagian perut dan angin banyak berbanding bersalin normal.

Bahan-bahan:
Halia 3cm
Halba 3 sudu besar
Lada hitam 1 5 biji
Bawang putih 3 ulas

Cara buat:
Tumbuk halba sampai hancur kemudian masukkan halia, bawang putih dan teruskan tumbuk. Akhir sekali masuk lada hitam, tumbuk sampai lumat. Gentel bulat-bulat, selepas itu anda boleh keringkan dan simpan dalam bekas.

Kalau tak nak tumbuk, boleh kisar. Untuk 1 adunan ini boleh tahan 2 minggu.

Kelebihannya, tidak rasa apa bila makan dan kesannya anda asyik bunag angin sama ada kentut atau sendawa.

Cara makan:

Makan 2 biji -4 biji setiap hari ikut ketahanan badan. Fungsinya untuk kempiskan perut dan buang angin. Ibu menyusu pun boleh amalkan kalau anak tahan. Tetapi ibu mengandung tidak dibenarkan.

mingguan wanita

Isnin, 15 Ogos 2016

5 Sikap Buat Kecantikan Wanita Pudar

Assalamualaikum..


Ketika berkomunikasi dengan ramai orang, anda pasti akan bertemu dengan pelbagai jenis ragam manusia  dengan karakter yang berbeza. Mungkin ada yang nampak cantik namun sikapnya sangat menjengkelkan. Kena ubah ya, atau pun kita boleh tegur secara diam-diam dan elok. Ok, ini beberapa sikap yang MW maksudkan...

1. Bangga diri sendiri secara melampau
Yakin dengan diri sendiri tak salah tetapi jangan over sampai nampak seolah-olah 'angkat bakul sendiri'. Tambah pula kalau anda jenis 'up' diri sendiri dan pada yang sama kecilkan kebolehan orang lain. Ini memang terus nampak buruk anda, ya. 

2. Sikap kasar dengan seseorang
Normal kalau ada wanita yang tingkah laku agak kasar. Tetapi kalau sampai anda menindas orang lain atau pasangan sendiri, ini boleh merosakkan hubungan. Terpekik-pekik sebab satu kesilapan yang kecil, agak melampau, bukan?

3. Pembohong dan suka putar belit
Bukan hanya lelaki saja yang pandai berbohong, wanita pun ramai dan mula pandai sembunyikan sesuatu rahsia, sampai menipu. Biasanya wanita seperti ini tidak punya banyak kawan sebab orang dah boleh baca perangainya. 

4. Cepat marah dan baran
Wanita memang terkenal dengan sikap drama, tetapi jangan sampai tonjol perangai baran dan moody melampau. Wanita yang mudah marah, cepat kecil hati  dan tarik muka masam setiap masa juga tidak begitu disukai orang. Jadi ubah sikap ini jika mahu nampak cantik dan manis. 

5. Pemikiran sempit, semua salah
Rajinkan diri update ilmu setiap hari, jangan nampak cantik tetapi abila disoal macam-macam melalut. Ada yang jenis buat-buat tahu, tidak ke sikap ini memalukan diri sendiri. Wanita kadang kena ambil tahu dengan isu semasa, berfikiran luas dan boleh menerima  pendapat orang lain. Jangan asyik rasa diri anda saja yang sempurna dan tunjuk pandai. 

Wanita, jangan sampai ada salah satu perkara di atas dalam diri anda. Selagi anda mampu ubah beberapa sifat dan sikap ini, elok ambil peluang. Sayang, orang nampak penampilan cukup cantik tetapi sebab beberapa perangai ini, terus nampak buruk anda. 

mingguan wanita

Isnin, 13 Jun 2016

11 Sebab Wanita Perlu Berbengkung Lepas Bersalin

Assalamualaikum..



Ramai wanita akan mengeluh tentang masalah perut menggeleber dan buncit yang dialami selepas bersalin. Ia memang masalah normal yang akan dilalui oleh wanita yang sudah bergelar ibu.

Tetapi ia bukan masalah yang tiada penyelesaian. Asalkan anda rajin dan konsisten, mudah sahaja 'melenyapkan' segala buncit yang muncul itu.

Antara kaedah tradisional popular yang menjadi amalan turun-temurun adalah amalan berbengkung. Bengkung adalah amalan tradisi yang menggunakan sekeping kain panjang yang dililit dan diikat dengan kemas
pada sekeliling bahagian perut sebaik sahaja selepas bersalin.

Bengkung dipakai selepas semua rawatan urut, tungku, tangas, param, pilis dan tapel. Selain memakainya pada waktu siang, sebaiknya bengkung mesti dipakai pada waktu malam juga terutama sebelum makan malam bagi membentuk semula bentuk badan.

Untuk mendapat kesan baik anda digalakkan berbengkung selama 44 hari berpantang. Bagi memudahkan kerja, anda boleh menggunakan bengkung moden yang mempunyai tali ataupun yang berpelekat. Jadi, anda boleh memakainya sendiri tanpa perlu menyusahkan orang lain.

Pemakaian bengkung sehingga paras paha lebih digalakkan kerana ia membantuk semula bahagian badan yang berlemak.

Antara kebaikan berbengkung adalah berikut

1. Amalan ini dipercayai boleh membantu mengempiskan perut, memejal dan merampingkan pinggang selepas mengembang akibat proses kehamilan.

2. Selain untuk faktor kecantikan, amalan berbengkung juga membantu menghilangkan sakit belakang yang dialami semasa mengandung.

3. Membantu mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin.

4. Mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber selepas bersalin.

5. Membantu mengembalikan kedudukan peranakan.

6. Mempercepatkan pengeluaran darah kotor.

7. Mengelakkan badan daripada 'masuk angin'.

8. Menguatkan dan mengembalikan kedudukan tulang belakang.

9. Menyokong rahim supaya tidak 'jatuh' dari kedudukan asal.

10.Memudahkan pergerakan ketika berpantang kerana perut terasa kemas diikat selepas bayi sudah keluar. Jika tidak berbengkung ibu akan berasa perut seperti bergerak-gerak.

Untuk mendapatkan kebaikan tersebut,amalan berbengkung mesti dilakukan dengan tekun tanpa culas sepanjang tempoh berpantang.

Cara penyediaan berbengkung

Jika berbengkung dengan sapuan herba, perut perlu disapu dengan ramuan herba. Kain kecil digunakan untuk menutup ramuan herba yang disapu pada perut. Kemudian barulah memakai bengkung.

Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya lima jam sehari. Bengkung haruslah diikat ketat, panjang dan kemas dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul.

Jika pendek ia akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah.

Ibu bersalin secara caesarean perlu menunggu sehingga dua minggu hingga sebulan sebelum memakai bengkung. Cara pemakaian bengkung tradisional dengan meletakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Selepas bengkung dibuka pastikan kawasan jahitan dilap kering.


kredit  majalahpama

Khamis, 26 Mei 2016

5 Tip Pakai 'Heels' Cara Selamat

Assalamualaikum..


Tidak dapat dinafikan, kasut bertumit tinggi merupakan pelengkap gaya seorang wanita. Kita mudah tertarik dengan rekaannya dan matlamat untuk tampil lebih menawan berbanding berkasut rendah. Tetapi sebenarnya, tiada yang baik mengenai kasut bertumit tinggi selain dari rekaannya. 


Mungkin ramai wanita tidak sedar atau pura-pura tidak sedar bahawa pemakaian kasut bertumit tinggi boleh memberi impak negatif pada badan. Namun disebabkan terpengaruh dengan kata-kata, ‘no pain, no gain’ , semuanya ditolak ke tepi. Namun jangan risau, ada beberapa senaman yang boleh dilakukan bagi anda yang gemar bertumit tinggi. Sekurang-kurangnya kita mampu menjaganya.

Putaran kaki
Pergelangan kaki akan menjadi stress setelah seharian kaki terperangkap di dalam kasut bertumit tinggi. Jadi, anda boleh lakukan senaman kaki dengan memusingkan tapak kaki beberapa kali. Perkara ini boleh dilakukan sambil duduk ketika menyiapkan kerja atau di mana-mana sahaja. Lakukannya sehingga 40 ke 50 kali.

Lakukan ‘calf raise’
Senaman ini sesuai dilakukan untuk anda yang ingin menguatkan otot di bahagian betis dan peha. Langkahnya amat mudah iaitu berdiri di bahagian penjuru, dan naikkan tumit anda beberapa inci sehingga anda betul-betul berdiri menggunakan jari kaki anda dan turunkan sedikit demi sedikit sehingga anda dapat merasakan regangan di otot kaki anda.

Pusingan buku lali
Stilleto tinggi mungkin akan menampakkan anda  lebih seksi tapi bayangkan, berjalan dengan kasut itu mampu melemahkan otot anda malah ia menyakitkan. Untuk meredakan kesakitan kaki, cuba berdiri dan naikkan tumit kaki anda. Lakukan bulatan penuh menggunakan buku lali kaki anda sebanyak 20 kali. Kemudian urut kaki anda secara putaran terutama di bahagian buku lali. Cara ini mampu mengurangkan regangan pada buku lali dan membuatkan kaki lebih selesa.

Regangan
Lakukan beberapa jenis regangan seperti duduk rehat dengan melunjurkan kaki selama 10 minit. Cara ini dapat membantu memperbaiki pengaliran darah. Cuba juga untuk mengangkat hujung kaki beberapa kali bagi memberi kelegaan kepada buku lali.

Jumpa doktor anda
Jika anda pemakai tegar kasut bertumit tinggi, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar berkaitan seperti Orthotik dan juga Prostetik bagi menjalani rawatan manipulasi kaki. Ia bertujuan untuk membetulkan tulang yang sering bergesel dan juga untuk mengurangkan kadar geseran tulang tersebut.

Tidak salah ingin bergaya mengikuti perkembangan fesyen dengan bertumit tinggi, namun janganlah memakainya dalam tempoh yang lama dalam satu-satu masa. Penjagaan kaki dari awal amat penting supaya ia tidak memudaratkan anda ketika tua kelak.  Amalkan langkah penjagaan dengan senaman kaki seperti di atas agar kaki anda kekal sihat. 

majalah rapi

Isnin, 18 Januari 2016

Punca Besar Buat Tangan Wanita Cepat Kedut & Kasar

Assalamualaikum..

 Punca Besar Buat Tangan Wanita Cepat Kedut & Kasar



1. Pencuci Ada Bahan Kimia
Pilih pencuci daripada bahan alami yang lembut dan tidak memberi kesan sampingan. Pencuci yang mempunyai kandungan kimia tinggi menyebabkan kulit menjadi kering dan menggelupas. Ia juga membuatkan tangan anda kasar.

2. Kerap Cuci Tangan
Jangan terlalu kerap mencuci tangan kerana ia boleh menghakis kelembapan semula jadi kulit. Ia menyebabkan kulit mudah kering dan proses penuaan berlaku dengan pantas.

3. Tak Urut
Majoriti wanita melakukan urutan pada wajah dan tubuh. Namun tidak ramai yang memfokuskan kepada urutan tangan. Anggota tubuh ini sering digunakan untuk melakukan pelbagai kerja. Lantaran, kita mesti bersikap adil dengan tubuh. Wanita disarankan melakukan urutan tangan setiap hari. Pagi dan malam adalah waktu yang terbaik. Urutan ini dapat melancarkan perjalanan darah dan menghilangkan keletihan tangan.

4. Malas Pakai Losen
Alasan leceh dan cepat sering diberikan kaum Hawa. Mereka merasakan amalan memakai losen tangan tidak begitu penting. Sikap ini mesti dihentikan, jika mahukan tangan yang menawan. Anda mesti mengoles losen sekurang-kurangnya dua kali sehari terutama mereka yang bekerja di dalam pejabat berhawa dingin.

5. Tak Guna Krim Tabir Suria
Tangan sering terdedah kepada cahaya terutama ketika memandu kenderaan. Gunakan krim tabir suria untuk melindungi kulit tangan daripada selaran matahari. Krim ini membantu kulit kekal cerah dan anjal.

6. Kerap Merias Kuku
Jangan terlalu kerap merias kuku kerana gel manikur mempunyai kesan yang sama seperti cahaya matahari. Ia menjadikan kulit menjadi kering, kusam dan kelihatan tua.

7. Guna Hand Sanitizer
Kebanyakan hand sanitizer ada kandungan alkohol yang tinggi. Sudah tentu ini menghakis kelembapan kulit dan menjadikan kulit kering dan penuaan berlaku dengan pantas. Kurangkan penggunaan hand sanitizer, sebaik-baiknya elakkan.




sumber Mingguan Wanita