Assalamualaikum..
Memang
kena banyak besabaq..tambah plak dgn 3 org hero..walaupun kadang2 hilang jugak
sabaq ni..bila mana Mama dari ultraman betukaq jadi raksasa gorgon..memang kena
bnyk sabaq..
Anak-anak kita bukan malaikat, bukan juga orang dewasa.
Mereka tidak sempurna, dan pasti tidak akan dapat menjadi dewasa sebelum sampai
masanya.
Tertumpah air berkali-kali, berlari-lari dan menjerit di
masjid walaupun telah dipesan 100 kali, terkencing di waktu malam, menconteng
dinding, memecahkan pinggan dan cawan, terosakkan mainan yang baru dibeli,
berguling-guling di pasaraya dan pelbagai lagi adalah asam garam dan ujian buat
ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Bersabarlah wahai ayah dan ibu dalam meluruskan
kesalahan-kesalahan mereka, bak kata Al Ahnaf Bin Qais ketika menasihati
Muawiyah yang sedang marah kepada anaknya Yazid,“anak-anak adalah buah hati
kita, dan tulang belakang kita. Kita laksana tanah yang rendah bagi mereka, dan
langit yang meneduhi mereka. Jika mereka meminta sesuatu, berikanlah. Jika
mereka marah, pujuklah. Kelak mereka akan memberimu kesayangan mereka, dan akan
berkongsi denganmu rahsia mereka. Dan janganlah engkau menjadi penghalang,
nescaya mereka akan menjadi jemu dengan kehidupanmu, dan mencita-citakan
kematianmu.”
kredit fb Hisham
Sharif
Assalamualaikum..
ANAK TAK NAK IKUT SEBUT.. APA NAK BUAT??
Biasa kan dengar ayat di atas... Bila minta anak sebut,anak taknak sebut..
Well, semasa saya mengajar pun memang sebenarnya saya melalui masa-masa tersebut.. Memang bukan senang nak minta anak sebut, tambahan pula anak-anak yang lambat bercakap ni..
Tapi takpe, saya akan bg 3 teknik yang biasa digunakan untuk menggalakkan anak menyebut..
1. Teknik tunggu dan lihat
Teknik ni biasanya berjaya bagi anak yg sudah mula bercakap tapi terlalu sedikit.. Caranya:
Apabila anda menunjukkan objek/gambar, pandang tepat ke mata anak, besarkan sedikit mata dan bongkokkan sedikit badan ke depan.. Kelakuan ini adalah menunjukkan yang kita sedang menunggu jawapan..tunggu dalam 5-10 saat atau kurang bergantung daya tumpuan anak
P.s: pastikan anak sudah faham objek/gambar yang ditunjuk.. Jika tiada jawapan dari anak, anda perlu memberi jawapan..
2. Teknik kiu gerakan
Contoh:
mengajar anak untuk meniru bunyi haiwan (kuek kuek kuek)
Caranya:
Buat gerakan haiwan seperti melompat atau berjalan dan sebagainya.. Pada masa yang sama buatkan bunyi haiwan itu sekali.. Contoh jika nebyebut bunyi kuek3x.. Buat lompatan 3x sebagai kiu.. Lompatan 1 (bunyi kuek), lompatan 2 (bunyi kuek), lompatan 3 bunyi (kuek)...
Seterusnya, giliran anak anda pula utk menyebut.. Buat lompatan tanpa suara dan tnggu anak anda untuk menghasilkan bunyi kuek tadi
Ps: beri bantuan jika anak tidak menghasilkan bunyi..
3. Teknik ambil giliran
Dalam teknik ini anda perlu melakukan demo terlebih dahulu pada anak
Contoh:
mengajar menamakan objek/gambar
Caranya:
Tunjukkan gambar/objek.. Letakkan objek /gambar berhampiran mulut anda dan sebut.. Seterusnya giliran anak pula untuk menyebut, letakkan objek/gambar tadi berhampiran mukut anak pula bagi menunjukkan gilirannya pula untuk sebut.. Ingat tunggu 5-10 saat atau kurang bergantung pada tahap daya tumpuan anak
Ps: kalau anak tak sebut takpe.. Anda bagi sahaja jawapan..
Tapi dalam ketiga-tiga teknik yang saya sebut di atas, kesemuanya memerlukan ada untuk tunggu..
Jadi bila mengajar perlu ada KESABARAN... Jika masih tak sebut, ulang dan ulang lagi.. Dan guna teknik diatas berkali-kali...
Selamat mencuba