Memaparkan catatan dengan label Tips & Parenting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips & Parenting. Papar semua catatan

Rabu, 30 Ogos 2017

“PORNSTAR IG" - TREND TERKINI ANAK GADIS SEKOLAH

Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi..
share dari fb Warga Prihatin..

“PORNSTAR IG" - TREND TERKINI ANAK GADIS SEKOLAH
(IBUBAPA 'WAJIB BACA'... WAJIB BACA!!!)
Selepas tersiarnya rakaman video dokumentari Jurnal BES yang disiarkan di TV1 tentang isu Pedofilia dan peranan NGO dalam menangani kes “Penderaan Seksual Kanak-kanak” kelmarin, banyak pihak telah tampil untuk turut berkongsi maklumat.
Ini ialah satu dapatan yang terpaksa kami luahkan juga kepada masyarakat walaupun kami amat ‘segan’ untuk melakukannya. Sebagai badan kebajikan dan kajian sosiologi manusia, kami merasa maklumat dan fakta yang legit ini amat perlu dikongsi .
Semalam beberapa pihak dari pengusaha tahfiz dan beberapa sekolah menengah telah tampil untuk kongsikan gejala buruk dari penggunaan gadget yang tidak terkawal. Anasir negatif telah BENAR-BENAR memasuki telefon anak-anak kita secara licik.
Ibu bapa yang kononnya mengawal dan memantau aktiviti telefon bimbit anak-anak langsung tidak perasan apa yang berlaku kepada anak mereka. Inikan pula yang jenis main serah dan percaya bulat-bulat sahaja. Pertentangan pendirian itu jelas terzahir semasa RPWP bincangkannya di TV alHijrah sebelum ini.
Seorang guru HEM yang tidak mahu kami dedahkan identitinya menyatakan ada ibu yang menghantar komplen ke sekolah apabila mendapati anak gadisnya ketagihan seks seawal tingkatan 1 sehingga keterlaluan melakukan onani. Katanya dia belajar semua itu dari rakan-rakan sekolahnya.
Golongan bermasalah juga dikatakan banyak datang dari keluarga yang bermasalah. Ibu bapa membawa haluan masing-masing hingga anak-anak terumbang ambing. Akhirnya anak-anak mencari kasih sayang PALSU buat memenuhi nafsu.
GEJALA ‘PORN-STAR IG’ & PERAS UGUT MANGSA
SINDROM 2 KARAKTER sudah jadi biasa. Ada anak yang nampak baik, solat tidak tinggal dan patuh pada ibu bapanya di rumah, namun mereka terkenal sebagai ‘PORN-STAR IG’ di sekolah.
Ini trend terbaru apabila Wechat, IG, Thumblr dan lain-lain sudah menjadi platform anak gadis melacur diri. Hanya dengan bayaran topup, sedikit belanja sekolah, atau tiket wayang saja pun mereka sudah serahkan diri. Selebihnya saja-saja melacur untuk berseronok. Hanya dengan menggunakan beberapa 'teknik' dalam aplikasi Wechat, anak gadis yang gersang mampu dikesan seperti magnet. Sebaik dihubungi, mereka sanggup menunggu untuk diambil oleh si jantan yang sama-sama dahagakan seks.
PORNSTAR IG ialah trending terkini yang amat parah di kalangan anak-anak gadis. Mereka membuka group Direct Mesenger (DM) di dalam Instagram (IG). Gambar-gambar lucah mereka dilambak dalam Thumblr, termasuk rakaman semasa melakukan hubungan seks dengan pasangan rambang untuk 'menggamit' lelaki. Yang berminat akan terus menghubungi mereka melalui IG untuk 'urusan' selanjutnya.
Seolah-olah satu model besar bila seorang gadis boleh disetubuhi oleh ramai lelaki. Sangat menyedihkan apabila teknologi yang kononnya diberikan untuk anak-anak ini mudah belajar, tetapi akhirnya menjadi pisau yang memotong kerongkong ibubapanya sendiri.
Si jantan pula sentiasa mencari jalan untuk memuaskan nafsu mereka. Kami pernah tuliskan dahulu bagaimana anak-anak lelaki kami yang pulang dari masjid asyik disapa oleh KAKI LEPAK berumur antara 13-17 tahun dengan pertanyaan, “ada kakak umur 13 tahun tak, kenalkan kat kita orang boleh?”.
Ini bukan satu hypothesis kerana hanya sekitar sebulan sahaja anak-anak kami menempati desa itu, seorang anak perempuan kami sudah tewas. Anak 13 tahun itu terpengaruh hanya dengan pemberian handphone dan simkad. Mujurlah ada peranan rakan-rakan 'pengapit' dalam packnya yang melapor lalu ia sempat kami CANTAS SERTA MERTA.
Umur 13 tahun ialah fasa peralihan antara fasa kanak-kanak kepada fasa remaja. Susuk tubuh si gadis sudah mula 'mekar' untuk menjadi ratahan si jantan. Pada umur inilah mereka dijadikan sasaran untuk 'sexual grooming'. Mulanya hanya dengan bertukaran IG. Kemudian bertukaran foto dan video lucah di dalam ruang DM di IG. Akhirnya berlanjutan dengan 'phone sex', lalu secepat itu setuju berjumpa dan melakukan zina.
Trend yang lebih parah ialah si jantan akan mengambil foto dan video bogel anak gadis yang telah dirosakkan sebagai piala untuk dikongsikan bersama-sama rakan lelakinya. Gambar dan video diambil ketika mangsanya sudah benar-benar ‘teransang’ dan ‘hilang akal’ sehingga tidak lagi 'mampu' untuk menghalang rakaman itu. Akhirnya gadis itu digelar “Pornstar IG” apabila foto-fotonya tersebar luas. Sedih apabila ada yang terus 'terhamil' hanya pada 'cubaan' pertama. Sepanjang tempoh hamil juga 'dimanfaatkan' untuk meneruskan zina.
Kemudian apabila Si Jantan sesak tiada duit, maka si gadis diminta wang ringgit atau gambar-gambar mereka akan disebarkan atau disampaikan kepada ibu bapanya. Akhirnya, si gadis bukan sekadar terpaksa berikan wang, malah sanggup atau terpaksa dilacurkan oleh “penyandang piala” yang memiliki gambar-gambar bogel mereka.
Dahulu mereka hanya berzina di dalam tandas, di dalam kereta, di kebun-kebun, atau di waktu malam. Kini mereka semakin biadab apabila sanggup melakukan hubungan seks di siang hari secara sangat 'terbuka'.
Ada yang melakukannya di tepi jalan sambil menunggu bas, di padang sekolah dan di dalam kelas. Rakan-rakan pula berkerjasama dengan membuat ‘kepungan pagar betis’ sambil menyaksikan aktiviti seks rakannya secara LIVE. Sebelum tertubuhnya AIP (Akademi Insan Prihatin), anak-anak kami telah banyak kali menyaksikan berlakunya aksi begini di sekolah lama.
SERANGAN SEKSUAL PELBAGAI RUPA
Di manakah kita tatkala anak kita leka melayari laman sosial? Adakah aktiviti itu untuk kebaikan ataupun mereka sedang 'membunuh diri' dengan senjata yang diberikan oleh ibu bapa sendiri?
Pada tahun 2007, Dr Khaidzir Ismail dari UKM mengeluarkan hasil kajiannya terhadap 887 anak gadis berisiko. Hanya 1 orang sahaja yang didapati belum mengalami hubungan seks.
Hasil kajian 2007 pun sudah begitu, di mana media sosial seperti FB, IG, TG, WA, WeChat semuanya belum cukup popular lagi. Apatahlagi situasi sekarang ini... Dengan pelbagai apps seperti Beetalk, Kakaotalk dan yang seangkatan dengannya, ditambah lagi penyebarannnya di App Tumblr menjadikan situasi lebih mencabar lagi.
Selain dari fenomena pornstar, jangan kita lupa dengan aktiviti onani. Pengalaman kami sendiri mendapati 'ramai' anak lelaki sebesar 7 tahun sudah pandai ‘meliwat’. Anak perempuan sebesar 9 tahun sudah mengamalkan onani yang ‘keterlaluan’ sekali. Walaupun sekadar onani, namun kesannya sama sahaja apabila 'dara' sendiri sudah tiada.
Kaji punya kaji, kami dapati antaranya adalah hasil ‘kerjabuat’ atau 'rangsangan' dari abang kandung atau ayah sendiri. Apatahlagi sepupu, adik beradik dan ayah ANGKAT atau TIRI. Rumah yang dihuni bersama beberapa kelamin, atau ipar duai dan sepupu yang tinggal di rumah datuk/nenek yang buta IT adalah paling berisiko tinggi.
HASIL R&D DAN TINDAKAN RPWP
Di RPWP, kami asingkan anak perempuan dan lelaki seawal usia 2 tahun lagi. Kami sedikitpun tidak risau mereka nanti tidak kenal fitrahnya hubungan kelamin. Haiwan yang tidak pernah ke sekolah juga tidak pernah tersilap mengawan. Yang jantan mesti akan cari yang betina. Apatah lagi manusia.
Biarlah orang kata RPWP kolot kerana mengajarkan anak memakai tudung seawal umur 2 tahun sehingga dia jadi terbiasa dan terasa seperti berbogel malunya jika tidak bertudung. Sekali sekala tersilap langkah hingga terlihat auratnya secara tidak sengaja pun dia sudah 'hantuk kepala' kerana terlalu 'kesal'nya.
Biarlah orang kata kita “anti establishment” bila anak-anak kita tidak diperkenal kepada gadget dan IT dari awal usianya.
Ya, kami tidak takut anak nanti jadi buta IT. Kami telah laksanakannya sejak anak-anak generasi pertama. Kami berikan teknologi seperti telefon pintar, tablet dan komputer hanya ketika mereka sudah bersedia untuk menahan godaan dari internet dan dunia luas tanpa sempadan. Tidak pula mereka jadi canggung dengan teknologi IT. Malah ada yang sampai ke peringkat pembangunan apps dan sistem online berimpak tinggi.
Ikuti perkongsian anak generasi pertama RPWP tentang ARTIFICIAL INTELLIGENCE di TV al-Hijrah.
Apa yang jadi pada hari ini memang TERLALU membimbangkan....
Ada juga yang menafikan hasil kajian Dr Khaidzir Ismail. Kononnya ia dilakukan atas pelajar-pelajar yang berisiko sahaja. Tetapi hari ini semua itu langsung tidak mustahil. Dari pihak guru-guru sendiri menyatakan kewujudan 2 karakter. Ada pelajar yang dilihat baik di hadapan ibu bapa, BAHKAN TIDAK TINGGAL SOLAT tetapi 'menyetan' di belakangnya.
Bayangkan pada waktu kita membaca ini, anak gadis kita yang baru pulang terawih bersama-sama tadi..., anak yang di’rasakan’ mentaati ibubapa, yang cerdas pendidikannya, malah tidak meninggalkan solat, tetapi di sebalik karakter itu dia mempunyai profil pornstar di dalam ruang peribadinya. Anak baik itu rupanya ketagihan seks dan telah dirosakkan ketika hari pertama dia melangkah remaja. Bukan sahaja dirobek daranya sebelum dia mengenal nilaian sebenar, bahkan sanggup melacurkan diri dengan harga yang MURAH sekali.
Fenomena ini bukan lagi satu analogi atau sekadar hypothesis, malah ia banyak disaksikan di depan mata bahkan terakam dari video dan CCTV RPWP.
KESIMPULAN
Kita semua tidak pernah terfikir untuk melahir dan membesarkan anak untuk menjadi pornstar. MALANGNYA kita lupa, apa yang kita beri dan apa yang kita buat sebenarnya membuka laluan kepada anak-anak kita meneroka peluang menjadi pornstar di dalam ‘dunia’nya.
Kita WAJIB ambil peduli apa yang anak kita lakukan.
Jangan cepat percaya dengan karakter baik anak-anak kita. Pelajari teknik mengenal bahasa tubuh dan belajar buat risikan, samada secara langsung atau melalui kaedah Artificial Intelligence.
Tanamkan rasa curiga dan cemburu terhadap apa yang mereka lakukan kerana mereka itu tanggungjawab kita yang paling besar. Masa depan agama, bangsa dan negara ini terletak pada mereka. Biar mereka atau kita menangis sekarang, sebelum semuanya punah dan musnah.
Ini bukan kisah dongengan, ini kisah sebenar. Kita sedang bercerita tentang kerosakan mereka di awal remaja. Jangan terkejut jika kami dedahkan adanya aktiviti seks yang telah bermula seawal 6 tahun sehingga mereka jadi KETAGIHAN.
Lihat gambar anak kita pada umur 6 tahun. Tatap wajahnya habis-habisan dan fikirkan jika kita tidak lakukan sesuatu, anak kita mungkin jadi mangsa kepada PEMANGSA yang banyak di sekitarnya. Di kalangan adik beradik, ayah dan bapa saudara sendiri pun sudah banyak terjadi. Apatahlagi sepupu, adik beradik dan ayah angkat atau tiri. Itu belum masuk ancaman dari jiran dan rakan sepermainan, atau dari golongan PATI 'bujangan' dan ‘pelajar’ Negro yang 'kegersangan'.
Oleh itu, jika kita sayangkan anak, jadilah ibu bapa yang prihatin. Sihatkan minda anak kita dengan BERPUASA GAJET dan IT yang mampu membunuh mereka.
Selamat berpuasa,
WARGA PRIHATIN

Jagalah Anak - Anak Kita

Assalamualaikum..

Sekadar Perkongsian..

Rupa-rupanya anaknya ditangkap tidak hadir ke sekolah, tetapi telah keluar bersama lelaki. Anaknya jua telah mengaku kepada guru bahawa beliau telah berzina.
Namun dia percaya anaknya tidak melakukan apa-apa. Tak sampai peringkat zina.
‘Dia tak tahu doktor. Dia tak faham. Mungkin sekadar sentuh-sentuh dia fikir sudah melakukan. Dia ni bukannya pandai.
Saya rasa dia tak buat doktor. Dia tak tahu..”
Saya minta wanita itu keluar dan saya bersemuka dengan anaknya.
Ternyata anak yang ‘tidak pandai’ ini telah melakukan zina sejak di Tingkatan 1-tanpa disedari ibubapa. Dengan ramai lelaki.
Berbagai bangsa.
Berbagai umur.
Dia tidak kelihatan seperti anak nakal dan liar. Dia kelihatan baik dan ya, mungkin sedikit naif-atau bodoh seperti kata ibunya.
Namun di sinilah lelaki-lelaki jahat mula memasukkan jarumnya.
Saya tanyakan bagaimana permulaannya. Saya tanyakan apakah beliau menonton video lucah.
Lalu dia menceritakan kepada saya awal mula penglibatannya menjadi seorang ‘pelacur’.
Tinggal di kawasan Kampung Pandan yang terdiri dari majoriti Melayu, lelaki jahat pertama yang membawanya mengenali dunia seks dalam keadaan akal dan jiwanya belum bersedia dan belum disediakan adalah seorang lelaki Indonesia. Bermula dengan mengajak menonton video lucah. Pastinya didahulukan dengan kata-kata manis dan pujian. Hingga akhirnya mahu melakukannya dan sehingga merasa ketagihan.
Kemudian disambut oleh lelaki-lelaki jahat yang lain sambung menyambung sehingga yang terakhir ini.
Ada yang mengambil kesempatan merakam dirinya dan kemudian mengugut untuk menyebarkan videonya. Sehingga anak baik yang tidak tahu apa-apa ini terpaksa mencuri sejumlah wang ibubapanya untuk diberikan kepada lelaki tersebut.
Lelaki terakhir ini, sebelum perbuatannya diketahui adalah seorang lelaki berumur 30 tahun yang sudahpun ada 2 isteri.
Kata anak malang ini, --walaupun saya sudah tidak suka melakukannya, tetapi lelaki itu selalu merayunya sehingga dia merasa kasihan, lalu menurut kemahuan lelaki tersebut-----dapat saya bayangkan bagaimana lelaki jahat ini menggunakan kelebihan akalnya memanipulasi anak ini untuk memuaskan nafsu binatangnya.
Setelah saya kisahkan pada ibunya, longlai tubuhnya dan tersepuk dia di kerusi. Tidak disangkanya langsung anak bongsu manjanya telah jauh melangkah dalam keadaan dia sentiasa dalam ‘denial’- pura-pura tidak nampak atau tidak mahu percaya.
Pecah lagi empangan rasanya buat kali kedua. Menceritakan bagaimana sibuknya dia dan semua terletak atas bahunya. Anak yang ramai, ada yang punya masalah jiwa sedang dalam rawatan, anak dan menantu yang silih berganti bersalin dan beliau yang menjaga.
Dalam kesibukannya, dia tidak sedar anaknya sedang mengalami perubahan hormon. Dada anaknya sudah memutik dan ada rasa yang tidak difahami dalam dirinya. Namun, dia tidak perasan itu semua. Baginya anak bongsunya ini masih ‘baby’.
Namun ada mata-mata liar yang perasan. Yang boleh menghidu naluri semulajadi remaja ini. Yang akalnya sudah masak dan matang.
Kita melihat anak kita sebagai baby, namun ada mata lelaki jahat yang melihatnya seperti kucing melihat hidangan menggiurkan di depan mata……yang melihat sampai ke dalam-dalamnya….baginya ini ada daging baru yang enak…
Lalu lelaki jahat ini akan memulakan jarumnya. Kenal-kenal dulu. Puji-puji. Minta nombor handphone. Memasang ayat-ayat….
Dan anak yang hidup dalam keluarga besar yang sentiasa sibuk ini, serta sudah dianggap tidak pandai ini, yang barangkali tidak pernah menerima pujian dari kedua ibubapanya, sangat mudah termakan pujuk rayu…dan selebihnya adalah sejarah…
Anak ini tidak jahat. Dia tidak liar. Dia lahir dari keluarga baik-baik , keluarga pendakwah.
Namun kerana adanya lelaki-lelaki jahat yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak ini, dia menjadi mangsa.
Beberapa ingatan yang melintas di kepala sebagai peringatan buat ibubapa.
1. bila anak meningkat remaja - perhati-perhatikan dia. Dia ada keperluan/needs. Jadilah temannya. Bersembang dengannya.
2. Jangan mengutuk anak sendiri. Berilah pujian. Terutama bapa dan abang. Puaskan dia dengan pujian dari lelaki dari keluarganya, supaya dia tak layu lentok dengan pujian lelaki jahat. Ingat wahai bapa, kalau berat sangat mulut dan memuji, tangan berat sangat nak membelai, ada orang lain yang akan mengisi kekosongan itu nanti
3. Keterlaluan dalam kesibukan - walaupun untuk tujuan dakwah. Wahai ibu, tempatmu di rumah. Perhatikan dulu anak daramu sebelum kamu ingin berdakwah.
4. Pendidikan - berikan sedikit pendidikan seksual bila tiba masanya. Biarkan dia mendengar dari mulut kita bukan dari mulut gatal lelaki jahat. Terkadang kerana ‘soleh’nya kita, nak menyebut seks pun kita tak tersebut. Bahkan dalam program reproduksi pun ada yang tak senang bila diajar tentang alat reproduktif kepada kanak-kanak - tak sesuai katanya.
5. Anak-anak perlu diberi pendidikan dan tanggungjawab. Jangan jadikan dia ‘pets’. Yang kita manjakan dan belai-belai selalu tanpa kita beri didikan. Jangan sesekali menyangka anak kita tak akan melakukannya…….ia akan memberikan kita rasa selamat yang palsu.
6. Bila anak kita telah jadi anak dara, seolah-olah ada bauan atau haruman yang tersebar keluar dari rumah kita - lalu menarik banyak ‘bugs’. Fahamkan dia tentang nilai dirinya. Banyak anak gadis hari ini, termasuk anak gadis kita juga, kadang tergedik-gedik dihadapan kamera. Fahamilah wahai ibu, wanita itu seluruhnya adalah aurat. Sangat menarik perhatian. Sangat menggoda. Beritahulah pada anak kita. Tanamkan sifat malu pada dirinya.
Perbetulkan pakaiannya.
Jagalah dia.
Sedikit nukilan dan ibrah untuk dikongsi bersama.
Yang ada anak lelaki tolonglah ajarkan supaya menghormati perempuan, belas dan kasih padanya dan sentiasa melindunginya.
Ya Allah lindungilah anak-anak gadis kami!
Oleh :
Dr Ariza Mohamed
Pakar O&G Hospital Pakar Ampang Puteri
AJK Wanita Ikram WP

Selasa, 8 November 2016

Pendeknya Saat Membesarkan Anak Anak

Assalamualaikum..


Dedicated to all parents...

PENDEKNYA SAAT MEMBESARKAN ANAK2

Satu ketika dulu rumah ini di penuhi oleh tawa tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurausenda dan bagai lagi. Buku2 pensel, seluar baju berteraburan di lantai bilik. Bedak, sikat ntah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal berteraburan d bawah meja. Maka...... kedengaran lah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku2 dan hantar pakaian kotor ke bilik air.

Pagi esoknya... seorang akan bertanya emak. "Mak... mana pensil saya.". Kemudian sorang lagi brtanya... " bedak mana makkk?" Sorang pulak akan tanya..." anak tudung saya mana mak?. 

Mak segera lupakan jeritan semalam... "Tu laaa... lain kali jangan sepah barang2."

Dan sekarang bila mak buka pintu bilik anak2... ada katil yg dah kosong. Tmpt sangkut baju pun... sikit jer bajunya. 

Apa yg tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau kamu semua pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran. Mak boleh cam mana satu bau anaknya. Tiap2 anak punyai bau istimewa masing2. Jadi... mak pun hidu udara bilik tu sedalam2nya untuk ilangkan rindu pada anak2.

Apa yg tinggal sekarang adalah memori gelak tawa tangis dan aneka perangai anak2. DAN JUGA... kehangatan badan anak2 dibawah pelukannya masa kecil dulu.

Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur. 

Tapi ia seindah padang pasir yang x berpenghuni. 


Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jerit... suruh anakanak2 buka atau tutup. 

Kamu semua dah ada dunia sendiri.


Dan mak/abah sentiasa memohon... YA ALLAHHH...peliharalah anak2 ku, menantu2 ku walau dmana mereka berada. Sesungguhnya kau maha pengasih lagi penyayang.


kredit untuk penulis sebenar..

Khamis, 8 September 2016

Rahsia Doa Seorang Ibu Jika Setiap Malam Dia Mendoakan Anak-Anaknya.

Assalamualaikum..

Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya.

Isi tulisannya sebagai berikut :
"Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabariNya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,

dan aku bersumpah demi Allah.... agar engkau tidak menghijab/menghalangi RedhaNya kepada anak-anakmu.

Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing. "

*Begini doanya:*
اللهم إني أُشهدك أني راضية عن إبني/إبنتي (.....) تمام الرضا وكمال الرضا ومنتهي الرضا فاللهم انزل رضوانك عليهم برضائي عنهم


"Allaahumma innii usy-hiduka annii raadhiyah 'an ibnii/ibnatii.... (sebut nama anak-anakmu satu persatu)... tamaamar-ridhaa wa kamaalar-ridhaa wa muntahayir-ridhaa. Fallaahumma anzil ridhwaanaka 'alaihim bi ridhaa-ii 'anhum"

(Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku ................(SEBUTKAN NAMA ANAK2 SATU PERSATU............................
YA ALLAH DENGAN REDHO MU DAN KESEMPURNAAN MU.. MAKA TURUNKANLAH YA ALLAH KEREDHOAN MU KEPADA ANAK2 KU DEMI REDHOKU KEPADA MEREKA....

Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

Doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anaknya di dunia dan akhirat InsyaAllah.

Oleh itu ibu2 jgnlah kamu mengeluh atas keadaan anak2 jika melalui kesukaran dan jgnlah pernah LETIH untuk berdoa.


share dari whatsapp group
- Mummy Ira -

Khamis, 1 September 2016

Tip dan Cara Bagi Reward/ Reinforcement/ Ganjaran Untuk Anak Anak

Assalamualaikum..

Biasa la kan kalau ada anak2 yang tak mau ikut apa yang kita ajar termasuklah anak2 Saya. Tapi kadang2 tu Saya ajar depa dengan pujian tak pun bagi reward. Kira bagi ganjaran/hadiah bila depa buat sesatu kerja. Tapi kadang2 kena tengok jugak cara dan jenis reward yang kita boleh bagi kat anak2 ni..

Jom tengok contoh2 dan jenis2 reward yang Saya share dari fb Educational Material Review

Educational Material Review
 
Macam mana nak buat kalau anak sukar memberi kerjasama. Susahkan nak ajar anak
Apa kata cuba bagi reward/ reinforcement/ ganjaran


Apa tu reward/ reinforcement/ganjaran????
Ia adalah hadiah/pujian yang diberikan untuk menggalakkan tingkah laku positif. Ia sangat berkesan untuk meningkatkan kerjasama dan tumpuan kanak-kanak.


Apa barang- barang yang boleh menjadi reward???
1. Permainan
2. Makanan
3. Pujian
4. Barang2 yang anak gemari


Tips untuk memilih reward..
1. Pastikan reward sangat digemari oleh anak
2. Pastikan reward mudah, cepat dan boleh diberi berulang kali. Contohnya, sticker, sorting blocks, kacang, biskut dll


Pastikan beri reward setiap kali anak melakukan tingkahlaku yang positif/ diingini. Kurangkan reward apabila anak memberi tingkahlaku itu secara konsisten.

fb Educational Material Review

- Mummy Ira -