1.Menunjuk-nunjuk
Baru pertama kali berjumpa namun anda sudah mula bercerita perihal jawatan, rumah dan segala harta yang dimiliki. Perlakuan anda yang suka menunjuk-nunjuk ini hanya akan menimbulkan perasaan kurang senang kepada si dia. Sebaiknya, berceritalah perihal anda secara sederhana. Biarkan si dia menilai sendiri kekayaan yang anda miliki.
 
2.Suka Menyentuh
Cuba kawal emosi anda dan hormati diri seorang wanita. Pergerakan tangan yang tanpa kawalan terhadap si dia boleh menyebabkan kemarahan. Oleh itu, jangan sekali-kali bertindak melulu dengan sewenang-wenangnya menyentuh si dia.
 
3.Tidak Gentelman
Tunjukkan sifat prihatin anda terhadap wanita dengan membuka atau menutup pintu kereta, menarik kerusi sebelum mereka duduk, menuangkan air dan membawa bunga ketika keluar bersama. Si dia pasti tertarik dengan sikap budiman tersebut dan ingin terus berdampingan dengan anda.
 
4.Tidak Sopan
Sopan tidak hanya tertumpu kepada wanita. Sebaliknya, kaum lelaki juga perlu memiliki kesopanan baik dari segi percakapan mahu pun perbuatan. Bayangkan anda bercakap kasar dan kuat semasa makan atau menegur pelayan restoran dengan gelaran yang tidak sepatutnya. Sudah pasti ia akan menjadi kenangan pertama dan terakhir anda keluar bersama si dia.
 
5.Dah Tak Puji Tapi Suka Kutuk
Wanita memang gemar dipuji terutama apabila mereka mengenakan pakaian atau sesuatu yang  baru. Sesekali, pujilah mereka seperti ‘saya suka fesyen rambut awak’ atau ‘baju awak sangat cantik’. Buat mereka gembira dan tahu bahawa anda menyedari perubahan tentang diri mereka.
 
6.Tidak Endahkan Keluarga dan Rakan
Si dia pasti terharu dengan sikap ramah anda terhadap keluarga dan rakan baik mereka. Cuba tawan hati orang-orang di sekeliling mereka dahulu sebelum anda memikat hati si dia.
 
7.Terburu Buru Dan Gelojoh
Jangan gelojoh ketika menikmati makanan walaupun anda sangat lapar. Kawal diri anda dan ambilkan si dia makanan terlebih dahulu. Usah terburu-buru meluahkan perasaan cinta dan memaksa si dia menerima anda. Tindakan sedemikian akan membantutkan usaha anda untuk terus mengenali dirinya.
 
8.Penampilan
Selain suka dipuji, wanita juga menyukai sesuatu yang cantik. Bergayalah dengan pakaian yang segak dan bersih. Semburkan wangian sebelum keluar. Pastikan rambut dan janggut anda dipotong rapi agar kelihatan segar dan bergaya.
 
9.Suka/Kerap Bercerita Hal Sendiri
Daripada mula perjalanan hingga tiba ke destinasi, anda sahaja yang bercerita tentang diri anda. Amalkan komunikasi dua hala. Tatkala anda bercerita, si dia mendengar. Begitu juga sebaliknya. Berikan si dia ruang untuk berbicara tentang diri dan latar belakang mereka.
 
10.Kedekut
Elakkan terlalu berkira atau membiarkan si dia sahaja yang membayar makanan. Sekali-sekala, tidak salah sekiranya anda ingin menghargai mereka dengan menghadiahkan minyak wangi atau sebagainya. Pasti si dia tertarik dengan sikap pemurah anda itu.

 bacaan dari google  

- Mummy Ira -