Memaparkan catatan dengan label TIPs KECANTIKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIPs KECANTIKAN. Papar semua catatan

Khamis, 26 Mei 2016

10 Kesalahan Biasa Dibuat Waktu Cuci Muka

Assalamualaikum..


Jangan tidak tahu, ramai yang salah ketika membasuh muka. Walaupun nampak mudah, hanya perlu basahkan muka, gunakan pembersih wajah, kemudian bersihkan dengan air, ia sebenarnya lebih daripada itu. Sesetengah orang mengambil ringan soal ini, sebenarnya merosakkan wajah mereka sendiri. Entri kali ini menjelaskan tentang 10 kesalahan yang dibuat ketika membersihkan wajah.



1.    Salah pilih produk
Pembersih muka yang sesuai dengan anda harus mampu menanggalkan kotoran dan kesan mekap, tetapi tidak mengurangkan kelembapan semula jadi muka anda. Memilih produk yang salah akan membuatkan kulit muka menjadi merah atau iritasi pada wajah.

2.    Jangan ‘terlebih’
Membersihkan muka sekali atau dua kali setiap hari adalah bagus. Terlebih melakukannya mengganggu penghasilan minyak semula jadi yang baik untuk kulit. Apabila anda tidak mengenakan solekan, berpeluh terlalu banyak mahupun terdedah kepada sinar matahari, elakkan penggunaan pembersih wajah secara keterlaluan pada waktu malam.

3.    Salah suhu air
Kata orang, air panas akan membuka liang dan yang sejuk menutupnya semula. Kenyataannya, liang roma tidak mempunyai otot untuk terbuka atau tertutup. Walaupun air panas memberi keselesaan pada wajah anda, ia sebenarnya membuatkan ia menjadi kering. Air suam adalah yang terbaik untuk membersihkan muka anda.

4.    Skrub wajah
Anda boleh menggunakan skrub tetapi jangan kerap. Produk pengelupasan sebenarnya bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati, tetapi tidak digalakkan untuk penggunaan secara kerap. Dua atau tiga kali seminggu sudah memadai.

5.    Tidak bersihkan betul-betul
Tidak membersihkan muka dengan betul akan menyebabkan pori tersumbat. Walaupun sedang mengejar waktu, usah ambil mudah soal ini. Bahagian bawah rahang, garis rambut, dan hidung selalu dibiarkan. Tunjukkan sedikit kasih sayang padanya, bersihkan juga kawasan-kawasan ini.

6.    Guna produk dengan bahan kimia
Elakkan penggunaan produk yang mempunyai bau, pewarna atau bahan kimia. Campuran bahan-bahan ini di dalam produk kecantikan yang anda gunakan boleh menyebabkan iritasi pada kulit muka terutamanya jika ia jenis sensitif. Baca label kandungan bahan dalam produk sebelum membelinya.

7.    Gosok dengan tuala
Pedapkan, bukan gosok muka dengan tuala. Menggosok muka dengan tuala membuatkan anda rasa selesa, tetapi ia sebenarnya membuatkan tahap elastik kulit anda menurun. Paling mudah untuk menerangkannya, ia menggalakkan kulit menjadi kendur.

8.    Tangguh guna pelembap
Bagi memaksiumumkan penyerapan pelembap wajah, lakukan ia sebaik sahaja anda selesai membersihkan muka. Begitu juga jika anda menggunakan sebarang serum atau produk perawatan wajah. Membiarkan muka kering terlebih dahulu sebelum mengoles pelembap ke wajah hanya akan menyukarkan proses penyerapan bahan aktif ke dalam kulit anda.

9.    Beli produk ‘itu-ini’
Sekiranya anda mahu membeli sebarang produk kecantikan untuk kegunaan masa depan, elakkan jenama yang tidak dikenali. Belilah produk yang mempunyai kandungan bahan natural dan memberi kebaikan kepada kulit anda dalam jangka masa panjang seperti serum.

10.    ‘Takut’ minyak
Ramai yang takutkan produk berasaskan minyak. Khuatir ia menutup pori. Sebenarnya produk ini antara yang terbaik. Minyak berkesan untuk menanggalkan kotoran secara berkesan. Carilah produk berasaskan minyak yang ada campuran tumbuh-tumbuhan seperti aprikot, bunga matahari, dan biji anggur. Ratakan minyak pada wajah dan lap bersih dengan kain yang direndam dalam air suam. Kemudian bolehlah dibersihkan dengan air.


majalah rapi

Isnin, 9 Mei 2016

Semaklah 7 Alat Solek Ini Dulu Sebelum Guna

Assalamualaikum..

google

Produk solekan juga mempunyai tarikh luput. Jadi jangan mengambil mudah soal ini kerana ini boleh memberi kesan buruk seperti alahan atau iritasi pada kulit. Jom semak tarikh luput produk solekan anda!

1. Maskara
Tarikh luput mascara sekitar tiga bulan sahaja. Jangan menggunakan produk ini selepas tempoh tersebut. Dapatkan maskara yang baru untuk menjamin keberkesanan produk dan mengelakkan jangkitan pada bahagian mata.

Tip: Pastikan anda menutup maskara dengan kemas agar maskara tidak keras. Jika maskara keras, titiskan sedikit minyak zaitun.

2. Eye Liner  (Penggaris Mata)
Penggaris mata juga tidak dapat bertahan lama. Untuk jenis cecair, tarikh luput sekitar tiga hingga empat bulan. Bagi penggaris mata jenis batang ( stick) ia mampu bertahan enam hingga tujuh bulan.

3. Bedak Asas Jenis Cecair
Bedak asas jenis cecair mesti dijaga dengan baik, tutup rapi agar angin tidak masuk. Jika dijaga dengan elok, jangka hayatnya boleh bertahan dari enam bulan sehingga satu tahun. Namun jika bedak asas ini bertukar warna atau berbau, jangan gunakan. Ia boleh menyebabkan alahan kulit, dikhuatiri bedak tersebut mempunyai bakteria.

4. Alat Solek Serbuk (Pembayang Mata & Bedak)
Alat solek yang berasas serbuk mempunyai tarikh luput berbeza. Pastikan produk ini sentiasa bertutup dan kering. Produk-produk solekan jenis serbuk boleh bertahan dua hingga tiga tahun. Jangan sesekali dedahkan produk di tempat yang panas, ia menyebabkan produk mudah rosak.

5. Gincu Bibir/ Lip Gloss
Gincu bibir mesti dijaga dengan baik, elakkan meninggalkan gincu di tempat panas seperti di dalam kereta. Pastikan gincu dan lip gloss atau pengilat bibir ini diletakkan di tempat yang mempunyai suhu bilik. Produk-produk ini tarikh luputnya dua hingga tiga tahun.

6. Penggaris Bibir (Lip Liner)
Penggaris bibir mempunyai jangka hayat yang lebih lama iaitu sekitar tiga hingga lima tahun. Selepas gunakan, tutup dengan penutup agar kebersihan terjaga. Asah atau tajamkan penggaris bibir untuk memelihara produk ini.

7. Berus solekan
Berus solekan mesti dibersihkan sekali sebulan. Berus yang tak bersih boleh menjadi ejen utama penyebaran bakteria pada kulit. Jika gunakan setiap hari, bersihkan berus setiap minggu. Berus boleh digunakan sehingga dua tahun.

Kesan Gunakan Produk Tamat Tarikh Luput
1. Iritasi, radang atau alahan pada kulit.
2. Jerawat
3. Masalah kesihatan akibat jangkitan kuman
4. Produk tidak berkesan kerana sudah rosak

kredit Mingguan Wanita

Sabtu, 9 April 2016

Tips Nak Cantikan Kulit Muka

Assalamualaikum..


Tips nak jaga dan cantikan kulit muka..Sya share dari fb Gemersik Spa







Selasa, 2 Disember 2014

12 Muslihat Wanita Tampil Muda Remaja

Assalamualaikum..

Siapa yang tidak ingin kelihatan muda dan segar biarpun usia semakin meningkat? Sekiranya anda juga begitu, usahlah bimbang kerana ada caranya untuk tampil muda dan cantik sepanjang masa. Ingin tahu muslihatnya?

  1. Ketika anda bersolek, samarkan kedutan yang mulai muncul dengan bantuan produk solekan jenis highlighter. Ia dapat membantu memantulkan cahaya di samping menangkis bayangan. Penyamar cela kurang sesuai digunakan kerana ia hanya akan menyebabkan kedutan serta garis-garis halus yang berada pada wajah semakin jelas kelihatan.
     
  2. Selain itu, anda turut digalakkan untuk menggunakan masker. Tujuannya ialah untuk menegangkan kulit wajah anda. Di samping itu juga, masker turut berfungsi membersihkan segala kotoran pada pori-pori wajah seterusnya melembapkan kulit.
     
  3. Cerahkan bahagian mata anda dengan membentuk alis mata secara profesional. Alis mata yang dijaga rapi akan memberikan impak mata yang hidup serta akan membingkai wajah dengan sempurna.
     
  4. Sebolehnya, sentiasalah memakai maskara hitam untuk mendapatkan impak segar dalam kadar segera!
     
  5. Sekiranya anda memiliki rambut yang panjang, dandanlah dengan ikatan ke atas atau poni. Selain bergaya muda, cara ini juga mudah untuk menarik kulit di sekitar bahagian dahi serta pipi anda sehingga kelihatan lebih tegang. Dengan itu, segala kedutan dan garis-garis halus apat dilindungi.
     
  6. Gunakan pelembap yang bagus kualitinya
     
  7. Pastikan pelembap anda bebas daripada minyak mineral supaya tidak menyumbat pori-pori yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat.
     
  8. Rawatlah wajah anda secara teratur pada setiap hari. Jangan lupa memakai pelembap, lakukan pengelupasan dua kali sebulan serta mengamalkan krim tabir suria.
     
  9. Usah keterlaluan mencuci wajah. Mengikut Pakar Dermatologi dari University of Maryland Medical Centre, air paip boleh menyebabkan kulit kering serta kehilangan minyak semula jadi yang berfungsi untuk melembapkan kulit. Jika dicuci dengan kerap, anda akan membilas sekali minyak perlindungan ini.
     
  10. Amalkan rutin penjagaan kulit yang baik. Jika anda benar-benar ingin kekal cantik dan muda, mulakan dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Jauhi sinaran matahari terus ke kulit, sentiasa gunakan krim tabir suria dan krim pelembap serta berhenti merokok.
     
  11. Makan secara seimbang dan minumlah air putih secukupnya. Kulit akan kekal lembap serta anjal. Selain itu, garis-garis halus juga berkurangan.
     
  12. Jauhi tekanan dan amalkan senaman secara rutin. Apabila tubuh anda sihat maka ia akan memberikan kesan yang baik kepada kulit anda. Wajah akan sentiasa kelihatan bermaya dan berseri-seri.
sumber majalah nona

7 Langkah Cara Rias Mata Lesu

Assalamualaikum..

Tidak dinafikan bahawa keletihan akan terpancar pada wajah terutamanya di bahagian mata. Oleh itu, bagaimana untuk mengembalikan kesegaran mata dengan solekan? Ikuti tujuh langkah mudah untuk merias mata jika anda harus menghadiri majlis-majlis tertentu bersama suami. Langkah ini hanya mengambil masa anda selama 10 minit sahaja.
  • Letakkan tiga titik concealer di sekitar bahagian mata terutama bagi anda yang mempunyai masalah seperti lingkaran hitam di bawah mata. Seterusnya ratakan dengan menggunakan jari, span atau berus sehingga warnanya senada dengan kulit di sekitar mata.
  • Sapu pembayang mata asas berwarna beige atau krim di bahagian kelopak mata serta di sekitarnya supaya pembayang mata tersebut dapat melekat sempurna seterusnya tahan lebih lama.
  • Seterusnya, aplikasikan pula pembayang mata. Anda digalakkan memilih pembayang mata tiga warna dalam satu palet. Ketiga-tiga warna ini boleh digunakan sebagai warna medium di kelopak mata, warna gelap untuk bahagian kelopak mata serta sekitarnya manakala warna cerah untuk bahagian tulang alis iaitu sebagai highlighter. Campurkan warna-warna tersebut dengan baik agar kelihatan lebih semula jadi.
  • Cerahkan bahagian mata dengan highlighter daripada warna keemasan atau pink. Ratakan warna tersebut dengan menggunakan jari. Langkah ini akan membantu anda tampil dengan mata yang lebih menyerlah dan menawan.
  • Letakkan highlighter yang sama seperti tadi di bahagian tengah sehinggalah ke hujung alis mata anda. Kemudian ratakan dengan menggunakan jari.
  • Panaskan pengepit bulu mata anda dengan pengering rambut selama beberapa saat. Biarkan seketika untuk mengurangkan kepanasannya kemudian barulah anda boleh mengepit bulu mata.
  • Celupkan berus pembayang mata ke dalam air lalu bawa ke palet pembayang mata berwarna gelap. Gariskan bahagian yang terdekat dengan garis tumbuh bulu mata bahagian atas dengan menggunakan berus tadi bermula daripada bahagian sudut mata dalam ke luar. Ulangi pula di bahagian bawah mata tetapi mulakan daripada bahagian tengah. Ratakan sedikit dengan menggunakan jari sebagai sentuhan yang terakhir.
sumber majalah nona

Sabtu, 6 September 2014

Petua Orang Jepun, Korea Jaga Wajah

Ramai di antara kita me­nganggap kecantikan wanita Korea atau Jepun disebabkan solekan dan pembedahan plastik semata-mata. Telahan itu ada benarnya, namun ada faktor lain juga yang tidak boleh dinafikan.



Meskipun kedua-dua negara terbabit selama ini dikenali dengan kecantikan menerusi pembedahan plastik, tidak semuanya begitu. Ada juga wanita di sana yang menolak pembedahan plastik sebaliknya mereka hanya mengamalkan beberapa pertua kecantikan mudah. 

Berikut adalah beberapa amalan masyarakat di sana yang dikatakan membantu mereka mendapatkan kulit wajah yang bersih dan cantik berseri.

• Masyarakat Korea dan Jepun amat mengutamakan kebersihan kulit dan mereka dididik sejak kecil untuk membersihkan wajah dengan sempurna sebelum tidur. Antara amalan yang dipraktikkan ialah membersih muka dengan air suam sebelum diakhiri dengan air sejuk. Teknik ini dikatakan dapat mengetatkan pori pada kulit wajah.  


• Penyegar wajah juga sangat penting bagi mereka kerana ia dapat menanggalkan sel kulit mati. Masyarakat terutama wanita di sana sangat berhati-hati dalam memilih penyegar wajah, sebagai contoh wanita Jepun lebih memilih penyegar yang mengandungi etil alkohol, alkohol penyental dan alkohol isopropil. Selain itu, mereka juga jarang menggunakan kapas muka seperti amalan masyarakat di negara kita. Bagi mereka, penggunaan jari dapat membantu penyerapan maksimum.

• Pelembap muka juga rutin kecantikan biasa bagi masyarakat di Korea. Namun mereka hanya mempercayai produk pelembap yang diperbuat daripada minyak sayuran yang dikatakan lebih baik untuk kulit wajah.

Mereka berpendapat minyak mineral seperti jeli petroleum tidak memiliki bahan istimewa yang dapat membantu menjadikan kulit lebih lembut dan cantik.

Bagi memberi kesan lebih sempurna, mereka mengamalkan teknik sapuan sebarang krim bermula dari atas ke bawah sambil mengurut lembut kulit wajah.


• Untuk wajah yang lebih berseri, masyarakat di sana juga mengamalkan urutan dan menggunakan krim penyental muka. Amalan yang dilakukan dua hingga tiga kali seminggu ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keanjalan kulit wajah.


• Setiap kali selepas mengurut wajah, wanita di sana juga tidak ketinggalan menggunakan pupur pada wajah. Kebanyakan mereka memilih pupur pencerah untuk mencuci kulit dan pori dengan sempurna atau pupur pelembap yang membantu memberi kelembapan yang diperlukan kulit wajah.

Selebriti Korea tidak kira lelaki atau perempuan akan menggunakan pupur hampir setiap hari sebelum tidur bagi mengembalikan kesegaran wajah selepas berbelas jam mengenakan solekan tebal.


• Masyarakat Korea dan Jepun juga mengamalkan minuman teh hijau yang baik untuk kesihatan. Minuman yang sudah sebati dengan masyarakat dua negara itu dinikmati satu hingga dua kali sehari.

Pengambilan teh hijau yang berterusan turut membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana ia sumber antioksidan yang baik.

 
• Masyarakat di sana juga mengamalkan pengambilan makanan sihat dengan memperbanyakkan hidangan berasaskan sayuran.

Mereka gemar menikmati hidangan mentah atau separuh mentah seperti sashimi ikan salmon yang kaya dengan vitamin dan asid omega.

Pengambilan makanan berat yang bergoreng atau berlemak sangat jarang dilakukan melainkan meraikan sesuatu acara atau kejayaan tertentu.


• Masyarakat Korea dan Jepun percaya bahawa banyak minum air membantu untuk menyerlahkan keserian kulit mereka. Tidak hairanlah jika mereka mengambil bergelas-gelas air atau teh hijau setiap hari berbanding air manis lain. Ia turut menjadi amalan pelakon wanita terkenal Korea, Song Hye Kyo yang dianggap antara wanita tercantik di Asia.


• Kebanyakan selebriti di Korea juga mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir. Senaman ini juga menjadi amalan kebanyakan wanita di negara berkenaan.


• Wanita Jepun dan Korea juga tidak menggemari solekan. Jika perlu sekali pun, mereka hanya memakai solekan ringkas seperti menggunakan pensil mata untuk membentuk mata lebih besar dan pengilat bibir saja ketika keluar dari rumah. Ini kerana mereka percaya kecantikan bukan bergantung kepada solekan semata-mata, tetapi kesihatan kulit itu sendiri.-myMetro 


-----------------------------------------------

Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan  
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Khamis, 8 Mei 2014

Tip Elak Dehidrasi Dan Kekeringan Kulit


1. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih daripada itu. Sekiranya badan tidak mendapat cukup air, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi.

Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana saja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

2. Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.

3. Elakkan pengambilan alkohol dan rokok kerana ia punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.

4. Elakkan berada di dalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupun suhu persekitaran sejuk.

5. Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

6. Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka anda, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.

7. Cuba untuk mendapatkan lapan jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih.

8. Tekap kulit muka anda menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka.

Elakkan menggosok muka kerana ia akan menanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.

------------------------------------------------
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan  
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Jumaat, 10 Januari 2014

Tips Mudah Untuk Kulit Kering

Kita selalu bergantung kepada skin care yang ada di pasaran untuk penjagaan kulit muka. Apa kata kita cuba amalkan petua yang menggunakan bahan-bahan semulajadi dan juga bahan yang mudah dapat di rumah. Jimat dan bebas bahan kimia!


PETUA PIPI KELIHATAN KEMERAH-MERAHAN
  • Kalau buat air teh kat rumah, jangan buang hampasnya. Sapu hampas teh itu dibahagian pipi, lepas tu biarkan selama 5 minit. Amalkan selalu, insyaAllah pipi korang akan kemera-merahan tak payah pakai blusher dah!

Rabu, 18 Disember 2013

Kesan Kehilangan Kolagen-Atasi dengan Collagen Powder Shaklee



Mesti ramai yang tak mahu kulit berkedut sebelum tiba waktunyakan..jika kulit kita berkedut lebih awal itu mungkin petanda badan kita mula kehilangan kolagen..

Tanda-tanda kekurangan kolagen :
  • Kulit - Kekeringan, kedutan, mengelupas, mudah lebam, luka lambat sembuh , tompok pigmentasi coklat, urat timbul,garisan ketawa,Garis halus pada leher, liang roma besar, jeragat
  • Kuku - kerapuhan, bintik putih, senang pecah
  • Mata - Kekeringan, lingkaran gelap di bawah mata, kecil ketulan kuning lemak pada bahagian putih mata, penglihatan malam merosot, saluran darah merah sekitar sudut mata.
  • Gusi - Gusi tidak sihat,Pendarahan, akar gigi kemelesetan meninggalkan terdedah, jangkitan dan penyakit periodontal, yang menyebabkan nafas berbau
  • Rambut - kekeringan, kulit berminyak, hujung rambut pecah atau bercabang, , tompok nipis, dermatitis kulit kepala, keguguran rambut, kelemumur.
  • Mulut - ulser yang lambat untuk sembuh.
  • Lidah - lidah menjadi nipis dan licin.
  • Mata - eye bag, penglihatan kabur
  • Badan - payudara dan punggung jatuh atau melentur ,Kelihatan tua dari umur,organ dalaman tidak berfungsi sepenuhnya, kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi
Tua itu pasti..tetapi tanda-tanda penuaan boleh dikurangkan dan dilambatkan dengan pengambilan secara konsisiten Shaklee Collagen Powder..

Shaklee Collagen PowderTerbukti berkesan untuk:
  • Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
  • Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
  • Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
  • Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
  • Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
  • Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
  • Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%

ANTI PENUAAN
mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus

MENGHIDRATKAN
Melembapkan kulit

MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT
Menjadikan kulir anjal, lembut dan tegang

MELICINKAN
Tingkatkan kelicinan kulit

MENYUBURKAN
Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat

MENCERAH
Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata

MENEGANG
Membantu menegang dan menganjalkan payudara

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA   khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration