Memaparkan catatan dengan label Simptom Awal Pneumonia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Simptom Awal Pneumonia. Papar semua catatan

Selasa, 7 Januari 2014

Simptom Awal Pneumonia

Dianggarkan 450 juta individu dijangkiti jangkitan paru-paru atau pneumonia setahun di seluruh dunia. Manakala anggaran kematian pula sebanyak 4 juta setahun terutamanya yang berlaku di negara dunia ketiga. Di Malaysia ia membabitkan 10 peratus daripada jumlah seluruh kematian dan pembunuh ketiga selepas serangan jantung serta strok.
Pneumonia ialah radang atau jangkitan yang berlaku pada paru-paru manusia.
Ia boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria dan virus.

Akan tetapi, ada kala kulat dan parasit juga boleh menjangkiti paru-paru manusia.
Kuman ini biasanya sampai ke paru-paru melalui corong pernafasan sama ada daripada hidung atau melalui mulut.

Ia merebak dari satu individu ke individu lain melalui udara yang tercemar.
Selepas kuman ini berjaya melepasi rongga hidung atau mulut, ia disedut ke bahagian paru-paru manusia dan membentuk koloni di situ seterusnya merebak dengan cepat dalam paru-paru manusia.
Kuman ini boleh menjangkiti sesiapa saja tanpa mengira usia.
Kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan orang dewasa melebihi 65 tahun antara individu yang paling mudah dijangkiti.
Ini terutamanya bagi mereka yang menghidap masalah jantung, buah pinggang, hati, asma dan pesakit kencing manis.

Perokok pula ialah individu yang lebih berisiko jika dibandingkan dengan yang tidak merokok.

Mereka yang mempunyai daya tahan imun rendah seperti pesakit kanser dan HIV juga berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini.
Simptom awal pneumonia biasanya bermula dengan demam dan batuk biasa.

Namun, demam pada peringkat awal lebih panas daripada biasa.

Pesakit kadang-kadang menggigil setiap kali suhu badan meningkat.

Batuk juga berkahak dan berwarna kekuningan atau kehijauan.

Adakalanya kahak berdarah.

Ada juga pesakit mengadu sakit dada dan susah bernafas.

Bagi kanak-kanak di bawah dua bulan pula, batuk bukanlah simptom biasa.

Muntah, kulit kebiruan dan kurang menyusu antara simptom luar biasa yang berlaku pada kanak-kanak yang menghidap pneumonia.
Pemeriksaan klinikal dapat menentukan kemungkinan besar seseorang itu mempunyai jangkitan paru-paru atau tidak.

Ini terutamanya bagi mereka yang mengalami batuk dan demam berpanjangan.

Pemeriksaan darah dan ujian sinaran x-ray dada dapat mengesahkan keadaan ini.

Beberapa ujian lain seperti pengambilan sampel kahak dapat mengenalpasti jenis kuman yang menjangkiti pesakit dan rawatan yang sesuai.
Rawatan kepada pesakit bergantung kepada pemeriksaan klinikal dan keadaan pesakit ketika mendapatkan rawatan.

Ada yang boleh dirawat sebagai pesakit luar dengan pengambilan antibiotik.
Akan tetapi, kebanyakan pesakit perlu dirawat di hospital dan pemberian suntikan antibiotik akan diberikan bergantung kepada keputusan ujian yang dijalankan.
Untuk pesakit yang mengalami jangkitan yang teruk, ada kala mereka perlu dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Jika dibiarkan dan tidak dirawat segera, ia akan merebak ke anggota badan lain seperti otak, selaput otak, buah pinggang dan hati.

Ia juga boleh membentuk nanah pada paru-paru dan menjadikan keadaan lebih teruk dan sukar dirawat.

Kerajaan telah menggalakkan semua kanak-kanak di Malaysia mengambil suntikan ketika mereka masih kecil lagi.

Suntikan ini perlu diberikan mengikut jadual yang ditentukan oleh kerajaan.

Ini untuk mengelakkan kanak-kanak mendapat jangkitan pneumonia.

Bagi mereka yang keluar negara seperti menunaikan haji dan umrah, terdapat suntikan imunisasi khas untuk mengelakkan daripada jangkitan ini.
--------------------------------------------
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir