Memaparkan catatan dengan label Sekadar Perkongsian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekadar Perkongsian. Papar semua catatan

Ahad, 22 Januari 2017

Hati Seorang Ibu

Assalamualaikum..


Hati Seorang Ibu

Apabila meningkat usia, hati makin sensetif, mudah terasa dan merajuk. Bukan orang cinta cinta saja suka merajuk, orang tua memasuki usia emas juga mudah terasa hati walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental dan tidak ambik peduli.

Tambahan dengan anak anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu atau bila kita meminta sesuatu, apabila anak buat tak tahu dan tidak ambik peduli, kita rasa relax aja. Sungguh, ibu atau bapa pasti terasa hati dan berdukacita. Sedih bertingkat tingkat. Kadang tu apabila anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati, takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga.

Dah tua tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak anak. Minta tolong anak picit kaki, anak kata penat. Suruh anak buat sesuatu, bertangguh tangguh. Ajak buat kebajikan, ada alasan. Terasa hati dan kecik hati dah macam bersarang dalam jiwa.

Tapi hati seorang ibu, kerana takut anak ke neraka, takut anak jadi derhaka, dia rela mendiamkan diri dan menangis sambil dalam hatinya istigfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira apabila anak jadi derhaka. Berkata 'uhh' pun sudah dianggap derhaka apatah lagi jika anak melawan, membantah atau tidak ambik peduli permintaan emak bapanya.

Seorang ibu tidak rela anaknya disakiti sejak lahir, alangkan nyamok gigit pun dia sanggup berperang mengejar nyamok, apatah lagi membiarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia sia mengandung, melahir, menyusu, mengasuh, mendidik dengan susah payah kemudian membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tidak reti menjaga hatinya. Tidak sama sekali.

Sepenuh jiwa raga saya abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istigfar, zikir atau doa supaya Allah ampunkan dosa dosa kita dan anak kita. Tak sanggup anak menjadi derhaka kerana kita merasa kecik hati. Kasihan anak. Kita kena usaha ubat hati kita supaya tidak terus berasa kecik hati dengan anak anak. Anak anak tu pun sebenarnya sedang diuji oleh tuhannya agar menjaga iman dan akhlak.

Oleh itu wahai ibu ibu diluar sana, jangan sekali kamu berasa kecik hati dengan anak kamu. Mudahkan urusan agar kamu tidak mudah merajuk dengannya. Jika syaitan mengajak bersongkokol dengannya, segera menjauhkan diri. Istigfar jangan berhenti. Zikir, tasbih, takbir terus dialunkan sampai bergema di dalam tempurung kepala. Doakan yang baik baik untuk anak itu. Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir dan beristgfar.

Sayang anak bukan sahaja semasa di dunia tetapi nak kumpul bersama sama dengan anak di mahsyar nanti sambil berjalan menuju ke syurga. Terus terusan berdoa agar Allah beri petunjuk dan jalan keluar sebarang masalah yang sedang dihadapi.

Sebab tu hati ibu, apabila selepas anaknya membantah suruhannya, dia masih boleh sembang dengan anak, boleh gurau gurau dengan anak. Ketepi segala bisikan syaitan. Sebab mahu anaknya ke syurga. Tak mahu anaknya tergolong dalam golongan orang derhaka. Seorang ibu sanggup nangis di dunia dari dia nangis diakhirat nanti apabila cari anak tak jumpa jumpa.

Seorang ibu yang pengasih setiap malam doa, meredhakan anak anak, mengampun dosa anak anak, walau anak takde minta ampun kepadanya. Doa doa kan yang baik baik untuk anaknya. Supaya apabila mati, dosa anak anak dengan telah terhapus. Seorang ibu tidak akan dendam dengan anaknya, kerana itu kerja sia sia.

Jadi wahai suri suri, jaga iman jaga lah hati jangan sampai kita terdetik doa yang bukan bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat jika anak kita tak menjadi soleh atas kerana kita selalu nak kecik hati dan merajuk.

Utamakan anak kita kerana kita menunggu doanya di alam barzakh nanti. Doa anak orang belum ada jaminan sampai ke kita.


Semua boleh jadi ibu solehah, semua boleh share status ini.

Tips bila hati rasa sebak dengan anak, bawa baring pejam mata menangis tapi dalam hati jangan berhenti istigfar, minta ampun dengan Allah. Jangan layan bicara hati yang sedih dan duka.


- Muna liza binti Ismail -
#CACATANMENJELANGKEMATIAN .

kredit fb Mak Liza ( Muna liza binti Ismail )

Selasa, 10 Januari 2017

ANTARA PEMUDI PANJAT PAPAN TANDA 'IPOH' DAN KISAH SEDIH PREBET AWANIS OTHMAN - Syahril A. Kadir

Assalamualaikum..

Hasil perkongsian dari fb Syahril A. Kadir


ANTARA PEMUDI PANJAT PAPAN TANDA 'IPOH' DAN KISAH SEDIH PREBET AWANIS OTHMAN


Tadi aku membaca kisah sekumpulan pemudi yang memanjat papan tanda `IPOH’ baru-baru ini. Mereka tampil memohon maaf, mengakui kesilapan kepada semua.

“Saya mahu beritahu di sini saya dan rakan-rakan yang lain mahu meminta maaf kepada masyarakat, memang kami tahu perbuatan ini salah,”. Namun, kata salah seorang daripada mereka, dia dan rakan-rakannya berpengalaman dalam melakukan aktiviti lasak termasuk melakukan tugas lagak ngeri secara sambilan bagi penggambaran filem malah sering kali mendaki bukit dan gunung kebanyakan di luar negara.

Bila membaca kisah mereka, ingatan aku mengimbau cerita 19 tahun lepas. Akhbar melaporkan tiga perajurit wanita (pranita) Pasukan Atur Gerak Cepat (PAC) 10 Briged Para Kem Terendak, Melaka melakukan 11 kali penerjunan bebas dari ketinggian 3,000 meter memecahkan penguasaan golongan lelaki dalam bidang tersebut selama ini. Penerjunan itu merupakan sebahagian daripada Kursus Asas Terjun Bebas yang dijalankan.

Pranita yang menjadi kebanggaan golongan wanita itu ialah Lans Koperal Thalasiah Yaacob dari Unit Ordnan 10 Briged (Kerani Lojistik) dan Dina ak Sebam serta Awanis Othman dari Markas 1 Briged Para (Bahagian Gaji Belanjawan).

Namun tidak sampai tujuh bulan selepas itu, tragedi menimpa apabila dua anggota tentera termasuk seorang wanita yang pernah menerima anugerah 'sayap berdarah' itu TERKORBAN ketika mengadakan latihan penerjunan bebas di Kem Terendak, Masjid Tanah, Melaka.

Mereka ialah jurulatih payung terjun, Sarjan Ali Ahmad, 35, dari kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pranita Awanis Othman sendiri! Dia baru berusia 21 tahun ketika itu.
Kedua-duanya mati di tempat kejadian apabila payung terjun mereka dikatakan tidak berfungsi ketika terjun dari pesawat Nuri yang ketika itu berada pada ketinggian kira-kira 6,000 meter dari permukaan bumi.

Kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi semasa kedua-dua anggota terbabit bersama kira- kira 20 orang tentera lain sedang mengadakan sesi latihan penerjunan bebas.

Ali yang bertindak sebagai jurulatih dalam latihan itu dipercayai cuba membantu Awanis di udara apabila payung terjun pranita itu dikatakan gagal dikembangkan. Payung terjun Ali juga dikatakan hanya dapat dikembangkan ketika hampir sampai ke tanah sebelum kedua-duanya jatuh di atas jalan raya di kawasan kem berkenaan.

Ali berasal dari Kampung Bahagia, Batu Pahat manakala Awanis berasal dari Kuala Nerang, Kedah.

Mayat kedua-dua mangsa itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kem Terendak sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Nahas itu berlaku ketika mangsa sedang menjalankan latihan biasa bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang semua penerjunan. Laporan awal menunjukkan kesemua peraturan telah dipatuhi oleh kedua-dua penerjun itu.

Apa yang aku nak katakan di sini, sedangkan anggota tentera yang dilatih khas dan lengkap dgn peralatan pun tidak boleh mengelak kemalangan yang terjadi, apatah lagi sekumpulan pemudi berkenaan yang nampak sangat masih lagi 'amatur.'

Betul ajal maut kuasa Tuhan tetapi Tuhan juga beri kita akal dan fikiran. Kalaupun tak menyusahkan diri sendiri, tolonglah jangan menyusahkan orang lain. Setidak-tidaknya kedua-dua anggota tadi terbukti maut dalam usaha hendak mempertahankan agama, bangsa dan negara tetapi kalau adik-adik manis kita tadi TERJATUH masa sedang nak selfie - camana kita nak 'tafsir' pulak dik?

Al-Fatihah buat Awanis dan Sarjan Ali...buat adik2 comel yang panjat signboard Ipoh tu satu jelah abang nak pesan..rezeki jangan ditolak tapi maut jangan dicari ye dik non....

kredit fb Syahril A. Kadir

Jumaat, 4 November 2016

RAHSIA REZEKI DALAM KENAIKAN HARGA BARANG

Assalamualaikum..

RAHSIA REZEKI DALAM KENAIKAN HARGA BARANG

Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih. 

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?

Baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)


Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)

“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. 


Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. 
Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)

Allah S.W.T lah yang beri rezeki bukan makhluk...

Sekadar perkongsian

#cnpwhatsapp
 
- Ust iqbal zain  -

Ahad, 16 Oktober 2016

Makanlah Ubat Apa Pun..Pantau Tetap Kena Pantau..

Assalamualaikum..
 
pic fb Khairul Faizie Mohammad Kamar

Tak kesah la korang nak makan ubat herba buatan orang kampong ke, nak makan ubat singseh cina ke, nak makan produk terlajak laris ke, nak makan produk Dr Vida tak bayar GST ke, nak makan sumbu badak ke....yang penting, tolong..tolong pantau secara berkala bacaan blood pressure ( BP) & gula. Baru tau ubat ubat tu mustajab atau sebaliknya.

Kes yg tipikal, macam kes semalam. Seorang wanita 39 tahun dah 4-5 tahun ada diabetes & hypertension. Sebelum ni ambik ubat di Klinik Kesihatan gomen ( KK). Entah apa yg merasuk dia, tetiba decided tak mau dah makan ubat ubat KK. So dia beli lah produk yang menjanjikan bulan & bintang. Selama 10 bulan makan produk ni, dan sebab selama 10 bulan stop ubat KK dia rasa OK aja, dia langsung tak pantau BP & gula, Tau tau kelmarin rasa nak pitam. 

Bila check:
- Gula 20.4 mmo/L
- BP 182/ 98


Lagi best, ubat ubat KK yang dia ada sebelum ni, semua dia dah buang sejak beli produk tu. Tolonglah. Kalau dah tak nak sangat ubat KK tu, pi la pulangkan balik kat KK. Ramai lagi rakyat Malaysia yg sangat sangat memerlukan ubat. Korang pun tahu kan bajet utk sektor kesihatan banyak kena potong,tak caya cuba tanya doktor2 keja kat KK & spital Gomen.

Kalau ikutkan bisikan setan, memang aku tak payah buang masa step by step ajar dia slow slow pola pemakanan seimbang,makan 5-6 kali sehari. Kalau nak ikut malas, memang malas aku nak buang masa berceramah pasal komplikasi tak jaga BP & gula. Kalau ikut geram, memang lantak lah kau tak nak makan ubat KK, aku pedulik apa. Kalau ikutkan malas & menyampah, aku tak tulis post ini. TAPI AKU ADA TANGGUNGJAWAB, ilmu yang tuhan pinjamkan ni aku kena sebarkan. Korang nak buat derk, korang nak cerca, terpulang.

Ingat ni :

1- Ubat utk penyakit kronik macam diabetes & Hypertension, tak akan buat buah pinggang korang jahanam. Buah pinggang rosak sebab gula / BP tak terkawal secara kronik. Ubat dlm kategori pain killer macam Ponstan / Voltaren /Brufen...ni semua yg boleh merosakkan buah pinggang, itu pun kalau korang makan hari hari macam makan gula gula.

2- Sebenarnya, kalau pun produk2 yang korang lebih percaya tu,berjaya kawal bacaan BP & gula, tolong check fungsi buah pinggang & hati. Korang tak tau entah apa benda dia guna nak hasilkan ubat tu. Produk2 laku keras kat FB & IG tu semua bukan ada randomized control trials...korang cuma teruja baca testimoni pesakit aja...Tu pun banyak testimoni menipu..kahkahkah.

3- Kalau dah degil sangat tak mau percaya ubat doktor, esok esok kalau dah nazak segala organ dalam badan dah rosak, tolong jangan pi jumpa doktor kat hospital utk dapat rawatan.Nanti bila doktor gagal rawat ( sebab dah rosak teruk akibat ambik produk2 selama bertahun tahun), korang tangkap video/gambar,dan buat cerita palsu, viralkan dan tag kat Siakapkeli /Oh!Media/The Vocket..bla bla bla. Korang kata doktor silap / tak buat kerja. Dan the new generation yang malas membaca ilmu sebenar pun akan terpedaya dgn dakyah korang.Then the viscous cycles continues ..

fb Khairul Faizie Mohammad Kamar

Rabu, 14 September 2016

" BODOHlah kau ni! "

Assalamualaikum..


Saya pun tak tau sapa penulisnya..hanya share dari group whatsapp..
------------------------------------------------------------------------------------

BODOHlah kau ni!"

Bos memarahi pekerjanya, seorang kerani. Salah fotostat dokumen. Mulutnya membebel dan memaki sesedap rasa hatinya.

Kerani tersebut hanya mampu meminta maaf.

"Kerja mudah macam ni pun tak boleh buat dengan betul! Apa entah. Takkanlah aku sendiri 
lak nak fotostat. Banyak lagi kerja lain aku nak buat. Meeting dah tak lama ni!"

Kelam-kabut si kerani yang setahun jagung bekerja tu cuba betulkan balik.

Office hour pun tamat. Semua orang balik rumah masing-masing.

Si kerani singgah di kedai mamak. Roti canailah. Dah seharian, tak sempat nak makan sebab terlampau banyak kerja nak diselesaikan. Tengah-tengah dia makan, dia dengar riuh-rendah dalam kedai makan. Orang ramai berkerumun.

Dia tengok, bosnya terlentang di atas lantai. Mungkin serangan jantung. Orang tengok saja, rata-rata ada yang kenal. Tapi, tak sanggup nak tolong. Buat hal masing-masing. Si kerani tak sanggup nak tengok bosnya dalam keadaan begitu. Segera pergi mendapatkannya. Call ambulans.

Ambulans sampai dan bawa mereka ke hospital. Si kerani menemani. Sampai di hospital, akhirnya bos sedar balik. Si kerani berada di samping bosnya dari awal sampai sedar. Tak tinggal.

"Bos dah okay? Kalau macam tu, saya balik dulu. Saya dah hubungi keluarga bos. Kejap lagi nanti sampailah tu."

Bos menahannya.

"Kenapa kau tolong aku?"

Si kerani tersenyum.

"Bos hanya bos di tempat kerja saya. Bukan bos di luar tempat kerja. Di dalam, saya kuli. Di luar, kita macam saudara. Dah jadi tanggungjawab saya tolong saudara sendiri."

"Tapi, aku dah layan kau dengan buruk di pejabat."

Si kerani jawab,

"Tak mengapa. Saya tak simpan dalam hati. Memang saya masih tak cekap buat kerja. Tak cukup pengalaman. Maafkan saya banyak buat silap."

Bos terdiam lama.

"Maafkan aku."

Si kerani hanya tersenyum.

"Bos ada hak nak marah saya. Tak perlu minta maaf. Cuma, kalau boleh, bos kena consider sesuatu juga."

Bosnya berkerut kening.

"Apa dia?"

Si kerani membalas,
"Bos kena buang rasa AKU dalam diri bos. 'AKU bos' jadi orang lain kena tunduk pada aku. 'AKU hebat, AKU kaya, AKU paling berkuasa, AKU punya syarikat, AKU seorang yang betul orang lain salah, ikut suka AKU-lah sebab AKU gah!'. Bos lupa, di atas hebatnya AKU adalah Allah.

Bos kena ingat, status dan segala yang bos ada sekarang bukannya kerana bos berusaha kuat, tapi kerana Allah yang berikan atas dasar Dia Maha Pemurah. Ramai lagi di luar sana yang berusaha, tapi belum berjaya. Orang bawahan bos, bukannya robot. Mereka juga ada hati dan perasaan. Sebagaimana bos mahu direspek, mereka juga ingin ada rasa dihormati.

Lihatlah macam tadi, bila bos sakit, ada saja staf-staf lain yang nampak, tapi mereka buat tak peduli. Sebab sakit hati ingat layanan bos, moody, marah sesuka hati. Bukan bos seorang ada masalah. Semua orang ada masalah. Kan lebih baik, kita sama-sama bertimbang rasa dan bertolak-ansur.

Bos hanya layan mereka yang pandai memuji dan ambil hati bos untuk kepentingan peribadi. Sedangkan yang buat kerja dengan lebih telus dan rajin adalah orang yang lain. Orang pandai mengampu, naik pangkat. Orang yang tidak rapat, diabaikan."

Bosnya terdiam.

"Apa jadi kalau aku teruskan dengan sikap lama?"

Kerani berkata perlahan,

"Nabi s.a.w. tak amalkan sikap tu semua walaupun Baginda adalah ketua segala-galanya dalam urusan dunia.

Kalau teruskan, pada hari mati bos nanti, tengoklah ada atau tak orang yang nak datang ziarah."

Bosnya terus sebak. Menitis air mata. Barulah dia sedar, dia cuma manusia biasa. Hanya seorang hamba.

Berada di atas bukan selamanya.
Suatu hari kita juga akan berada di bawah.
Di bawah timbunan tanah..


cnp/share dari whatsapp group