Memaparkan catatan dengan label SUSU IBU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUSU IBU. Papar semua catatan

Isnin, 3 Ogos 2015

Memudahkan Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum..


Memudahkan Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan susu ibu adalah cara terbaik untuk memberi khasiat kepada bayi anda pada awal kehidupannya. Ibu ibu disarankan agar menyusukan bayi anda secara eksklusif bagi tempoh 6 bulan pertama, di mana bayi diberi susu ibu semata-mata tanpa tambahan makanan atau minuman lain, termasuk air. Kemudiannya bayi boleh diberi makanan pelengkap dan penyusuan susu ibu diteruskan sehingga bayi berusia 2 tahun atau lebih.

Penyusuan susu ibu merupakan sentuhan kulit ke kulit paling semula jadi di antara ibu dan bayinya. Seorang ibu boleh mula menyusukan bayinya dalam tempoh 1 jam sejurus selepas kelahiran. Kemahiran menyusukan bayi memerlukan masa dan latihan, terutama bagi wanita yang baru menjadi ibu buat pertama kali. Namun dengan kemahiran yang betul dari awal, penyusuan susu ibu sememangnya boleh menjadi suatu yang mudah.

http://iramummysikembar.blogspot.com/2015/08/memudahkan-penyusuan-susu-ibu.html

Dapatkan posisi yang selesa bagi diri anda dan bayi kerana ia akan memudahkan penyusuan susu ibu. Terdapat beberapa cara untuk memegang bayi untuk penyusuan.

http://iramummysikembar.blogspot.com/2015/08/memudahkan-penyusuan-susu-ibu.html

Memerah susu ibu

Kebanyakkan ibu bekerja bimbang tidak dapat meneruskan menyusukan anak mereka apabila kembali bekerja. Jangan bimbang, ibu ibu boleh memerah dan meyimpan susu. Susu ibu boleh diperah dengan tangan dan pengepam payudara.

Memerah dengan tangan

  • Basuh tangan anda dengan bersih.
  • Urut payudara anda perlahan lahan, kebawah menuju ke arah areola.
  • Pegang payudara anda dengan sebelah tangan, jangan terlalu rapat pada puting. Angkat sedikit payudara dan tekan perlahan lahan ke dalam ke arah dada anda.
  • Tekan payudara anda dengan lembut menggunakan gerakan beralun jari jari menuju ke puting.
  • Tenangkan jejari anda buat beberapa saat kemudian ulang semula gerakan yang sama. Elak daripada memicit pangkal putting anda, kerana ia akan menyebabkan susu berhenti mengalir.

Menggunakan Pengepam

Susu ibu juga boleh diperah menggunakan pam. Sebelum mula, jangan lupa mensterill semua peralatan dan membasuh tangan anda. Setiap pam mempunyai arahan yang berbeza, jangan lupa untuk merujuk kepada manual produk sebelum mula menggunakan pam. Jika terdapat kemusykilan, jangan teragak agak untuk menghubungi doktor anda atau pakat laktasi.
Menyimpan perahan susu

Setelah memerah, simpan susudengan cara yang bersesuaian. Setiap bekas hendaklah ditandakan dengan tarikh dan disimpan pada suhu yang betul.



Kaedah penyimpanan

Tempoh penyimpanan

Suhu bilik ( 25-37C )

3-4 jam

Bilik berhawa dingin ( 15-25 C )

8  jam

Peti sejuk ( 2-4C )

72 jam
Kotak penyejuk beku didalam peti sejuk (peti sejuk 1 pintu )
2 minggu
Bahagian penyejukbeku didlm peti sejuk dengan pintu berasingan ( peti sejuk 2 pintu )
3 bulan

penyejukbeku berasingan

6 bulan

Dicairkan di dalam peti sejuk


24 jam ( jgn dibekukan semula )

 Penyusuan susu ibu, seperti kemahiran kemahiran lain yang baharu dipelajari, boleh dilatih sehingga menjadi sesuatu yang mudah dilakukan.

sumber Persatuan Pediatrik Malaysia

- Mummy Ira -

Selasa, 7 Oktober 2014

Panduan Jadi Ibu Susuan

Assalamualaikum..


Penyusuan anak angkat bukan sesuatu yang mudah. Biarpun begitu ia bukanlah mustahil. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukan semata-mata bertujuan menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkatnya. Ia lebih bertujuan memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap paling baik berbanding susu formula! 

Itulah yang dinyatakan oleh Dr. Jack Newman di dalam bukunya, The Ultimate Breastfeeding Book of Answers. Menurut beliau, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Sebaliknya, ia adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu daripada ibu susuan.

Langkah pertama yang perlu anda dan suami lakukan ialah menjalani proses kaunseling penyusuan sebelum mengambil anak angkat. Tujuan kaunseling ini adalah untuk menyediakan anda berdua daripada segi mental dan fizikal sebelum menerima tanggung jawab besar memelihara anak angkat. Persediaan mental amat penting kerana proses penyusuan yang bakal dilalui bukanlah sesuatu yang biasa tetapi memerlukan proses adaptasi.

Setelah bersedia daripada segi mental, seterusnya anda berdua perlu melakukan persediaan fizikal termasuk memulakan rangsangan dengan kaedah yang betul. Anda juga perlu menyediakan peruntukan kewangan yang cukup bagi menyara kehidupan bayi termasuklah perbelanjaan rawatan penghasilan susu.

Selanjutnya, bagi anda yang sudah bersedia mencetuskan susu ibu, adalah lebih baik melakukannya seawal yang boleh. Disarankan untuk mula melakukannya seawal 6 bulan sebaik sahaja keinginan anda untuk mengambil anak angkat dimuktamadkan. Walau bagaimanapun, jika kesuntukan masa, anda masih boleh melakukannya asalkan mempunyai keazaman yang tinggi untuk terus berusaha menghasilkan susu untuk diberi kepada anak angkat yang bakal diterima.

Persediaan dalam masa 6 bulan

1. 6 bulan sebelum jangkaan menerima bayi angkat, makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari bersama 10 mg Domperidone, 4 kali sehari selama 1 minggu. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini bertujuan merencatkan penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.

2. Selepas seminggu, tingkatkan dos Domperidone kepada 20 mg 4 kali sehari. Payu dara akan mengalami sedikit perubahan saiz namun hal ini adalah normal.

3. Teruskan kekalkan dos yang sama sehingga 6 minggu sebelum tarikh jangkaan menerima kehadiran bayi.

4. 6 minggu sebelum mahu mengambil bayi, hentikan pengambilan pil perancang tetapi teruskan dos 20 mg Domperidone 4 kali sehari. Menghentikan pil perancang pada peringkat ini akan mengurangkan aras progesteron dan meningkatkan penghasilan prolaktin sebagai persediaan mencetuskan susu ibu.

5. 2 minggu selanjutnya, anda boleh mula mengepam setiap 3 jam. Sebaik-baiknya gunakan pam elektrik berganda. Apabila mula mengepam, anda boleh mengamalkan memakan makanan penggalak susu ibu seperti halba dan oat. Anda juga perlu minum banyak air tetapi kurangkan pengambilan minuman berkafein. Hal ini kerana kafein boleh mengurangkan kandungan air dalam tubuh.

6. Pada peringkat ini susu ibu sepatutnya sudah hadir tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan warnanya putih jernih. Selepas beberapa hari atau minggu, susu sebenar akan terhasil.

Persediaan kurang daripada 6 bulan

1. Makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari selama 30 hingga 60 hari bersama 20 mg Domperidone 4 kali sehari. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini adalah bertujuan merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.

2. Selepas 30 hari, jika berlaku perubahan pada payu dara (saiz bertambah, tegang dan penuh) hentikan pengambilan pil perancang tetapi kekalkan dos Domperidone 20 mg 4 kali sehari.

3. Seterusnya anda boleh mula mengepam. Gunakan pam elektrik berganda. Makan makanan penggalak susu ibu seperti halba, oat da minum banyak air.

Syarat Menjadi Ibu Susuan Mengikut Lunas Islam
 

1. Wanita yang menyusukan. Disyaratkan wanita tersebut telah mencapai usia sembilan tahun.

2. Anak yang disusukan. Disyaratkan umur anak angkat tidak melebihi dua tahun.

3. Susu ibu. Disyaratkan susu ibu yang diberi kepada bayi membantu pertumbuhannya.

Had penyusuan perlulah tidak kurang daripada 5 kali (dalam waktu berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan). Maksud penyusuan mengikut kebiasaan ialah anda menyusukan anak angkat sehingga kenyang. Proses sedemikian dikira sebagai 1 kali susuan.

Jika proses penyusuan itu diselangi dengan keadaan tertentu yang tidak lama seperti anak berhenti menyusu kerana bernafas, keletihan, termengah-mengah atau tersedak dan kemudian kembali menyusu, maka penyusuan itu masih dikira sebagai 1 kali susuan. Sama juga halnya apabila anak itu dipindahkan daripada payu dara kanan ke sebelah kiri.

sumber Majalah Pa&Ma keluaran Februari 2011

Selasa, 14 Januari 2014

Risiko Yang Mungkin Dihadapi Bayi Tidak Diberi Susu Ibu

1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.

Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)

Isnin, 13 Januari 2014

Tips Mengumpul Susu Ibu Dengan Banyak



Beberapa tips untuk mengumpulkan stok yang banyak....


Sebenarnya nak dapatkan supply susu ibu yang banyak adalah sesuatu yang perlu diusahakan. Penghasilan ini melibatkan otak, hormon dan tubuh badan kita yang kita tidak dapat kawal dengan butang 'on-off'. Perlu banyak usaha untuk memberi signal pada otak dan hormon. Disini saya nak kongsikan beberapa tips-tips yang dari ibu-ibu yang telah berjaya dalam mengumpul stok yang banyak. Moga ini dapat memberi sedikit info pada ibu-ibu ya:-

Kebaikan Susu Ibu

Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Selasa, 26 November 2013

Dapatkan Cara Penyusuan Susu Ibu Yang Betul


menjayakan penyusuan susu ibu

Penyusuan susu ibu tidak mudah seperti yang disangka. Perlukan pengorbanan, ketabahan dan kesabaran yang tinggi. Jika ia nya sangat mudah, mustahil ganjarannya sangat besar di sisi Allah. Jika hikmah penyusuan susu ibu tidak banyak, mustahil susu ibu diberi galakan oleh Al-quran.
Cabaran setiap orang tak akan sama. Ada yang susunya sedikit. Ada yang bayinya cerewet. Ada yang fizikalnya agak bermasalah.. Belum termasuk lagi tentang melecet, perlu bangun malam, komitmen mengepam jika bekerja dan banyak lagi.

Jika ada persediaan mental sejak mengandung, niat murni nak menyusukan bayi sepenuhnya, pasti segalanya lebih mudah. Tapi jangan biarkan persediaan mental dan niat sahaja tanpa bekalan ilmu tentang penyusuan. Timba ilmu tentang penyusuan dari awal, sebelum lahirnya bayi ke dunia.

menjayakan penyusuan susu ibu


“Semua haiwan menyusukan anak mereka dengan susu sendiri. Bayi manusia juga sepatutnya disusukan dengan susu ibu sendiri kerana apa yang bayi perlukan terkandung dalam susu ibu,” kata Timbalan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (II) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Noor Haliza Yusoff.



Menurutnya, berbanding susu formula yang diperbuat daripada susu lembu, komposisi zatnya sama sekali tidak sama walaupun ada pihak yang mendakwa ia lebih kurang sama dengan susu ibu. “Tiada susu formula yang boleh menyerupai susu ibu. Itu keajaiban susu ibu dan ia dinamik. Komposisi zat yang terkandung dalam susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam adalah berlainan.
Kegagalan memberikan penyusuan efektif menyebabkan bayi tidak dapat membesar dengan baik dan mungkin susu ibu pula yang dipersalahkan. Penyusuan tidak efektif dan ditambah pula dengan teknik yang tidak betul menyebabkan luka puting, bengkak susu dan sebagainya membuatkan sesetengah ibu serik untuk memberikan susu badan.

Jom kita baca tips menjayakan penyusuan susu ibu


Bayi sejak lahir hingga 6 bulan

  • Susukan bayi anda sebaik sahaja menerimanya. Inilah masanya untuk bayi anda belajar latching buat kali pertama. 
  • Di awal kelahiran antara tempoh 0-5hari bayi biasanya menerima kolustrum iaitu susu likat berwarna kuning sebagai antibodi. Jangan panik jika tidak keluar susu putih seperti ibu yang telah sedia menyusu kerana ianya normal dan ianya mencukupi untuk bayi anda. Kolustrum yang dikeluarkan hasil marmet iaitu perahan tangan atau hasil pam hendaklah dihabiskan oleh bayi. Jangan buang! Suap gunakan sudu ke mulut bayi.
  • Kejutkan bayi anda dari tidur setiap 2jam. Ianya juga penting untuk membantu bayi kekal aktif dan dapat melawan jaundis sekiranya ada.
  • Selepas pengeluaran kolustrum selesai, barulah susu putih akan keluar dalam bentuk hindmilk dan foremilk. Hindmilk lebih pekat dan berlemak berbanding foremilk.
  • Harus diingatkan, bayi menangis bukan kerana dia kelaparan sahaja tapi kerana faktor lain seperti penyesuaian diri dan mungkin juga sakit tali pusat yang sedang mengecut. Pada masa ini ibu dan bayi masih sama-sama belajar untuk menyusukan dan disusukan. Pastikan ibu dan bayi berada pada posisi yang betul untuk mengelakkan kemelecetan. 
  • Stok susu bagi ibu yang akan bekerja boleh mula disimpan sebaik sahaja susu putih telah keluar. Eloklah sekiranya tidak dibazirkan begitu sahaja terutamanya jika ibu akan bekerja.
  • Para ibu dinasihatkan untuk minum air panas yang disuamkan dalam tempoh 3-5minit sekurang-kurangnya secawan setiap satu jam. Elakkan ais terutamanya untuk 3bulan pertama dan teruskan jika anda yakin ianya tidak mengganggu production susu.
  • Bagi ibu yang telah mula bekerja, pastikan anda konsisten mengepam sekurang-kurangnya 3kali sepanjang masa bekerja dan konsisten membuat stok susu pada sebelah malamnya sambil tandem nursing bayi anda. Teruskan power pumping selama 2tahun supaya risiko low production dapat dikurangkan.

Bayi 6 bulan ke atas
  • Bayi yang berusia 6bulan ke atas sudah boleh diberi makanan tambahan. Sekiranya para ibu memilih untuk terus menyusukan sahaja, tahniah! Bukanlah satu kewajipan untuk memberi bayi anda makan sebaik sahaja bayi berusia 6bulan.
  • Bayi yang diberi makan tetapi masih mengekalkan susu ibu sepenuhnya dipanggil Fully Breast Feed atau FBF.
  • Mulakan suapan sebulan yang pertama dengan memberi puri buah-buahan untuk sekali sehari biasanya pada waktu makan tengah hari. Puri tidak perlu dicampur dengan apa-apa bahan lain seperti bubur dan susu ibu. Boleh mulakan dengan epal, carrot, pear, pisang, avocado (lecek sahaja), labu, brokoli, celery dan sebagainya dengan cara mengukus dan diblendkan sehingga hancur. 
  • Jika bayi anda belum bersedia, jangan paksa. Elakkan dari beri nestum segera. Homemade pilihan terbaik.
  • Sebulan kedua, boleh mula memberi bubur bercampur puri tersebut dan bayi anda pasti sukakannya.  
  • 2 minggu berikutnya, Perlahan-lahan perkenalkan bayi anda dengan ikan isi putih dan bilis, ayam, sayur dan daging. Nasi, sayur, ayam dan daging masih perlu dikisar halus supaya bayi tidak tercekik. Isi ikan perlu dihancurkan. spaghetti yang direbus hingga lembut juga boleh. Begitu juga dengan mee suah. Roti dan biskut tanpa krim juga baik untuk bayi anda. 
  • Perkenalkan bayi anda kepada pelbagai jenis sayuran, buahan dan daging. Ini baik untuk mengelakkan bayi anda dari menjadi seorang picky-eater.
  • Ketika bayi berusia hampir 12 bulan, boleh mula berikan nasi yang dihancurkan atau dilenyek tanpa perlu diblend.

Bayi 1 tahun ke atas
  • Bayi berusia satu tahun ke atas sebaiknya masih menjadikan susu ibu sebagai pilihan terbaik kepada bayi anda. Bagaimanapun, bayi boleh mula diajar untuk minum fresh milk.  Fresh milk lebih baik untuk diberikan berbanding susu formula kerana tidak melalui proses yang lama dan panjang. Expired date nya juga lebih pendek. Antara susu fresh terbaik adalah susu kambing.
  • Jus buah-buahan juga telah boleh diperkenalkan pada masa ini. Sebaiknya homemade jika beli yang di pasaraya, pastikan kandungan gula tidak terlalu tinggi bagi bayi.
  • Tambahan perasa sebaiknya dielakkan.


Selain itu..kita juga boleh mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee  untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 013-3240344 
Facebook Zahirah Dzahir

Rabu, 25 September 2013

10 Sebab ‘Susu Ibu Is The Best




1) Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.

2) Susu ibu melindungi bayi dari SIDS (Sudden Infant Death Syndrome atau bayi mati mengejut).


3) Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

4) Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah disediakan. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak.

5) Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa.

6) Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ia mengandungi oxytocin (‘love hormone’) yang membantu membina hubungan erat antara ibu dan bayi.

7) Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

8) Ia membakar lebih dari 500 kalori sehari. Jadi, menyusu badan adalah cara paling cepat untuk anda menurunkan berat badan selepas bersalin.

9) 
Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

10) Susu ibu adalah 100% percuma dan menjimatkan kos perbelanjaan anda.
Susu ibu memang yang TERBAIK. Buat ibu yang berazam ingin menyusukan anak sehingga umur 2 tahun, teruskan usaha dan jangan pernah jemu untuk terus berdoa kepada Allah. Mudah-mudahan dilimpahi dengan susu yang banyak dan jangan cepat berputus asa. Setiap kesulitan itu ada jalan penyelesaianya dan semua itu bergantung atas kehendak dan keazaman masing-masing.


Klik utk Set Menyusu

Selain itu..kita juga boleh mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee  untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 013-3240344 

Facebook Zahirah Dzahir

Breastfeeding- Tip Untuk Memulakan Penyusuan Susu Ibu



Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula. 

  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa