Memaparkan catatan dengan label SEMBELIT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEMBELIT. Papar semua catatan

Sabtu, 12 April 2014

Ostematrix Mengatasi Masalah Sembelit


Ada yang bagi feedback kenapa lepas makan Alfalfa yang tinggi serat untuk kurangkan sembelit tapi jadi lagi sembelit plak walaupun dah mnum air banyak.

Apa punca sembelit?
Constipation ni ada banyak penyebab bukan hanya setakat kurang serat atau air saja. Selain drp itu,ada juga orang yang sembelit sebab kekurangan atau kelebihan Magnesium dan/atau kalsium dalam badan. Kerana itu dicadangkan pengambilan Ostematrix untuk melegakan sembelit kerana kandungan Magnesium dan Kalsium yang seimbang.

Apakah fungsi Ostematrix?
Ostematrix mengandungi bukan sahaja Kalsium tetapi juga Magnesium yang berfungsi untuk melancarkan pergerakan usus dan menyerap air dalam badan.oleh sebab itu digalakkan mengambil air sebanyak 3liter sehari untuk mengimbanginya. Ia juga merangsang pergerakan otot dan usus adalah otot terpanjang dalam badan kita. Apabila usus digerakkan dengan lancar,sembelit tidak akan berlaku.

Apakah tanda kekurangan Magnesium-Kalsium?

Antara tanda awal kekurangan Magnesium dan/atau Kalsium adalah kekejangan otot betis,jari kaki pada waktu malam atau sejuk. Isi disebabkan otot terasa tegang akibat kurangnya Magnesium dalam badan untuk merehatkan atau melegakan otot-otot yang tegang.

Selain itu,kaki atau tangan yang bengkak atau edema akibat air berlebihan dalam badan terutamanya di kalangan ibu mengandung. Ia juga adalah tanda kurangnya Magnesium dan/atau Kalsium yang bertujuan untuk menyerap air.

Kerana itu,set berpantang dan set hamil dilengkapi dengan Ostematrix untuk mengurangkan bengkak kaki dan tangan akibat 'water retention' selain menyelesaikan masalah sembelit. Ibu hamil sering sembelit kerana usus semakin lemah dan tidak dapat bergerak lancar kerana tekanan yang diberikan oleh rahim yang semakin membesar.


Siapakah yang perlukan Ostematrix?
  • •Wanita hamil
  • •Ibu menyusu
  • •Mereka yang sering menghadapi masalah sembelit
  • •Mereka yang menghadapi masalah mengambil susu untuk keperluan kalsium
  • •Mereka yang berlebihan berat badan untuk membina kepadatan tulang
  • •Mereka yang kurang kalsium dan berisiko untuk menghidapi osteoporosis

Apakah kelebihan Ostematrix Shaklee?

•1tablet=250mg Kalsium=1gelas susu
•4biji Ostematrix=100% keperluan Kalsium harian!
•Tiada Silika Gel digunakan
•Tiada pemanis,perasa dsn pewarna tiruan digunakan



Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Khamis, 9 Januari 2014

Masalah Sembelit (Constipation) & Cegah Dengan Shaklee

Definisi sembelit
Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengeran (straining), sakit sewaktu buang air, dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering. Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.





Gambar menunjukkan udara (dalam bulatan)dalam usus yang terkumpul akibat tidak dapat keluar daripada usus. Pengumpulan gas ini adalah akibat daripada najis tidak dapat keluar dariapada usus. Ketegangan pada usus ini seterusnya menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa


Secara umumnya, masalah sembelit adalah berpunca daripada kurangnya minum air. Kuantiti air yang perlu diminum oleh setiap individu dewasa ialah sebanya 2.5 liter air sehari. Kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir).

Kurang memakan makanan pelawas seperti sayuran dan buah buahan juga menyumbang kepada berlakunya masalah sembelit. Pelawas (fiber) adalah bahagian serat pada buah buahan dan sayur sayuran yang tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum).

Bersukan juga tidak kurang pentingnya bagi mengelakkan masalah sembelit. Hal ini mungkin kerana dengan bersukan, pergerakan najis keluar dari usus menjadi lebih cepat.

Terdapat segolongan masyarakat yang menghidap masalah usus sensitif (Irritable bowel syndrome) yang menyebabkan berlakunya masalah sembelit dan cirit birit yang silih berganti dan masalah ini berlaku dalam tempoh yang panjang (penyakit kronik). Dikatakan penyakit ini adalah berpunca daripada jangkitan usus oleh bakteria, menyebabkan usus menghadapi trauma, menyebabkan ia berada dalam keadaan sensitif selepas sembuh daripada jangkitan tersebut.

Umur yang lanjut juga merupakan faktor berlakunya masalah sembelit. Selain itu, pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan biasanya mempunyai usus yang kurang aktif dan sakit dan ini boleh menyebabkan masalah sembelit. Tandas yang jauh dari rumah (tandas kampung) menyebabkan seseorang itu takut untuk keluar malam untuk buang air, juga walaupun nampak remeh, menyebabkan masalah sembelit.

Selain masalah masalah umum yang biasa kita jumpa di atas, terdapat masalah masalah lain yang lebih serius yang boleh membawa kepada masalah sembelit. Antaranya ialah:

  • Luka pada lubang dubur.
  • Rektum runtuh
  • Terdapatnya kanser pada rektum
  • Ulser pada lapisan dinding usus (mukosa)
  • Radang usus besar Ulcerative colitis dan Crohn's disease (mereka juga membawa kepada masalah cirit birit)
  • Radang divertikulum
Perubahan metabolik badan juga boleh menyebabkan sembelit:
  • Paras kalsium tinggi dalam darah
  • Paras kalium rendah dalam darah
  • Paras hormon thyroid yang rendah dalam darah
  • Penyakit porphyria (kandungan porphyrin yang tinggi dalam darah) - menyebabkan muntah dan sembelit
  • Keracunan oleh plumbum.
Antara ubat ubatan yang boleh menyebabkan masalah sembelit ialah:
  • Antasid yang mengandungi unsur Aluminium (biasanya AlOH3)
  • Ubat tahan sakit jenis opioid atau ubat batuk
  • Pil zat besi
  • Ubat penggalak kencing seperti Furosemide yang mengurangkan paras kalium dalam darah
  • Anticholinergics
  • Calcium channel blockers (ubat yang mengurangkan fungsi otot lembut seperti di salur darah dan usus)
Masalah pada saraf juga boleh menyebabkan sembelit. Antaranya termasuk:
  • Kecederaan pada tulang belakang atau pada saraf periferi
  • Penyakit usus akhir besar (mega-kolon, Hirschsprung)
  • Systemic Sclerosis (CREST) C untuk Calcinosis, C untuk Constipation
  • Penyakit neuropati (sakit saraf) akibat kencing manis, menjejaskan saraf autonomi yang mengawal aktiviti usus.
Rawatan
Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh individu yang menghadapi sembelit untuk menyelesaikan masalah mereka?

Untuk menyelesaikan masalah ini, pesakit perlu memastikan mereka mengambil air dengan secukupnya, 2.5 liter sehari, bersukan, makan sayuran dan buahan. Pesakit juga perlu mengelakkan stres kerana stres merupakan satu faktor yang menyebabkan sembelit.

Ubat ubatan juga boleh didapatkan di farmasi dengan dan tanpa preskripsi dari doktor. Antara ubat ubat penting termasuk:


- Agen yang dapat membanyakkan kuantiti najis (bulking agent) agar memudahkan pergerakan najis keluar dari hujung usus (rektum). Ini termasuk:
  • Methylcellulose (Celevac)
  • Fybogel
- Julap
  • Julap semulajadi seperti Senna
  • Julap semulajadi Aloe vera
  • Julap Bisacodyl
  • Sodium picosulfate
- Pelembut najis
  • Paraffin cecair
  • Minyak arachis
- Julap osmotik
  • Glykogen pada akhir usus besar (rektum)
  • Laktulosa (gula ringkas ini tidak dapat dicernakan badan dan ia dapat membantu mengurangkan bakteria yang menghasilkan amonia, seterusnya amat baik bagi merawat penyakit encephalopathy).
sumber
----------------------------------------------------------
Selain tu dengan pengambilan supplement tambahan juga baik untuk sembelit. Shaklee juga mempunyai vitamin yang sesuai untuk sembelit & tips cegah sembelit

Supplement Shaklee yang sesuai untuk mengelakkan dan merawat sembelit ialah:-

Mengandungi Magnesium iaitu mineral yang bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan.

Herb Lax mengandungi herba-herba termasuk senna yang digunakan zaman berzaman sebagai bahan laksatif yang sesuai untuk detox usus. Pengambilan Herb-Lax juga digalakkan sebelum mengambil apa-apa supplement bagi memastikan usus bersih untuk penyerapan nutrien yang lebih baik.

Sekiranya anda mengalami masalah pembuangan,sila berjumpa dengan doktor. jangan dibiarkan ia terus melarat hingga terjadinya penyakit yang lain pula.



 
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA   khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

6 Cara Merawat Sembelit Dengan Cepat dan Semulajadi

Sembelit memang menyakitkan. Lebih-lebih lagi jika ia semakin memudaratkan dan menyebabkan buasir. Namun begitu, cara hidup yang sihat dan aktif boleh membantu melegakan sembelit dan mengurangkan sakit akibat sembelit.

Berikut adalah 6 cara untuk merawat sembelit dengan cepat

1.
Minum dua hingga empat gelas 8oz tambahan air suam apabila sembelit. Jika anda mempunyai sembelit selama beberapa hari, minum 10-20 auns air kosong setiap pagi sejurus selepas bangun tidur. Anda disarankan minum sekurang-kurangnya 10 gelas air kosong suam setiap hari.
Air merupakan salah satu cecair yang terbaik yang mencuci bahan buangan dan toksin daripada badan kita. Minuman lain seperti jus dan soda, walaupun mempunyai khasiat tertentu dan semulajadi, ia perlu dikurangkan kerana kemungkinan mempunyai kandungan gula berlebihan atau mungkin menyebabkan sembelit semakin parah.


2. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang mempunyai serat tinggi untuk meningkatkan jumlah pengambilan serat setiap hari. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 24-38 gram serat sehari. Sembelit juga adalah berpunca dari pengambilan lemak yang berlebih, gula bertapis dan tenusu yang berlebihan berbanding dengan serat daripada bijirin dan buah-buahan.
Anda juga boleh mengambil suplemen serat selain mendapatkannya dari makanan seharian. Serat tidak boleh dihadamkan oleh enzim di dalam tubuh manusia, jadi ia tidak diserap ke dalam aliran darah. Serat kemudiannya kekal di dalam kolon, di mana ia menyerap air dan melembutkan najis.
Sesetengah makanan tinggi serat termasuk: raspberi, pear, dan epal; pasta gandum (dimasak), barli (masak), dan sekam; kacang berpecah (masak), kacang hitam (dimasak), dan lentil (dimasak); artichokes (dimasak), kacang hijau (dimasak), dan brokoli.

3. Pada sesetengah kes, Kopi boleh membantu. Ramai orang menganggap kopi membantu melegakan sembelit dengan cepat. Ini kerana kafein dalam kopi boleh merangsang otot dalam sistem pencernaan dan menyebabkan pergerakan usus.

Namun begitu, kopi juga diuretik di mana ia menyerap kelembapan daripada najis, menjadikan mereka sukar untuk membuang air . Ada sesetengah doktor mengesyorkan mengelakkan minuman diuretik seperti kopi, alkohol, kola, dan teh.

Untuk merawat sembelit, anda disaran makan prun atau minum dua gelas jus prune. Prun sangat tinggi dalam serat dan mengandungi sorbitol, sejenis bahan yang secara semulajadi membantu melegakan sembelit.




4. Sorbitol adalah perangsang kolon ringan yang membantu mengurangkan masa pergerakan najisdan seterusnya mengurangkan risiko sembelit Jika anda tidak suka tekstur atau rasa unik prun, jus prune boleh menjadi alternatif yang lebih sedap.

Prun mempunyai 14.7g daripada sorbitol setiap 100g, manakala jus prun mempunyai 6.1g per 100g. Anda perlu minum lebih banyak jus prun untuk mencapai manfaat kesihatan yang sama kerana jus prun berasal dari prun yang telah diproses dan mengandungi gula tambahan.


5. Bersenam. Jika boleh, elakkan duduk yang lama dan sentiasa pastikan tubuh anda aktif bergerak. Membuat senaman yang agak berat adalah digalakkan, tetapi 30 minit berjalan kaki boleh membantu menggalakkan pergerakan usus yang sihat.



6. Mencangkung dalam kedudukan yang semula jadi untuk memudahkan perkumuhan. Tinggikan lutut anda ketika anda duduk membuang di atas tandas.
sumber

Supplement Shaklee yang sesuai untuk mengelakkan dan merawat sembelit ialah:-

Mengandungi Magnesium iaitu mineral yang bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan.

Herb Lax mengandungi herba-herba termasuk senna yang digunakan zaman berzaman sebagai bahan laksatif yang sesuai untuk detox usus. Pengambilan Herb-Lax juga digalakkan sebelum mengambil apa-apa supplement bagi memastikan usus bersih untuk penyerapan nutrien yang lebih baik.

Sekiranya anda mengalami masalah pembuangan,sila berjumpa dengan doktor. jangan dibiarkan ia terus melarat hingga terjadinya penyakit yang lain pula.

Gejala, Tanda. Sebab,Komplikasi,Rawatan, Pencegahan Sembelit

Gejala
Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.
Tanda dan Gejala
Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:
  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.
Sebab-Sebab
Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.
Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Pengubatan.
  • Susu.
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
Komplikasi
Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.
Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menahan usus dari terkeluar atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).
Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.
Rawatan
Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.
Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:
  • Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
  • Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
  • Anda dalam kesakitan.
  • Anda mendapati najis anda berdarah.
Pencegahan
Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:
  • Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
  • Minum banyak air.
  • Lakukan senaman secara berkala.
  • Jangan menahan untuk membuang air besar.
  • Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
  • Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor .
sumber
-----------------------------------------------

Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir