Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Januari 2017

Kuih Cara Berlauk Homemade

Assalamualaikum..

Haa..Saya nak story palk tentang salah 1 kuih favourite saya..Kuih Cara..yang ni mesti korang pernah makan. Ada yang rajin buat sendiri, ada juga yang beli. Kadang2 pasar malam or pasar pagi/tani or gerai makan pagi ada jual kuih ni..Ikutkan nak buat tu mudah ja. Kalau sorang ja nak makan tak berbaloi plak nak buat..kalau ramai..memang berbaloi. Tapi atas org jugak..kalau rajin n teringin nak makan.. untuk sorang makan pun dia akan sanggup buat.

Ni la homemade kuih cara.. Saya agak2 ja nak buh banyak mana..tepung gandum, santan 
( guna susu lemak rendah pun boleh ), garam, telur, kalau lembut tambah tepung..kalau keras sikit tambah air. Daun pandan yg dimesin, tapis untuk kuih cara tu kaler hijau.  Tak pun nak tukar kaler macam kaler kuning ka, boleh guna Safron Yellow Colour Powder.

Untuk inti pun buat simpel ja

tumis bawang putih dan bawang besar ,daging potong halus, cabai besar..
yg dah diblend..garam/gula..masak hingga kering dan biar sejuk sikit

mesin daun pandan..tapis dulu untuk dapatkan air kaler hijau..

Safron Yellow Colour Powder


 hasil blend semua bahan 






panaskan dulu loyang ni..buh planta sikit dalam setiap lubang. 
Tuang tepung tu agak2 penuh.. 
buh inti..nak bagi cepat masak tutup loyang tu.


Dah siap dan boleh makan.

Kadang2 Saya tak guna loyang kuih cara tapi guna cupcake maker..sebabnya malas nak guna dapur gas. Tapi ikut orang jugak la..ada yang lebih suka kuih acuan loyang tu.




Ikut orang jugak nak buat kuih cara manis ( gula ) or berlauk..ikut selera masing-masing.

- Mummy Ira -

Selasa, 10 Mei 2016

Resepi - 4 Cara Masak Tom Yam Yang Sedap

Assalamualaikum..

TOM KHA SAL (Tom Yam Santan)


Bahan-bahan:
150 ml santan
2 ulas bawang merah
3 tangkai cili padi
3 hirisan lengkuas
1 batang serai
2 helai daun limau purut
½ sudu sos ikan
½ sudu gula
½ sudu stok ayam
2 sudu air limau nipis
100 gm ayam – dipotong kecil

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Masukkan santan ke dalam periuk besar dengan sedikit air.
2. Kemudian masukkan ayam dan bahan-bahan perasa.
3. Masak sehingga mendidih.

---------------------------------------------

2. TOMYAM SEAFOOD


Bahan-bahan:
2 ekor udang
1 ekor sotong – dipotong kecil
10 gm ketam
2 keping fish fillet yang digoreng
150 ml air
 2 sudu pes cili Thai
2 sudu air limau nipis
1 sudu stok ayam
1 sudu gula
1 sudu serbuk perasa
1 sudu sos ikan
2 labu bawang besar
1 sm lengkuas
4 helai daun limau purut
2 batang serai

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Rebus semua bahan di atas bersama-sama hingga mendidih dan masak.


-----------------------------------------------------
3. TOMYAM HERBA THAI



Bahan-bahan:
5 ekor udang
3 tangkai cili padi – diketuk
1 tangkai cili kering – dipotong kecil
2 helai daun limau purut
3-4 hirisan lengkuas
1 batang serai
1 sudu sos ikan
1 sudu stok ayam
2 sudu air limau nipis
1 sudu gula

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.



----------------------------------------------
4. TOM YAM PUTIH



Bahan-bahan:
1 batang serai
2 hirisan lengkuas
2 helai daun limau purut
1 ulas bawang merah
5 gm tomato
5 helai daun basil/selasih
2 sudu kecil air limau nipis
1 sudu sos ikan
1 sudu pati ayam
2 tangkai cili padi
1 ekor udang
10 gm sotong
10 gm isi ikan
10 gm isi kupang
20 gm ketam

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.

Selamat mencuba

kredit mingguan wanita

Ahad, 10 April 2016

RESEPI - Nasi Briyani Ayam Tandoori ( Fb Atie Jumaat )

Assalamualaikum..



Nasi Briyani Ayam Tandoori
************************************
•Bahan Untuk Ayam
Ayam kampung 1 ekor (belah 4)
Serbuk Cili 5sb
Serbuk kunyit 1sb
Gula perang 1sb
Garam 1sb


Bahan Kisar
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 4 biji
Halia 2 inci


Caranya
1) Satukan bahan kisar dan semua bahan,
gaul2 dengan Ayam..perap 1 jam..Bakar.
_____________________________________


Bahan Untuk Nasi
Beras 2 cawan
Rempah Briyani 2sb
Serbuk kunyit 1sb
Gula perang 1sb
Garam
Kismis 3sb
Minyak sapi 2sb
Minyak zaitun 3sb


Rempah Tumis
Kayu manis 1 batang
Bunga lawang 3 kuntum
Bunga cengkih 4 kuntum
Buah pelaga 5 biji


Bahan cincang
Daun ketumbar 1 pokok
Buah tomato 1 biji
Lada merah 1 tangkai


Bahan Kisar
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 4 biji
Halia 1 inci


Cara Menyediakan
1) Panaskan minyak sapi dan minyak zaitun,
masukkan bahan kisar dan rempah tumis..
masak hingga wangi..


2) Masukkan bahan cincang, rempah briyani
dan serbuk kunyit... kacau2 kejap.. pastu
taruk beras gula garam secukup rasa..
biarkan sampai masak.. taruk kismis.. siap!


Selamat mencuba..

kredit fb Atie Jumaat

Selasa, 5 April 2016

Cara Saya Buat 'Cabai / Cili Kering Mesin Segera'

Assalamualaikum..

Ada sesetengah dari kita..kalau nak masak masakan yg guna cabai mesin..waktu tu jugak baru nak rebus n mesin. Macam Saya..selalunya Saya rebus n mesin siap2 cabai tu, simpan dalam peti sejuk..kira nak masak terus boleh guna..jimat masa. Lebih kurang cabai mesin segera. Tapi ikut orang la kan..memasing ada cara memasing.

Bahan bahan dia mesti la cabai kering ( cili kering )
Air ( sukatan agak – agak ja )
 

Cabai  kering ada pedas ada yg tak..ikut kita nak guna yg mna.


Potong ikut suka ja..tak payah susah buang biji..sebabnya bila dah potong, rebus confirm sesetengah biji dia akan kluar sendiri

Masukkan air utk rebus cabai..agak2 air bnyk mana cabai tu.


Kacau la sikit2..bagi kena n masak semua. Dah mendidih, tutup api. 


Kalau Saya, tak tunggu sejuk dah..terus buang air rebusan tu basuh dgn air biasa. 


Masukkan cabai dan air dalam blender ( agak2 cukup dgn cili dan boleh pusing blender tu..kalau sikit sangat air..tak boleh pusing pulak blender tu.. buh air sikit demi sikit ja )

 
Siap..boleh simpan dalam peti ais.

* Masa nak masak tu..pastikan kita nak cedok cabai tu guna senduk/ sudu asing..jangan campoq pulak senduk  yang kita dok tengah masak tu..takut nnti cepat rosak cabai mesin tu. 

Memasing ada cara memasing..ni cara Saya..

- Mummy Ira -

Selasa, 15 Mac 2016

Resepi : SOS STEAMBOAT dari Atie Jumaat

Assalamualaikum..



Sos Steamboat
*********************
•Bahan A
Oren Sunquik 1/2 cawan
Sos cili 1/2 cawan (cap arnab)
Sos cili Thai 3sb
Kiub pati ayam 1
Gula Melaka (agak2)
Gula merah 1sb
Jus limau kasturi 7 biji
Cuka makan 3sb
Sos ikan 2sb
Garam secubit
Air 3 cawan


•Bahan B
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 biji
Lada merah 2
Cili padi 6 tangkai
Daun ketumbar (sikit je)
(kisar halus semua)


•Bahan C
Minyak bijan 3sb
Tepung jagung 1sb
Daun ketumbar
Bijan


•Cara Menyediakannya
1) Satukan bahan A B ...masak hingga
mendidih..kacau je..apa yg kurang tambah
ikut citarasa sendiri..

2) Akhir sekali masukkan tepung jagung
yg dah dibancuh..kacau sos hingga pekat.
jangan pekat sangat.. agak2 k..dan taruk
minyak bijan...siap..

3) Dah siap sos taburkankan bijan
dan daun ketumbar..sedia dihidangkan
bersama bahan2 steamboat yg anda suka.


kredit fb Atie Jumaat