Memaparkan catatan dengan label Pneumokokal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pneumokokal. Papar semua catatan

Isnin, 24 Februari 2014

Vaksin Cegah Pneumokokal

Sebut saja pneumokokal, tidak ramai ibu bapa mengetahuinya. Namun jika ditanya mengenai keadaan kesihatan anak masing-masing, pasti ramai melalui pelbagai pengalaman si kecil mengalami masalah dalam telinga atau batuk berpanjangan tanpa mengetahui penyakit itu antara simptom pneumokokal.
Kaji selidik global menunjukkan hanya 30 peratus ibu bapa menyedari kewujudan pneumokokal, sedangkan penyakit ini mengancam nyawa. 
Jika tidak dikesan pada peringkat awal, ia boleh menyebabkan komplikasi jangka panjang merangkumi lewat bertutur, lumpuh, pekak dan terencat akal yang mungkin tidak boleh dipulihkan kembali atau lebih malang, menemui ajal. 

Pneumokokal ialah sekumpulan penyakit disebabkan bakteria streptococcus pneumonia yang menyebabkan jangkitan kuman dalam darah, meningitis atau jangkitan pada membran selaput otak dan saraf tunjang, radang paru-paru (pneumonia) dan otitis media atau jangkitan telinga tengah.
Foto
JANGKITAN pada membran selaput otak.
Pada peringkat global, kelaziman penyakit pneumokokal tahunan dianggarkan 14.5 juta kejadian dalam kalangan kanak-kanak bawah usia lima tahun.
Asia mencatat jumlah kes penyakit pneumokokal paling tinggi, termasuk beban penyakit invasif (Invasive Pneumococcal Disease - IPD) dan bukan invasif di dunia, dengan separuh daripada kes penyakit itu berlaku di rantau ini. 

Profesor Virologi dan Pengarah Pusat Penyelidikan Vaksin Universiti Tampere, Finland, Profesor Dr Timo Vesikari berkata, dalam memerangi penyakit ini, penjagaan kesihatan profesional menetapkan antibiotik untuk jangkitan IPD. 

“Bagaimanapun, dalam kes ini kombinasi antibiotik yang berlainan boleh diberi kepada pesakit. Disebabkan masalah makin meningkat rintangan antibiotik, penekanan diberi kepada keperluan mencegah penyakit pneumokokal menerusi vaksin. 

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan penggunaan vaksin pneumokokal di semua negara dengan keutamaan diberi kepada negara dengan kelaziman tinggi radang paru-paru dan kadar kematian dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun. 

“Cadangan ini berdasarkan kepada tahap tinggi beban penyakit di negara membangun, ditambah pula dengan keberkesanan yang terbukti dan selamat,” katanya dalam temubual dengan Metro Ahad dengan kerjasama GlaxoSmithKline (GSK). 

Di Malaysia ada dua jenis vaksin untuk penyakit pneumokokal iaitu vaksin konjugat pneumokokal (PCVs) dan vaksin polisakarida pneumokokal. 

PCV disyorkan untuk kanak-kanak berusia dua hingga 60 bulan, manakala vaksin polisakarida hanya boleh diberikan mereka berumur lebih dua tahun. 

Vaksinasi dengan PCV penting untuk mencegah IPD dalam membendung kemudaratan penyakit dan kematian, terutama kanak-kanak bawah usia dua tahun. 

“Di Finland, program imunisasi kebangsaan catat kejayaan besar dan menunjukkan PCV berkesan untuk mengurangkan beban IPD keseluruhan dengan mengurangkan insiden vaksin serotype IPD,” katanya. 

Beliau menambah, sesiapa saja boleh mengalami IPD. Bagaimanapun, golongan tertentu seperti kanak-kanak berusia dua hingga 24 bulan, orang dewasa berumur 65 tahun ke atas dan mereka yang lemah sistem imun disebabkan keadaan seperti kanser atau jangkitan HIV, lebih mudah dijangkiti atau mengalami pelbagai komplikasi penyakit ini. 

Info Pneumokokal 

• Pneumokokal menggambarkan sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus (S) pneumoniae, yang juga dikenali sebagai pneumokokus. 
• Simptom penyakit berbeza-beza mengikut usia kanak-kanak dan bergantung kepada masalah yang dihadapinya, sama ada: 
• Pneumokokal meningitis - demam, meragam, sakit kepala, muntah dan pengsan 
• Pneumokokal radang paru-paru - boleh menyebabkan demam, susah bernafas, batuk, sakit dada dan hilang selera makan - jangkitan telinga tengah - sakit telinga, susah mendengar dan kadangkala demam 
• Membimbangkan pakar perubatan kerana pneumokokal dikelaskan sebagai pembunuh nombor satu kanak-kanak, terutama pesakit kecil di bawah umur lima tahun
----------------------------------------------------
cadangan vitamin untuk kesihatan kanak..Nutriferonvitamin Kanak2
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Ahad, 27 Oktober 2013

Pneumokokal Ancam Kanak Kanak

Pneumokokal ancam kanak-kanak

cegah kanak-kanak dari pneumokokal

Mungkin ramai pernah mendengar perkataan pneumokokal, namun tidak semua yang tahu apa pneu- mokokal itu sebenarnya. Ramai yang kurang prihatin terhadap masalah penyakit penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak. Antara penyakit berjangkit dan kematian utama di kalangan kanak-kanak yang semakin disedari di seluruh dunia ialah pneumokokal (PnD).

Apa itu jangkitan Pneumokokal?

Penyakit pneumokokal adalah disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang selaput otak.


Anggaran yang dibuat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu turut mendapati, setiap tahun penyakit itu menyebabkan kematian lebih sejuta kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah di negara membangun.

Bakteria s. pneumoniae menyebabkan penyakit yang mengancam nyawa seperti pneumonia, meningitis dan bakteremia (keracunan darah) dan juga otitis media (jangkitan bahagian tengah telinga).
Apakah yang menyebabkan jangkitan Pneumokokal?
Kuman penyebab penyakit ini ialah Streptococcal pneumoniae atau Pneumokokus yang terdapat dalam lapisan hidung dan tekak orang yang sihat (pembawa kuman). Kuman ini boleh merebak melalui batuk dan orang yang berada di persekitaran secara langsung.



cegah kanak-kanak dari pneumokokal
Gambaran X-ray yang menunjukkan paru-paru yang mengalami pneumonia.


Dianggarkan kira-kira 60 peratus kanak-kanak tadika dan prasekolah juga menjadi pembawa bakteria pneumokokus yang boleh disebarkan kepada kanak-kanak lain dalam pergaulan harian di tadika atau taman asuhan.
Apakah ada vaksin dan bagaimana ia diberikan?
Vaksin terdahulu ialah pneumococcal polysaccharide vaccine (PPV) yang mengandungi 23 antigen pada lapisan yang telah ditulenkan. Vaksin yang terbaru ialah pneumococcal conjugate vaccine (PCV) yang telah diubahsuai dengan menggabungkan 7 lapisan kapsul polisakarida yang telah ditulenkan dan setiap satunya digabungkan dengan toksin difteria yang telah di nyah aktifkan, untuk mempertingkatkan keberkesanan vaksin ini. Polisakarida adalah kandungan gula kompleks yang merupakan sebahagian daripada kuman bakteria itu sendiri. Vaksin ini harus diberikan melalui suntikan ke dalam otot.



cegah kanak-kanak dari pneumokokal

PCV boleh diberikan pada usia 2, 4 dan 6 bulan, manakala dos ke 4 diberikan pada usia antara 12 hingga 15 bulan. PCV atau PPV boleh diberikan kepada kanak- kanak berusia 2 hingga 5 tahun.

Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibubapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada bayi-bayi mereka yang sihat. Vaksin ini adalah disarankan untuk kanak-kanak yang mengalami daya tahan badan yang lemah termasuklah mereka yang telah menjalani pembedahan pembuangan limpa atas sebab-sebab tertentu, contohnya seperti pesakit Talasemia


Mencegah pneumokokal dengan Shaklee


Sebagai ibubapa kita boleh mencegah pneumokokal dengan meningkatkan tahap imunisasi anak kita. Anak-anak saya dari umur 1 tahun lagi telah diberi vitamin shaklee seperti Nutriferonvitamin Kanak2 bagi memelihara kesihatan mereka. Ini hanya sebagai langkah-langkah pencegahan atau menambah sistem imun mereka dari peringkat awal. Jadi, apa yang perlu kita buat ialah jaga pemakanan mereka serta cegah awal penyakit-penyakit biasa atau berjangkit ini dari awal.

credit - superbvitamin



Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration