Memaparkan catatan dengan label Penjagaan Kulit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penjagaan Kulit. Papar semua catatan

Khamis, 12 Februari 2015

Tip/Petua Cara Menghilangkan Parut

Assalamualaikum..

google

1. Vitamin E

 
Vitamin E adalah bahan terbaik semulajadi yang boleh merawat parut dan stretch mark. Ia meransangpembentukan kolagen, yang meningkatkan kekuatan tekstur kulit. Minyak dari Vitamin E (ataupun cecair pekat dalam kapsul vitamin E) boleh digunakan terus pada kulit. Minyak vitamin E hanya boleh digunakan terus pada parut luka yang telah sembuh sepenuhnya supaya ia tidak mengganggu proses pemulihan luka.
Vitamin E juga mempengaruhi pengeluaran kolagen, struktur protein yang membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan kulit.

Walaupun ramai yang menggunakan vitamin E untuk kulit mereka untuk mengurangkan parut, ia juga disyorkan oleh doktor selepas pembedahan kulit kerana terdapat kajian yg menunjukkan ia sangat membantu.



2. Minyak Kelapa

Minyak kelapa berkesan untuk melindungi dan menyembuhkan kulit. Rantaian medium asid lemak (fatty acid) dalam minyak kelapa bertindak sebagai anti-oksidan, menghalang kerosakan disebabkan radikal bebas. Radikal bebas menyerang tisu-tisu penyambung sel dan merencatkan kebolehan sel untuk tumbuh semula. Minyak kelapa boleh di makan dan digunakan secara luaran untuk menghalang kerosakan oleh radikal bebas dan melembutkan kulit.

3. Aloe Vera.

Aloe Vera terkenal dengan kebolehannya untuk penghasilan semula set tisu. Aloe Vera menghalang radangan dan memberi kesan kelembapan yang menyenangkan pada kulit dan memaksimakan kebolehan pemuliharaan kulit tersendiri .

4) Ekstrak Bawang

Bawang, atau Allium CEPA, adalah ramuan dalam salah satu gel parut yang paling popular yang ditemui di farmasi.

Ekstrak Bawang telah didapati mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antiradang dan membantu pembentukan kolagen.

Satu lagi kajian yang dinilai 97 orang dengan parut baru atau lama yang menggunakan sama ada gel bawang atau gel plasebo. Lebih ramai pengguna yang menggunakan gel bawang parut mendapati parut mereka lebih lembut dan kurang ketara.

5) Madu Topikal
 
Madu telah digunakan sebagai rawatan untuk kulit melecur dan luka selama berabad-abad.
Pada tahun 2006, satu kajian semula 22 ujian klinikal yang melibatkan lebih daripada 2,000 orang mendapati bahawa madu mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antiinflammatory dan boleh merangsang pertumbuhan tisu baru.

Banyak kajian yang dijalankan di University of Waikato di New Zealand, menggunakan jenis madu yang dikenali sebagai madu Manuka.

 
Ubat-ubatan rumah (Home Remedy) yang lain sering digunakan untuk parut, tetapi sekali lagi tanpa bukti yang menyokong dipercayai, adalah lidah buaya, Gotu Kola, vitamin C, dan zink. 

 sumber  http://altmedicine.about.com/od/qalibrary/f/remedyscars.htm

Isnin, 6 Januari 2014

Vitamin E Untuk Kulit Cantik, 5 Rawatan Utama Untuk Kullit

Selain dari Vitamin C, Vitamin E juga menjadi pilihan ramai penggemar vitamin. Ramai yang menggemarinya terutama org yang mementingkan kecantikan kulit dan muka. Ia mencantikkan kulit dan muka, dan boleh menghasilkan kulit yang berseri dan cantik. Namun begitu, ia juga mampu merendahkan taraf kolestrol dan menjamin kesihatan jantung.


Jom kita fokus apa kelebihan Vitamin E untuk kulit. Terdapat pelbagai masalah kulit yang boleh diselesaikan dengan pengambilan Vitamin E. 5 Rawatan Utama pada Kulit adalah:


1. Kedutan 
Apabila umur semakin meningkat, maka kulit akan kurang tegang dan berkedut. Ini kerana ia dipengaruhi oleh umur dan radikal bebas seperti pencemaran dan pemakanan yang tidak sihat yang mempercepatkan proses kedutan. Tahukah anda bahawa proses kedutan boleh dilambatkan dengan penggunaan Vitamin E?

Vitamin E juga dapat menghalang pembentukan kedutan dengan mengurangkan serangan radikal bebas. Bila kita semakin tua, badan kurang menghasilkan kolagen untuk menegangkan kulit, Vitamin E akan menggalakkan penghasilan kolagen, sejenis tisu penyambung pada kulit yang menegangkan kulit serta menjadikannya elastik. Ia mengurangkan kedutandengan mengalakkan dan mempercepatkan pembinaan sel baru.

2. Rawatan Malam
Kulit idaman semua adalah kulit yang sentiasa lembab dan tidak kering. Apabila kulit terlalu kering, banyak kesan negatif boleh terjadi termasuklah ekzema dan gatal-gatal. Vitamin E mampu mengembalikankelembapan pada kulit dan kesan yang baik dapat diperolehi jika pengguna menyapu minyak ini pada waktu malam. Ini kerana proses penyerapan Vitamin E akan menjadi lebih efektif. Namun begitu, Vitamin E tulen sangat pekat untuk digunakan sehari-harian pada kulit. Ia lebih sesuai untuk penyembuhan drastik pada kulit. Mencampurkan Vitamin E dengan Minyak Zaitun adalah langkah terbaik untuk mendapatkan kesan kelembapan yang diinginkan.

3. Parut.
Parut terjadi kesan dari luka lama, lecur dan pembedahan. Vitamin E mampu mengurangkan kesan parut kerana ia terus menyerap ke dalam kulit dan menghalang serangan radikal bebas. Mengapa serangan radikal bebas tidak baik untuk parut? Ia menghalang penyembuhan parut sekaligus melambatkan parut hilang. Vitamin E adalah antioksida yang kuat dan membantu penghasilan kolagen, mengembalikan keanjalan kulit yang tidak terdapat pada parut.

4. Tompok Coklat
Tompok coklat selalu kelihatan pada mereka yang telah berusia. Ia terjadi disebabkan oleh faktor umur, serangan radikal bebas (pencemaran dan pemakanan), serta fungsi hati yang kurang baik. Vitamin Emengurangkan serangan radikal bebas dan mengurangkan tompok coklat. Apabila minyak Vitamin E disapu pada tompok coklat, ia akan melembabkan membran sel dan menggalakkan penghasilan sel baru.

5. Kutikel (Tempat kuku bertemu kulit)
Vitamin E membantu mengurangkan masalah kutikel kering dan merekah. Beberapa titik Vitamin E mampu mengurangkan masalah kutikel kering, sentiasa menjadikannya lembab dan menghalang dari terus merekah.

sumber: 

Shaklee juga mempunyai supplement Vitamin E. boleh klik untuk info Vitamin E


 Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA   khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Ahad, 8 Disember 2013

Tip Mengekalkan Kelembapan Kulit


1. Minum air kosong sebanyak lapan hingga sepuluh gelas sehari bagi mengekalkan kelembapan kulit.

2. Cuci muka dengan air bersih sebelum tidur. Jika muka tidak dibersihkan, kotoran dan bakteria pada muka boleh menyebabkan jerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Pastikan muka anda dibersihkan sebelum memulakan senaman kerana apabila berpeluh, ia akan mengurangkan kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Setiap kali selepas mencuci muka, amalkan menggunakan penyegar (toner) disusuli dengan krim pelembap bagi membekalkan kelembapan pada wajah.

5. Apabila keluar rumah, jangan lupa untuk lindungi wajah dengan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit dari terbakar.