Memaparkan catatan dengan label PROTEIN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PROTEIN. Papar semua catatan

Jumaat, 3 April 2015

Jom Kenali Apa Itu Protein

Assalamualaikum..


Apa Itu Protein
Memahami "apa itu protein" adalah WAJIB dalam memastikan protein yang kita ambil setiap hari benar-benar berkualiti. Benar, kebanyakan makanan mengandungi protein, tetapi adakah semua protein dalam makanan itu (terutama makanan yg sudah diproses) adalah dari jenis yang berkualiti? Jangan salah memilih protein kerana, pemilihan protein yg kurang baik bakal mendatangkan penyakit lain pula dalam waktu jangka panjang..



struktur protein

Struktur protein terbina oleh komponen-komponen kecil yang dikenali sebagai Asid Amino. Setiap protein adalah berbeza dan terdiri daripada komposisi asid amino yang berbeza. Protein yang berkualiti adalah protein yang mengandungi kesemua (atau hampir semua) asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, tetapi amat penting untuk kemandirian manusia – kelompok asid amino ini dikenali sebagai Essential Amino Acids(EAA). EAA tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, dan oleh yang demikian ia harus diperolehi sepenuhnya menerusi diet.

Protein ESP ~ENERGIZING SOY PROTEIN  ( sumber : Panduan Nutrisi SHAKLEE )

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850gram (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.


SUMBER DARI Portal Rasmi Fatwa Malaysia mengatakan :-



Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food) - GMO


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (GMO). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:


1.Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia serta meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa makanan terubahsuai secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal, dari haiwan dan juga tanaman bagi memberikan ciri-ciri yang dikehendaki sebagai makanan atau ubat-ubatan.



2.Dalam hal ini Muzakarah berpandangan bahawa Islam menghendaki umatnya supaya memilih makanan yang baik (toyyib) iaitu halal,suci dan tidak memberi mudharat kepada jiwa dan akal manusia dan proses penghasilannya juga tidak memberi mudharat kepada manusia dan alam sekitar.


3.Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam penghasilan Makanan Terubahsuai Genetik (GMO), penggunaan bahan-bahan yang diharamkan dan memudaratkan manusia serta alam sekitar adalah dilarang.

*************************
Makanya, dengan itu, jgn khuatir dan jangan bimbang jika anda memilih ESP sebagai sarapan pagi, supper & dinner anda!! ESP Shaklee bebas GMO!!



Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Manakala kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.
 

Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging,  4 kali ganda telur,  12 kali ganda susu,  1gm rendah lemak sahaja,  tiada kolestrol,  tiada asid uric  dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. 
Sebab itulah ia mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama, dapat mengatasi masalah gastrik dan memberikan tenaga segera!
TAHUKAH ANDA APA ITU INDEKS GLISEMIK? (sumber : Blog Dr. Norman)


Diperkenalkan pada tahun 1981 oleh seorang ahli sains bernama Dr. Jenkins. Beliau telah menerangkan konsep GI ini dalam Jurnal Perubatan Nutrisi Klinikal Amerika (American Journal of Clinical Nutrition) sebagai panduan untuk seseorang mengekalkan kestabilan gula dalam darah. Beliau telah mengklasifikasikan karbohidrat berdasarkan bagaimana tubuh manusia bertindakbalas kepadanya. Kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasannya menjadi glukosa dalam darah dikira sebagai satu indeks atau petunjuk. Indeks ini dipanggil Indeks Glisemik (GI). GI menunjukkan kedudukan makanan dalam skala 0 hingga 100 mengikut paras sesuatu makanan itu menaikkan paras gula dalam darah selepas ia di makan. 



Kadar kenaikan paras gula dalam darah dikira dengan teknik yang ditetapkan. Beliau telah mendefinisi GI sebagai kadar kenaikan paras gula dalam darah selepas pengambilan makanan yang diuji dibandingkan dengan makanan yang ditetapkan standard (ie: glukosa = 100)



Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.



Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones, genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya. Bacaan Indeks Glisemik Rendah bagi SESUDU ESP adalah '39' yang mana bersamaan dengan bacaan G.I sebiji epal.





Kepentingan Protein

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein.

Manfaat Utama ESP

  1. Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Perasan tak ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby ( menggeleber/menggelebeh). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi mereka kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.
  2. Pengambilan oleh IBU MENGANDUNG sgt digalakkan kerana akan mencegah daripada membantutkan pertumbuhan anak-anak.
  3. Rambut, Kuku, dan kulit hampir keseluruhannya adalah protein.
  4. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  5. Kaya dengan isoflavones yang membantu menstabilkan hormon wanita.
  6. Membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  7. Genistein berkeupayaan mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada kanser.
  8. Sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  9. Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mempercepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  10. Membekal tenaga dengan segera terutamanya bagi ibu menyusu dan mengandung yang sering mengalami keletihan.
  11. Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.
  12. Bagi ibu menyusu, ia membantu dalam mempercepatkan penghasilan susu ibu.

AKIBAT KEKURANGAN PROTEIN DALAM BADAN

  1. Kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit. 
  2. Masalah lebihan air yang tinggi dalam badan. 
  3. Kehilangan kepejalan otot. 
  4. Perubahan warna rambut. 
  5. Membantutkan pertumbuhan terutamanya terhadap bayi di dalam kandungan.
  6. Masalah penghadaman. 
  7. Masalah penghasilan darah dan hormon yang stabil.
  8. Boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.


# TESTIMONI 1 = 
PENYAKIT GASTRIK YANG DIHIDAP BERPULUH TAHUN HILANG!

 

# TESTIMONI 2 = 

KULIT GEBU MAKIN BERSERI!!


kredit

Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan  
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Khamis, 6 Mac 2014

ESP-Tanda-Tanda Tubuh Anda Kekurangan Protein

Walaupun Malaysia ni ada macam-macam jenis makanan yang ada sumber protein, masih ada lagi orang yang mengalami masalah kekurangan protein. Faktor sama ada diet yang melampau, kurang pengetahuan mengenai nutrisi dan faktor kemiskinan juga boleh menyumbang kepada masalah kekurang protein ni.

Kekurangan protein boleh menyebabkan batu karang, arthritis, kemerosotan otot, dan juga masalah jantung.

Apa tanda-tanda anda kekurangan protein ni.

  • Edema (bengkak badan)
Edema ialah pengumpulan cecair di bawah lapisan kulit. Selalunya terjadi di bahagian kaki dan buku lali, tetapi edema boleh terjadi di mana-mana bahagian badan. Protein amat penting untuk mengimbangkan air dalam badan anda.

  •  Penurunan berat badan
Penurunan berat badan terlampau juga salah satu faktor kekurangan protein dalam badan. Sebab walaupun kita tak ambil protein, badan tetap perlukan protein untuk berfungsi. Oleh itu dalam set Slim Shaklee ada ESP, untuk bina balik otot-otot kita!
  •  Rambut menipis atau kasar
Rambut gugur terlampau teruk atau terlampau kasar juga disebabkan oleh kekurangan protein. Rambut kita terdiri daripada protein, jika kita konsisten amalkan ESP tak mustahil rambut kita akan bertambah cantik.

  • Rabung pada kuku 
Garis-garis halus yang kita boleh nampak pada kuku tu maksudnya dah kronik dah tahap kekurangan protein kita ni, kuku pun macam rambut juga, perlukan protein untuk tumbuh sihat.

  •  Pucat
Kulit yang pucat dan cepat 'sunburn' ni selalunya disebabkan kurang zat besi dan protein. Tetapi selalunya, makanan yang kaya dengan zat besi juga mengandungi protein, sebabnya, badan perlukan protein untuk menggunakan zat besi dengan lebih efektif. Kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan anemia.
  •  Ruam kulit
Kulit berkuping pun tanda-tanda anda kurang protein. Bila kulit dah jadi macam kelemumur maknanya kekurangan protein anda memang di tahap kronik

  •  Keletihan dan kelesuan
Keletihan dan kelesuan juga antara tanda-tanda anda kekurangan protein. 
  •  Luka lambat sembuh
Ini pun salah satu tanda kekurangan protein. Asid amino adalah penting dalam proses penyembuhan luka. Bila badan kita luka, tisu-tisu badan ni guna asid amino untuk membaiki bahagian yang luka, jadi, kurang protein lambatlah proses penyembuhan. 
  •  Susah tidur
Susah tidur ni sebab satu hormon yang dipanggil serotonin itu kurang, yang mana disebabkan oleh kurang sesuatu jenis asid amino. Asid amino ni pula dihasilkan apabila protein dicernakan, jadi pemakanan yang kurang protein ni boleh menyebabkan anda susah tidur. 
  •  Sakit kepala
Sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, terrrmasuklah kekurangan protein. Macam mana protein boleh effect sakit-sakit kepala ni?
   - kurang protein boleh sebabkan kekurangan darah = sakit kepala
   - menyebabkan paras gula turun = sakit kepala
  •  Pengsan 
Pengsan pun boleh disebabkan oleh kekurangan protein. Sebabnya paras gula yang rendah dalam badan, atau badan terpaksa cernakan tisu-tisu otot untuk dapatkan protein yang diperlukan.

Bukan semua tanda-tanda kekurangan protein dalam bentuk fizikal ya. Ada juga yang dalam bentuk emosi, atau mental, termasuklah:

* mudah tersinggung, murung
* tekanan melampau
* kebimbangan
* kurang bertenaga


Risiko Kekurangan Protein (umumnya):A
  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  • Kidney disease (penyakit buah pinggang)
  • Liver (penyakit hati)
  • High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  • Low blood pressure (tekanan darah rendah)
  • Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
  • Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
  • Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
  • Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
  • Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
  • Poor vision (Penglihatan kurang baik)
  • Irritability (Badan menggeletar)
  • Fatigue (Letih lesu)
  • Weakness (Lemah)
  • Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
  • Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
  • Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan
Jom dapatkan Shaklee ESP hari ini juga. Sila hubungi saya sekarang untuk harga murah daripada biasa.

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :



Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration