Memaparkan catatan dengan label PEROKOK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PEROKOK. Papar semua catatan

Ahad, 16 Mac 2014

Perokok - Malas dan Mudah Cemas

Semua orang tahu merokok ibarat membakar diri. Bukan saja sengaja mendedahkan diri kepada pelbagai risiko penyakit, ia juga membahayakan orang sekeliling yang menghidu asapnya. Tidak hanya itu, merokok membuatkan tubuh berbau sehingga boleh mengganggu ketenangan orang yang ada berdekatan anda.
Walaupun berpuluh-puluh ribu kajian dijalankan ke atas perokok merangkumi aspek kesihatan, keburukan, kesan jangka panjang dan sebagainya, ia tetap tidak boleh mengubah tabiat golongan ini. 
Kenapa? Jawapannya mudah. Mereka sering melihat bapa ataupun saudara-mara lain yang lebih awal merokok masih hidup sihat hingga ke hari ini. Jika difikirkan logik, ia relevan untuk dibahas, tetapi perlu ingat bahawa kita tidak tahu cara hidup orang lama dan apakah petua kesihatan diamalkan hingga ke hari ini. 

Faktor cara hidup tidak sihat ditambah pula pola pemakanan yang gagal mengikut garis panduan betul membuatkan perokok zaman sekarang mudah ditimpa pelbagai penyakit. Lebih membimbangkan ada antara mereka terpaksa menanggung sengsara lebih awal seawal usia 20-an.
Mungkin isu kesihatan sudah muak dibincangkan hingga ada segelintir perokok seolah-olah bersedia menghadapi apa saja penyakit bakal dihadapinya kelak. Justeru, artikel Gen Y kali ini membongkar sikap pasif yang ada pada si perokok walaupun mereka pasti menafikannya!
50 Perokok baru setiap hari
Keputusan Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada 2003 amat membimbangkan apabila mendapati remaja adalah kelompok terbesar memegang status perokok baru. Sebilangan besar perokok dikesan mula berjinak dengan tabiat ini sejak remaja. Purata umur mula merokok ialah 18 tahun. Dilaporkan pada 1985, sebanyak 9.8 peratus remaja didapati merokok dan kadar itu meningkat kepada 18 peratus pada 2000, malah semakin bertambah tahun demi tahun.

Seiring dengan status negara maju, remaja juga mudah terpengaruh dengan cara hidup moden. Statistik bilangan remaja perempuan yang merokok meningkat lapan peratus dari 2005 hingga 2010. Dicatatkan, jumlah remaja perempuan merokok terutama yang berusia bawah 10 tahun semakin membimbangkan kerana peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki iaitu 28.8 peratus berbanding remaja lelaki, 14.1 peratus.

Laporan Modul Berhenti Merokok pada 2001 menunjukkan anggaran seramai 50 hingga 60 remaja yang merokok meningkat setiap hari. Malah, setiap tahun daripada tiga juta perokok dicatatkan pada 2006 iaitu bersamaan lebih 20 peratus rakyat Malaysia meningkat satu peratus atau 30,000 perokok baru dilahirkan tahun demi tahun walaupun pelbagai kempen jauhi rokok dilaksanakan.

Penulis percaya, remaja bukannya tidak tahu mengenai kempen dijalankan hampir setiap bulan, tetapi tahap penerimaan mereka terhadap kempen itu adalah kurang. Hal ini dapat dibuktikan dengan jumlah remaja yang merokok dicatatkan melebihi 3.12 juta orang pada 2010.

Kurang berjalan dan cepat cemas
Kajian daripada Universiti Negeri Londrina, Brazil mendapati perokok kurang aktif bergerak jika dibandingkan dengan individu yang tidak merokok. Kajian unik ini dijalankan ke atas 60 perokok dan 50 individu tidak merokok. 

Pengkaji meminta peserta menggunakan alat pengukur langkah (pedometer) untuk mengukur aktiviti yang mereka lakukan selama 12 jam setiap hari bagi tempoh enam hari secara keseluruhan. Hasil kajian mendapati, jumlah langkah harian perokok lebih sedikit berbanding mereka yang tidak merokok.

Selain itu, keputusan turut menunjukkan perokok mengalami penurunan dalam fungsi paru-paru hingga membuatkan mereka lebih sukar untuk terbabit dalam olahraga.

Menurut kajian ini lagi, ketika diminta menilai kualiti kehidupan berhubung kesihatan, perokok menyatakan mereka lebih cepat letih dan kurang motivasi untuk mengubah gaya hidup. 

Secara tidak langsung, tidak keterlaluan jika penulis berpendapat perokok menjadi lebih cepat malas disebabkan faktor tubuh cepat letih dan kekurangan stamina.

“Setahu kami, ini kajian pertama yang menunjukkan secara objektif bahawa ada pengurangan aktiviti luar seorang perokok dibandingkan dengan orang yang tidak merokok.

“Selain menurunnya fungsi paru-paru, kapasiti senaman ataupun aktiviti olahraga dan kualiti hidup, perokok juga lebih mudah mengalami rasa cemas dan tertekan serta berjalan lebih sedikit daripada orang yang tidak merokok dalam rutin seharian,” kata ketua pengkaji Karina Furlanetto.

Sementara itu, kajian lain dijalankan Sekolah Perubatan Charite Berlin, Jerman sebelum ini mendapati tempoh waktu tidur perokok lebih sedikit jika dibandingkan dengan orang tidak merokok. Dicatatkan, sebanyak 17 peratus perokok tidur kurang enam jam sehari dan 28 peratus daripadanya mengalami gangguan tidur.

Sebagai perbandingan, penyelidikan tempoh waktu tidur turut dijalankan ke atas individu tidak merokok. Keputusannya, hanya lapan peratus orang yang tidak merokok tidur kurang dari enam jam dan hanya 19 peratus melaporkan mengalami gangguan tidur. Jumlah ini masih rendah berbanding keputusan bagi kumpulan perokok.

Seorang daripada lima remaja adalah perokok
Logiknya, kita akan merasakan hal ini adalah isu biasa tetapi merujuk kembali fakta global mengenai perokok, ia adalah isu global yang makin membimbangkan. Dilaporkan, dalam kalangan remaja di seluruh dunia yang berumur antara 13 dan 15 tahun, dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.

Secara kasar, 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari dan separuh daripada jumlah itu di negara Asia. 

Selain itu, jumlah perokok seluruh dunia dianggarkan sekitar 1.15 bilion orang dan daripada jumlah itu, lebih 80 peratus perokok adalah di negara berpendapatan rendah dan sederhana.Sesiapa saja pasti tahu sekiranya anda berhenti merokok, kurang risiko menghidapi penyakit serius seperti jantung, diabetes dan angin ahmar.

Namun, bukan hanya soal penyakit untuk menjauhi rokok tetapi ia juga memberi manfaat kepada kesihatan mental. 

Kajian dijalankan Sekolah Perubatan Universiti Washington, Amerika Syarikat ke atas 4,800 perokok aktif mendapati 40 peratus daripada peserta mengalami gangguan emosi iaitu cepat cemas, 50 peratus ketagihan alkohol dan selebihnya ketagihan ubat-ubatan. 

Sikap pasif ini bergantung kepada individu itu sendiri cara dia mengatur rutin harian. Tetapi perokok tidak boleh menafikan pasti ada waktunya anda cepat ‘semput’ berbanding orang lain kerana fakta kajian yang membuktikan semuanya. 

Jika tanggapan anda masih sama, ingatlah sebelum terlambat. Kementerian Kesihatan merekodkan hampir 10,000 kematian setiap tahun dikaitkan dengan tabiat merokok. Adakah anda mahu tergolong dalam statistik ini? Fikirkan.
MyMetro
-----------------------------------------------------------------

Kenapa Perokok Perlukan vitamin C yang banyak ?



Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Jumaat, 20 September 2013

Kenapa Perokok Perlukan vitamin C yang banyak ?

Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negatif akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.

rokok Vitamin Untuk Perokok (Para isteri jika sayangkan suami anda...sila baca!)

Kenapa perokok perlu Vitamin C lebih banyak ?

hal ini penting kerana pada seorang perokok semakin banyak rokok yang dihisap maka semakin banyak pula vitamin C yang hilang dari dalam rangkaian dan darah . Misalnya 1 batang rokok dapat menghilangkan sekitar 25 mg vitamin C yang sepatutnya diserap tubuh , itulah kenapa orang yang merokok memerlukan vitamin C lebih banyak lagi untuk melawan kerosakan sel dan mencegah timbulnya pelbagai penyakit akibat merokok seperti jantung , paru - paru , kanser , strok dan lain-lain .

Menurut pelbagai kajian perokok perlu mengambil tambahan vitamin C berbanding mereka yang tidak merokok , perokok lelaki  harus mengambil 125 mg vitamin C per hari , sedangkan perokok perempuan 110 mg setiap hari dari keperluan normal vitamin C per hari yang diperlukan tubuh kita yaitu sekitar 60-90 mg . Tambahan tersebut diperlukan untuk menjangka kehilangan vitamin c akibat merokok .

Selain memberikan banyak manfaat bagi perokok , dengan mencukupi keperluan vitamin C juga sangat bagus bagi kesihatan tubuh kita seperti meningkatkan kekebalan tubuh , menangkis serangan virus influenza , kawalan tekanan darah , menurunkan tahap stress , cegah stroke , anti kanser dan lain-lain. Kandungan vitamin C sangat mudah dijumpai pada buah - buahan dan sayur-sayuran semulajadi . Diantaranya adalah Brokoli , lada , jambu biji , strawberry , tomato , mangga , oren dan lain-lain

Penggunaan tambahan Vitamin c bukan bermakna membuat anda kebal terhadap kesan buruk merokok , tetapi hanya menghalang agar kerosakan akibat racun rokok tidak berkembang dengan cepat dan sangat disyorkan bagi anda seorang perokok untuk secepat mungkin mengurangkan hingga berhenti merokok kerana pengaruhnya sangat buruk bagi diri anda , keluarga dan persekitaran sekitr .

Vitamin C boleh didapati di farmasi atau di klinik. Tetapi Shaklee Juga mempunyai Vitamin C  iaitu vitamin C sustained release Shaklee.



Berminat nak dapatkan Alfafa boleh hubungi saya.

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration