Memaparkan catatan dengan label PERLUNYA VITAMIN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERLUNYA VITAMIN. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Ogos 2013

Kenapa Kita Perlu Mengambil Vitamin/Supple

Artikel yang bakal saya kongsikan di sini amat menarik sekali. Jika anda tertanya-tanya mengapa kita perlukan vitamin atau supplemen, sila baca artikel ini sehingga habis. Artikel ini akan menjawab segala persoalan anda.

1 -Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser. Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di senaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung didalam rumah.

2 - Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien

Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain.