Memaparkan catatan dengan label PENDIDIKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENDIDIKAN. Papar semua catatan

Ahad, 4 Oktober 2015

Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Ujian Penilaian Sekolah Agama (UPSRA) Ditangguhkan

Assalamualaikum..

PENANGGUHAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) DAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (UPSRA)


1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan kepada semua Agensi Bertanggungjawab melaksanakan KAFA seluruh Malaysia berhubung pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) berikutan masalah jerebu yang melanda di kebanyakan negeri di Malaysia dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan kadar bacaan yang tidak sihat (IPU 101-200) serta tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan penutupan sekolah-sekolah di beberapa buah negeri di Malaysia pada Isnin dan Selasa bertarikh 5-6 Oktober 2015.

2. Sehubungan itu, pelaksanaan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kepada 207,343 orang calon yang diselaraskan oleh Jakim seluruh Malaysia bagi subjek Ulum Syariah (UPKK 02/01) yang dijadualkan pada hari Isnin 5 Oktober 2015 pada jam 2.30 petang dan subjek Sirah (UPKK 03/01) serta subjek Jawi Dan Khat (UPKK 05/01) yang dijadualkan pada hari Selasa 6 Oktober 2015 adalah ditangguhkan. Walaubagaimana pun pelaksanaan peperiksaan pada hari hari Rabu dan Khamis berjalan mengikut jadual.

3. Penangguhan ini melibatkan semua pusat peperiksaan seluruh Malaysia. Tarikh baru bagi pelaksanaan peperiksaan bagi 3 subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kepada suasana dan laporan IPU semasa.

4. Dipohon kerjasama kepada semua Agensi Bertanggungjawab yang melaksanakan KAFA mengambil tindakan SEGERA memaklumkan arahan penangguhan peperiksaan ini kepada semua pihak yang terlibat.

5. Pihak Jakim juga menyambut baik keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menangguhkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) pada Isnin dan Selasa (5-6 Oktober 2015)
selaras dgn arahan KPM supaya semua sekolah ditutup Isnin dan Selasa.


6. Peperiksaan UPSRA di semua sekolah kelolaan Jawi iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan akan ditunda kepada hari Isnin dan Selasa depan (12-13 Oktober 2015). Bagi jadual hari Rabu dan Khamis berjalan seperti yang dijadualkan kecuali ada arahan lain daripada KPM.

Sekian

DATO' HAJI OTHMAN MUSTAPHA
4 Oktober 2015

 

- Mummy Ira -

Ahad, 26 April 2015

Bacaan Dalam Solat Dari fb Laman Pendidikan Islam KSSR

Assalamualaikum..

Lagi sharing dari fb Laman Pendidikan Islam KSSR..kali ni tentang bacaan dalam solat. Jom baca..










Selamat membaca, beramal dan vbermanfaat untuk semua..

- Mummy Ira -

Rahsia Berwudhu : Sains Moden Menurut Perspektif Al-quran

Assalamualaikum..

kali ni Saya nak share  ilmu ngan korang berkenaan rahsia wudhu..bagus dan kita boleh praktis dalam kehidupan seharian..dari http://www-ustazahaini2014.blogspot.com..


Rahsia Berwudhu :  sains moden menurut perspektif Al-quran

Aktiviti membasuh anggota tubuh manusia yang selalu terkena debu jelas merupakan sebuah puncak nilai penting kesihatan secara umum. Bahagian – bahagian tubuh ini sepanjang hari sensetif terhadap pelbagai mikro yang mengerikan yang berjumlah jutaan dalam setiap sentimeter kubik udara. Mikro selalu bersiap untuk menghancurkan tubuh manusia melalui sel sel kulit di kawasan yang terbuka. Dan ketika kite berwudhu, mikro mikro ini akan hilang dan bersih dari permukaan kulit, apalagi bila diikuti dengan menggosok yang baik dan menyempurnakan wudhu.
                     
Inilah pedoman yang diajarkan Nabi Muhammad saw. Sehingga selepas wudhu tidak ada bakteria atau kotoran apa pun yang tersisa pada tubuh kecuali yang telah dikehendaki Allah swt.

1. BERKUMUR





Dengan berkumur, kita dapat menjaga mulut dan tekak dari bermacam peradangan, melindungi gusi dari penanahan, menjaga gigi dari kerapuhan, dan membersihkannya dengan menghilangkan otot- otot mulutnya ketika berkumur.

Selain itu, berkumur akan memperkuatkan sebahagian otot wajah dan menjaga kesegaran dan peredaran wajah. Dan berkumur sebuah senam dasar yang dikenali para pakar pendidikan sukan. Senaman ini berguna untuk memberikan ketenangan jiwa pada seseorang jika dia mahir menggerakkan otot- otot mulutnya ketika berkumur.


2. MEMBASUH HIDUNG




Sebuah penelitian ilmiah baru- baru ini yang dilakukan tim doctor dari Universiti Alexandria (Mesir) membuktikan bahawa orang yang selalu berwudhu, hidung mereka tampak bersih dan terbebas dari debu, bakteria dan mikro. Sudah makruf adanya bahawa lubang hidung adalah salah satu tempat yang banyak didiami oleh sejumlah mikro dan bakteria.

Dengan sering membasuh hidung, menghisap air, dan  menghembuskannya dengan keras iaitu mengeluarkan air dari hidung dengan kuat), maka lubang hidung kita akan bersih dan terhindar dari peradangan dan bakteria. Penjagaan ini sangan penting kerana takut perpindahan bakteria atau mikro ke bahagian organ tubuh yang lain.


MEMBASUH MUKA & TANGAN




Membasuh muka dan tangan sampai kedua dua siku mempunyai manfaat yang sangat besar dalam menghilangkan debu dan mikro. Serta menghilangkan peluh dari permukaan kulit. Aktiviti ini juga membersihkan kulit dari bahan bahan berminyak  yang dikeluarkan oleh kelenjar – kelenjar kulit. Jika kita tidak bersihkan secara rutin, kulit akan menjadi sarang yang subur bagi kehidupan dan pertumbuhan baktiria dan mikro.


MEMBASUH KAKI




Membasuh kedua belah kaki disetai dengan gosokkan yang baik, akan menimbulkan rasa tenang dan kedamaian kerana kaki memiliki reflector yang boleh memantul ke seluruh sistem tubuh.

  • Peredaran darah dihujung hujung bahagian atas  tangan dan kedua lengan, hujung dibawah kaki betis, dan betis lebih lemah daripada organ organ lainnya kerana ianya terletak jauh dari pusat pengantur peredaran darah, iaitu jantung. Kerana itu membasuh semua hujung ini disetiap kali wudhu, disertai dengan gosokan dengan hati hati boleh memperkuatkan peredaran darah, sehingga boleh meningkatkan semangat dan daya hidup tubuh.
  • Selain itu, kajian membuktikan bahawa sinar matahari, terutama sinar ultra Violet akan terdedah kepada penyakit kanser kulit. Dengan berwudhu, kulit kita terhindar dari sinaran tersebut dan dapat melembabkan permukaan kulit dengan air , khususnya ditempat tempat alergik terkena sinaran matahari dan dapat melindungi sel lapisan atas  dan dalam kulit dari pelbagai kesan berbahaya sinar tersebut.
--------------
selamat membaca, beramal dan bermanfaat untuk semua..

Ahad, 19 April 2015

Doa Doa Harian dari Laman Pendidikan Islam KSSR

Assalamualaikum..

cari punya cari jumpa doa2 harian ni..bukan setakat nak ajar anak2..untuk kita pun boleh baca..doa2 ni untuk semua tak kira umur tua ka muda..tak dak had umur untuk kita baca doa..kkdg tak semua orang yang tahu doa2 harian ni..so Saya share dari  
semoga bermanfaat untuk semua..

- Mummy Ira -

Rabu, 15 Januari 2014

Apa Itu KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)


 1.


Mengapakah KSSR diperkenalkan? 
Jawapan :

KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

2.Apakah maksud Kurikulum Standard?
Jawapan :

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang  perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:

- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

3.Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?
Jawapan :
KSSR
 KBSR
Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang:
• Komunikasi
• Kerohanian, Sikap & Nilai
• Kemanusiaan
• Perkembangan Fizikal & Estetika
• Sains dan Teknologi
• Keterampilan Diri
Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang:
• Komunikasi
• Manusia dan Alam Kelilingnya
• Perkembangan Diri Individu
Bahan Kurikulum:
• Dokumen Standard Kurikulum
Bahan Kurikulum:
• Sukatan Pelajaran
Reka bentuk kurikulum:
• Modular
Reka bentuk kurikulum:
• Linear
Organisasi Kurikulum:
Tahap I  (Tahun 1, 2 & 3)
• Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif

 Tahap II   (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras & Elektif
Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan
Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi  Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit
Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Fokus:
4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)
Fokus:
3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
   
4.Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
Jawapan :

Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat  beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.

5.Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan?
Jawapan :

Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu.  Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST).  Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

6.Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? 
Jawapan :

Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani.  Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains.

7.Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK? 
Jawapan :

Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.
8.Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR?
Jawapan :

KSSR tidak mengalakkan penjurusan.
9.Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah? 
Jawapan :

Ya.  Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.
10.Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :

Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains.

11.Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK? 
Jawapan :

Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.

12.Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P?
Jawapan :

Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan  dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian.
13.Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :

Kemahiran asas TMK amat penting diajar  kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK.  Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan  secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.
14.Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam  seminggu?
Jawapan :

Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam DSK TMK.

15Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris?
Jawapan :

Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.

16Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?
Jawapan :

Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan.

17.Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1?
Jawapan :

Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks.  Walau bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini.
18.Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum  - Teknologi Maklumat dan Komunikasi?
Jawapan :

Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik.  Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu:

• Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid

19.Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan makmal dalam satu masa?
Jawapan :

Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK.  Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan.
  
20Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer?
Jawapan :

Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet.  Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN.  Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh digunakan.
21Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
Jawapan :

KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di  KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk

22Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p?
Jawapan :

KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum.  Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.

23Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR?
Jawapan :

KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR.
24Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
Jawapan :
Pendidikan Kesihatan Reproduktif  dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.


- Mummy Ira -

Apa Itu Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS)

Assalamualaikum..

Apa itu PBS?

Jawapan :

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

2. Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?

Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan.

3. Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang?

Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

4. Bila PBS mula dilaksanakan?

PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.

5. Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada?

• PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning.

• Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.


Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.

• PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:

- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid
- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.

6. Apakah standard prestasi?
Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.

7. Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?
Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:
• Pementoran
• Penyelarasan
• Pemantauan
• Pengesanan

• Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan.

• Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

• Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.

• Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

8. Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka?

Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila-bila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base).

9. Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?

Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

10. Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS?

PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

11. Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?

Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:

- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid
- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

12. Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS?

Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah.



- Mummy Ira -