Memaparkan catatan dengan label PCOS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PCOS. Papar semua catatan

Rabu, 28 Ogos 2013

Boleh Hamil Walaupun Ada PCOS

Apa itu PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)?

Dalam ovari normal, folikel akan matang dan membebaskan telur (ovum) melalui tiub fallopio dan seterusnya bergerak ke rahim apabila disenyawakan. 

Ovari yang mempunyai masalah PCOS mempunyai banyak folikel telur yang tidak membesar dan tidak matang. Folikel ini tidak terovulasi (melepaskan telur), maka telur tidak boleh disenyawakan.

Apabila ovulasi tidak berlaku, maka hormon progesterone juga tidak akan dilepaskan. Tanpa hormon progesteron, kitaran haid wanita penghidap PCOS menjadi tidak menentu malah ada yang langsung tidak haid.



ni ialah contoh folikel yang mengeluarkan telur matang dalam ovari




Ini adalah gambarajah perbezaan antara polycyctic ovari dan ovari normal. Ovari normal, mempunyai telur matang yang bersedia untuk keluar dan disenyawakan. 

Apakah simptom PCOS?
  • Overweight
  • Kitaran haid yang tidak menentu. (terlalu sedikit atau langsung tiada)
  • Mudah tumbuh jerawat
  • Bulu roma banyak di tubuh, muka, payudara dan kaki
  • Mood swing (tidak menentu)
  • Masalah kesuburan yang menyebabkan keguguran berulang
  • Menghidap diabetes (kandungan gula dalam darah tidak seimbang)

Bagaimana nak memastikan saya penghidap PCOS atau tidak?

PCOS yang sebetulnya boleh di pastikan dengan ujian darah. Dalam ujian ini, pihak makmal akan mengukur tahap hormon FSH dan LH pada hari ke-2 haid. ( Hormon FSH selalunya lebih tinggi dari LH). Jika LH melbehi tahap FSH sebanyak 2 kali ganda, maka dia akan di sahkan doctor mengalami PCOS. Di harap sesiapa yang rasa ada mengalami perkara seperti di atas dan ingin mengetahui nya boleh menjalani ujian darah untuk mengetahui kebenarannya.

Apa yang penting jika saya disahkan sebagai penghidap PCOS?

Diet tidak berkanji telah di cadangkan boleh menurunkan berat badan dan di harap boleh meningkatkan kesuburan bagi mereka yang mengalami PCOS. Hendak lah pesakit membaca lebih banyak maklumat mengenai diet dan senaman untuk pesakit PCOS. Ini adalah kerana, diet untuk pesakit PCOS amatlah penting. 

Pesakit PCOS tidak boleh makan karbohidrat ringkas seperti gula, minuman bergula, kuih muih, mi, kuey teow, lemang, nasi himpit dan lain-lain. Apatah lagi makanan ringan, coklat, aiskrim, kek dan sebagainya. Kadang-kala, nasihat sebegini menyebabkan pesakit terkejut, sedih dan ada juga marah kerana makanan kesukaan tidak lagi ada dalam 'menu'.

Apa supplement Shaklee yang boleh atasi masalah PCOS?

Bertenanglah. Setiap penyakit ada penawarnya. Shaklee mempunyai GLA Complex, Alfalfa Complex dan Omega Guard untuk penghidap PCOS hamil. 


GLA Complex - GLA (gamma-linolenic acid) juga terdapat dalam EPO (Evening Primrose Oil) yang banyak terdapat di pasaran. Perbezaannya, GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam EPO dan ia 3 kali lebih berkesan dari EPO. Ia berfungsi untuk menstabilkan hormon wanita, menormalkan period dan juga mencantikkan kulit.


Alfalfa Complex - ‘raja segala tumbuhan’ yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Ia membantu menghilangkan keputihan pada wanita yang menyebabkan sukar hamil, mengurangkan ‘period pain’, bertindak seperti kacip fatimah untuk wanita. Ia juga membantu melegakan keletihan, mengatasi sembelit, eczema, resdung dan lain-lain

Berminat nak dapatkan GLA dan Alfafa boleh hubungi saya.

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Apa Itu PCOS


Polycystic ovarian syndrome atau nama singkatanya PCOS adalah masalah perubatan dimana ovari anda bertindak secara tidak normal yang menyebabkan terjadinya masalah haid tidak teratur, tiada haid dan masalah infertiliti. PCOS adalah diantara penyebab utama ketidaksuburan dan terjadi pada sekitar 5 hingga 10 peratus wanita pada usia reproduksi.

Gejala PCOS boleh terjadi seawal puberti, iaitu ketika haid pertama kali bermula. Ia disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon dalam kuantiti yang sepatutnya dan berlakulah ketidak seimbangan hormon yang menyebabkan tumbesaran folikel terbantut dan gagal mengeluarkan telur. Walaubagaimanapun kebanyakkannya gejala PCOS berlaku lebih perlahan lahan dan berperingkat- ringkat dan menjadi lebih ketara apabila meningkat usia.

Gejala PCOS mungkin termasuk:
Menstruasi yang tidak teratur atau tiada langsung sampai berbulan bulan
Peningkatan bulu pada badan dan muka (juga dikenali sebagai hirsutism)
Jerawat
Gelap warna kulit di sepanjang leher, ketiak, celah kangkang, dan di bahagian dalam paha
Masalah Obesiti
Jangkitan kulat vagina
Masalah kencing manis

Apa kesan PCOS terhadap saya dan bagaimana Ia mempengaruhi kesuburan Saya?

Masalah PCOS selalunya berpunca dari kelenjar pituitari lagi. Kelenjar pituitari yang terletak pada otak adalah kelenjar utama badan manusia yang memainkan peranan dalam mengawal rembesan hormon untuk seluruh tubuh kita. Disebabkan ketidaknormalan pada kadar rembesen hormon LH dan FSH dari pituitari, folikel folikel yang membentuk pada awal kitaran haid gagal matang, menyebabkan telur tidak dilepaskan dan ovulasi tidak berlaku. Disebabkan tiada ovulasi, kadar rembesan hormon progesteron menjadi rendah dan tidak seimbang dengan hormon tahap hormon lain seperti estrogen dan androgen. Progesterone adalah hormon yang penting untuk memastikan kitaran haid yang normal.

Kekurangan hormon progestrone menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang kadang berbulan bulan lamanya. Bila haid bermula, pengidap PCOS selalunya akan mengalami haid yang banyak dan sakit senggugut yang melampau disebabkan oleh tisu tebal dan darah yang terkumpul akibat dari haid yang lewat.

PCOS juga menyebabkan konsentrasi yang lebih tinggi hormon lelaki (androgen) menyebabkan ramai pengidap PCOS mengalami bulu badan yang berlebihan.

Disamping itu, ramai pengidap PCOS mengalami tahap insulin yang tinggi yang boleh menganggu tumbesaran folikel menyebabkan follikel gagal matang terjadilah cyst cyst kecil pada ovari . Cyst cyst yang terlalu banyak akan menyebabkan ovari menjadi bengkak dan ini boleh dilihat pada ujian Ultrasound.

Siapa yang Berisiko? Apa Punca PCOS?

Wanita dengan PCOS sering mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah yang sama dan ia dikaitkan dengan masalah genetik. Ini bermakna bahawa jika anda mengalami PCOS, kemungkinan besar anda ibu dan saudara perempuan yang lain juga mengalami PCOS. Sekiranya anda mempunyai anak perempuan, ada berkemungkinan yang anak anda juga mendapat masalah yang sama.

Bagaimana diagnosa PCOS dibuat?



Untuk memberikan diagnosa yang tepat, sejarah perubatan akan diambil termasuklah kitaran haid anda dan sejarah keluarga.

Pemeriksaan fizikal termasuk pemeriksaan faraj and ujian US. Beberapa ujian darah seperti ujian hormon LH and FSH akan diambil. Ujian Ultrasound faraj mungkin juga akan dilakukan untuk melihat dengan jelas cyst cyst kecil pada ovari anda.

Bagaimana PCOS dirawat?

Rawatan bergantung sepenuhnya pada gejala anda dan juga keinginan anda untuk hamil. Saranan selalunya diberikan tentang pemakanan seperti pengurangan karbohidrat dalam diet dan senaman untuk mengurangkan tahap insulin. Bagi mereka yang ingin hamil, ubat subur seperti clomid atau Gonal F akan diberikan untuk mencetuskan ovulasi. Dalam kes- kes dimana ubat subur tidak begitu efektif, ovarian drilling mungkin disarankan untuk memecahkan cyst cyst kecil pada ovari.

Wanita dengan PCOS harus menyedari potensi risiko kesihatan jangka panjang. Risiko untuk mendapat kanser rahim dan kencing manis adalah tinggi.

PCOS juga dikaitkan dengan penyakit jantung, tahap kolesterol yang tidak normal dan tekanan darah tinggi dan wanita yang mengidap PCOS dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin. PCOS adalah masalah yang anda alami sejak anda dilahirkan dan setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. Walaubagaimanpun dengan rawatan yang tepat, gejala PCOS pasti dapat dikawal.

Sekiranya anda berhasrat untuk hamil, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh anda jalani dan menjadi hamil bukan sesuatu yang mustahil.

--------------------------------------------------------

Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir