Memaparkan catatan dengan label OMEGA GUARD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OMEGA GUARD. Papar semua catatan

Selasa, 18 Mac 2014

Cara Makan Omega Guard Shaklee Untuk Kanak Kanak Yang Betul

 Assalamualaikum..

Omega guard Shaklee untuk kanak kanak adalah penting untuk pembesaran mereka.Khasiat minyak ikan yang diekstrak dari ikan laut dalam yang sememangnya bebas dari pencemaran.Selain itu Omegaguard ini disuling melalui 3 peringkat bagi memastikan hasil yang terbaik kepada pengguna.Sudah tentu anda ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak anda.Ia bukan sahaja penting untuk perkembangan minda yang cerdas tetapi baik untuk kesihatan tubuh badan.


Kelebihan Omega Guard Shaklee Untuk Kanak Kanak

Omega guard Shaklee juga menguatkan sistem peredaran darah dalam tubuh mereka iaitu jantung dan juga salur darah.
Dalam membentuk anak yang cerdas,mereka memerlukan makanan yang tinggi khasiat nutrisi seperti Omega 3, DHA dan EPA.Itulah sebab mengapa kita disarankan memberi mereka minum susu yang kaya dengan nutrisi tersebut.Bagi kanak-kanak yang tidak gemarkan susu,anda boleh memberikan Omega guard Shaklee yang kaya dengan Omega 3.
Seorang kanak-kanak yang hyperaktif pasti membuatkan kita berasa penat melihat keadaan mereka.Melarang mereka boleh menyebabkan emosi mereka berasa terganggu yang pasti memberikan kesan yang negative dalam perkembangan jasmani dan rohani.Keadaan ini disebabkan adalah mereka tidak dapat focus kepada sesuatu perkara.
- Omega guard membantu mereka focus dalam melakukan aktiviti yang mengurangkan sifat hyperaktif tersebut.
- Omega guard Shaklee juga membantu kanak kanak yang menghadapi masalah Eczema. Mereka akan berasa gatal gatal dan tidak selesa sekali.
Omega Guard Shaklee Untuk Kanak Kanak
- Kanak-kanak yang mempunyai kahak juga boleh diberi makan Omega guard yang bertindak dengan memecahkan kahak tersebut.
- Boleh juga diberi omega guard kepada kanak2 dapat membantu dalam proses menguruskan badan mereka dengan selamat.

Cara Memberi Makan Omega Guard Shaklee Kepada kanak kanak

- Semasa pertama kali,mereka akan menolak untuk mengambilnya kerana tidak pernah merasa omega guard tersebut. So.. haruslah banyak bersabar dan sentiasa memberikan kata-kata yang baik untuk merangsang mereka untuk makan.
- Bagi yang tidak pandai untuk mengunyah anda boleh memotong dan memberi makan menggunakan sudu.Selain itu anda juga boleh mencampurkan minyak ikan tersebut ke dalam minuman mereka.
Manakala bagi yang boleh makan dengan sendiri, lebih mudah..
Testimoni Pengambilan Omega Guard Untuk Kanak Kanak
Setiap botol mengandungi 90 biji kapsul yang membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 yang juga termasuk EPA dan DHA.Jadi Tempahlah sekarang Omega Guard Shaklee untuk kanak kanak mendapat nutrisi yang penting kepada tubuh mereka.

Jumaat, 14 Februari 2014

Omega Guard Shaklee

Assalamualaikum..
Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk seperti sardin, mackerel, herring, anchovies dari perairan negara Jepun. Ia bukan didatangkan daripada hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.

Berbanding dengan produk omega lain dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia kerana mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian membekalkan 905 mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.

Cara Penghasilan Shaklee Omega Guard 

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen ber-gred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard.


Dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yg paling tulen dan paling semulajadi

Sementara itu ia juga menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yg sgt toksik)

Bezanya dgn produk lain? 

  • Menggunakan kaedah penyulingan bertekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan
  • Kaedah penyulingan itu bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan

Apakah Kebaikan Omega Guard?

  • Mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah
  • Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  • Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon
  • Memelihara fungsi sendi
  • Mencegah insomnia
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin
Siapa yang memerlukan Omega Guard Shaklee?

Sering mengalami masalah kesihatan seperti:

  • Selsema yang berterusan
  • Batuk berkahak
  • Kolesterol tinggi
  • Sakit-sakit sendi
  • Stroke
  • Pesakit Jantung
  • Pesakit Gout
Ibu Hamil
- Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
- Membantu perkembangan memori di mana DHA yang terdapat dalam Omega Guard dapat meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi tidak cukup bulan (pra-matang)



  • Ibu Menyusu
    • - Menyalurkan khasiat Omega-3 melalui susu ibu kepada bayi bagi meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru, serta baik utk perkembangan otak bayi

  • Kanak-kanak
    • - Meransang perkembangan otak 
    • - Memperkuatkan sistem imunisasi badan
    • - Sesuai untuk kanak-kanak yang sering demam, selsema, batuk, dan mempunyai masalah eczema atau asthma

Bilangan size Setiap Botol : 90 biji  dalam 1 botol
Jadual Makan : 
Untuk memelihara kesihatan , 2-4biji sebelum dan selepas makan, 2 kali sehari.

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Jumaat, 20 Disember 2013

DHA Tingkat Fungsi Otak Bayi

Assalamualaikum..
 
Sangat penting memberi pendedahan kepada kanak-kanak pelbagai bentuk persekitaran pembelajaran untuk perkembangan mental yang optimum.
Pemberian nutrisi yang betul dan mencukupi juga perlu dalam memaksimumkan perkembangan otak kanak-kanak bermula dari tahun awal. 
Asid Docosahexaenoic (DHA) adalah asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan sistem saraf dan keupayaan penglihatan visual untuk fungsi otak yang baik walaupun di kalangan orang dewasa. 
DHA adalah komponen struktur utama dan asid lemak omega-3 paling banyak dalam otak dan retina serta berperanan meningkatkan hubungan neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran lebih baik.
Foto
DHA adalah komponen struktur yang utama dan juga asid lemak omega-3.
Apabila seorang kanak-kanak menerima tahap DHA mencukupi dan bersama nutrien otak lain yang penting serta stimulasi pemupukan perkembangan, ia boleh membantu dalam membentuk perkembangan empat ciri-ciri genius.
Visual penglihatan lebih tajam untuk pembelajaran lebih cepat dan perkembangan intelektual lebih tinggi mendorong keupayaan lebih baik dalam pembelajaran dan ingatan.
Kemahiran penyelesaian masalah lebih baik berpunca daripada daya tumpuan, daya ingatan dan keupayaan untuk melaksanakan aplikasi. Kemahiran bahasa lebih pantas satu asas penting untuk pendidikan masa depan.
Menurut Pengarah Institut Pengajian Jangka Hayat Schiefelbusch, Amerika Syarikat, Profesor Dr John Colombo, otak manusia mengandungi hampir 60 peratus lemak dan asid lemak antara molekul paling penting yang menentukan kemampuan dan kebolehan otak untuk berfungsi. 
“DHA adalah asid lemak politaktepu (PUFA) yang penting. DHA juga asid lemak omega-3 paling banyak di dalam otak dan retina merangkumi 40 peratus PUFA di dalam otak dan 60 peratus PUFA dalam retina. Manakala 50 peratus daripada berat membran plasma neuron adalah DHA.
“Sebagai satu komponen struktur bagi sistem saraf utama, DHA berfungsi meningkatkan keutuhan membran neuron dan transmisi isyarat selepas rangsangan. 
“Selain berperanan penting dalam pembentukan struktur otak, DHA terbabit dalam biosintesis neurotransmitter (catecholamines).
“Kuantiti DHA tertinggi boleh diperoleh dalam bahagian kawalan motor otak yang memainkan peranan utama dalam memori, perkembangan sosial dan kelakuan,” katanya.
Beliau yang juga tenaga pengajar di Jabatan Psikologi, Universiti Kansas, Amerika Syarikat ditemui di ibu negara sempena Ekspo Minda anjuran Mead Johnson Nurtition (M) Sdn Bhd pada 1 hingga 4 November lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Katanya, 80 peratus daripada pertumbuhan dan perkembangan otak berlaku dalam 1,365 hari pertama dalam hidup iaitu bermula dari dalam rahim ibu sehingga usia tiga tahun. 
Hasil kajian yang meyakinkan menunjukkan hubungan DHA dengan perkembangan cerebral yang cepat ketika dalam kandungan sehingga usia beberapa tahun selepas lahir. 
Kajian saintifik menunjukkan DHA adalah komponen penting untuk menggalakkan pembentukan otak, di mana penglihatan visual dan perkembangan mental nampaknya bertambah baik dengan pengambilan makanan tambahan DHA.
“Perpindahan DHA daripada darah ibu ke dalam uri adalah paling laju berbanding asid lemak lain. Justeru, kadar DHA bayi dua kali lebih tinggi daripada si ibu.
“Jika kadar DHA ibu adalah rendah, DHA boleh juga diperoleh daripada punca paling banyak dalam badan ibu iaitu otak,” katanya.
Pertumbuhan otak paling cepat berlaku dalam tahun pertama bayi apabila otak bayi membesar tiga kali ganda saiz asal pada usianya masuk satu tahun. DHA merangkumi 10 hingga 15 peratus berat cerebral cortex seorang bayi. 
Bagi bayi yang membesar, kadar DHA lebih tinggi sangat diperlukan untuk pembesaran sel neuron berbanding struktur otak lain.
Komposisi membran dalam sel neuron sentiasa mengalami proses pembinaan dan boleh berubah secara drastik jika wujud perubahan dalam pemakanan. 
“Ini terbukti apabila asid lemak yang lain mendatar ketika kelahiran, tahap DHA pula berkembang dua kali ganda, terutama ketika tempoh pertumbuhan pesat set saraf iaitu sewaktu pertumbuhan pesat otak. 
“DHA tidak boleh dihasilkan oleh badan dan mesti diperoleh daripada sumber pemakanan,” katanya. 
Beliau bekerjasama dengan rakan setugas, Dr Susan Carlson dan Dr Kathleen Gustafson, masing-masing pakar dalam bidang nutrisi dan diet serta pakar neurologi di Universiti Kansas, bagi menyelidik kesan pemakanan tambahan rangkaian panjang asid lemak politaktepu (LCPUFA) selepas lahir dan kajian itu dinamakan DIAMOND bagi memahami dengan lebih mendalam mengenai kesan DHA dalam perkembangan kognitif dan intelektual.
Katanya, kajian klinikal DIAMOND ke atas nutrien pemakanan tambahan DHA dalam formula nutrisi awal kanak-kanak pada peringkat selepas lahir menunjukkan kesan positif jangka panjang ke atas perkembangan kanak-kanak.
“Kami mengadakan ujian klinikal ‘double-blinded’ secara rambang dan terkawal yang direka untuk mengkaji tindak balas dos DHA dalam formula nutrisi awal kanak-kanak. 
“Sebanyak 343 kanak-kanak diberikan empat formula mengandungi jumlah nutrien sama kecuali kandungan PUFA. Semua empat formula ditambahkan DHA juga diberikan asid arachidonic (ARA) sebanyak 0.64 peratus.
“Kumpulan yang dikawal menerima DHA sebanyak sifar peratus dalam formula mereka, satu menerima DHA 0.32 peratus, satu lagi menerima DHA 0.64 peratus dan yang keempat menerima DHA 0.96 peratus,” katanya.
Dr Colombo berkata, kajian itu mengukur tahap ketajaman penglihatan Visual Evoked Potential (VEP) dengan mengukur corak gelombang otak yang terbentuk oleh stimuli penglihatan yang dipaparkan dengan laju. 
Corak itu menjadi lebih jelas sehingga gelombang otak yang dicetuskan menghilang dan ini dianggap sebagai titik akhir penentuan ketajaman tahap penglihatan. 
“Kajian klinikal DIAMOND mendapati kanak-kanak yang diberi formula tidak mengandungi DHA mencapai tahap potensi ketajaman penglihatan lebih rendah dalam tempoh 12 bulan berbanding kanak-kanak yang menerima formula tambahan DHA.
“Bagaimanapun, tiada kesan perbezaan ketara pada ketajaman penglihatan di antara tiga kelompok responden dengan sukatan tambahan DHA berbeza dan dengan kadar DHA 0.32 peratus secara umumnya mencukupi untuk memberi kesan positif. Ini mungkin disebabkan kedua-dua DHA dan ARA bersaing untuk enzim sama,” katanya.
Dalam fasa kedua kajian ini, kelompok kanak-kanak sama diuji dengan beberapa ujian kepintaran ke atas kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun. 
“Kanak-kanak menerima pemakanan tambahan DHA menunjukkan perkembangan cepat untuk aktiviti terperinci, termasuk diskriminasi corak, peraturan pembelajaran dan perencatan di antara usia tiga hingga lima tahun.
“Mereka juga menunjukkan prestasi lebih baik dalam dua ujian piawaian kepintaran yang digunakan secara meluas iaitu Ujian vokabulari Gambar Peabody pada usia lima tahun dan Skala Bijaksana Pra Sekolah Weschler pada usia enam tahun mengatasi kumpulan kawalan dalam semua bahagian darjah kecerdasan (IQ),” katanya
Ketika lahir, otak berkembang sebanyak 100 billion neuron. Neuron pada ketika ini masih tidak matang dan kebanyakannya belum berhubung antara satu sama lain.
Tidak lama selepas kelahiran, otak bayi baru lahir mula membentuk trilion hubungan dan jaringan antara neuron dalam bilangan mega.
Trilion dipanggil ‘synapses’ sangat penting kerana ia mempengaruhi perkembangan penglihatan, pendengaran, deria hidu, pembelajaran pada tahap lebih tinggi.
“Synapses dibentuk oleh setiap neuron yang mempunyai serat berbentuk sesungut panjang dipanggil axon yang digunakan untuk menghantar mesej kepada neuron lain.
“Mesej dihantar sebagai isyarat elektrik dan diterima beribu-ribu serat pendek berbentuk seperti rambut dipanggil ‘dendrites’ yang juga dikeluarkan oleh neuron. 
“Walaupun proses perkembangan otak bermula dengan gen, pemupukan perkembangan iaitu apa dialami kanak-kanak sekarang akan mengambil alih proses ini.
“Pengalaman ini mencetuskan aktiviti elektrik yang membolehkan otak mengembangkan hubungan dan membesar,” katanya. 

Semakin banyak stimulasi atau rangsangan diterima oleh otak dalam pengalaman ini semakin banyak neuron akan berhubung, justeru membolehkan pembelajaran lebih baik dan meningkatkan kepintaran.
Pengalaman berulang kali akan membantu membina hubungan kekal di dalam otak. Mencecah usia lapan bulan, bayi normal dan dibesarkan dalam suasana persekitaran yang mempunyai stimulasi, selamat dan penuh kasih sayang akan mencetuskan 500 trilion hubungan. 
“Ketika mencecah usia dua tahun, seorang bayi akan mempunyai 1,000 trillion hubungan. Walaupun hubungan ini terus terbentuk sepanjang hayat, mereka mencapai kepadatan paling tinggi iaitu 15,000 synapses untuk satu neuron.
“Struktur akar otak yang menyediakan asas untuk fungsi di masa depan, sebahagian besarnya siap dibentuk apabila berusia tiga tahun.
“Apabila tiba masa itu, asas untuk pemikiran, bahasa, kebolehan dan perlakuan dibentuk dan struktur dan bentuk otak mencapai 80 peratus sempurna,” katanya.
Ibu2 hamil juga boleh mengambil Omega Guard Shaklee sebagai supplement tambahan dalam meransang otak bayi semasa dalam kandungan.


Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Ahad, 8 Disember 2013

Adakah Omega-3 Mampu Bakar Lemak?

Ingatkan minyak ikan baik  untuk otak je. Sebelum ni Lecithin untuk kurus tetapi Omega juga  berkesan untuk kurus..cuma yang bezanya harga..Terpulang pada kemampuan masing2...


Dalam minyak ikan ada OMEGA fatty acid yang mengandungi DHA dan EPA

Omega ni buleh bakar lemak?
''Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can't make them.''http://www.livestrong.com/article/276633-omega-3-fats-weight-loss/
Macam mana fatty acid boleh bakar lemak?
  • Lemak Omega-3 membantu badan kita bertindak balas dengan lebih baik kepada hormon yang dipanggil Leptin (Leptin ialah perkataan Greek bermaksud kurus)
  • Leptin akan memberitahu badan supaya menahan rasa lapar dan membuatkan anda kurang berselera jadi anda boleh turunkan atau kekalkan berat badan.
  • Leptin meningkatkan metabolisma dengan meningkatkan pengeluaran tiroid (tiroid bertindak mengawal selia metabolisma)
  • Leptin juga menyebabkan badan kita membakar lemak untuk ditukarkan kepada tenaga
Tetapi jika badan anda tidak bertindak balas dengan Leptin, maka sebaliknya akan terjadi, anda akan terasa lebih lapar, dan badan juga akan menyimpan lemak. Jadi anda boleh mengambil lemak Omega-3 untuk membantu badan anda bertindak balas dengan lebih berkesan terhadap Leptin untuk meningkatkan metabolisma membakar lemak!

Lemak Omega-3 boleh didapati dari ikan salmon, flaxseeds, suplimen omega 3 dan lain-lain sumber makanan.


3 cara lemak Omega-3 membantu anda menurunkan berat badan:
  1. Lemak omega-3 membantu anda mengawal rasa lapar dengan mengawal paras gula dalam darah
  2. Kajian di Australia menunjukkan apabila seseorang mengambil Omega-3 sewaktu senaman akan membakar lebih lemak dari orang yang hanya bersenam tanpa mengambil Omega-3.
  3. Kajian di Jepun dan Republik Czech mencadangkan bahawa Omega-3 menghalang pembentukan lemak hodoh dan kajian yang sama menunjukkan lebih lemak dibakar.
http://www.nowloss.com/good-fats-that-burn-fat-help-you-lose-weight.htm
''A 2001 study published in the May 2002 edition of "Obesity Research" discovered that rats fed fish oil gained less weight than rats fed soybean oil. Furthermore, a 2004 study published in "Lipids" confirms the link between weight loss and fish oil as rats with an omega-3 rich diet exhibited reduced levels of fat and leptin. Leptin is a hormone which regulates the appetite and is generally lower in individuals with low body fat content. The 2004 study in "Lipids" concludes that DHA fat oil reduces the accumulation of body fat by restricting the hypertrophy and hyperplasia of fat cells. "Mosby's Medical Dictionary" explains that hypertrophy and hyperplasia refers to an enlargement of cells and an increase in cell production, respectively.''
Kenapa OmegaGuard Shaklee lebih baik dari omega-3 di pasaran?




Berminat nak dapatkan Omega Guard Shaklee boleh hubungi saya.

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA  khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration


Khamis, 5 Disember 2013

Kepentingan Omega 3 Untuk Ibu Hamil Jadikan Bayi Pintar

Seperti mana yang kita tahu, perkembangan otak bayi telah pun bermula pada minggu-minggu awal kehamilan lagi. Untuk memastikan perkembangan otak bayi berada di tahap optimum, antara supplement yang baik untuk diambil ialah minyak ikan. Minyak ikan sangat kaya dengan Asid Lemak Omega-3. Pentingkah minyak ikan ini? 

Antara perkembangan terkini dalam bidang ini, adalah pentingnya omega-3 asid lemak dalam kedua-dua perkembangan bayi yang sihat dan kesihatan ibu. 

Apakah Asid Lemak Omega -3?
Omega-3 adalah satu rantaian asid lemak politaktepu yang merupakan antara nutrien terpenting untuk kesihatan dan tumbesaran. Malangnya, asid lemak ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan oleh itu ia mesti diperolehi dari diet atau suplement. 

Penyelidikan menunjukkan bahawa asid lemak omega 3 mempunyai DHA dan EPA. Walaupun EPA dan DHA secara semulajadi bekerjasama di dalam badan, kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. Antara fungsi EPA adalah menyokong sistem jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala, fungsi DHA pula, menyokong otak, mata dan sistem saraf pusat. Dan hal ini sangat penting bagi wanita hamil dan menyusu. 

Mengapa Omega-3 penting?
Pengambilan Omega 3 yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran seimbang bahan seperti hormon yang dipanggil prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, tindak balas keradangan dan alahan, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung pada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar, manakala yang lain tidak boleh dihasilkan pada semua proses. Apa yang lebih berbahaya, ketidakseimbangan prostaglandin boleh membawa kepada penyakit. 

Peranan omega-3 dalam menghasilkan prostaglandin memberi banyak bermanfaat. Dan banyak pesakit, apabila mengamalkan suplement yang kaya dengan omega-3, telah menunjukkan kesihatan yang lebih baik termasuk dapat mencegah penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan peraturan keradangan. Dos yang tinggi dalam pengambilan omega-3 telah digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan mood dan kajian terbaru telah mengenalpasti potensi kebaikan omega 3 termasuk untuk merawat kanser, penyakit keradangan usus dan lain-lain penyakit autoimun seperti lupus dan artritis reumatoid. 

Mengapa mengambil Omega-3 penting terutamanya semasa mengandung?
Kajian menunjukkan, Omega-3 adalah penting bagi perkembangn otak bayi dan visual awal bayi. Walau bagaimanapun, diet orang Malaysia sangat kurang dengan omega 3 ini. Lebih memburukkan keadaaan, selalunya disebabkan pengurangan pengambilan omega-3 oleh ibu-ibu hamil, kandungan omega 3 yang perlu disalurkan kepada bayi adalah tidak mencukupi. 

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa menambah EPA dan DHA untuk diet wanita hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan visual dan kognitif bayi. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan omega 3 yang tinggi boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi. Kajian juga menunjukkan, pengambilan EPA dan DHA dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia dan boleh meningkatkan berat badan ketika lahir. Sebaliknya, kekurangan Omega-3 boleh meningkatkan risiko ibu untuk kemurungan. Ini mungkin menjelaskan mengapa kecelaruan mood selepas bersalin boleh menjadi lebih teruk dan mula lebih awal dengan kehamilan berikutnya. 

Apa makanan mengandungi Omega-3 (EPA + DHA)?
Sumber terbaik EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis, dan ikan hering. Ramai orang bimbang tentang kandungan merkuri dan bahan toksin lain dalam ikan. Atas sebab ini, suplemen minyak ikan yang melalui proses penyulingan sering menjadi sumber paling selamat. Untuk mendapat minyak ikan yang berkualiti tinggi, perlu dilihat kepada pengilang yang mempunyai reputasi tinggi. Hal ini untuk memastikan kandungan EPA dan DHA adalah tanpa risiko ketoksikan. 

Adakah ia selamat untuk mengambil Minyak Ikan semasa mengandung?
Minyak ikan dalam bentuk kapsul adalah selamat untuk diambil semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) boleh mengandungi toksin alam sekitar seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh dihapuskan semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi dan proses penapisan lanjutan. 

Apakah yang perlu saya mencari apabila membeli minyak ikan?

1) Proses penghasilan minyak ikan 
Bagaimana minyak ikan dikeluarkan dan apakah standard kualiti yang digunakan oleh pengilang? Standard yang digunakan oleh para pengilang seharusnya menggunakan standard yang diiktiraf oleh badan-badan farmaseutikel. 

2) Bau 
Adakah minyak ikan berbau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan adalah disebabkan minyak ikan itu telah mula merosot dari segi kualiti dan selaunya ia menjadi tengik. Minyak ikan yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir. 

3) Rasa 
Adakah minyak ikan berasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi yang tidak berasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa yang benar-benar kuat atau bahan tiruan ditambah ke dalamnya. Ini kerana berkemungkinan besar pengilang cuba untuk menyembunyikan rasa hanyir minyak ikan yang telah menjadi tengik. 

Mengapa perlu pilih Omega Guard Shaklee?
  • Omega Guard Shaklee tidak mempunyai rasa hanyir dan bau hanyir
  • Omega Guard Shaklee adalahultratulen dan bergred Farmaseutikal.


Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard Shaklee dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

Memang tak boleh dinafikan pengambilan Omega3 oleh ibu hamil sangat lah penting.

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Rabu, 4 Disember 2013

5 Sebab Omega Guard Shaklee Sesuai Untuk Warga Tua

Memang biasa kita dengar warga emas dan orang tua di kalangan kita mengalami penyakit. Apabila badan semakin berusia, metabolisme menjadi rendah sama juga dengan daya tahan / imunisasi badan. Masa inilah macam-macam penyakit datang. Tiga serangkai (darah tinggi, kencing manis, jantung) adalah yang popular di kalangan warga emas dan orang tua.

Omega Guard boleh dikatakan sebagai vitamin paling bajet dan sesuai untuk warga emas dan orang tua. Kenapa? Sebab Omega Guard atau minyak ikan terbaik ini mempunyai banyak kelebihan kepada golongan ini.

Berikut adalah 5 sebab Omega Guard sesuai untuk Warga Tua:

1. Penyakit Jantung
Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard bukan sahaja mengelakkan penyakit kepada orang sihat, orang yang telah terkena penyakit jantung pun bagus untuk mengambilnya. Ia boleh mengurangkan risiko komplikasi dan kematian kepada mereka yang telah disahkan ada penyakit jantung.

Omega 3 boleh mengekalkan rentak degupan jantung. Satu kajian mendapati, mereka yang telah mengalami serangan jantung dan mengambil minyak ikan, mereka mempunyai risiko kematian 45% lebih rendah dari mereka yang tidak mengambil minyak ikan. Ikan dan minyak ikan boleh memperlahankan arteriosclerosis dan merendahkan risiko serangan strok.

2. Triglycerides. 
Apa itu triglycerides? Dengan ayat mudah, ia didefinisikan sebagai lemak tidak baik dalam badan. Omega 3 (DHA dan EPA) boleh merendahkan tahap lemak ini sebanyak 20% hingga 50%. Kesan omega 3 juga dilihat dapat merendahkan tahap kolestrol.

3. Rheumatoid arthritis. 
Rheumatoid arthritis adalah sakit sendi dan lutut yang biasa di alami oleh orang tua dan warga emas. Beberapa kajian telah mendapati minyak ikan boleh mengurangkan simptom sakit ini seperti rasa nyilu pada waktu pagi dan sakit. Kerana itu juga, Omega Guard adalah salah satu vitamin penting untuk Set Sendi dan berjaya membantu mengurangkan masalah sakit sendi kepada ramai orang.

4. Osteoporosis
Kajian mendapati mereka yang makan minyak ikan mempunyai kadar kepadatan tulang yang lebih tinggi.Satu kajian lain pula mendapati minyak ikan (bergabung dengan kalsium dan GLA) bolehmeningkatkan kepadatan tulang kepada orang berusia yang telah mengalami osteoporosis.

5. Ingatan, Dementia dan penyakit Alzheimer
Beberapa kajian mendapati pemakanan yang tinggi kandungan lemak ikan/minyak ikan bolehmengelakkan hilang ingatan dan merendahkan risiko dementia kepada orang tua. Terdapat juga kajian di mana supplement yang mengandungi Omega 3 boleh memperlahankan masalah ingatan kepada pesakit Alzheimer.

sumber: http://www.webmd.com/diet/features/who-needs-omega-3s?page=3
Ternyata banyak lagi manfaat golongan ini kepada warga tua dan berusia. Adalah lebih baik kita memelihara kesihatan dari awal sebelum penyakit menjadi lebih parah. 



Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Selasa, 3 Disember 2013

5 Cara Makan Omega Guard Untuk Kanak-Kanak

 Assalamualaikum

Omega Guard adalah supplemen yang mesti ada untuk setiap keluarga. Kenapa? Sebab Omega Guard ni sangat baik dari bayi, kanak-kanak, ibu bapa, remaja dan warga tua. Kanak-kanak pun boleh makan Omega Guard, minyak ikan terbaik ini. Ramai yang tak tahu macamana nak bagi kanak-kanak makan Omega Guard.

Sebelum tu, macamana bentuk Omega Guard ni? Apa yang bestnya Omega Guard ni?

Omega Guard berbentuk kapsul jernih yang mengandungi minyak ikan. 

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
  • Mengandungi minyak ikan
  • Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Imuniti badan
  • Meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran
  • Sistem peredaran darah yang teratur
Bagus ke Omega Guard Untuk kanak-kanak? 

Omega Guard ada asid lemak Omega 3 yang bagus untuk kanak-kanak. Antara kebaikannya adalah:
  • Meningkatkan kecerdasan otak kanak-kanak
  • Membantu merawat asma di kalangan kanak-kanak
  • Membantu kanak-kanak yang mengalami ADHD
  • Membantu mengekalkan kesihatan optima kepada kanak-kanak
  • Meningkatkan keupayaan pembelajaran dan kemahiran kognitif kanak-kanak

Cara Makan Omega Guard Untuk Kanak-Kanak

1: Kapsul Omega Guard boleh dipicit dengan jarum dan dimasukkan dalam susu anak


2: Boleh dikunyah begitu sahaja. Kapsul adalah lembut dan selamat di makan oleh kanak-kanak 2 tahun ke atas.

3: Dipicit dengan jarum, minyak ikan dicampur dalam makanan dan minuman kegemaran.

4: Dipicit dengan jarum, minyak ikan di letak pada sudu dan diberi pada anak seperti ubat.

5: Ditelan begitu sahaja, untuk kanak-kanak 10 tahun ke atas.

Itulah serba sikit info cara makan omega untuk Kanak Kanak.

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration