Memaparkan catatan dengan label MORNING SICKNESS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MORNING SICKNESS. Papar semua catatan

Rabu, 21 Ogos 2013

Pregnancy-Tips Atasi Morning Sickness/Masalah Sampingan di Kalangan Ibu Hamil

Bagi sesetengah ibu mengandung, morning sickness atau mabuk mengandung adalah ‘kawan baik’ yang datang tidak kira di mana2 peringkat kehamilan. Ada orang semasa trimester pertama, ada yang dalam trimester kedua, ada yang morning sickness bermula dalam trimester ketiga, dan ada juga yang berlanjutan dari awal mengandung hingga bersalin!



Apakah yang menyebabkan morning sickness?
Penyebab utama morning sickness adalah perubahan hormon semasa hamil. Progesteron menyebabkan otot menjadi lebih relaks, termasuk otot sistem pecernaan. Makanan akan berada lebih lama dalam sistem pencernaan dan boleh menyebabkan ‘angin’. Ia juga menghantar isyarat ‘muntah’ kepada otak.