Memaparkan catatan dengan label MATA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MATA. Papar semua catatan

Rabu, 13 Ogos 2014

Cara Mengatasi Rabun/ Masalah Penglihatan

Adakah anda seorang yang rabun? Atau mata anda selalu keletihan kerana terlalu banyak menghadap skrin komputer? Sayangilah mata anda, kerana mata adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Selalulah terapi mata anda supaya kekal sihat. Nak tahu macam mana nak lakukan terapi mata..

Jom kita lakukan terapi mata:

LANGKAH 1:
Selalu berasa gembira dan berfikiran positif. Sekarang, buang semua pemikiran negatif daripada otak kita. Sepanjang waktu senaman mata, lakukan apa sahaja yang membuatkan diri kita berasa tenang. Isi otak kita dengan fikiran-fikiran yang positif.

LANGKAH 2:
Sekarang, duduk tegak, senyum dan isikan fikiran kita dengan fikiran yang menyenangkan. Bernafas secara perlahan dan mendalam. Rehat dengan secukupnya sebelum melakukan senaman ini. Ia penting untuk kejayaan kita sepanjang latihan.

LANGKAH 3:
Ambil kerusi dan duduk menghadap benda-benda hijau seperti di taman2. Rehat dan jangan berikan tegangan pada otot mata kita. Bernafas secara perlahan-lahan dan duduk secara tegak di kerusi. Biarkan mata kita dalam keadaan santai sambil melihat benda hijau. Lakukan sekerap yang mungkin. Ini mampu mengurangkan masalah rabun.

LANGKAH 4:

Cium cermin mata anda dan ucapkan selamat tinggal. Hanya pakai cermin mata di waktu yang memerlukan sahaja seperti membaca.

LANGKAH 5:
Baikpulih kesempurnaan mata seiring dengan kesihatan kita. Sekiranya anda merokok atau meminum minuman keras,hentikan segera.
Hentikan juga memakan makanan yang mengandungi bahan kimia seperti MSG dan aspartame kerana ia mampu mengubah fisiologi tubuh kita dan mampu merosakkan penglihatan.
Mula amalkan minum jus lobak merah setiap hari supaya kita memperoleh vitamin yang menyihatkan.
Boleh juga amalkan minum 2 sudu madu dan jintan hitam sebanyak dua kali sehari untuk menguatkan stamina dan kesihatan.

LANGKAH 6:
Titiskan madu pada kedua-dua belah mata sebelum dan selepas tidur. Cara ini mampu melincirkan mata secara semulajadi kerana madu adalah sumber vitamin yang menghalang kemasukan virus.

LANGKAH 7:
Kejapkan mata anda.Setiap kali mata kita berasa penat, kejapkan mata beberapa kali.Apabila mata kita berasa kering, kejapkan mata kerana ia mampu merehatkan otot mata.

Selamat melakukan terapi untuk mata anda!
  

sumber dari blog