Memaparkan catatan dengan label Kitaran Subur wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kitaran Subur wanita. Papar semua catatan

Rabu, 27 November 2013

Cara Mengetahui Masa Subur Wanita

MERANCANG KEHAMILAN

Mungkin ramai yang masih menanti-nanti kehadiran cahaya mata penyeri rumahtangga, pengikat kasih antara anda dan pasangan yang dikasihi. Tapi tahu tak, salah satu sebab yang menyebabkan rancangan untuk hamil tidak berjaya atau tidak mengikut perancangan adalah disebabkan ramai wanita tidak memahami kitar haid mereka, tidak tahu tanda-tanda sedang subur dan tidak mengetahui waktu subur mereka. 

Ya, sememangnya rezeki untuk dikurniakan anak ni ditentukan oleh Allah. Walaubagaimanapun, dengan memahami kitaran haid dan waktu subur ni, boleh meningkatkan lagi peluang untuk mengandung. Insya Allah, ia juga sebagai salah satu usaha untuk ikhtiar anda mendapatkan zuriat. 

KITARAN HAID SECARA UMUM

Secara umum, wanita mula didatangi haid pertama ketika berumur sekitar 8 hingga 16 tahun. Haid ini akan didatangi setiap 21 hingga 35 hari (atau mungkin berbeza) di sepanjang hayat mereka sehingga tiba waktu putus haid yang dipanggilmenopause. Kebanyakan wanita putus haid di sekitar usia 45 hingga 55 tahun. 

Panjang atau pendek kitaran haid ini berbeza di antara setiap individu. Ia dipengaruhi oleh banyak faktor seperti paras hormon, keturunan, tahap kesihatan, umur dan sebagainya. Walaubagaimanapun, setiap kitaran haid wanita terdiri dari tiga peringkat utama iaitu :
  • FASA HAID : fasa di mana berlaku pendarahan haid selama 3 hingga 7 hari (purata). Secara normal, haid menunjukkan seseorang wanita yang subur itu tidak mengandung
  • FASA PRA OVULASI : ketika ini hormon penggalak folikel bertambah di ovari (kilang telur). Folikel kemudian merembes estrogen yang akan menyebabkan lapisan dinding rahim yang baru (endometrium) terbentuk. Telur di dalam ovari mulai matang. Lendiran pangkal rahim juga akan terbentuk menunjukkan permulaan waktu kesuburan
  • FASA OVULASI : Telur yang hampir matang akan mencetus pembebasan hormon peluteinan. Pada masa yang sama dinding folikel akan lemah menyebabkan telur (ovum) dilepaskan dari ovari dan memasuki tiub fallopio. Sekiranya terdapat sperma di dalam rahim pada ketika ini, persenyawaan mungkin berlaku. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan terus terlerai sedikit demi sedikit.
  • FASA PRA HAID : Folikel yang telah luput tadi akan membentuk pepejal (corpus luteum) yang akan merembeskan hormon progesteron.  Jika telur berjaya disenyawakan, ia akan bergerak ke rahim untuk penempelan. Progesteron berperanan menyediakan rahim untuk proses kehamilan ini. Sebaliknya jika kehamilan tidak berlaku, corpus luteum akan mati dan hormon progesteron menurun. Sistem reproduksi wanita akan mula bersedia untuk kitaran haid seterusnya.Lapisan tisu rahim (endometrium) akan mula terlerai dan pendarahan haid berlaku


CARA MENGETAHUI WAKTU SUBUR

  • Pengiraan mengikut kitaran haid : sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tetap, secara saintifiknya anda boleh menganggarkan waktu subur dengan membuat pengiraan mudah. Katakan kitaran haid anda adalah selama 30 hari, anggaran waktu subur anda adalah dengan mengira 12 hingga 16 hari ke belakang. Ini bermakna anda mungkin subur pada hari ke 14 (30 tolak16) hingga hari ke 18 (30 tolak 12). Pada tempoh ini saintis mepercayai bahawa anda berada dalam tempoh yang hampir dengan ovulasi (pembebasan telur dari kilangnya). 
  • Rembesan mukus pangkal rahim melalui vagina : Cara ini adalah antara cara yang mudah bagi mengetahui waktu subur anda. Secara umumnya, cecair pangkal rahim yang dihasilkan di sepanjang kitaran haid adalah berubah-ubah dari segi kuantiti dan teksturnya. Ketika menghampiri waktu subur, rembesan vagina akan bertukar dari warna krim kepada jernih seperti putih telur. Cairan ini boleh dijalurkan, basah dan dalam kuantiti yang agak banyak dari biasa. Rembesan mukus ini akan kembali kepada asal dan mengering selepas ovulasi.
  • Pemantauan suhu badan : Anda juga boleh mencatatkan suhu badan anda setiap hari dan membuat plot pada carta (graf). Suhu badan yang dimaksudkan adalah suhu badan basal (awal) yang diambil sebaik sahaja anda bangun tidur (sebelum anda meninggalkan katil). Gunakan termometer khas untuk suhu badan basal atau termometer digital yang mempunyai beberapa titik perpuluhan. Sekiranya anda mendapati suhu badan naik secara tiba-tiba sebanyak lebih kurang 10 darjah farenheit, kemungkinan besar anda baru sahaja melalui proses ovulasi. 
  • Kedudukan pangkal rahim : Cara ini memerlukan pemerhatian yang berterusan terhadap kedudukan pangkal rahim. Pemeriksaan sendiri dilakukan setiap hari (pada waktu yang sama) dengan memasukkan jari yang bersih ke dalam vagina ketika mencangkung. Sebelum waktu subur, pangkal rahim lebih hampir ke bawah (mudah disentuh), akan terasa kering dan padat (seperti menyentuh hidung) dan laluannya agak tertutup. Sebaliknya ketika waktu subur,  pangkal rahim agak tinggi (sukar disentuh), agak lembut (seperti menyentuh bibir) dan lembap dengan laluan yang agak terbuka.
  • Pemeriksaan urin dan darah : Kaedah paling mudah (tetapi tidak murah) untuk mengetahui waktu subur adalah dengan menggunak alat ujian kesuburan yang boleh didapati di farmasi dengan mudah. Sampel air kencing digunakan untuk ujian ovulasi sendiri di rumah. Sampel darah juga boleh digunakan untuk memantau paras hormon yang menunjukkan ovulasi berlaku. Walaubagaimanapun ujian darah hanya boleh dilakukan di makmal-makmal patologi yang menyediakan perkhidmatan ini.

CARA MENINGKATKAN PELUANG HAMIL DENGAN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Perkara asas yang perlu anda ketahui ialah, telur wanita (ovum) yang dilepaskan semasa ovulasi hanya hidup selama 12 hingga 24 jam sahaja. Sebaliknya  benih lelaki (sperma) boleh hidup sehingga 6 hari di dalam rahim wanita sekiranya keadaannya normal. Sebanyak kira-kira 100 juta sperma dilepaskan setiap kali ejakulasi berlaku tetapi dianggarkan hanya 200 darinya yang akan terus hidup hingga ke tiub fallopio wanita.

Kekerapan berejakulasi pula akan menyebabkan bilangan sperma dalam setiap milimiter air mani berkurangan. Ini bermakna, kekerapan melakukan hubungan kelamin tidak menjamin peningkatan peluang untuk hamil. Tetapi mengetahui waktu yang tepat akan meningkatkan kebarangkalian pertemuan di antara telur wanita dan benih lelaki, seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil.

Tanpa mengambil kira faktor lain yang mempengaruhi kesuburan, berikut adalah beberapa cara meningkatkan peluang hamil selepas anda mengetahui waktu subur anda :

Sebaik sahaja anda dapat 'trend' waktu subur setiap bulan, anda boleh menjangkakan bilakah waktu subur setiap bulan. Sesetengah pakar reproduktif mencadangkan supaya hubungan seks dilakukan bermula beberapa hari sebelum waktu subur sehingga tiba pendarahan haid seterusnya. Elakkan stress dan tekanan di dalam tempoh anda berusaha untuk hamil ini. Jaga kesihatan dan pemakanan  amalan kerohanian yang dapat membantu meningkatkan peluang untuk hamil seperti ini.

Selamat mencuba!
credit

intai intai Set Kesuburan

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Jumaat, 22 November 2013

Mengira Waktu Subur

subur
Kehamilan adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Keinginan memiliki cahaya mata untuk melengkapkan rumah tangga yang dibina sangat tinggi.
Namun ada kalanya pasangan gagal hamil dalam tempoh masa yang dijangkakan. Kegagalan untuk hamil kadang kala disebabkan kesilapan menghitung waktu subur.
Kehamilan boleh terjadi apabila hubungan intim dilakukan pada masa ovulasi atau saat wanita sedang subur. Apabila sperma suami dipancut ke dalam rahim, ia akan berenang ke arah ovum (telur) si isteri.

Rabu, 16 Oktober 2013

Mengira Waktu Subur Wanita

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.



FAHAMI KITARAN HAID
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT


Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Sebaik sahaja anda dapat 'trend' waktu subur setiap bulan, anda boleh menjangkakan bilakah waktu subur setiap bulan. Sesetengah pakar reproduktif mencadangkan supaya hubungan seks dilakukan bermula beberapa hari sebelum waktu subur sehingga tiba pendarahan haid seterusnya. Elakkan stress dan tekanan di dalam tempoh anda berusaha untuk hamil ini. Jaga kesihatan dan pemakanan dan amalan kerohanian yang dapat membantu meningkatkan peluang untuk hamil


Boleh juga jika anda hendak mengambil supplement tambahan untuk kesihatan..di sini juga terdapat Set Kesuburan yang mungkin sesuai untuk anda .

Selamat mencuba!

Sapa tahu kan, dengan izin Allah… In Shaa Allah anda berjaya hamil…tak salah klau kita cuba.. yang penting kita usaha dan berdoa kepada Allah.. 
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration