Memaparkan catatan dengan label Kesihatan JANTUNG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan JANTUNG. Papar semua catatan

Rabu, 6 November 2013

Kacang Tanah Kurangkan Risiko Penyakit Jantung



Kacang Tanah Kurangkan Risiko Penyakit Jantung



Kacang tanah atau Arachis hypogea merupakan sejenis spesies kekacang dari keluarga Fabaceae yang berasal dari Amerika Selatan. Kacang tanah merupakan sejenis tumbuhan tropika yang tumbuh secara renek setinggi 30–50 cm.

BINA DAYA KETAHANAN

Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak di samping protein, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus, vitamin A dan K, lesitin, kolin serta kalsium. Kandungan protein di dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi berbanding daging, telur dan kacang soya. Selain itu, kacang tanah juga mempunyai rasa manis dan sesuai digunakan dalam penghasilan kuih-muih.

Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang boleh membina daya ketahanan tubuh dalam mencegah beberapa jenis penyakit. Mengambil sebanyak satu auns kacang tanah dalam lima kali seminggu dipercayai dapat mencegah penyakit jantung. Kacang tanah membantu meningkatkan kemampuan jantung serta menurunkan risiko penyakit koroner.

Kacang tanah mengandungi Omega 3 dan Omega 9. Dalam satu auns kacang tanah terdapat kira-kira 18g Omega 3 dan 17g Omega 9. Kacang tanah turut mengandungi fitosenol yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol serta kadar trigliserida iaitu dengan cara menghalang penyerapan kolesterol daripada makanan yang dialirkan di dalam darah serta mengurangkan penyerapan kembali kolesterol dari hati di samping mengawal HDL kolesterol.

 Kacang tanah juga mengandungi arginin yang dapat merangsang tubuh untuk menghasilkan nitrogen monoksida yang berfungsi untuk melawan bakteria tuberkulosis.

BUKAN PUNCA JERAWAT

Kajian turut menunjukkan bahawa kacang tanah juga dapat menjadi penurun tekanan darah tinggi dan kandungan kolesterol dalam darah. Ia berkesan untuk melegakan penyakit hemofilia atau kecenderungan mudah berdarah, penyakit keputihan dan insomnia. Namun begitu, bagi mereka yang menghidapi kanser payudara serta mempunyai masalah kulit berjerawat atau akne dinasihatkan agar berhenti makan kacang tanah.

Ramai yang beranggapan bahawa kacang tanah adalah punca kepada masalah jerawat. Namun begitu, sebuah kajian oleh American Academy of Dermatology menyatakan bahawa kacang tanah bukanlah puncanya.

Di samping itu, kacang tanah turut membantu menghalang radikal bebas, menurunkan tekanan darah dan kolesterol darah serta menghindari tubuh daripada serangan jantung. Selain itu, kacang tanah turut mengandungi asid amino yang tinggi. Minyak dari kacang tanah adalah sumber terbaik untuk mencuci bahagian perut. Selain itu, untuk menambahkan kandungan susu badan untuk para ibu yang menyusukan bayinya, mereka digalakkan untuk mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.

Kacang tanah juga dipercayai mengandungi bahan-bahan semula jadi yang dapat membina daya ketahanan tubuh untuk menentang penyakit batuk kering. Tahukah anda bahawa kacang tanah juga bermanfaat dalam program diet. Ini kerana kacang tanah tergolong dalam kategori makanan untuk diet. Kacang tanah sesuai dijadikan sebagai makanan kesihatan untuk mereka yang sentiasa melengkapi hidangan harian dengan makanan sumber lemak.

Mereka yang makan kacang tanah satu hingga empat kali seminggu dapat mengurangkan sekurang-kurangnya 25 peratus risiko penyakit jantung koronori jika dibandingkan mereka yang hanya sekali atau kurang memakannya. Kandungan niasnin yang tinggi iaitu 13mg dalam setiap 100g bahan makanan. Selain berfungsi sebagai enzim, niasin turut membantu menurunkan kadar kolesterol darah. Namun begitu, anda diingatkan bahawa kacang tanah bahaya untuk mereka yang alergi dengannya.

sumber - nona
------------------------------------------

Shaklee juga ada vitamin yang sesuai untuk kesihatan jantung iaitu  CoqHealth Plus..

Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Khamis, 12 September 2013

Coenzyme Co10 Untuk Jantung

Coenzyme CoQ10 merupakan suatu zat yang diperlukan dan ditemui di setiap sel tubuh badan kita. CoQ10 amat penting bagi kebanyakan sel tubuh untuk menghasilkan tenaganya sendiri agar ianya kekal berfungsi.

Bagaimana CoQ10 berfungsi?
  • Sel tubuh akan membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan.
  • Nutrien di dalam makanan tersebut akan terurai dan ditukarkan kepada tenaga.
  • Proses penguraian tersebut memerlukan kehadiran coenzyme CoQ10 sebagai pencetus tenaga.
  • Proses ini diulang berkali-kali pada setiap saat untuk membenarkan jantung kita kekal berdegup dan membolehkan organ-organ lain berfungi bagi tujuan untuk membekalkan aliran tenaga yang berterusan.
  • Sel-sel ini tidak dapat menghasilkan tenaga tanpa CoQ10, begitu juga dengan organ lain yang tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa kehadiran CoQ10.



Apakah kebaikan Coenzyme CoQ10?
  • Membantu mengukuhkan otot-otot jantung
  • Menyokong keupayaan mengepam darah
  • Memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh
  • Menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah normal
  • Bertindak sebagai antioksidan kuat
  • Membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan LDL
  • Memudahkan pengaliran darah
Berapakah jumlah pengambilan dietari Coenzyme CoQ10 yang diperlukan?
  • Setiap makanan mengandungi jumlah coenzyme CoQ10 yang berbeza


  • Semakin kita meningkat usia, keupayaan tubuh untuk menghasilkan coenzyme CoQ10 semakin berkurangan
  • Berdasarkan kajian, tubuh kita menghasilkan coenzyme CoQ10 yang tertinggi pada usia kita 20 tahun
  • Keupayaan ini akan semakin menurun pada 20 tahun berikutnya iaitu pada usia 40 tahun, jantung kita hanya dapat menghasilkan 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 pada usia kita 20 tahun



Apa faktor pengurangan CoQ10 selain faktor usia?
  • Diet tidak seimbang
  • Pendedahan harian terhadap radikal bebas
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu bagi merendahkan kolesterol
Oleh itu, pengambilan supplement amatlah diperlukan kerana ia membantu bagi mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting untuk tubuh kita.

Shaklee memperkenalkan CoQHealth Plus!

Credit: 


Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA   khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration