Memaparkan catatan dengan label Kencing Manis / DIABETES. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kencing Manis / DIABETES. Papar semua catatan

Khamis, 26 Mac 2015

Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Diabetes Mellitus/Kencing Manis

Assalamualaikum..

Diabetes Mellitus 

Apakah itu diabetes?
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih dari 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes.

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Dua jenis diabetes
Terdapat dua jenis diabetes utama:
  • Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
    • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
    • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
  • Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
    • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
    • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada di sempadan tahap gula yang tinggi, yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Apakah tanda-tanda amaran diabetes?
Penyakit diabetes sering berlaku secara senyap, terutamanya pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:
  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal
Lain-lain gejala termasuk:
  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas
Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.

Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walau bagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
  • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  • Impaired glucose tolerance (IGT).
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ).
  • Tekanan darah tinggi
  • Tidak aktif -gaya hidup sedentari
  • Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .
Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi klinik kesihatan berdekatan.

Komplikasi diabetes
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.

Keadaan kecemasan:
  • Hipoglisemia ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
  • Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
  • Hiperglisemia adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
  • Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
    • Mata
      • Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
    • Saraf
      • Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene. Sekiranya melarat, mungkin perlu menjalankan pembedahan amputasi untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke seluruh badan.
    • Otak
      • Angin ahmar
    • Buah pinggang
      • Kegagalan buah pinggang
    • Jantung
      • Sakit jantung
Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi

Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat diabetes?
Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
  • Mengawal pengambilan makanan
    • Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
  • Melakukan senaman fizikal
    • Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
  • Ubatan
    • Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
    • Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.
Walaupun anda menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan normal dan aktif.

Anda boleh menjaga diri anda sendiri
  • Penjagaan secara umum:
    • Penjagaan kulit
      • Mandi setiap hari
      • Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
      • Merawat luka dan calar dengan segera
      • Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
    • Penjagaan kaki
      • Basuh kaki setiap hari
      • Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
      • Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
      • Potong kuku jari kaki secara lurus
      • Tukar stokin anda setiap hari
      • Jangan berjalan tanpa kasut di luar rumah
      • Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai diguna luar rumah.
  • Mengawasi diri sendiri
    • Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan
  • Penjagaan gigi
  • Kerap menjalani pemeriksaan mata
  • Mengelakkan minuman keras
  • Berhenti merokok
Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:
  • Makan makanan berkhasiat dan kalori terkawal dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
  • Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori dan oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
  • Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul
Kumpulan sokongan
  • Persatuan Diabetes Malaysia (PDM)
  • National Diabetes Institute (NADI)
  • National Kidney Foundation (NKF)
  • EMKAY (Yayasan EMKAY)
Klik disini untuk menilai risiko kesihatan anda!!!

Semakan Akhir : 28 April 2008
Penulis : Dr. Fatanah Ismail
Penyemak : Dr. Sunita a/p Bavanandan

- Mummy Ira -

Rabu, 25 Mac 2015

Kencing Manis (Diabetes Mellitus) - Bayi/Kanak-Kanak

Assalamualaikum..

Kencing Manis (Diabetes Mellitus) 

 
Apakah diabetes mellitus? 

 
Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
 

Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.
Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
 

Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.

Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus? 

 
Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus

  • Diabetes mellitus jenis 1.
  • Diabetes mellitus jenis 2.
Diabetes mellitus jenis 1 selalu terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.

Adakah penyakit ini sering berlaku?

 
Kejadian diabetes mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.

Orang dewasa selalunya mendapat diabetes mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat diabetes mellitus jenis ini.  

Apakah yang menyebabkan diabetes mellitus?
  • Sebab diabetes mellitus terjadi dikalangan kanak-kanak tidak diketahui.
  • Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.
  • Diabetes mellitus jenis 1: Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.
  • Diabetes mellitus jenis 2: Dilaporkan kerap terjadi dikalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan/obesiti.
  • Sebab-sebab lain termasuk kecacatan genetik fungsi pankreas di mana diabetes mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY).
Apakah gejala penyakit diabetes mellitus?

Gejala yang ditunjukkan oleh pesakit diabetes mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu: 

  • Kerap kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam).
  • Rasa haus yang amat sangat.
  • Berat badan menurun.
  • Rasa letih lesu dan kurang tenaga.

Perhatian: (Kencing malam) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya dikenali sebagai "secondary enuresis". Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, diabetes mellitus haruslah disyaki.

Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:

  • Sakit perut dengan atau tiada muntah.
  • Sakit kepala.
  • Masalah tingkah laku.
  • Mudah mendapat jangkitan terutama di kulit.
Sekiranya gejala ini tidak dikenal pasti awal, kemungkinan besar anak anda akan mengalami "diabetic ketoacidosis" (DKA).

Apakah "diabetic ketoacidosis"? 


- Ia adalah keadaan kecemasan di mana kanak-kanak mengalami paras glukos yang tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau koma.


- Dalam keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera. Anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi cairan.

Diabetes mellitus jenis 2 terjadi pada kanak-kanak di ambang atau selepas akil baligh. Ibu bapa mungkin tidak mengetahui anak mereka mengalaminya sebab tanda-tandanya kurang jelas jika berbanding dengan diabetes mellitus jenis 1.

Masalah apakah yang timbul akibat diabetes mellitus?
Bermulanya komplikasi bergantung pada jangka masa dan kawalan kencing manis. Komplikasi ini hanya akan berlaku di kemudian hari iaitu semasa usia dewasa. Doktor anda akan memberitahu sama ada diabetes mellitus anak anda terkawal atau tidak apabila anda datang untuk lawatan susulan.

Tahap glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang melibatkan organ-organ berikut: 

  • Ginjal: kegagalan ginjal.
  • Mata: kebutaan.
  • Jantung: serangan sakit jantung, serangan angin ahmar.
  • Salur darah: tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak).
  • Sistem saraf: masalah deria.
  • Organ reproduktif: mati pucuk (impotent).
  • Kaki: masalah kaki (diabetic foot)
  • Kulit: jangkitan kulit berulang seperti bisul.

Komplikasi ini boleh terjadi selepas akil baligh. Doktor anda akan memberi jadual lawatan susulan untuk ujian darah dan air kencing bagi mengesan sebarang komplikasi.

Apakah hipoglisemia dan bagaimana anda mengenalinya?
Dalam masa anak anda menjalani rawatan, anda perlu tahu yang dia mungkin menghadapi hipoglisemia (tahap glukos rendah dalam darah) di mana dia perlu mengambil makanan atau minuman yang manis untuk memperbaiki keadaan.

Tanda dan gejala hipoglisemia: 

  • Berpeluh sejuk/berpeluh banyak.
  • Menggeletar.
  • Letih dan lesu.
  • Perubahan tingkahlaku/tidak sedar diri.
  • Tahap glukos rendah semasa pemantauan di rumah.
Bagaimana merawat diabetes mellitus dikalangan kanak-kanak? 
  • Pada bila-bila masa, anak anda akan dilihat oleh ahli pasukan diabetes dellitus hospital (hospital diabetes team) seperti Pegawai Perubatan, Pegawai Dietetik, Fisioterapi, Terapi Carakerja, Pakar Otopedik, Pakar Psikologi, Pegawai Pendidikan Diabetes dan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk nasihat dan rawatan tertentu.
  • Sekiranya anak anda mempunyai diabetes mellitus jenis 1, dia memerlukan rawatan insulin sepanjang hayat.
  • Dalam diabetes mellitus jenis 2, ubat secara oral (makan) dan suntikan insulin diberi untuk menurunkan tahap glukos dalam darah.
  • Untuk kedua-dua jenis diabetes mellitus, anak anda mesti mengambil makanan yang disarankan mengikut sukatan dan melakukan senaman.
  • Untuk mengetahui tahap kawalan glukos anak anda, ujian darah yang dipantau di rumah (home blood glucose monitoring: HBGM) perlu dilakukan. Alat yang digunakan ialah glukometer.
  • Rekodkan keputusan ujian glukos darah, beserta hari bulan dan masa ujian di dalam buku harian (diary). Dos insulin boleh disesuaikan mengikut bacaan glukos jika perlu.
  • Pegawai Pendidikan Diabetes akan mengajar anda dan anak anda mengenai diabetes mellitus.
  • Pegawai Dietetik akan kerap kali berjumpa anda dan anak anda untuk memberi nasihat mengenai pemakanan yang sesuai supaya dapat mengawal tahap glukos dalam darah.
  • Anak anda dinasihati untuk melakukan senaman secara tetap kerana ini boleh membantu mengurangkan tahap glukos dalam darah. Insulin bertindak dengan lebih efisyen dan membantu mengawal berat badan.
  • Bergantung kepada masalah anak anda, dia perlu berjumpa dengan ahli pasukan diabetes dari masa ke semasa untuk rawatan atau nasihat.
  • Kanak-kanak yang mengalami diabetes mellitus perlu datang untuk lawatan susulan secara berkala dan dipantau oleh doktor.
Apakah yang perlu dilakukan untuk kanak-kanak yang mengalami diabetes mellitus?

Anak anda mungkin mengalami masalah untuk memahami keadaannya dan menyesuaikan dirinya. Kemungkinan dia juga akan mengalami masalah untuk menerima rawatan (terutama rutin suntikan insulin). Kaunseling dan sokongan psikologi adalah penting untuk anak anda. Dapatkan nasihat doktor dan pakar psikologi.

Bolehkah diabetes mellitus dicegah? 

 
Tiada cara yang jelas untuk mengelakkan diri daripada mendapat diabetes mellitus jenis 1.
Untuk diabetes mellitus jenis 2, adalah disarankan anda mengamalkan gaya hidup sihat.

Pemulihan

Kanak-kanak yang tidak mengawal diabetes mellitus akan mendapat komplikasi yang teruk dalam jangka masa panjang. Kemungkinan besar mereka memerlukan satu program pemulihan yang melibatkan fisioterapi dan terapi carakerja.

Kumpulan sokongan

1) Persatuan Diabetes Malaysia
No 2 Lorong 11/4 E
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel +603-79574062
Fax +603-79557740

2) Pusat Sumber Diabetes di hospital

Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Fuziah bt. Md. Zain
Penyemak : Dr. Fuziah bt. Md. Zain


sumbermyhealthgov

- Mummy Ira -

Ahad, 9 Mac 2014

ESP Shaklee Sesuai Untuk Ibu Hamil Dan Pesakit Diabetes

  Assalamualaikum..

 

Ada yang bertanya sesuai ka ibu hamil dan pesakit diabetes minum ESP ni. Ini kerana ada yang beranggapan ESP manis dan tak sesuai untuk 2 golongan ni..Boleh kerana ..



1. NON-GMO SOYA
Non-genetically modified organism bermaksud sumber soya yg digunakan adalah soya yg asli; tidak diubah struktur asal DNA nya. Makanan yg telah diubah secara 'engineering' boleh menyebabkan risiko membahayakan kesihatan terutamanya dalam jangka masa panjang. Ini kerana terdapatnya bendasing yg secara sengaja telah disuntik ke dalam sumber makanan yg GMO atau yg telah diubah struktur asal DNA nya.

2. LOW GLYSEMIC INDEX
Pesakit diabetes dan ibu hamil amat perlu untuk mengambil makanan yg mempunyai indeks glisemik yg rendah supaya mereka tidak kerap merasa lapar dan mengambil makanan dalam kuantiti yg banyak. Pengambilan makanan yg berat & mengenyangkan dengan kerap boleh meningkatkan paras gula bagi pesakit diabetes & ibu hamil. ESP memberikan tenaga serta rasa kenyang yg lebih lama kerana kandungan protein yg tinggi.

3. PROTEIN YG TINGGI
Protein yg tinggi memberikan bekalan tenaga serta rasa kenyang yg berpanjangan kepada sesiapa yg mengambilnya. Pengambilan 1-2 sudu besar ESP bersama-sama dengan air kegemaran anda boleh membuatkan anda berasa kenyang sehingga ke waktu makan tengahari! Bagi ibu hamil, protein juga amat penting sebagai keperluan tumbesaran janin yg dikandung terutamanya bagi membentuk otot serta tulang bayi yg kuat.

So..anda nak mencuba ESP ni boleh hubungi saya..

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Sabtu, 23 November 2013

Supplement Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes

TANDA-TANDA DIABETES

Anda rasa anda sihat dan tidak mempunyai masalah diabetes. Tapi awas, kebanyakan diabetes melitus hadir tanpa kita sedari dari awal. Sebenarnya terdapat tanda-tanda awal diabetes sebelum kita disahkan menghidapi diabetes iaitu:

Diabetes terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1. Diabetes Type 1

2. Diabetes Type 2

3. Diabetes Gestasi (Diabetes Semasa Kehamilan)


Diabetes Type 1 terjadi disebabkan oleh organ pankreas tidak mampu hasilkan insulin dengan cukup. Ini menyebabkan pesakit perlu mengambil suntikan insulin bagi mengawal kadar gula dalam badan.

Diabetes Type 2 adalah disebabkan badan menghasilkan insulin tidak mencukupi ataupun disebabkan sel tidak dapat bertindakbalas dengan insulin sebaiknya.

Diabetes gestasi terjadi pada wanita yang sedang hamil.

Tanda-Tanda Awal Diabetes:

1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit

Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah berikut kepada doktor.

Tanda-Tanda Diabetes:

1.  Menghadapi masalah jangkitan yang kerap 
     seperti:-
     - Kulit
     - Gusi
     - Jangkitan pundi kencing
2.  Penglihatan yang semakin kabur
3.  Luka lambat sembuh
5.  Parut luka berwarna kehitam-hitaman
4.  Rasa kebas di tangan atau kaki
5.  Tekanan darah tinggi mula hadir
6.  Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan 
     otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)


Kesan dan komplikasi disebabkan oleh Diabetes:

#  Saraf dan salur darah rosak
# Buta
# Serangan strok
# Buah pinggang gagal berfungsi
# Luka lambat sembuh
# Kaki kena potong
# Mati pucuk
Punca-Punca Diabetes Melitus
Kita harus mengambil berat tanda-tanda diabetes ini supaya kita boleh mengenalpasti masalah kesihatan yang berlaku bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga ahli-ahli keluarga yang lain. Diabetes melitus boleh dihidapi oleh kanak-kanak dan remaja juga walaupun penyumbang terbesar statistik negara daripada 1.2 juta orang penghidap diabetes melitus adalah golongan berusia 30-an dan ke atas.

Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu:  

- Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikan insulin setiap hari.
- Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidak menggunakan insulin dengan betul seperti biasa


TANDA-TANDA DIABETES

Tanda-Tanda Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes

 -  Adik beradik kepada pesakit diabetes
 -  Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
 -  Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
 -  Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
 -  Individu yang tindak bersenam
 -  Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun

Pencegahan Diabetes Melitus

Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi pencegahan diabetes melitus:

1. PEMAKANAN SIHAT 
    Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta 
    mengikut keperluan umur

2. BERSENAM
    Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan 
    20 minit bagi setiap sesi  dan bertambah 
    menyeronokkan bersenam bersama keluarga

3. PENJAGAAN KESIHATAN 
    Lakukan pemeriksaan doktor apabila 
    anda mengalami tanda-tanda diabetes

4. SUPPLEMENT
    Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk 
    menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi 
    dengan baik.

5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
    Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya 
    penyakit diabetes dalam tubuh.


Oleh itu, kawallah pemakanan anda sebaiknya dengan mengamalkan diet yang kurang kandungan gula atau glukosa. Pada mereka yang telah pun menghidap penyakit diabetes ini, jangan putus asa!! Cari alternatif untuk mengurangkan masalah diabetes anda. Antaranya adalah dengan mengamalkan pengambilan supplement.

Cadangan Supplement Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes VIVIX Shaklee, ESP, GLA, Vitamin C, Vitalea, Alfalfa dan Zink


Set Sugar Control Shaklee terdiri daripada :
GLA COMPLEX 

 menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.  

 - B COMPLEX 

menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan. 
ZINC 

membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

VITALEA 
mengandungi imbangan vitamin & mineral yang lengkap

SUSTAINED RELEASED VITA C 500mg 
mengukuhkan kapilari & salur darah

ENERGIZING SOY PROTEIN 
Isoflavones dalam protein soya membantu mengurangkan risiko diabetes. Protein soya juga merupakan makanan yang rendah indeks glisemik serta tidak mengandungi kanji. Ini amat membantu pesakit diabetes untuk kawal paras gula.
  
jika anda mempunyai budget yang lebih, anda digalakkan mengambil :

- VIVIX 
merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia. Juga membantu memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan.
Banyakkan..jangan risau..tak semestinya kena ambil semua vitamin ni..ikut kepada bajet anda..kalau ikutkan bajet yg lebih..ambil VIVIQ pun dah cukup..untuk yg bajet rendah..saya sarankan GLA & ZINK..


Semua supplement ini bagus kerana membekalkan nutrisi lengkap membantu mengawal ketidakseimbangan glukosa dan membekalkan kesihatan secara menyeluruh.

Pilihan di tangan anda..Jangan biarkan tanda-tanda diabetes berlarutan, dapatkan pemeriksaan doktor dan nikmati kehidupan yang lebih sihat dan pemakanan yang sihat. Rawatan awal dapat mengurangkan gelaja penyakit diabetes yang lebih teruk sehingga memerlukan suntikan setiap hari dan luka-luka lambat sembuh . 


Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA   khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :

Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Selasa, 20 Ogos 2013

Pregnancy - Kencing Manis Semasa Hamil

Apakah yang dimaksudkan Diabetes Mellitus semasa kehamilan?

Diabetes Mellitus semasa kehamilan (GDM) Diabetes semasa kehamilan adalah sejenis penyakit kencing manis (DM) atau diabetes yang dihadapi oleh wanita semasa mengandung. Lebih kurang 4% wanita yang hamil dikesan mengidapi GDM. Ia biasanya dapat dikesan semasa bulan ke 6 atau ke 7 kehamilan (diantara minggu ke 28 dan minggu ke 34). Dan penyakit diabetes ini selalunya akan hilang selepas bayi dilahirkan.




Punca berlakunya GDM Perubahan hormon dalam badan (estrogen, kortisol, dan juga