Memaparkan catatan dengan label Keguguran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keguguran. Papar semua catatan

Selasa, 8 April 2014

Soal Jawab Mengenai Keguguran

Apakah itu Keguguran?

Pengguguran atau keguguran kandungan adalah proses mematikan dan
mengeluarkan bayi di dalam kandungan samaada secara sengaja ataupun tidak melalui apa-apa cara sekalipun sebelum perkembangan janin belum cukup matang untuk membolehkannya hidup dan bertahan di luar rahim. Janin dikatakan belum cukup matang apabila mempunyai berat kurang daripada 500gm ataupun sebelum mencapai umur 24 minggu dalam kandungan.

Keguguran merupakan faktor yang utama berlakunya pendarahan di awal

kehamilan.Fakta mendapati daripada keseluruhan kehamilan, 20% daripadanya akan mengalami keguguran samaada berlaku secara spontan atau disengajakan. Dan daripada 20% jumlah keguguran ini pula, 80% daripadanya adalah berlaku dalam jangka masa trimester pertama kehamilan iaitu 3 bulan pertama atau 12 minggu kehamilan.

Kebiasaannya, keguguran yang berlaku secara semulajadi (complete miscarriage) adalah berikutan fetus atau janin yang mempunyai kromosom atau genetik yang rosak dan tidak mampu untuk meneruskan kehidupan jika dapat dilahirkan. Ini merangkumi 50% daripada kesemua keguguran yang berlaku.Tidak kurang juga keguguran yang berlaku disebabkan oleh faktor ibu itu sendiri (akan dibincangkan kemudian).



Persoalan: adakah keguguran akan mengganggu tahap kesuburan dan bolehkan seseorang itu hamil kembali selepas mengalami keguguran?

Ya, sudah tentu wanita yang mengalami keguguran boleh hamil kembali. Wanita tersebut telah hamil sebelum ini, sudah tentu dia boleh hamil kembali selepas keguguran. 

Keguguran secara semulajadinya tidak akan menjejaskan kesuburan seseorang wanita. Melainkan, seperti apa yang telah saya terangkan sebelum ini berkenaan komplikasi-komplikasi keguguran seperti trauma di bahagian peranakan dan jangkitan kuman, boleh menyebabkan kesuburan wanita itu terganggu. Oleh itu, jika keguguran anda tidak disusuli oleh apa-apa komplikasi, insyaAllah semuanya akan kembali normal.

Persoalan: bilakah seseorang wanita boleh hamil kembali selepas mengalami keguguran?

Kebanyakan doktor menyarankan agar pasangan yang baru sahaja keguguran bayi supaya menunggu sukurang-kurangnya 3 kitar haid yang normal untuk kembali hamil.

Persoalan: bagaimanakah untuk mencegah keguguran daripada berlaku? Dan adakah keguguran boleh berulang?

Keguguran di awal kehamilan kebanyakannya disebabkan oleh faktor janin itu sendiri, iaitu gene yang terhasil daripada pencantuman sperma dan ovum yang tidak normal, dan sememangnya faktor ini tidak boleh dielak atau dicegah. Tetapi jangan risau, jika keguguran anda berpunca daripada faktor janin yang tidak normal ini,keguguran ini biasanya tidak akan berulang. Si ibu juga dinasihatkan untuk menjalani gaya hidup yang sihat, bukan sewaktu hamil sahaja, tetapi sebelum hamil lagi. 

Begitu juga dengan si bapa, perlu memakan makanan yang berkhasiat dan tidak merokok untuk menjaga kualiti sperma. Jika suami anda seorang perokok, sila minta suami anda untuk merokok di luar rumah kerana rokok boleh menjejaskan kandungan. Terdapat sesetengah golongan wanita yang cenderung untuk mengalami keguguran dan mempunyai masalah, kehamilan ini dipanggil kehamilan yang berisiko tinggi dan perlu sentiasa mendapatkan pemeriksaan doktor ketika hamil.

Kehamilan yang berisiko tinggi adalah seperti ibu hamil melebihi 35 tahun ataupun terlalu muda, wanita yang menghadapi masalah dalam kehamilan sebelumnya, wanita yang menghidap penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan HIV. Ibu yang obese atau terlalu ringan juga dikategorikan sebagai kehamilan berisiko tinggi. 

Jika keguguran anda berulang secara semulajadi, anda perlu melakukan pemeriksaan doktor untuk menentukan faktor yang menyebabkan keguguran anda berlaku. Anda juga perlu bertanya lanjut kepada doktor mengenai keguguran pertama anda, supaya faktor keguguran tersebut dapat dikesan, dan menolak kemungkinan masalah yang serius terdapat pada diri anda.

 Boleh juga jika anda mencuba Set Kesuburan dan Set Kehamilan untuk mendapat nutrisi yang lengkap untuk kesuburan dan sepanjang kehamilan anda

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Khamis, 26 Disember 2013

Pengenalan Tentang Keguguran

Pengenalan
Ibu turun darah sebelum minggu ke-20 kandungan. Semasa keguguran, janin atau kandungan di dalam rahim boleh gagal untuk terus hidup.  Keguguran berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke 13 manakala  20% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung.
Sebab-sebab
Banyak faktor boleh menyebabkan keguguran dan selalunya ia berbagai (multifactorial) dan bertindih. Antaranya adalah: 
  1. Masalah genetik: 30% keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah genetik.  Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin.  Masalah genetik merangkumi 40-45% dari sebab keguguran.

  2. Masalah penyakit  si ibu: seperti kencing manis yang tidak terkawal, masalah struktur dalam rahim (septum) atau fibroid (lihat fibroid)
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko keguguran
  1. Usia ibu: ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda

  2. Pernah keguguran sebelumnya: jika keguguran sekali, risko untuk gugur  lagi adalah 20%, dan jika pernah 2 kali gugur, risiko adalah 30%.  Risiko meningkat kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.

  3. Merokok: merokok lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko

  4. Alkohol: pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran. 

  5. Demam panas: melebihi 37.80C atau lebih boleh menyebabkan keguguran

  6. Trauma: trauma (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko.  Ini termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous sampling (sila lihat)

  7. Kafeine: pengambilan kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran.  Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.

  8. Sebab-sebab lain: risiko meningkat kalau si ibu tercemar dengan bahan seperti: jangkitan, sesetengah ubat-ubatan, stress fizikal yang berlebihan, radiasi dan bahan-bahan kimia.
Jenis
  1. Keguguran terancam (Threatened miscarriage) – ibu akan mengalami turun darah dan sakit di bahagian bawah perut.  Pangkal rahim (servik) masih tertutup, dan saiz rahim sama dengan minggu mengandung.  Di kebanyakkan kes, pendarahan akan berhenti sendiri dan kandungan boleh selamat dilahirkan cukup bulan.  Ada juga kes dimana pendarahan menjadi lebih banyak (tumpah darah) dan akhirnya gugur.

  2. Keguguran tidak dapat dielak (inevitable miscarriage) - keguguran tidak dapat dielakkan.  Pangkal rahim terbuka, tumpah darah bertambah banyak dan sakit perut bertambah kuat.

  3. Keguguran tidak lengkap (incomplete miscarriage) - bermakna janin telah gugur keluar tetap masih ada yang tertinggal lagi dalam rahim. Pintu pangkal rahim terbuka dan boleh tumpah darah yang banyak.

  4. Keguguran lengkap (complete miscarriage) - janin telah keluar sepenuhnya. Keguguran berlaku sebelum minggu ke-12. Pendarahan dan sakit berkurang tanpa rawatan. Semasa pemeriksaan dilakukan (oleh doktor), pintu pangkal rahim sudah tertutup dan simptom-simptom mengandung sudah hilang.  Ultra bunyi menunjukkan rahim tidak tertinggal janin.

  5. Keguguran septik (septic miscarriage) - ibu yang keguguran dijangkiti kuman yang menjangkiti rahim. Simptom termasuk demam panas, mengigil, sakit perut, pendarahan faraj dan lendiran dari faraj (berbau busuk dan kental berwarna kuning)
Clinical presentation
Antara simptom adalah pendarahan (tumpah darah) dan sakit (di bahagian bawah perut) semasa awal mengandung (kurang minggu ke-12).  Pendarahan yang sedikit dan rasa kurang selesa di bahagian perut boleh dianggap normal kepada kebanyakkan wanita yang mengandung, akan tetapi kalau pendarahan yang banyak dan sakit itu bertambah; pesakit dinasihatkan berjumpa doktor segera.
Diagnosis
Dalam kebanyakkan kes, ultra bunyi digunakan untuk memastikan kandungan tersebut masih bernyawa atau tidak (viable). Ultra bunyi juga penting dalam mengenalpasti lokasi kandungan itu (lihat ectopic pregnancy
Rawatan
  1. Pemerhatian (observation) - kebanyakan ibu yang mengalami keguguran tidak memerlukan rawatan, baik rawatan perubatan atau pembedahan.  Jika keguguran berlaku sebelum minggu ke-13, dan si ibu stabil (tidak tumpah darah yang banyak atau tidak dijangkiti kuman), cukup sekadar pemerhatian sahaja.  Selalunya janin tersebut akan keluar dari rahim dalam masa seminggu dua.  Ada kalanya mengambil masa 3 hingga 4 minggu selepas itu.  Apabila kandungan itu keluar, doktor selalunya akan membuat ultra bunyi untuk melihat tiada bahagian janin yang masih tertinggal di dalam rahim (incomplete miscarriage).

  2. Rawatan perubatan- sesetengah kes, doktor akan memberi ubat pil untuk dimakan atau masukkan ke dalam faraj untuk mengeluar kandungan yang telah keguguran tersebut

  3. Rawatan Pembedahan- prosidur ini dinamakan dilatation & curettage (D&C). Doktor akan membuka (dilatation) pangkal rahim (servik) dan membuat curettage(cuci) dalam rahim bagi mengeluarkan janin yang telah keguguran tersebut.  D&C dilakukan jika si ibu tidak mahu menunggu janin keluar secara spontan ataupun terdapat banyak pendarahan atau jangkitan berlaku. Suatu kaedah lagi yang boleh digunakan adalah “MVA”, iaitu “Manual Vacuum Aspiration” atau kaedah menyedut janin yang agak mudah dilakukan.
Selepas keguguran?
Selepas keguguran, ibu dinasihatkan supaya tidak memasukkan apa-apa bahan (tampon) atau douching selama 2 minggu. Selalunya doktor menasihatkan tunggu 2-3 bulan sebelum cuba mengandung lagi.  Tiada masalah mengambil kaedah perancang (termasuk IUCD) selepas keguguran. Doktor mungkin memberi ubat tambah darah dan antibiotik untuk mengurangkan kurang darah (lihat anemia) dan risiko jangkitan (keguguran septik).  Bagi ibu yang berdarah Rh negative- RhoGam® perlu diberikan supaya mengurangkan risiko keguguran untuk kandungan yang akan datang.
Penulis:Dr. Hj. Mohamed Hatta b. Mohamed Tarmizi
--------------------------------------------------------------------------------

Boleh juga jika anda mencuba Set Kesuburan dan Set Kehamilan untuk mendapat nutrisi yang lengkap untuk kesuburan dan sepanjang kehamilan anda

Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir