Memaparkan catatan dengan label KEJANG KAKI-HAMIL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEJANG KAKI-HAMIL. Papar semua catatan

Khamis, 24 April 2014

Kejang Betis Semasa Hamil - Ostematrix

Seringkali ibu hamil mengadu mengalami masalah kekejangan betis terutamanya pada waktu malam. Kesakitan yang dialami pasti mengganggu tidur si ibu hamil. Biasanya ia berlaku pada trimester kedua dan ketiga.
 
Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda.
 
Antara punca berlaku kekejangan betis semasa hamil adalah:
 
*Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.
 
*Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.
 
Apa perlu buat?
 
*Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
 
*Urut otot yang kejang itu.
 
*Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh bejalan seperti biasa.
 
Tip elakkan kekejangan betis
 
*Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
 
*Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
 
*Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
*Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
*Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
*Minum banyak air.
PA N MA 
------------------------------------------------

Untuk ibu-ibu yang yang sedang mencari kalsium dan magenesium tambahan, saya sangat syorkan anda mengambil ostematrix shaklee ni.
Di shaklee, produk yang sesuai diambil oleh ibu hamil ialah Ostematrix. Ia adalah produk yang tinggi kalsium dan magnesium yang sesuai untuk ibu hamil dan boleh membantu mengurangkan kekejangan otot ibu-ibu. Jom kita tengok kandungan ostematrix dan fungsinya:

Cara pengambilan:
- 4 biji sehari sebelum tidur

Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :

Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Khamis, 3 April 2014

Ketahui Punca dan Cara Mengatasi Kaki Kejang Ketika Hamil

"Kejang", "Cramp",merujuk kepada kekejangan otot atau "muscle cramp". Kebiasaannya, ibu-ibu hamil akan mengalami masalah kekejangan otot semasa kandungan trimester kedua dan ketiga pada waktu malam atau pun pagi. Ia dikatakan disebabkan oleh pengumpulan asid laktik di dalam otot.

Mengapa kejang kaki sering berlaku kepada ibu hamil?
Ia disebabkan:
  • Kekurangan kalsium dan magnesium di dalam darah.
  • Tekanan rahim yang semakin membesar memberi kesan kepada salur darah pada saraf kaki.
  • Hormon kehamilan (progestron) juga memberi kesan kepada otot otot kaki.
  • Kehamilan yang sarat membuatkan otot menjadi letih seperti selepas bersukan dan bermain membuat asid laktik berkumpul di dalam otot.
  • Kelebihan fosforus yang lazimnya diperolehi daripada sumber daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas.
Bagaimana mengatasi masalah kejang kaki ketika hamil sekiranya berlaku?
  • Lakukan senaman regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang perlahan-lahan sehingga kejang berkurang dan hilang.
  • Berjalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
  • Mandi air suam dan letakkan botol air panas di kawasan otot yang kejang
Tips untuk mengelakkan kejang kaki ketika hamil
  • Pakai stokin sokongan dan memilih kasut yang sesuai dan selesa
  • Melakukan senaman regangan otot sebelum tidur dan menjalankan senaman yoga
  • Minum air yang cukup
  • Alas kaki dengan bantal semasa tidur
  • Urut otot kaki sebelum tidur
  • Ambil kalsium dan magnesium tambahan sebelum tidur
Di shaklee, produk yang sesuai diambil oleh ibu hamil ialah Ostematrix. Ia adalah produk yang tinggi kalsium dan magnesium yang sesuai untuk ibu hamil dan boleh membantu mengurangkan kekejangan otot ibu-ibu. Jom kita tengok kandungan ostematrix dan fungsinya:
Cara pengambilan:
- 4 biji sehari sebelum tidur

Untuk ibu-ibu yang yang sedang mencari kalsium dan magenesium tambahan, saya sangat syorkan anda mengambil ostematrix shaklee ni.Ostematrix ini terkandung di dalam set kehamilan shaklee. Set hamil shaklee ini terdiri daripada ostematrix, omega guard, ESP, vita-lea, vita-C dan B-complex. Jadi, untuk kesan yang optimum, saya sarankan anda mengambil set hamil ini seperti di bawah:

Nampak banyakkan. Jangan susah hati..anda boleh beli dulu ikut bajet yang anda mampu. Kemudian boleh add on sikit demi sikit.Jika berminat, sila hubungi saya untuk mendapatkan suplemen terbaik daripada shaklee. 