Memaparkan catatan dengan label KALSIUM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KALSIUM. Papar semua catatan

Rabu, 9 April 2014

Ostematrix Shaklee (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Ostematrix – Nutrien Untuk Membina Tulang Yang Unik

Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050. -info http://e-kesihatan.blogspot.com

Osteoporosis ini atau mudah dikenali dengan kata lain bongkok. Adakah gejala bongkok ni merupakan proses semulajadi penuaan? Dalam ertikata lain, bila dah tua, automatik akan menjadi bongkok. Benarkah?

Apakah kalsium ni? Biasa orang kaitkan kalsium dengan tulang. Jika ada yang mengalami Sakit tulang. Ia 
BUKAN disebabkan Kalsium saja yang terlibat dalam pembinaan tulang. 

 Di sinilah pentingnya mineral lain seperti magnesium, boron, zink, kuprum, mangan vitamin K dan vitamin D.

Ostematrix terbukti secara klinikal menyediakan matriks nutrien penting bagi membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat.

Di samping  membina tulang yang kuat dan gigi, nutrien dalam Ostematrix juga bertinda:

  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan tindakbalas saraf
  • Membantu mengurangkan gejala PMS seperti kembung, kejang, water retention, cepat marah, dan kemurungan
Ostematrix menyediakan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan mereka
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
Walau bagaimanapun, senaman yang kerap dan diet yang sihat dengan kalsium tambahan boleh mengurangkan risiko osteoporosis, terutama terhadap warga tua. Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting, tetapi pengambilan harian melebihi 2,000 mg tidak mungkin untuk memberikan apa-apa manfaat tambahan, malah memberi mudarat sekiranya ia tidak dikeluarkan dari tubuh.

Ingi dapatkan shaklee yang ready stock boleh hubungi saya..

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA  khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :

Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Isnin, 7 April 2014

Kalsium Penting untuk Ibu Hamil

IBU HAMIL lebih memerlukan kalsium?? Ini kerana kekurangan kalsium dalam tubuh boleh menyebabkan komplikasi semasa proses meneran (bersalin). Dan kesan ini boleh berlarutan sehingga ke usia tua nnt... Lantas, wanita lebih terdedah dgn byk masalah tulang..

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad, sebanyak 75% ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada trimester ketiga dan saat-saat melahirkan anak. Ibu hamil memerlukan 1,200 hingga 1,300 mg kalsium seharian (penambahan 300 - 500 mg zat yg diperlukan oleh org dewasa normal).

Pengambilan kalsium (samada dalam bentuk pemakanan / supplement) amat berguna utk kekuatan tulang bagi menanggung berat bayi secara fizikal. Kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

14 kajian yg tersenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika menunjukkan bahawa pengambilan kalsium yang tidak mencukupi akan meningkatkan risiko pra-eklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi. Pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah. 

Seperti yg semua tahu, secara am nya, kalsium yg sedia ada dlm bdn ibu akan diserap oleh bayi sewaktu dia membesar, terutama dalam proses pembentukan tulang. Oleh itu, kesan yg akan dirasai oleh ibu adalah kekurangan kalsium pd jumlah yg tinggi khususnya di akhir tempoh kehamilan. Kegagalan menggantikan kalsium yg diserap boleh menyebabkan si ibu kehilangan gigi pd usia yg lebih muda dari sepatutnya, dan berisiko tinggi mengidap OSTEOPOROSIS dan pd kadar yg lebih cepat...

Kehilangan kalsium dalam badan ibu hamil adalah lebih tinggi iaitu sekitar 3 - 10 % berbanding wanita yg menopaus iaitu 1 - 3 %. Kehilangan ini adalah disebabkan permintaan kalsium yg tinggi oleh bayi.

Pengambilan kalsium perlu diteruskan oleh ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif pada kadar yg sama. Kalsium tersebut diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yg mengecut semula dan juga sewaktu kedatangan haid.

kredit supplement4all.blogspot.com

Ahad, 6 April 2014

Supplement Lengkap dengan Calcium dan Vitamin D

Salah satu cara kita ingin mencegah diri daripada menghidap OSTEOPOROSIS adalah dengan mengambil pemakanan yang tinggi kandungan calcium serta lengkap dengan vitamin D.

Mengapa? Ini kerana semakin usia kita meningkat, kebarangkalian untuk kita menghidap osteoporosis akan menjadi lebih tinggi sekiranya tidak dicegah dari awal. Pengambilan supplement yang mempunyai kandungan calcium yang mencukupi serta lengkap dengan vitamin D adalah salah satu cara yang boleh kita amalkan bagi membantu tulang kita mendapat nutrisi calcium yang mencukupi. 

Mengikut kajian, 61% daripada penyakit yang sering dialami kebanyakan individu ialah Osteoporotic fractures. Sumber -

Shaklee mempunyai OsteMatrix yang kaya dengan khasiat calcium nya serta dilengkapi dengan vitamin D dan magnesium yang membantu calcium untuk menyerap ke dalam tulang kita.

Antara manfaat OsteMatrix adalah:
  • Menguatkan tulang
  • Menguatkan kuku, kerangka, gigi, dan sistem saraf
  • Merawat tulang retak
  • Merawat osteomalacia 
  • Pengambilan 600 mg calcium sebelum tidur dapat mengurangkan kekejangan, sakit sendi dan artritis
  • Merangsang darah untuk memekat
  • Mengimbangi tekanan darah
  • Memelihara denyutan jantung, impuls, sistem saraf
  • Menggalakkan tidur yang lebih lena dan selesa
  • Membantu mengurangkan depresi, mood swing, sakit kepala, pitam
  • Pengambilan 1000 mg calcium dan magnesium serentak dapat meringankan sakit sewaktu haid
  • Memastikan imbangan pH tubuh
  • Calcium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
  • Vitamin D meningkatkan penyerapan calcium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang
  • Magnesium membantu menggalakkan komposisi tulang dan rawan
  • Mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :

Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Khamis, 3 April 2014

OsteMatrix - Lebih Daripada Sekadar Kalsium

Apa itu Kalsium?

Kepadatan Tulang Normal dan Osteoporosis

Kalsium adalah makro mineral iaitu mineral yang amat sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Fungsi utama kalsium adalah dalam pembentukan tulang dan gigi. Jika tubuh kita kekurangan kalsium akan menyebabkan pertumbuhan tulang terganggu dan mengalami masalah osteoporosis.

Tulang yang Sihat

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Kepadatan Kalsium Bergantung dengan umur

Graph di atas menunjukkan bahawa kepadatan kalsium lelaki dan perempuan semakin berkurang dgn usia kita meningkat. Kepadatan kalsium paling tinggi untuk kita ialah dalam umur 30, lepas umur 40 kepadatan kalsium akan turun mendadak. Kepadatan kalsium wanita akan turun lebih banyak daripada lelaki bermula daripada umur 45 disebabkanmenopause.

Berdasarkan info di atas, golongan mana yang perlukan kalsium? Wanita?Orang tua? Jawapannya ialah semua golongan memerlukan bekalan kalsium. Berdasarkan Recommended Daily Allowance (RDA) USA, tubuh badan kita perlukan kalsium seperti berikut:
  • Kanak-kanak 800 mg 
  • Remaja 1200 mg 
  • Dewasa 1000 mg 
  • Ibu Hamil & menyusu 1200 mg 
  • Usia lanjut & menopause 1200 mg 

Tanda-tanda Kekurangan kalsium dalam tubuh badan kita:

1) pada otot dan saraf:
  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki. 
  • Kejang otot 
  • Wheezing(pernafasan berdehit) 
  • Susah menelan 
  • Suara berubah akibat laryngospasm 
2) pada saraf sahaja :
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti 
  • Letih 
  • Sawan 
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal 
3) pada jantung:
  • Sesak nafas 
  • Tanda-tanda lemah jantung dan cepat penat 
4) pada kulit, rambut dan kuku:
  • Rambut kasar 
  • kuku rapuh 
  • Psoriasis (sakit kulit) 
  • Kulit kering 
5) Tanda-tanda kekurangan kalsium secara umum:
  • Kekejangan atau "kram" otot 
  • sukar/susah nak tidur 
  • Perasaan berdebar-debar 
  • Eczema (penyakit kulit) 
  • Rapuh kuku 
  • Sakit Sendi 
  • Tekanan darah tinggi 
  • Gigi reput 
  • Paras Kolestrol tinggi 
  • Kebas-kebas kaki dan tangan 
  • Rheumatiod arthritis 
  • Rickets 

Manfaat Utama Kalsium:

Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, ostermalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat. 

Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis. 

Meringankan stres - Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara deyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam. 

Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil. 

Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga mengalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.
Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

Tahuka anda gabungan kalsium + magnesium + vitamin D memberikan kesihatan yang maximum kepada kita?

Magnesium - Ini adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos. 

Vitamin D - Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D. 

Zink, Boron, Manganes, kuprum - Memelihari metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

Bagaimana memilih kalsium premium?
  • Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium 
  • Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum. 
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral. 
__________________________________________________

OsteMatrix™ - Lebih daripada Sekadar Kalsium

Hanya kalsium tidak cukup untuk kesihatan tulang kita. Shaklee memberikan OsteMatrix yang unik, di mana ia mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, zink, copper, manganese dan boron untuk membina dan mengekalkan tulang yang sihat. Apa yang menjadikan OsteMatrix Shaklee luar biasa daripada produk kalsium di market?
Combinasi daripada 3 jenis sumber kalsium semulajadi yang mudah diserap: 
Calsium Carbonate, Calcium Citrate, dan Calsium Citrate Malate 

Magnesium membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya 
Vitamin D untuk merangsangkan penyerapan kalsium 

Zink, Manganes, dan kuprum mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang 

Caplets mudah ditelan 

Terbukti secara klinikal Ostematrix dapat diserap oleh tubuh kita dengan berkesan.
Graf di atas menunjukkan kepentigan setiap kandungan dalam OsteMatrix. Untuk membina sebuah bangunan yang kukuh, kita perlukan bahan-bahan seperti simen, pasir kasar, pasir halus, bata merah, batu aggregate, pekerja, alat-alat dan mesin khas. Kekurangan salah satu bahan akan menyebabkan bangunan tersebut tidak kukuh. Sama juga dengan pembinaan tulang kita, kalsium perlukan agen-agen tertentu untuk membawa kalsium ke tulang, meningkatkan penyerapan, agen pelekat supaya kalsium dapat membina dengan kuat.

Cadangan:
Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali (Lepas makan)

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :

Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Sabtu, 14 Disember 2013

Adakah Anda Kekurangan Kalsium - OsteMatrix

Kalsium merupakan nutrisi yang setiap insan perlukan. Kalsium diperlukan untuk kesihatan tulang anda, termasuk gigi dan gusi anda. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang anda reput dan beberapa penyakit lain. Sekiranya anda ingin tahu, ada beberapa tanda bahawa anda kekurangan kalsium yang diperlukan seharian.

Apakah Tanda Tanda Anda Kurang Kalsium
  • Mengalami gusi/gigi berdarah
  • Sering berasa gemuruh
  • Kolestrol dalam darah naik
  • Mengalami rheumatoid athritis
  • Tulang reput ( osteoporosis)
  • Mengalami kekejangan otot
  • Sering kebas tangan/kaki
  • Sering sakit kepala / migrain
  • Sering mengalami stress
  • Susah tidur/ tidur tak lena
  • Mengalami sakit sendi/pinggang
  • Mengalami tekanan darah tinggi
  • Gigi mudah reput
Sekiranya anda mempunyai salah satu tanda tersebut, maka itu bermakna bahawa anda KEKURANGAN KALSIUM. Oleh itu, pastikan pemakanan anda mulai saat ini lebih kandungan kalsium, ataupun anda amalkan saja supplement kalsium yang terdapat di pasaran. 

Anda tahu bagaimana untuk memilih supplement kalsium yang premium?
  • Pilih produk yang mempunyai vitamin D dan magnesium
  • Elakkan produk yang diperbuat daripada tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat yang tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral

Apa perbezaan OsteMatrix Shaklee?
  • Dirumuskan khas dengan formula unit yang daripada mineral dan garam mineral semulajadi dari Laut Mati
  • Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganese, dan boron
  • Nutrien ini diperlukan untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA   khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :

Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Selasa, 8 Oktober 2013

Kalsium Untuk Ibu Hamil

 Assalamualaikum

Seringkali kita dgr kalsium penting untuk kanak-kanak.. maka, wujudnya byk makanan tambahan untuk pengambilan kalsium bg tumbesaran tulang kanak-kanak... Yg tua pula, ambil kalsium sebab nak elakkan pereputan tulang.. Jarang sungguh anak-anak muda, atau yg di usia pertengahan ingin mengamalkan pengambilan kalsium seharian..

Namun begitu, tau x yang sebenarnya IBU HAMIL lebih memerlukan kalsium?? Ini kerana kekurangan kalsium dalam tubuh boleh menyebabkan komplikasi semasa proses meneran (bersalin). Dan kesan ini boleh berlarutan sehingga ke usia tua nnt... Lantas, wanita lebih terdedah dgn byk masalah tulang..

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad, sebanyak 75% ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada trimester ketiga dan saat-saat melahirkan anak. Ibu hamil memerlukan 1,200 hingga 1,300 mg kalsium seharian (penambahan 300 - 500 mg zat yg diperlukan oleh org dewasa normal).

Pengambilan kalsium (samada dalam bentuk pemakanan / supplement) amat berguna utk kekuatan tulang bagi menanggung berat bayi secara fizikal. Kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

14 kajian yg tersenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika menunjukkan bahawa pengambilan kalsium yang tidak mencukupi akan meningkatkan risiko pra-eklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi. Pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah. 

Seperti yg semua tahu, secara am nya, kalsium yg sedia ada dlm bdn ibu akan diserap oleh bayi sewaktu dia membesar, terutama dalam proses pembentukan tulang. Oleh itu, kesan yg akan dirasai oleh ibu adalah kekurangan kalsium pd jumlah yg tinggi khususnya di akhir tempoh kehamilan. Kegagalan menggantikan kalsium yg diserap boleh menyebabkan si ibu kehilangan gigi pd usia yg lebih muda dari sepatutnya, dan berisiko tinggi mengidapOSTEOPOROSIS dan pd kadar yg lebih cepat...

sumber  kosmo