Memaparkan catatan dengan label Jom Tonton. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jom Tonton. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Januari 2017

Kuih Cara Berlauk Homemade

Assalamualaikum..

Haa..Saya nak story palk tentang salah 1 kuih favourite saya..Kuih Cara..yang ni mesti korang pernah makan. Ada yang rajin buat sendiri, ada juga yang beli. Kadang2 pasar malam or pasar pagi/tani or gerai makan pagi ada jual kuih ni..Ikutkan nak buat tu mudah ja. Kalau sorang ja nak makan tak berbaloi plak nak buat..kalau ramai..memang berbaloi. Tapi atas org jugak..kalau rajin n teringin nak makan.. untuk sorang makan pun dia akan sanggup buat.

Ni la homemade kuih cara.. Saya agak2 ja nak buh banyak mana..tepung gandum, santan 
( guna susu lemak rendah pun boleh ), garam, telur, kalau lembut tambah tepung..kalau keras sikit tambah air. Daun pandan yg dimesin, tapis untuk kuih cara tu kaler hijau.  Tak pun nak tukar kaler macam kaler kuning ka, boleh guna Safron Yellow Colour Powder.

Untuk inti pun buat simpel ja

tumis bawang putih dan bawang besar ,daging potong halus, cabai besar..
yg dah diblend..garam/gula..masak hingga kering dan biar sejuk sikit

mesin daun pandan..tapis dulu untuk dapatkan air kaler hijau..

Safron Yellow Colour Powder


 hasil blend semua bahan 






panaskan dulu loyang ni..buh planta sikit dalam setiap lubang. 
Tuang tepung tu agak2 penuh.. 
buh inti..nak bagi cepat masak tutup loyang tu.


Dah siap dan boleh makan.

Kadang2 Saya tak guna loyang kuih cara tapi guna cupcake maker..sebabnya malas nak guna dapur gas. Tapi ikut orang jugak la..ada yang lebih suka kuih acuan loyang tu.




Ikut orang jugak nak buat kuih cara manis ( gula ) or berlauk..ikut selera masing-masing.

- Mummy Ira -

Selasa, 10 Januari 2017

Jom Makan Nasi Lemak Royale ( Jalil ) Alor Setar


Assalamualaikum..

Kita cerita pasai makan..makan apa..makan nasi..nasi apa..Nasi Lemak Royale laa. Rasanya macam banyak pula cawangan nasi lemak royale ni. Yang terbaru, Nasi Lemak Royale  ( Jalil ) Alor Setar..bertempat di jalan Lebuhraya Sultan Abdul Halim. Rasanya tak sampai 6 bulan lagi depa beroperasi. Kira baru lagi la.


Saja la pi makan nak tengok apa yang sedapnya. Menu yang sama juga, macam nasi royale yang lain. Yang special sikit ayam goreng panas2 kat situ. Apa yang Saya boleh kata, memang sedap..rasa macam yang asal balik. Kira lepas ni, sini pula nasi royale yang akan kami selalu mai. Selain dari nasi royale, ada juga menu yang lain..macam satay. Ada lagi menu yang lain Cuma masa Saya pi ada satay je la. Nak parking pun senang..kawasan parking disediakan. Kiranya tak payah berebut..masuk parking turun makan ja.


Macam biasa la kan..nak tau sedap ka tak. Kena pi makan. Selera kita memasing..mana sama..ada yang kata sedap, ada yang kata tak. Tapi bagi Saya memang sedap laa..sebabnya jiwa ni dah sebati dengan Nasi Lemak Royale..chewahhh..




- Mummy Ira -

Rabu, 9 November 2016

Jalan Jalan Pasar Tani Makan Nasi Dagang Kelantan

Assalamualaikum..

Saya jarang pi Pasar tani. Sebabnya tak dak benda yang nak dibelinya. Kalau pi pun hanya nak beli makan saja. Yang Saya tau Pasar tani ni ada hari Khamis kat area Pacific Alor Setar, Hari Sabtu area Giant, hari Ahad area Mergong. Tak tau npulak kalau ada kat tempat lain lagi. 

Kat Pasar Tani ni ada jual makan, baju, barang masak basah dan kering. Tapi selalunya kalau Saya pi saya tengok ramai yang pi beli makan..sebabnya banyak jugak menu yang ada kat situ. Macam saya dok pi situ confirm beli nasi dagang. Ada lauk ayam, ikan n daging..ada menu masakan dia sendiri. Saya dok makan nasi dagang, buh ayam n daging bakar ja.. Ok la sedap la jugak..boleh la makan. 




Jalan jalan kat Pasar Tani tapi hujan, nasi dagang tak buka..

- Mummy Ira -

Ahad, 11 September 2016

Jalan Jalan..Main Main di Kizsports & Gym MainPlace

Assalamualaikum..

Kalau saya mai jalan rumah My sis..salah 1 tempat yang memang wajib kami pi adalah  Kizsports & Gym MainPlace kat USJ1, bawak budak2 pi main kat situ. Best la jugak sebab orang tak ramai..tak jauh dari Kelana Jaya..parent boleh rehat tunggu anak2 sampai habis. Ada pekerja situ akan tengok n pantau anak2 kita main. Kira safety first. Bayar tiket masuk untuk anak2 yang nak main, main ja lama mana pun. Tapi Saya tak pasti pulak harga tiket tu. Kalau tak salah saya kalau non member RM 30 lebih untuk member tak pasti. Apa pun anak2 kita boleh main puas2..yang penting depa happy n puas hati..

* eh..tetiba jumpa dengan Diana Danielle dgn Muhammad & Nur Auroara..






- Mummy Ira -

Khamis, 1 September 2016

Vespa Haji Samad..Lagu Lama Dulu..

Assalamualaikum..

Bukan senang kita nak dengar lagu lama dulu. Rasanya kalau adapun sesetengah pun dah diversi modenkan. Tapi mana nak boleh lawan lagu lama dulu. Macam lagu ni Vespa haji Samad. Lagu yang memang sedap kita dengaq. Saya tak pasti pulak lokasi pakcik2 nyanyi lagu ni kat mana dan sapa yang rakamnya.  Saya pun dapat lama dah dalam whatsapp. Agar lagu ni tak hilang saya download ke youtube. Jom kita dengaq..



- Mummy Ira -

Ahad, 8 November 2015

Gam KUAT PELEKAT LALAT Yang Buat Lalat Melekat Terlekat

Assalamualaikum..


Lalat banyak ni pun ada musim gak. Kalau sekali depa mai tu bukan sikit..sekeluarga depa mai. Tambah kalau dok besiang ikan ka, udang ka, ada benda makan. Satgi tak lama mana akan mai la beterbangan. Saya tak brapa nak suka lalat ni. Pasi lalt suka dok hurung makan. Ishh geram ngat aih. Tak boleh tengok. Tambah kalau buat makan..orang mai pulak..masa tu la lalat pakat mai. Orang nak makan pun tak senang. Jenuh dok pukui.

Skali tu ada apek kedai ni suruh cuba Kuat Pelekat Lalat. Lebih kurang ketas yang ada gam. Cuba beli n guna. Memang berkesan. Lalat terbang mai ja..tetiba lalat tu akan melekat kat situ. Sebabnya kat kertas pelekat tu ada bau ikan masin. Ok la..boleh la guna. Tapi tak sesuai guna selalu..sebabnya..kertas tu ada bau cam dok panggei lalat mai pulak. So..ada lalat banyak guna..kalau tak..simpan jaaa..




video kat ataih..masa dok tengah besiang ikan n udang..yang mai pulak lalat besaq..geli tengok..

- Mummy Ira -