Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

Selasa, 3 November 2015

UMAT ISLAM DILARANG MAKAN ULAT SAGO

Assalamualaikum..

Rasanya ramai yang dah tau, org islam tak boleh makan ulat sago ni..tak pa saja Saya nak share sekali lagi..kot ada yg terlepas pandang..

 



UMAT ISLAM DILARANG MAKAN ULAT SAGO

KUCHING 5 Feb. - Umat Islam diingatkan bahawa ulat sago yang juga dikenali ulat mulong adalah haram dimakan.

Mufti negeri, Datuk Kipli Yassin berkata, keputusan fatwa bagi melarang umat Islam memakannya telah lama dibuat, namun mungkin ada yang tidak mengetahui perkara tersebut.

“Apabila kita berpegang kepada hukum dan membuat kajian, binatang ini telah ditetapkan sebagai jenis ulat dan dalam hukum fiqah, semua ulat tidak boleh dimakan kerana dianggap sebagai suatu yang jijik dalam Islam.

“Namun, ingin ditegaskan bahawa kita bukan menghalang masyarakat bukan Islam untuk memakannya, malah tidak mengganggu budaya mereka. Kita ada hukum agama masing-masing dan itu yang perlu diambil perhatian,” katanya selepas majlis perasmian Bengkel Penyelidikan Fatwa dan Hukum 2015 di sini semalam.-UTUSAN ONLINE

Sumber: http://m.utusan.com.my/…/umat-islam-dilarang-makan-ulat-sag…

Ahad, 25 Oktober 2015

Bapa Mangsa Culik Siar Iklan Bersihkan Nama Pemandu Teksi

Assalamualaikum..

kosmos


PETALING JAYA: Bapa kepada budak lelaki yang diculik di Kajang baru-baru ini menyiarkan iklan untuk membersihkan nama pemandu teksi yang menyelamatkan anaknya.

Menerusi iklan yang disiarkan sebuah akhbar tempatan, Lee Kim Wen, 31 berkata, beliau dan keluarga yakin pemandu teksi berkenaan, Hanizan Mohamed Radzi, tidak terlibat dalam kes culik itu.

Kim Wen juga berterima kasih kepada Hanizan dan berkata beliau terhutang budi kepada pemandu teksi berusia 41 tahun yang membawa pulang anaknya.


Hanizan Kim Wen (tengah) dan datuk mangsa, Lee Sui (kanan) sebaik dibebaskan selepas didapati tidak terlibat dalam kejadian culik di Kajang baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau juga kesal kerana siasatan kes itu menyebabkan kehidupannya dan Hanizan terjejas.

Kim Wen juga memberitahu beliau mahu memastikan reputasi Hanizan tidak tercalar akibat kejadian itu.

Pada 9 Oktober lalu, budak lelaki itu diculik di luar tadikanya di Sungai Chua, Kajang dan insiden itu dirakam menerusi CCTV.

Bagaimanapun, selepas lapan jam, budak lelaki itu ditemui Hanizan dan dibawa pulang dengan selamat ke kediaman Kim Wen.

Siasatan polis mendapati Hanizan tiada kaitan dengan kes itu dan pemandu teksi itu akan menjadi saksi utama kejadian berkenaan.

Tiga lagi lelaki telah didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 kerana menculik dan menuntut wang tebusan. - mstar

Tiada Kes Demam Kepialu Dilaporkan Dari Negeri Lain / Langkah Langkah Pencegahan

Assalamualaikum..

PUTRAJAYA – Tiada kes demam kepialu (tifoid) baharu dilaporkan dari negeri lain yang mempunyai sejarah makan di Kuala Lumpur, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata sebelum ini satu kes masing-masing dilaporkan di Kelantan dan Kedah yang pesakit bekerja di Kuala Lumpur dan jatuh sakit semasa bercuti di kampung halaman.

“Walaupun tiada kes demam kepialu dilaporkan dari negeri lain yang mempunyai sejarah makan di kawasan terlibat (Kuala Lumpur) namun, pemantauan kes di negeri lain masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehingga 2 petang semalam, Dr Noor Hisham berkata empat kes baharu dilaporkan iaitu tiga kes di Kuala Lumpur dan satu lagi kes di Selangor dan menjadikan jumlah keseluruhan sejak Ogos lalu 52 kes (37 kes di Kuala Lumpur dan 15 kes Selangor)

Sehingga hari ini, katanya sembilan kes masih dirawat di beberapa hospital iaitu lima kes di Kuala Lumpur, Selangor (dua), Kelatan (satu) dan Kedah (satu).

“Kesemua kes berada dalam keadaan stabil dan tiada kematian dilaporkan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata semenjak demam kepialu dilaporkan pada Ogos lalu, 304 premis makanan diperiksa dan 31 ditutup kerana didapati tidak bersih manakala 16 notis kompaun di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dikeluarkan kepada pemilik premis makanan.
Beliau berkata 1,394 pengendali makanan diperiksa dan diambil sampel klinikal dan sedang menunggu keputusan ujian makmal lanjutan.

Dr Noor Hisham menegaskan semua pengendali makanan wajib mendapatkan suntikan vaksin tifoid dan menjalani Latihan Pengendali Makanan di Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf kementerian.

“Ia merupakan satu keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan pengusaha premis makanan yang gagal memastikan pengendali makanan yang bekerja di premis mereka mendapatkan suntikan vaksin tifoid, akan dikompaun di bawah Akta Makanan 1983.

“Pengedali makanan diingatkan agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang baik termasuk mencuci tangan dengan betul serta pengendalian makanan secara selamat dan bersih,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan bersama Pihak Berkuasa Tempatan sedang mempergiat aktiviti penguatkuasaan terhadap kebersihan premis makanan bagi memastikan keselamatan makanan yang dijual.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memilih premis makanan yang bersih dan mengutamakan makanan yang panas dan baru dimasak.

Maklumat berkaitan demam kepialu serta langkah pencegahannya boleh diperoleh daripada laman sesawang myHealth.gov.my dan www.infosihat.gov.my.- BERNAMA

Langkah-langkah pencegahan yang wajar diambil untuk mengelak daripada penyakit demam kepialu.



- Mummy Ira -