Memaparkan catatan dengan label Info & Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info & Semasa. Papar semua catatan

Selasa, 13 September 2016

Hak Penumpang Yang Kita Perlu Tahu Sebelum Tempah dan Menaiki Pesawat

Assalamualaikum..

Berikut antara hak penumpang yang anda perlu tahu sebelum menempah dan menaiki pesawat bagi syarikat penerbangan yang beroperasi sama ada di dalam atau luar negara.

Tambang penerbangan
Pelanggan mempunyai hak penuh untuk mengetahui kos keseluruhan tiket penerbangan termasuk tambang asas penerbangan, cukai, sebarang caj seperti bahan api dan lapangan terbang, bayaran tambahan dan yuran seperti bagasi dan keselamatan serta bayaran perkhidmatan penumpang. Pastikan segala maklumat pembayaran dicatat secara terperinci dan tiada caj tersembunyi.

Larangan menaikkan harga tiket selepas pembelian 
Syarikat penerbangan dilarang menaikkan harga tiket selepas bayaran dibuat kecuali kenaikan itu berdasarkan dua perkara iaitu caj atau cukai kerajaan atau bayaran dikenakan Suruhanjaya. Kenaikan caj juga dibenarkan jika penumpang diberi notis kemungkinan kenaikan harga dan bersetuju secara bertulis sebelum menyempurnakan pembelian.

Larangan menambah perkhidmatan secara automatik
Penumpang seharusnya diberi pilihan dan sebarang khidmat tambahan yang ditawarkan perlu dinyatakan dengan jelas dan telus ketika proses menempah atau membeli tiket. Sebarang khidmat tambahan hendaklah dipilih secara manual dengan pengguna memilih mana-mana perkhidmatan yang dikehendaki mereka.

Perubahan status penerbangan
Penumpang perlu dimaklumkan status penerbangan mereka termasuk penundaan, pembatalan dan penukaran laluan secepat mungkin. Penumpang boleh diberitahu sama ada melalui mesej pesanan ringkas, panggilan telefon atau e-mel.

Tidak dibenarkan menaiki pesawat
Penumpang yang tidak dibenarkan menaiki pesawat perlu menerima penjagaan atau pampasan minimum seperti makanan, panggilan telefon terhad dan akses kepada Internet sekiranya ada. Penumpang juga boleh menerima penginapan jika perlu dan pengangkutan dari lapangan terbang ke lokasi penginapan. Paling penting, penumpang perlu diberi pilihan sama ada pembayaran balik atau perubahan laluan.

Pembatalan penerbangan
Bagi pembatalan penerbangan, penyedia penerbangan perlu menawarkan pampasan minimum seperti pilihan untuk pembayaran balik atau perubahan laluan.

Kehilangan, kerosakan atau kelewatan bagasi
Jika bagasi tidak sampai dalam penerbangan sama, sama ada disebabkan hilang atau rosak, penumpang boleh membuat tuntutan pampasan daripada syarikat penerbangan. Penumpang layak menerima tuntutan sehingga SDR1,131 (nilai SDR berdasarkan empat mata wang utama iaitu Dolar Amerika Syarikat, Euro, Yen Jepun, dan Pound Sterling) dianggarkan sekitar RM6,200.

Penundaan penerbangan
Penumpang perlu diberi pampasan jika penerbangan ditunda lebih dua jam. Jika melebihi dua jam, penumpang boleh menerima perkhidmatan minimum seperti makanan, panggilan telefon terhad dan akses Internet jika ada. Jika penangguhan berlarutan sehingga lima jam, penumpang seharusnya menerima penginapan hotel jika perlu dan pengangkutan pergi dan balik antara lapangan terbang ke hotel.

Tuntutan dan pampasan bagi Orang Kurang Upaya (OKU)
Kehilangan atau kerosakan peralatan pengangkutan atau kerusi roda penumpang warga OKU membolehkan tuntutan pampasan mengikut harga pasaran alatan berkenaan. Penafian untuk mendarat bagi warga OKU pula membolehkan mereka menerima pilihan sama ada menerima pembayaran balik, penerbangan pulang atau perubahan laluan.

harian metro

Selasa, 30 Ogos 2016

Kebaikan Kanta Sentuh yang Kita Perlu tahu

Assalamualaikum..


Apakah kebaikan kanta sentuh?

Kebaikannya boleh dikelaskan kepada aspek berikut:
  • Fizikal:
    • Ia selamat dan terdiri dari pelbagai jenis yang boleh menepati cita rasa anda
    • Ia tidak akan jatuh semasa anda sedang bermain, menari atau bersenam
    • Ia tidak akan berkabus jika anda bergerak dari kawasan sejuk ke panas dan lembap
    • Ia tidak akan memantulkan cahaya seperti sesetengah kaca mata
    • Fungsinya lebih baik berbanding kaca mata biasa jika anda aktif dalam kegiatan sukan. Ini kerana kanta sentuh memberikan medan penglihatan yang lebih luas,lebih jelas dan mengurangkan risiko kecederaan

  • Kosmetik:
    • Kanta sentuh membuat anda nampak lebih menarik dan bergaya!
    • Kornea atau anak mata yang tidak cantik boleh disembunyikan di sebalik kanta sentuh yang berwarna
    • Ia menaikkan tahap keyakinan diri anda
  • Optikal:
    • Kanta sentuh memberikan
    • Imej yang lebih besar
    • Penyebaran cahaya yang lebih baik
    • Kurang penyimpangan imej di bahagian sisi
    • Pandangan yang lebih luas
    • Penglihatan yang lebih jelas
  • Perubatan:
    • Kanta sentuh yang lembut boleh digunakan untuk
      • Luka/ulser di kornea
      • Bullous keratitis
      • Sindrom Steven-Johnson
      • Neuroparalytic keratitis
      • Exposure keratitis
    • Kanta sentuh yang keras boleh digunakan untuk:
      • Keratoconus
      • Mata kering
      • Astigmatism yang serius
Bilakah saya boleh mula menggunakan kanta sentuh?
  • Dapatkan nasihat pakar penjagaan mata (optometrist).
  • Pada umur 11 tahun, mata anda sudah cukup matang, dan anda boleh memakai serta memahami arahan penggunaan kanta sentuh dengan baik.
Adakah penggunaan kanta sentuh mempunyai sebarang keburukan?
  • Masalah boleh berlaku jika kanta sentuh dibiarkan terlalu lama dalam mata dan tidak direndam dalam solusi khas
  • Dalam situasi ini, anda boleh mendapat jangkitan pada mata, parut dalam kornea dan jadi buta
Kerosakan pada kanta.
  • Anda boleh mengelakkan kerosakan kepada kanta sentuh dengan menyimpannya di dalam bekas yang telah disediakan
  • Anda perlu pastikan kuku anda pendek bila memakai kanta sentuh
Kehilangan kanta
  • Untuk mengelakkan kanta anda hilang, pemakaian kanta sentuh mesti dilakukan di atas meja
http://www.myhealth.gov.my/kanta-sentuh/

Rabu, 24 Ogos 2016

Jom Makan Durian Di Agro Carnival 2016

Assalamualaikum..


Jom ke Agro Carnival bertempat di Tapak Agro Carnival 2016 Kompleks Pejabat Pertanian Negeri Kedah Jalan Kuada Kedah.Bermula dari  25-27 Ogos 2016..mula jam 9.00 pagi – 10.00 malam. Banyak aktiviti yang telah disediakan.

Dan yang paling menarik sesi Pesta Makan Durian ada sekali..boleh pakat mai makan puas2..kalau tak puas boleh beli bawak balik.

Untuk pesta makan durian :
- RM18.00 sorang
- Pulut Santan Free
- Bawah umur 12 tahun Free
- Waktu Operasi 6.00 Ptg- 10.00 mlm.
- 9.00 PAGI-10 MLM...JUALAN DAN JUGA TIMBANG MAKAN!!!


Sebarang Pertanyaan ( durian )
0175768807.



- Mummy Ira -

Isnin, 15 Ogos 2016

10 Tanda Baju Anda Terlalu Banyak

Assalamualaikum..


Setiap kali nak bersiap ke pejebat atau keluar berjalan, wanita akan ambil masa beberapa minit termenung depan almari. 

Ada banyak sebab yang berkait dengan masalah ini, antaranya, terlalu banyak pilihan atau mungkin sukar nak cari baju yang sesuai setiap hari.

Adakah anda sedar yang sebenarnya anda sudah mempunyai baju terlalu banyak? Tak percaya dan masih rasa tiada koleksi terbaru? Ok, jom kita lihat tanda-tanda seseorang yang mempunyai baju melebihi had...

1. Almari tak boleh ditutup 

Bukan sebab pintu rosak, tetapi kerana terlalu banyak baju yang disumbat. Sampai kadang, buka pintu baju-baju terus jatuh tergolek di bawah. 

2. Gembira jumpa baju yang lama tidak dipakai

Sesekali hujung minggu, anda berpeluang untuk susun baju di dalam almari. Tetiba boleh jumpa baju yang 2 tahun sudah tidak dipakai di ruang paling ceruk dan bawah, bukan ke rasa teruja? Cuba pakai dan masih muat. Ya, itu sebab banyak koleksi dalam almari.

3. Asyik beli penyakut baju 

Beli baru sebab nak sangkut baju yang tidak boleh dilipat. Terus sangkut di mana yang sesuai. Itu tanda paling nyata yang baju anda sudah banyak!

4. Susunan baju tidak teratur

Main letak dan janji boleh masuk dalam almari. Anda sebenarnya kena beli almari baru, bukan main sumbat. Nanti kalau pasangan cari barang dia tak jumpa, lagi jadi parah. 

5. Kena asingkan ikut jenis

Tetiba anda rajin susun jenis pakaian antara yang kecil dan besar. Sebab kalau bercampur, boleh jadi 'pakaian kecil' hilang setiap hari. Banyak sangat dah tu baju...

6. Ambil masa pilih baju

Siap dengan termenung dan gali bali baju yang disusun menyebabkan anda buang masa untuk bersiap. Bukan ke ini satu bukti yang anda sudah terlalu banyak ada baju? 

7. Ada semua warna 

Setiap kali ada jamuan makan atau memerlukan anda pakai ikut tema, anda punya baju. Semua jenis warna ada cuma yang bezanya jenis potongan dan jenama. Banyak sungguh ni!

8. Baju baru tak muat

Banyak sangat koleksi yang dibeli sampai kadang diri sendiri lupa ada baju baru yang belum dipakai. Sampai masa, nak cuba pakai baju itu pula tak muat. Tidak ke rasa kecewa? Daripada anda membazir, lebih baik anda fikir dulu sebelum beli pakaian baru. 

9. Buang yang lama, dapat yang baru

Sampai terpaksa buat jadual untuk membeli-belah dengan pasangan. Ya, elok juga sebulan sekali anda kemas almari dan sedekahkah baju kepada orang yang lebih memerlukan jika anda jenis suka pakai baju baru. 

10. Kenal dengan penghantar baju

Ini sebab terlalu banyak order, penghantar barang pun sudah boleh cam muka anda. Pelanggang tetap, katanya! 

Anda masih rasa tidak ada baju untuk dipakai? Wanita, jangan terlalu ikut kehendak ya. Fikir dulu sebelum masuk pasar raya dan setiap kali berniat mahu beli cara online. Cukuplah sekadar cuci mata jika rasa nak puas tengok pakaian baru.  

mingguan wanita

Ahad, 7 Ogos 2016

Seminar Perkembangan Modal Insan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas ( 20/8/2016 )

Assalamualaikum...


Saya dapat info ni dari sepupu ipar Saya Pn Nurmunirah Ramli..so kalau ada yang berminat nak sertai seminar Perkembangan Modal Insan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas ni boleh hubungi beliau dekat no talian kat bawah

dan  info tentang seminar ni boleh baca dekat bawah juga..


" Dijemput ibu bapa, pendidik, dan para pengkaji bidang kanak-kanak berkeperluan khas untuk menghadiri Seminar Perkembangan Modal Insan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas pada 20 Ogos 2016 ini.

Maklumat lanjut untuk program ini adalah seperti berikut: 


-          Tarikh 20 Ogos 2016

-           Masa: 8.00 pagi - 3.00 petang

-           Tempat: Auditorium, Hospital Sungai Buloh

-          Penceramah: En Halim Yahya
Pn Sharifah Salleh (Pengetua dan Pengurus Projek
TASKA Autisme IDEAS)
Prof Dr Hasnah Toran (PERMATA Kurnia Malaysia)

-           Yuran: RM10 (per orang / PERCUMA bagi ibu bapa TASKA Autisme IDEAS)

-          Untuk penyertaan, anda boleh hubungi
 Pn Sharifah Salleh dan Pn Nurmunirah Ramli di talian 
0360917330/0136787553 / 0133429204 

atau layari http://autisme.ideas.org.my/
fb  IDEAS Autism Centre

Penyertaan adalah terhad kepada 300 orang.

- Mummy Ira -