Memaparkan catatan dengan label INFO VITAMIN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO VITAMIN. Papar semua catatan

Jumaat, 10 April 2015

Vitamin Tamat Tempoh? Boleh Dimakan @ Tidak

Assalamualaikum..


SELAMATKAH UNTUK TERUS MAKAN VITAMIN YANG TAMAT TEMPOH


Jawapannya ialah SELAMAT tapi anda tidak akan mendapat manfaat maximum daripada penyerapan vitamin tersebut seperti mula-mula anda beli. Dan untuk pengetahuan, FDA tidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling terkenal seperti Shaklee akan cuba untuk menentukan bila makanan tambahan akan kehilangan keberkesanannya.


Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maximum. Kita ambil vitamin untuk mendapatkan beberapa manfaat kesihatan pd badan kita. Tapi kalau makan vitamin yang dah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yg terbaik adalah buang dan beli baru.

Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh?
Seperti yg diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yg tamat tempoh. Tetapi seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yg telah berubah bau dan warna.

Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin?
Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yg terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup membolehkan pemejalwapan berlaku dalam botol. Sebenarnya cara terbaik adalah simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian.

Kesimpulannya, vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh lebih dari 2thn melainkan makanan tambahan yg berbentuk serbuk, lebih cepat tarikh luputnya. Untuk mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan secara konsisten bermula dari awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas makan, lg kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin menghampiri tarikh tamat tempoh. 

share dari blogger2 shaklee

- Mummy Ira -

Ahad, 20 Julai 2014

20 Sebab Kenapa Perlu Ambil Supplemen / Vitamin



1.Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.


2.Masalah Penghadaman. Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
 

3.Kopi, Teh Panas & Rempah Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.

4.Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
 

5.Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.

6.Julap / ubat sembelit / ubat kurus. Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.


7.Fad Diet. Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.


8.Makanan Terlebih Masak. Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
 

9.Makanan Diproses (dalam tin). Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
 

10.Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
 

11.Antibiotik. Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
 

12.Alahan Makanan. Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium.
 

13.Kehilangan Nutrien Tanaman. Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
 

14.Kemalangan dan Penyakit. Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
 

15.Tekanan atau Stress. Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
 

16.Sindrom pra haid. Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.
 

17.Remaja. Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
 

18.Wanita Hamil. Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
 

19.Pil Perancang. Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.
 

20.Warga Emas. Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Jumaat, 6 Jun 2014

Berapakah Jumlah Vitamin E Diperlukan Dalam Seharian

Vitamin E merupakan imuniti yang kuat untuk badan, kulit yang sihat  dan juga kesihatan mata. Kebelakangan ini supplement yang berunsur Vitamin E semakin popular sebagai antioksidan. Antioksidan adalah bahan yang melindungi sel-sel badan daripada kerosakan.


Berapakah kandungan vitamin E yang diperlukan dalam diet seharian kita? Mari kita lihat melalui sumber dari RDA menyarankan:

Jumlah pengambilan Vitamin E berbeza-beza mengikut kategori umur dan peringkat.

 

 
 
 
Sumber Recommended Dietary Allowance (RDA). Jumlah pengambilan Vitamin E maximum dalam seharian dan selamat. RDA juga ada menyarankan kandungan Upper Intake Levels yang selamat untuk diamalkan seharian. Ini termasuk untuk mereka yang amat memerlukan vitamin E.  
 

Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

Vitamin E Complex adalah selamat untuk diamalkan kerana kandungan sebiji vitamin E complex hanyalah 400 IU sahaja. Hanya 1 biji sehari untuk kesihtan badan anda. Boleh hubungi saya untuk order vitamin E dengan harga yang berpatutan.


Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Vitamin E merupakan supplement untuk membantu menguatkan sistem imunisasi dan untuk membantu meningkatkan kesihatan kulit dan mata. Vitamin E juga dikatakan tinggi kandungan anti-oksidannya dan inilah yang membantu melindungi sel daripada rosak. Berapakah kandungan vitamin E yang diperlukan dalam diet seharian kita? RDA menyarankan dose berikut.
- See more at: http://supplement4all.blogspot.com/search/label/Vita-E%20Complex#sthash.757ttBj9.dpuf

Selasa, 6 Mei 2014

Perbezaan antara Meal Shake, ESP dan Cinch Shake Shaklee.


Kali ini saya nak kongsikan tentang perbezaan antara Meal Shake, ESP dan Cinch Shake Shaklee. Masih ramai yang terkeliru tentang kegunaan ketiga-tiga jenis makanan tambahan ini.
Banyak saya chek melalui blog semuanya info yang sama, so di bawah ni perbezaan antara Meal Shakes, ESP dan Cinch Shake



Meal Shakes
ESP
Cinch Shake
Berat
544g
850g
765g
Sumber kandungan
Buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu)
Diperbuat daripada 30kg soya bukan GMO
Soya bukan GMO
Kandungan kalori
120 kalori setiap hidangan
110 kalori setiap hidangan
180 kalori setiap hidangan
Kandungan nutrisi
~mengandungi 24 jenis mineral & vitamin yang diperlukan oleh badan

~kaya dengan serat yang membantu buang lemak berlebihan dari perut dan usus

~dilengkapi dengan asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk keperluan tulang & sel untuk membesar

~lengkap dengan vitamin A, C, E, Zink, selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan

~mengandungi 7g protein dalam sajian (1/4 cawan)
~terdiri daripada 9 jenis asid amino yang tak dapat dihasilkan oleh badan

~diperkaya dengan 5 sumber vitamin & 4 sumber mineral

~mengandungi 14g protein & 500mg kalsium dalam setiap hidangan

~genistein yang terkandung dalam kacang soya membantu mengawal pertumbuhan sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovary, menopause & tumbesaran prostat

~satu sajian ESP bersamaan dengan khasiat 2x ganda daging, 4x ganda telur
~diperkaya dengan leusin untuk memelihara otot semasa proses penurunan berat badan (hanya lemak yang dibakar bukan otot)

~mengandungi asid amino perlu

~mengandungi 24g protein bagi setiap hidangan untuk rasa kenyang yang lebih lama

~tinggi kandungan serat iaitu 6g per sajian

~memberi 35% atau lebih nilai harian bagi 21 jenis vitamin & mineral penting




 

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Ahad, 4 Mei 2014

Soal Jawab Tentang Meal Shakes Shaklee



Salah satu makanan tambahan (supplement) yang digemari kanak-kanak dan dewasa ialah Meal Shakes. Meal Shakes Shaklee merupakan supplement yang menyediakan hidangan lengkap (multivitamin) dan asid amino yang mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ramai yang memilih Meal Shakes kerana khasiat dan kebaikannya.

Ia didatangkan dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh sebelum diminum. Ia merupakan makanan segera yang berkhasiat dan rendah glisemik Setiap bancuhan Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. 

Apa kandungan / ingredients dalam mealshake?
 
Jika ianya Shaklee, pastinya diperolehi daripada sumber semulajadi. Diperbuat daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya (sudah tentu Non-GMO), soy lecithin, lactalbumin dan lain-lain. 


Lactalbumin adalah bahan yang terkandung dalam susu yang diperolehi daripada whey (dadih) . Ia mengandungi organisma protein yang berkualiti tinggi dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.
Nutrisi-nutrisi yang terdapat / terkandung dalam mealshake adalah seperti berikut :


Serat, protein, kalsium, sodium, vitamin C,E,B6,B12,A & D, Niacin, Zat Besi, Zinc, thiamine, Riboflavin, folic acid, iodin, yeast dll.

Adakah Meal Shakes mengandungi Maltodextrin?

Ya. Meal Shakes mengandungi Maltodextrin dan ia juga dibuat secara semulajadi dari jagung. Ia berfungsi sebagai pengikat vitamin dan nutrien dalam Meal Shakes

Apa rasanya dan ada flavour yang best tak?

Minuman Meal Shakes berperisa French Vanilla dan ia berwarna putih krim. Tidak mengandungi perisa dan pewarna tiruan.

Adakah Meal Shakes mengandungi gula?
 
Ya. Meal Shakes mengandungi gula dan ia dalam bentuk fruktosa yakni karbohidrat semulajadi dari buah-buahan & sayur-sayuran. Gula dalam Meal Shakes diekstrak dari jagung.


Siapa / golongan mana yang sesuai mengunakan mealshake?
 
Mealshake sesuai untuk mereka yang berusia seawal 1 tahun hingga ke dewasa.

Oleh kerana ianya dalam bentuk serbuk yang dibancuh dengan air membuatkan ia boleh dinikmati oleh kanak-kanak. Boleh dicampur dengan susu dalam botol. Ada juga sesetengan orang jika multivitamin dalam bentuk tablet, agak sukar untuk ditelan. Begitu juga dengan kanak-kanak yang belum tumbuh gigi.

Kanak-kanak yang sedang membesar, ibu yang mengandung / hamil, ahli sukan, vegetarian dan orang sakit juga boleh minum mealshake kerana ia banyak khasiat. Golongan yang sibuk bekerja juga di galakkan minum mealshake kerana disamping ianya berkhasiat, ia mampu membekalkan tenaga yang berpanjangan dan sangat mudah dibancuh.

Cara pengambilan/sukatan Meal Shakes Shakle ?

Dewasa : 2 sudu besar Meal Shakes boleh campur dengan minuman lain
Kanak-kanak 7 tahun ke atas :
1 sudu besar Meal Shakes boleh campur dengan minuman lain
Kanak-Kanak (1-6 tahun):
1 sudu kecil Meal Shakes boleh campur dengan susu atau minuman lain

Cara bancuhan:Bancuh dengan air biasa / jus/ milo / campur di dalam susu formula anak. Elakkan membancuh dalam air panas, kerana dikhuatiri air panas boleh memusnahkan protein.

Jangan campurkan Meal Shakes dengan,


  • Air panas
  • Air berkarbonat atau bergas
  • Minuman berkafein seperti kopi atau teh
Siapa yang tak sesuai ambik meal shakes?

Ikutkan meal shakes ni sesuai untuk semua tetapi jika anda alergik kepada soya, alergik kepada susu lembu dan lactose intolerance tidak digalakkan mengambil Mealshake kerana mengandungi sumber soya, sumber susu lembu dan laktosa (7g/serving). Bayi berusia di bawah 1 tahun tidak boleh mengambil Mealshake. Perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor.

Meal shakes sesuai untuk kanak-kanak?

Ya, Meal Shakes ni sangat sesuai untuk kanak kanak.
  • Kurangkan Ekzema
  • Untuk Tumbesaran
  • Untuk Perkembangan Minda
  • Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
  • Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  • Untuk Anak kekal aktif
  • Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  • Meningkatkan berat badan anak
  • Membantu anak fokus
  • Membantu kurangkan kekerapan asthma
  • Mengatasi masalah sembelit pada anak
  • Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  • Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  • Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  • Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu
Apakah kebaikan dan manfaat Meal Shakes?

-Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.

-Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan lain-lain.

-Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin dan kaya dengan kalsium dan magnesium.

-Anti oksida - mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

-Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B, zat besi yang lengkap dan copper untuk membina sel-sel darah merah yang sihat sekaligus memberi kulit/wajah yang lebih cantik.

-Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dari perut dan usus.

Penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga.

Adakah Meal Shakes ni halal ?

Ya, sudah semestinya halal dan produk Shaklee semuanya halal. Klik untuk pengesahan halal

Berapakah harga Meal Shakes?

RM113.75 per canister dengan berat 544gm ( BEST price )

Bagaimana untuk mendapatkannya?

Jika berminat untuk mendapatkan Meal Shakes boleh hubungi saya disini (ready stock/pick up/cod/pos) 


Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration