Memaparkan catatan dengan label HEALING CRISIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HEALING CRISIS. Papar semua catatan

Isnin, 20 Januari 2014

Healing Crisis: 16 Kesan Penyembuhan Lepas Makan Shaklee

Setiap kali saya consult rakan-rakan yang makan Shaklee, saya pasti ingatkan kesan selepas makan suplemen dalam Shaklee. Pastinya semua orang ingin dapatkan kesan yang baik. Tetapi ada juga yang makan Shaklee tetapi dapat kesan yang tidak seperti diinginkan. Makin sakit lagi adalah..

Itu adalah kesan penyembuhan (Healing Crisis)

Kesan Penyembuhan dan Petandanya untuk Rujukan.


Kesan Penyembuhan #1: Sakit Kepala Yang Melampau
Penyebab/Petanda: Badan mempunyai tekanan darah tinggi, Berlaku proses Menyahtoksin

Jumaat, 20 Disember 2013

Supplemen Tambahan Dan Healing Krisis

Baru mula makan supplemen tapi sakit kepala, pening, jerawat makin teruk, atau batuk tiba-tiba? Ambil suplemen sebab member bagitau bagus tapi apa sudah jadi? Beli sebab nak cantik tapi makin buruk pula? 

BERTENANG ya puan-puan.. itu cuma healing crisis saja.. bukan penyakit kronik dah datang hinggap.


Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama - sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.
Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung lapar), cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.
Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

 Jadual menunjukkan simptom dan penyebab-penyebabnya.
healing crisis shaklee, krisis penyembuhan, healing crisis

Jadi, bila jadi macam ni, jangan cepat putus asa, jangan berhenti separuh jalan, ingat.. Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Sakit sihat kita semua datang dari Allah, supplemen hanyalah ikhtiar kita untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang usia kita.

----------------------------------------
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Khamis, 19 September 2013

Soal Jawab - Healing Crisis Shaklee

pernah x anda mengalami sakit2, badan rasa xselesa slps menggunakan produk Shaklee? yg paling frust, kita ambik supplemen untuk ilangkan resdung, sebagai contoh, tpnye pas ambik Shaklee, bersin xsudah2.. smpai naik merah dh hidung.. nk tau kenapa? tu la nama nya healing crisis ATAU krisi pemulihan. JANGAN bimbang.. normal la tu.. supplemen ni kn nk perbaiki..perelokkan sistem badan kita.. jika kita dh lama menderitai penyakit tu, makin semangat la healing crisisnya.. sabar banyak2 kerana ianya xbertahan lama.. lebih kurang 1-3 minggu..lepas tu oklah..

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.


Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
1. Tidak mengamalkannya setiap hari
2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
7. Mengalami masalah emosi

Jangan risau..minumlah air bersih yang mencukupi 2-3Liter sehari, rehat mesti cukup dan makanlah lebih sayuran serta buahan.. insyaAllah banyakkan sabar..selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ni..kita ikhtiar yang terbaik untuk kesihatan kita.. insyaAllah.. dgn izinNya.

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Apakah itu Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan

Pernahkah anda mengambil sesuatu produk dan tindakbalasnya adala tidak seperti yang diharapkan oleh anda? Jangan gusar atau khuatir berkemungkinan besar itu adalah proses ‘healing crisis’ atau krisis penyembuhan.
Ramai yang masih tidak tahu tentang healing crisis. Sesuatu produk atau supplement yang terbaik untuk anda adalah yang memberikan tindakbalas kepada tubuh apabila diambil.

Apakah itu healing crisis? Atau dalam Bahasa Melayu Krisis Penyembuhan? Ia berlaku apabila kita mengambil vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita. Proses ini membuatkan seseorang itu berasa ‘tak sedap badan’ dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk.Ini adalah tindakbalas biasa bila badan kita nak mengeluarkan toksin.

Antara tanda-tanda anda mengalami HEALING CRISIS.
  • Pening
  • Mual
  • Badan panas
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit pinggang
  • Mengantuk
  • Muntah-muntah
  • Berpinar-pinar
  • Ulser
  • Rasa tak larat
  • Emosi terganggu
Dan sebagainya..

HEALING CRISIS bukan bermakna tubuh anda tak serasi dengan suplemen Shaklee ni, tapi ia menandakan yang ada tindakbalas sedang berlaku dalam tubuh anda. Ia adalah positif, dan tak lama pun. Ibaratnya tubuh anda sedang dibersihkan dari segala toksin yang bersarang dalam tubuh anda selama ni. Masa all those junkies and drugs tu nak hilang, tentulah melalui tubuh kita kan? Tu yang simptom-simptom kat atas tadi timbul. Apa yang kita perlu buat ialah, drink loads and loads of water to help the body to flush out all of those junkies and toxins. Remember, sel-sel tubuh mengambil masa at least 90 days to change/ react.

Jangan risau kerana ini petanda yang sangat baik.


Cara untuk mengurangkan simptom healing crisis:
  • Minum air yang banyak — air masak/air kosong
  • Cuba untuk berehat dan bertenang
  • Bersabar
  • Berdoa agar dipermudahkan
Insya-Allah, healing crisis tidak berpanjangan.. setelah semua toksin dikeluarkan dari sel-sel tubuh kita, ia akan mula ‘memperbaiki’nya. Hasilnya tubuh kita akan terasa lebih sihat, bertenaga, ceria dan cantik!

Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

* KLIK SINI UNTUK CARA JOIN AHLI *