Memaparkan catatan dengan label Go Shop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Go Shop. Papar semua catatan

Selasa, 18 Ogos 2015

Shopping Lagi Dari Go Shop - 'Konstar Master Chopper Set' Made In Korea

Assalamualaikum..


Shopping dan shopping lagi barangan dari Go Shop. Rasanya tempat lain pun ada tapi rasanya kami sefamily dah serasi dengan Go Shop so terus shopping ja dari Go Shop. Tapi bukan la selalu..kopak la duit kalau kerap sangat. Nak beli sesatu barang tunggu dulu..share n kumpul duit baru beli. Kali ni My Mom berkenan pulak dengan Konstar Master Chopper Set made in Korea. Harga tu kira ok laa RM 129.00. Rasanya banyak pulak barang yg kami beli made in Korea. Tapi kalau barangan tu elok kira berbaloi la kami beli. 

Beli ni dalam 2 bulan lepas..Cuma tak sempat nak update. Dah guna masa bula posa lepas tapi tak sempat nak ambek video. Besa la klam kabut dok masak. Tapi ok bila guna chopper set ni..banyak jenih mata pisau gak dalam set ni. Kira mata pisau ikut camna kita nak potong bahan2 yang kita nak masak.

Kat bawah ni saya buh gambar n video ni  dari KONSTAR CHANNEL Master Kitchen Set



KONSTAR CHANNEL Master Kitchen Set KONSTAR OFFICIAL CHANNEL


 - Mummy Ira -

Isnin, 9 Mac 2015

Lagi Belian Dari Go Shop..Happycall Alumite Ceramic Pot

Assalamualaikum..

Saya rasa dah macam agen Go Shop dah pulak. Ni, beli lagi dari Go Shop. Dapat Happycall Alumite Ceramic Pot hari Khamis lepas..biasa la, GDEX yang hantar. Harga ceramix ni RM 799.00. Pakat kongsi duit laa..kalau nak beli personal..pakai dak laaa. Ok  jugak ceramic ni..nampak kemas n kena cantik. Tapi kalau sapa yang minat ceramic ni..memang akan beli tak kira la berapa harga dia. Bukan untuk disimpan tapi diguna untuk masak..tapi kalau sayang nak guna..simpan pun boleh jaa...


yg ni hadiah


  
  
 

Basic Constitution - 18cm sauce pan
- 20cm pot
- 24cm pot (low)
- 24cm pot (high)
- 28cm pot
Material - Material: Aluminium casting, stainless resin, tempered glass
- Coating: Alumite special method & high purity ceramic coating

 - Mummy Ira -

Rabu, 4 Mac 2015

Bergaya Dengan Patrice Breal Suitcase Set dari Go Shop

Assalamualaikum..

Berkenan pulak tengok Patrice Breal Suitcase Set..nampak cantik dan elegan. Cam biasa la..beli online jugak..Astro Go Shop..sementara tengah buat promosi dengan harga RM 599.00..baik ambik. nak beli sorang mmg mahal so kongsi beli dengan family. Semua pun boleh guna. Bila dah sampai ok jugak beg ni..nampak kemas..cantik.  Dapat 1 bag Jumbo Size, 1 bag Hand Caryy ..yg bestnya dapat present sarung kain beg n beg tangan  bag Hand Caryydari Patrice Breal ' Bostan Beg'. Besar jugak Boston Bag ni. Dok tunggu  nak guna bag nak bercuti ka..ada kursus ka..kita guna bag ni...

  Bag Jumbo Size, Hand Caryy, present Boston Bag

 present sarung kain bag

 present Boston Bag
Jom tengok sikit info tentang bag ni dari Go Shop..



- Mummy Ira -

Selasa, 10 Februari 2015

Sampai Juga Happycall Doublesided Pan

Assalamualaikum..

Tu diaa..tunggu punya tu..sampai jugak barang yang ditunggu..sampai jugak Happycall Double Pan - Jumbo Grill ni. Cantik jugak reka bentuk dia..n besaq sikut dari double pan yang saya pernah ada. Mesti korang kata.."membeli sungguh depa ni". Biasa la..My Mom cukup suka dengan barangan camni..bagi dia kalau barang tu mudah nak guna, masak, dia akan simpan duit n beli. Harga pun dalam RM 229.00

Lagipun bukan senang nak dapat barang elok dengan harga murah ni. Sebabnya..ada orang kata kalau kita beli kat tempat dia sendiri..harga tu mahai sikit..saya pun tak tau betui ka dak. Tak pa..janji My Mom puas hati n happy dengan Happycall Double pan ni.. Saya dok tunggu nak rasmi guna jaa.. ;)





Info tentang  Happycall Doublesided Pan dari Go Shop



 - Mummy Ira -

Rabu, 14 Januari 2015

Kali Ni Tokebi Hand Blender Dari Go Shop

Assalamualaikum..

Hari tu saya ada story psai oder online astro go shop. My Mom beli Happycall frying pan. Kali ni My Mom oder lagi tapi barang lain pulak..My Mom beli Tokebi Hand Blender. Made in Korea gak. Harga dia RM 369.00. Nampak depa promote dalam tv cara penggunaan hand blender ni cukup mengyakinkan. Blend ja..nak buat makan ka minum ka..semua boleh..halus n sekata ja apa yang depa blender.

Ni dah dapat boleh la cuba guna..tapi tak tau lagi nak blend apa. Tunggu My Mom yang rasmi guna dulu..nak tengok betui2 ka bila blend ni jadi elok atau besa besa ja..

kotak go shop..isi dia blender..
 dapat sekali dengan guide book n cooking book..ada la 
alat spare untuk blender tu
ni la Tokebi Hand Blender
 go shop

- Mummy Ira -

Sabtu, 27 Disember 2014

Beli Happycall Diamond Frying Pan - Astro Go Shop

Assalamualaikum..

Actually..tak pernah pun dok beli barang online ni. Takut bila beli dapat barang tak elok. Camna ntah tiba2, saya tertengok saluran baru Astro Go Shop 118..time tu pengacara dok demo masak guna Happycall Diamond Frying Pan. Memang menarik dan memang akan terpengaruh demo yang depa buat. Kira frying tu x mudah melekat. Tambah pulak My Mom ni peminat frying pan. 

Tanpa buang masa, capai pone terus call talian 1800-82-0088.Kena pone time tu ja coz ada tempoh masa n kita boleh oder barang.
Mulanya susah hati coz kami tak guna kad kredit, tanya camna nak bayar. Rupanya lagi mudah. Kita bagi semua maklumat lengkap, nanti kita buat bayaraan masa barang sampai. Harga untuk COD RM 569.00 . Nak guna kad kredit pun boleh untuk bayar bulanan.

 buka astro 118

Tunggu punya tunggu lori G-DEX pun sampai n dapat la barang yang di oder Happycall Diamond Frying Pan. Oder hari Jumaat hari Selasa sampai.  Memang nampak cantik n kemas Happycall Frying pan ni dan made in Korea.


Saja nak buat demo nak tngk betui ka dak frying pan ni elok. Cuba masak telor tanpa guna minyak. Memang senang n mudah. Tak guna minyak tu pun telor tu masak elok.



buat demo goreng telur tanpa minyak.

Memacam barang jugak ada. Buleh tgk kat web Go Shop tak pun tekan je astro 118. Memacam promo barang yang ada..

tambah sikit info ..Happycall Diamond Frying Pan



- Mummy Ira -