Memaparkan catatan dengan label Global. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Global. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Jun 2015

Gorila Kacak Tarik Perhatian Wanita Jepun

Assalamualaikum..


Gorila kacak tarik perhatian wanita Jepun

NAGOYA - JEPUN. Seekor gorila digelar 'ikemen' yang bermaksud 'lelaki kacak' selepas menarik perhatian warga tempatan dan laman sosial, baru-baru ini.

Menurut Dailymail, gorila tersebut yang bernama Shabani itu berasal dari Zoo Taronga, Australia dan telah dipindahkan ke Jepun pada 2007.


Jurucakap Zoo Taronga memberitahu, Shabani merupakan antara gorila terawal yang diperkenalkan di zoo Higashimaya.


Difahamkan, jumlah pengunjung wanita ke zoo tersebut juga bertambah, baru-baru ini.

Foto-foto Shabani juga dikongsi ke laman sosial, antaranya kelakuan haiwan tersebut 'menunjuk otot', bermain dengan gorila muda dan termenung.


Tinjauan Sinar Online mendapati, rata-rata pengguna laman mikro Twitter yang berasal dari Jepun memuji 'ketampanan' Shabani.


"Dia terlalu kacak," kata Ikumi.


"Saya sudah pergi ke Zoo Higashimaya. Orang ramai kata Shabani kacak, dan dia terbukti kacak!," kata Natsu.


"Sya pergi ke zoo semata-mata untuk melihat Shabani. Dia memang sangat popular kini," kata pengguna Twitter, Yellow.

http://www.sinarharian.com.my

Video - Diketawakan Akibat Salahguna Parkir OKU

Assalamualaikum..

Diketawakan akibat salahguna parkir OKU - sinar harian


AKIBAT salahguna parkir yang dikhaskan untuk orang kurang upaya (OKU), seorang pemandu diketawakan orang ramai selain tindakannya tersebut dirakam dan dimuatnaik ke laman Youtube.
 
Menurut sebuah video yang dimuatnaik pada 24 Jun lepas, pelekat kertas telah ditampal di seluruh kenderaan lelaki berkenaan sebagai tanda protes penyalahgunaan parkir khas OKU.
 
Lelaki berkenaan kelam kabut membuka pelekat tersebut untuk mengelakkan malu sebelum berlalu pergi.
 
Orang ramai yang berkumpul mentertawakan lelaki tersebut sepanjang kejadian tersebut berlaku.
 
Video tersebut yang sudah ditonton lebih 600,000 pelayar dikatakan dirakam di Maringa, utara Brazil.
 
Hampir seratus peratus pelayar mengkritik tindakan lelaki tersebut yang disifatkan mementingkan diri sendiri, biadab malah memandu kenderaan secara merbahaya.
 
"Lelaki tersebut patut disaman! Terlalu ramai orang yang menyalahgunakan parkir khas OKU!" kata Lorena, berasal dari Brazil.
 
"Kepada sesiapa yang menampal pelekat berkenaan, anda adalah perwira kami," kata Andre.
 
"Lelaki ini kini popular kerana sikapnya yang sangat teruk," kata Veronica Ojeda.



http://www.sinarharian.com.my

Rabu, 3 Jun 2015

Umat Islam Denmark Puasa 21 jam

Assalamualaikum..


puasa

ABU DHABI - Cabaran berpuasa menanti umat Islam di Denmark tahun ini, apabila mereka menjalani rukun Islam kedua itu selama 21 jam sehari, berpandukan peta terkini rakaman waktu puasa di seluruh dunia.
 
Memetik laporan Emirates247.com melaporkan tempoh berpuasa di negara itu telah merekodkan tempoh yang terpanjang dalam sejarah.
 
"Waktu berpuasa pada tahun ini secara purata dijangka selama 15 jam dan 15 minit yang merupakan tempoh paling lama sejak 32 tahun suria dan 33 tahun bulan," demikian menurut Penyelidik Astrologi dan Meteorologi serta Penyelia Am Planetarium, UAE Ibrahim Al-Jarwan.
 
Ujarnya, setiap tahun waktu berpuasa dijangka meningkat dari tahun sebelumnya sehingga bulan Ramadan 2018 dan akan mengalami penurunan berperingkat-peringkat selepas itu.
 
Selain itu, penduduk I‎slam di negara Iceland, Sweden dan Norway perlu berpuasa selama 20 jam.
 
Manakala, Argentina merupakan negara yang berpuasa untuk tempoh masa yang paling singkat iaitu selama 9 jam 30 minit.
 

Sabtu, 16 Mei 2015

Pengebom Boston Dzhokhar Tsarnaev Dijatuhi Hukuman Mati Dengan Suntikan Maut

Assalamualaikum..

Ingat lagi tak berita tentang serangan bom  maraton di Boston, pada April 2013. Kejadian ni dilakukan oleh  Dzhokhar Tsarnaev bersama abangnya. Semalam 15/4, Dzhokhar Tsarnaev telah dijatuhi hukuman mati atas kesalahannya. 





 

Barisan panel juri hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap Dzhokhar Tsarnaev di atas tuduhan melakukan serangan bom ketika berlangsung maraton di Boston, pada April 2013.

Hukuman dijatuhkan selepas 14 jam perbincangan oleh pihak juri yang diadakan selama tiga hari.

Juri mengambil lebih 14 jam untuk memutuskan hukuman mati untuk enam daripada 17 tuduhan bagi Tsarnaev yang merupakan seorang beragama Islam yang diberi status warganegara Amerika Syarikat ketika kecil.

Perbincangan kes berkenaan diadakan selama tiga hari dan 12 panel juri terpaksa sebulat suara menjatuhkan hukuman mati terhadap Tsarnaev. Jika tidak, bekas pelajar universiti berketurunan Chechen itu secara automatik akan menerima hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Hukuman mati ke atas Tsarnaev, 21 akan dilakukan secara suntikan maut.

Dalam insiden pada 3 April 2013 itu, tiga orang terbunuh manakala lebih 260 cedera apabila bom yang diletakkan Tsarnaev dan abangnya meletup di garisan penamat.

Sebelum ini peguam Tsarnaev mengakui anak guamnya memainkan peranan dalam serangan itu, tetapi ia didalangi dan dirancang abangnya.

Tsarnaev yang menghilangkan diri selepas kejadian itu kemudiannya ditahan empat hari kemudian ketika bersembunyi di dalam sebuah bot.

Abang Tsarnaev bagaimanapun terbunuh selepas ditembak ketika cuba melarikan diri.

- Reuters

sumber

Isnin, 4 Mei 2015

Biadap Terhadap Guru, Ibu Minta Polis Tahan Anak

Assalamualaikum..

Masa saya sekolah dulu sekitar 80an - 90an..pelajar cukup takut n hormatkan cikgu. Saya ingat lagi, tak siap homework ja, bukan setakat denda..pernah ditampar di pipi aleh penolong kanan sekolah. Bila kena denda or marah dengan cikgu, tak berani nak balik cerita kat parent. Berani balik report..boleh kena tambah marah lagi ada. Memang dah salah, konpom kena marah.

Untung jika setiap ibu bapa bersikap begini.... tetapi sayangnya berapa ramai yang sanggup sokong guru di sekolah? 

Macam jadi kat Ameriaka Syarikat ni..jom baca
Biadap Terhadap Guru, Ibu Minta Polis Tahan Anak

 Biadap terhadap guru, ibu minta polis tahan anak

GEORGIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ibu bertindak menelefon polis untuk menahan anaknya yang didakwa bersikap biadap terhadap guru di sekolahnya, minggu lalu.

Menurut ABC News, seorang guru memberitahu Chiquita Hill bahawa anaknya, Sean bersikap biadap, tidak mendengar arahan dan tidak membuat kerja rumah.

"Saya tahu saya kena buat sesuatu untuk mengajarnya," kata Hill kepada ABC News, Jumaat lepas.

Selepas guru tersebut pulang, Hill menelefon balai polis Columbus dan menerangkan sikap anaknya.

Pihak polis bersetuju untuk menghantar anggotanya ke rumah Hill.

Anggota polis kemudian menggari Sean dan membawanya masuk ke dalam kereta polis.

Mereka turut membunyikan siren dan menggerakkan kereta beberapa inci untuk menakutkan Sean.

"Semuanya berlaku dengan pantas.

"Sean tak sempat bertindak. Dia sangat-sangat takut," ujar Hill.

Anggota polis kemudian membebaskan Sean dan kanak-kanak tersebut berlari mendapatkan ibunya.

"Sean beri saya pelukan paling erat dan berkata "Saya tidak akan buat lagi", ujarnya.

Menurut Hill, selepas anggota polis beredar, dia menerangkan kepada anaknya bahawa sikap biadap memberi kesan mendalam kepada orang di sekeliling.

Sementara itu, penolong ketua polis Columbus, Lem Miller berkata, beliau tidak menggalakkan perbuatan sedemikian terhadap kanak-kanak.

"Perkara tersebut memang menakutkan, tapi ia juga akan membuat mereka fikir tidak elok tentang anggota polis.

"Ada cara yang lebih sesuai (untuk mengajar anak). Kami tidak menggalakkan (cara sebegini)." terang Miller.

Walau bagaimanapun, Hill memberitahu, Sean berubah sikap selepas kejadian berkenaan.

"Dia semakin bagus di dalam kelas.

"Sean mula menghormati kawan-kawan dan orang dewasa," jelas Hill.

Isnin, 27 April 2015

Gegaran Susulan 6.9 Magnitud Gegar Nepal

Assalamualaikum..

Lagi berita boleh baca di www.astroawani.com

NEW DELHI: Gempa susulan berukuran 6.9 pada skala  Richter pada 2.10 petang waktu tempatan pada Ahad menggegarkan seluruh Nepal dan sekali lagi memaksa penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Kathmandu.

Jabatan Meteorologi India (IMD) dan Kajian Geologi Amerika Syarikat mengesahkan bahawa gegaran susulan itu berpusat kira-kira 77 kilometer dari Kathmandu.


Gegaran terbaru itu mencetuskan keadaan panik dan huru-hara dalam kalangan beribu-ribu penduduk yang meninggalkan rumah mereka dan berlindung di jalan-jalan dan kawasan terbuka.


Kesan gempa susulan turut dirasai di sebahagian besar kawasan di utara India dengan keadaan muka bumi di Delhi bergegar selama kira-kira 30 saat dan menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami gangguan bekalan.


Sehingga malam ini angka kematian disahkan meningkat kepada 2,500 nyawa.


Nepal
Jabatan Meteorologi India (IMD) dan Kajian Geologi Amerika Syarikat mengesahkan bahawa gegaran susulan itu berpusat kira-kira 77 kilometer dari Kathmandu. - Foto AFP

Gegaran susulan yang kuat itu menyebabkan operasi bantuan dihentikan buat seketika di Nepal dan lebih banyak gempa susulan diramalkan oleh IMD dan pihak berkuasa Nepal.

BACA: Operasi menyelamat di Nepal giat dijalankan, banyak mercu tanda bersejarah rosak

BACA: MKN gerakkan operasi bawa pulang rakyat Malaysia di Nepal hari ini

FOTO: Malapetaka gempa bumi Nepal

Gempa susulan terbaru itu juga sekali lagi mencetuskan runtuhan salji di kawasan Gunung Everest. Semalam, gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter itu menyebabkan angka kematian meningkat kepada lebih 2,000 orang selain membawa kemusnahan dahsyat.

Seorang pegawai Nepal memberitahu saluran berita NDTV bahawa lapangan terbang ditutup sementara kerana kru di daratan perlu memeriksa keadaaan landasan sebelum membenarkan pesawat untuk mendarat.

Nepal
Gegaran susulan yang kuat itu menyebabkan operasi bantuan 
dihentikan buat seketika di Nepal - Foto AFP

Semua pergerakan pesawat dihentikan untuk sementara sehingga 4 petang (waktu tempatan Nepal) sementara menunggu arahan selanjutnya, kata pegawai itu.

Ini mendorong penerbangan Air India yang membawa 131 penumpang ke Kathmandu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indra Gandhi di Delhi.

Gegaran susulan juga memaksa Perdana Menteri India, Narindra Modi memanggil mesyuarat peringkat tinggi dengan para pegawai kanannya di sini bagi membincangkan mengenai bantuan susulan kepada kerajaan Nepal.

Nepal
Kerajaan Nepal sahkan angka rasmi kematian akibat gempa bumi
 kini melebihi 2,500 nyawa. - Foto AFP

Sementara itu, pihak berkuasa India mengesahkan bahawa kebanyakan pendaki Gunung Everest terkandas di Base Camp 1 dan 2. Pasukan mencari dan menyelamat dari Tentera India telahpun mengeluarkan 18 mayat sejak semalam.

Sehingga pukul 3 petang (waktu Kathmandu) hari ini, para pegawai mengesahkan bahawa jumlah angka kematian telah mencecah 2,000 orang dan lebih  5,000 orang cedera. 

www.astroawani.com

Jumaat, 17 April 2015

Jumpa Tikus Hidup Dalam Bungkusan Roti

Assalamualaikum..

Jumpa tikus hidup dalam bungkusan roti

MILTON KEYNES - BRITAIN. Seorang pelanggan sebuah kedai terkejut apabila mendapati terdapat seekor tikus yang masih hidup di dalam bungkusan roti yang dibelinya, Selasa lepas.

Menurut Dailymail, Andrew Odell berkongsi penemuan berkenaan di laman mikro Twitter dengan harapan dapat menarik perhatian pengurusan kedai @AldiUK.

 

"Ini kali pertama dan terakhir saya membeli di kedai anda," kata Odell di laman Twitternya.
Jurucakap Aldi hari ini memberitahu mereka sedang menyiasat perkara berkenaan.

Peminat Liverpool Malukan Orang Islam Dikecam

Assalamualaikum..

Gara-gara menghina peminat beragama Islam menunaikan solat di Stadium Anfield, seorang peminat pasukan bola sepak Liverpool akan di bakal dikenakan tindakan.


Peminat Liverpool malukan orang Islam dikecam

Kejadian tersebut berlaku 8 Mac lalu ketika pertemuan liga antara Pasukan tersebut dengan Blackburn Rovers apabila Stephen Dodds mencetuskan kontroversi di laman sosial Twitter apabila memuat naik gambar Asif Bodi dan Abu Bakar Bhula sedang bersolat ketika rehat separuh masa pertama.

Beliau memuat naik gambar tersebut dengan 'caption' berbunyi, "Orang Islam solat semasa rehat separuh masa perlawanan perlawanan semalam  #memalukan."




Kelab Bola Sepak Liverpool dalam kenyataan semalam telah menyatakan akan mengambil tindakan kepada individu yang menghina penyokong Islam tersebut dengan membuat satu laporan di Balai Polis Merseyside berkenaan tweet itu yang telah dimuat naik pada hari Ahad, 8 Mac.

Pihak polis telah menjalankan siasatan dan dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Liverpool untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu tersebut sehingga diberitahu kelak.


Kelab bola sepak tersebut juga mengeluarkan amaran kepada peminat-peminat bahawa mereka tidak akan bertolak ansur kalau terjadi lagi kes seperti ini dan menasihatkan supaya peminat tidak mewujudkan suasana diskriminasi dan komited dalam memastikan kelab tersebut mesra dan selamat untuk semua peminat tanpa mengira bangsa dan agama. 

sumber

Wanita Muda Australia Lindungi Pasangan Islam Dari Dihina

Assalamualaikum..

Sydney: Seorang gadis, Stacey Aden, telah diangkta sebagai wira apabila tersiar video menunjukkan beliau telah mempertahankan wanita muslim yang sedang di hina di dalam keretaapi CityRail dari pusat bandar menuju ke lapangan terbang petang semalam.


Kerana tindakannya itu, ramai pengguna laman sosial dari seluruh dunia memuji tindakannya yang dianggap berani kerana membela wanita tersebut dari dicop sebagai pengganas walaupun berlainan agama.

Kejadian tersebut berlaku dalam lingkungan pukul 1.40 petang waktu Australia di mana seorang wanita berusia 40an telah menghina wanita bertudung tersebut dengan pelbagai hinaan sehingga dikaitkan dengan aktiviti pengganas.

“Mengapa kamu memakai tudung untuk seorang lelaki yang berkahwin dengan anak kecil yang berusia enam tahun,” sindir perempuan tersebut.

Wanita bertudung tersebut hanya mendiamkan diri seolah tidak ada apa-apa mungkin kerana tidak mahu memburukkan keadaan.


Stacey yang berada disitu bingkas bangun dan membidas kata-kata wanita tersebut.


“Dia memakai tudung untuk dirinya sendiri, kerana ingin tampak sopan (menutup aurat) dan bukan untuk orang seperti kamu yang hanya duduk di situ dan tidak menghormati dia,” ujar Stacey

Tidak berpuasa hati dengan tindakan Stacey itu, wanita itu mula membangkitkan isu penderaan dan pembunuhan yang berlaku di Martin Place tidak lama dahulu.


“Anak-anak kamu memenggal kepala orang,” balas perempuan itu.

“Bukan dia yang melakukannya, ia dilakukan oleh sekelompok kecil dan bukan mewakili keseluruhan muslim” bidas Stacey pula.

Wanita berbaju merah itu cuba membalas kenyataan Stacey dengan mendakwa seramai 148 orang Kristian terbunuh di Kenya dan konflik agama yang tercetus di Syria.


“Apa kena-mengena isu tersebut dengan wanita bertudung ini.


“Kalau kamu tidak boleh bercakap secara baik dengan orang lain sebaiknya jangan bercakap langsung.

“Tutup mulutmu, tutup mulutmu!” tegas Stacey lagi.

Eden kemudian membuat keputusan untuk menemani pasangan Islam berkenaan yang kemudiannya turun di sebuah perhentian.

"Saya terlepas stesen saya kerana saya mahu memastikan mereka (pasangan Islam) selamat," kata Eden yang sedang dalam perjalanan ke rumahnya di Maskot ketika itu.


Menurut jurucakap polis, polis menggalakkan saksi kejadian supaya tampil membuat laporan dan mereka akan menyiasat kejadian berkenaan.


 sumber