Memaparkan catatan dengan label ECZEMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ECZEMA. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Februari 2015

Tip/Petua Untuk Menjaga Kulit Pesakit Ekzema

Assalamualaikum..


Sekarang kerap kita dengar  bayi dan dewasa yang  menghidapi penyakit ekzema. Masalah  ini mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal, manakala dalam kes-kes yang serius, ia menjadi merekah dan boleh mengakibatkan pendarahan.


Ekzema merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih.


Jom kita baca dan share Tip/Petua Untuk Menjaga Kulit  Pesakit Ekzema

1. Hadkan penggunaan
Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen lepas mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.

2. Pakai sarung tangan

Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.
Kain kapas atau kombinasinya
Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

3. Sewaktu mandi

Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.
Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit.


Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit anda. Ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.

4. Losen

Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah pelembap berbentuk krim sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari.

5. Menggaru

Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut. Ibu bapa boleh memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru.

6. Berpeluh


Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.

7. Tekanan

Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.

8. Penjagaan khas

Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.


Sumber http://kesihatan.info/kenali-penyakit-ekzema/

Ahad, 25 Ogos 2013

Cegah Eczema dengan Omega Guard


Masalah eczema pada bayi akan terus terjadi sekiranya rawatan dan pencegahan tidak dititik beratkan sejak mereka masih bayi. Eczema membuatkan bayi tidak selesa kerana gatal dan pedih, kerap meragam dan menangis. Eczema juga boleh menyebabkan bayi demam kerana ketidakselesaan akibat eczema.

Para doktor tidak dapat menjelaskan bagaimana eczema terjadi, tetapi antara faktor-faktor eczema hadir disebabkan oleh pelbagai jenis alahan seperti alahan pada peperluhan, alahana debu atau habuk, alahan makanan tenusu, kekacang dan makanan yang gatal, keturunan, sabun, pewangi dan pelbagai lagi. 

Ibu mengandung yang mempunyai masalah diabetes juga berisiko tinggi melahirkan bayi dengan masalah eczema. Kebiasaannya ibu yang mempunyai diabetes ketika mengandung turut mempunyai masalah keputihan, jadi apabila bayi lahir, bayi juga akan terkena jangkitan kulat dan menyebabkan eczema. Oleh kerana itu, ibu mengandung harus memberitahu lebih awal kepada doktor atau jururawat yang memeriksa anda agar mereka dapat memberi rawatan mengurangkan masalah keputihan anda.
Hasil kajian menunjukkan masalah eczema tidak akan hilang tetapi kita boleh mengurangkan kejadian eczema pada tubuh bayi antaranya dengan mengamalkan minyak Omega Guard Shaklee.

Omega Guard Bantu Kurangkan Eczema Dengan Empat Cara


Omega Guard kaya dengan DHA dan EPA iaitu asid lemak omega 3 yang dihasilkan daripada ikan laut dalam. Kelebihan Omega Guard ialah dapat membantu mengurangkan keradangan kulit dan eczema dengan cara:

1. Menguatkan membran sel- mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan
2. Melembabkan sel-sel kulit - mengelakkan kulit kering dan mengurangkan eczema
3. Menjadikan kulit lebih berisi dan lembut.
4. Sangat membantu bagi orang yang mempunyai masalah eczema yang kronik

Omega Guard Shaklee Paling Selamat Digunakan kerana:

1. Dihasikan daripada ikan laut dalam
2. Dihasilkan dengan kaedah penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak 
     asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi
3. Omega 3 yang bebas daripada kandungan bahan bahaya seperti plumbum, merkuri, 
     arsenik, kadmium, dioksin dan PCB kerana diproses menggunakan tenknik 
     penyulingan proprietari tiga molekul
4. Minyak ikan paling tulen didunia

Omega Guard juga membantu dalam:

1. Meningkatkankan tahap imun tubuh
2. Membantu perkembangan memori 
3. Menyihatkan paru-paru - mengurangkan masalah bronkitis dan lelah
4. Mengurangkan kekerapan selesema kanak-kanak

Untuk Kanak-kanak 2 tahun ke bawah hanya sebiji Omega Guard Shaklee diperlukan untuk menyelesaikan masalah eczema mereka.  

Penggunaan Krim Eczema

Terdapat pelbagai jenis eczema cream dijual dipasaran. Tetapi awas, pastikan anda baca label bahan-bahan yang terkandung dalam eczema cream kerana kebanyakkannya turut ditambah unsur streroid.


Walaubagaimanapun penggunaan eczema cream sahaja tidak mencukupi kerana hanya menyembuhkan bahagian luaran kulit sahaja dan bersifat sementara. Kebiasaannya, akan bertukar-tukar jenis eczema cream apabila cream tersebut tidak lagi memulihkan kegatalan pada tubuh. Akibat bertukar-tukar eczema cream akan membuatkan kulit menjadi kering dan lebih sensitif. 

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA   khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Eczema hilang dalam masa 5 hari dengan Shaklee

Apa itu Eczema
Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis."

"Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity."

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa ada berlaku.

Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.
Gejala gejala Eczema
Acute Eczema
  • "Erythema", kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan.
  • "Papules", pembentukan tompok-tompok merah.
 Eczema Kronik
  • Kulit mejadi kering, berair dan bersisik.
  • Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.
Apakah punca Eczema
Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)
  • Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).
 
Bagaimana Kitaran Eczema
Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan "allergens" atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah

Apakah Langkah Untuk Elakkan Eczema Menjadi Teruk
Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan ezcema dan pemulihan fungsi penghadang kulit patut diambil.
  • Mengawal kitar ezcema dengan melembapkan kulit.
  • Mengubati keradangan.
Langkah-langkah Pengawalan Harian:
  • Elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
  • Gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.

Shaklee mempunyai beberapa produk bagi mereka yang mempunyai masalah eczema.

RAWATAN DALAMAN



Alfalfa merupakan raja bagi segala tumbuhan dan herba. Alfalfa Complex Shaklee kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema.
 

Omega Guard mempunyai Omega 3 yang bersifat anti inflamasi yang dapat mengawal keradangan kulit serta dapat menghaluskan kulit dan meningkatkan imuniti kulit terhadap jangkitan.




Meal Shakes dan ESP baik untuk pemulihan luka dan proses pengantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.



Mereka yang mempunyai eczema dikaitkan dengan sistem imuniti yang rendah dan abnormal untuk melawan sebarang jangkitan kulit. Maka, Nutriferon sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai masalah imuniti badan yang rendah.


RAWATAN LUARAN
Boleh disapu dapat tempat yang terdapat jangkitan eczema. Herbal Blend Shaklee sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah eczema kering dan kulit kasar.
*tidak sesuai bagi eczema berair.


Basic H2 Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. Campuran 5 titis Basic H2 ke dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema. 
*tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.



Vitamin E juga boleh di sapu untuk menghilangkan luka eczema berair dan memudarkan parut. 

Disini saya kongsikan testimonial pesakit yang bebas eczema dengan Shaklee dan izin Allah swt.
Testimoni 1: Penggunaan Vitamin E, Omega Guard dan ESP


Testimoni 2: Kemujaraban Omega Guard



Pengambilan produk-produk ini mungkin berbeza mengikut umur penghidap.

Bayi

Ibu yang menyusukan baby yang mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega Guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
Herbal Blend juga bagus disapu kepada baby yg ada eczema untuk kurangkn rasa gatal dan pedih. Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.

Kanak-kanak  2-4 tahun

Omega Guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih dari 2 tahun utk kawal dan rawat masalah eczema. Pengambilan boleh rujuk kepada saya.
Meal Shakes juga boleh diberikan untuk baiki kulit yg rosak n berparut

Kanak-kanak 4-12 tahun

Mealshake+ESP+Omega Guard untuk merawat kulit. Herbal Blend dan Vitamin E boleh digunakan untuk merawat luka.

Remaja dan dewasa

Remaja dan dewasa boleh ambil semua yang saya cadangkan termasuk ESP+Meal Shakes+Vitamin E+Herbal Blend+Omega Guard +Alfalfa.

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA   khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration