Memaparkan catatan dengan label Darah Tinggi / Hypertensi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Darah Tinggi / Hypertensi. Papar semua catatan

Jumaat, 11 April 2014

Atasi Tekanan Darah Tinggi Dengan Vitamin Shaklee

 Assalamualikum
APA ITU DARAH TINGGI?

Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah keseluruh badan. Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer. Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan. Hipertensi atau darah tinggi merupakan di antara penyakit yang dialami di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia. Ia lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.


Komplikasi
  • Angin ahmar (stroke)
  • Serangan jantung.
  • Kegagalan jantung di mana pengepaman jantung menjadi lemah.
  • Kegagalan buah pinggang.
Penyebab Berlakunya Darah Tinggi


Sembilan puluh lima peratus kebas terjadinya penyakit ini adalah tidak diketahui. Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit ini:
  • Usia. Kebanyakkan arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat di mana ini akan meningkatkan halangan aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.
  • Keturunan
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Jantina. Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita.
  • Merokok.
  • Pengambilan berlebihan alkohol, garam.
  • Kegemukan, kurang senaman.
  • Stres yang berlebihan.
  • Diabetes.
  • Penyakit buah pinggang.
  • Penyakit adrenal.
  • Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegah kehamilan.

Apa Yang Perlu Dilakukan Bila Mendapat Darah Tinggi
  • Berhenti merokok.
  • Kurangkan atau berhenti mengambil alkohol.
  • Kurangkan pengambilan garam.
  • Bersenamlah selalu.
  • Kurangkan stres atau tekanan.
  • Jika anda menerima rawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
  • Jika anda telah disahkan menghidap penyakit darah tinggi selalulah berjumpa doktor. Mengawal tekanan darah anda akan dapat mencegah terjadinya komplikasi.
Cara Untuk Mencegah
  • Jika terdapat ahli keluarga anda menghidap darah tinggi atau usia anda melebihi 30 tahun, periksa selalu tekanan darah anda.
  • Jangan merokok
  • Jauhi alkohol.
  • Makan makanan rendah lemak dan rendah garam.
  • Lakukan senaman selalu, terutamanya aerobik, seperti menunggang basikal dan berjoging.
  • Elakkan tekanan atau belajar bagaimana mengendalikannya.
  • Mengekalkan berat badan yang normal lagi sihat.
Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Darah Tinggi

CoQHealth Plus - 30 kapsul
  • Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah.
  • Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan . 
  • Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

OmegaGuard - 90 kapsul
  • Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi). 
  • Bertindak melancarkan saluran darah, membuang kolestrol . Kolestrol yang tidak terkawal menjadi bapa kepada penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
  • Menurut kajian terbaru dari American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3 merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.
Garlic - 60 tablet
  • membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol
  • menggalakkan kesihatan kardiovaskular
  • menurunkan kolestrol LDL, trigliserida dan kelikatan dara

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Sabtu, 22 Februari 2014

Bahaya Hipertensi Semasa Hamil

SEKIRANYA anda pernah mendengar bahawa tekanan darah tinggi berbahaya pada jantung, otak mahupun buah pinggang, anda juga harus berwaspada sekiranya merancang untuk hamil.
Ini kerana salah satu ancaman kesihatan paling serius dan kerap berlaku sepanjang tempoh kehamilan ialah tekanan darah tinggi atau juga dikenali sebagai hipertensi.
Sehubungan itu, pemeriksaan berkala penting bagi memastikan tahap kesihatan ibu dan janin dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah proses kelahiran.
Ketua Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Universiti Putra Malaysia - Hospital Kuala Lumpur (UPM-HKL), Prof. Madya Dr. Noraihan Mohd. Nordin berkata, pemeriksaan berkala yang dilakukan sepanjang tempoh kehamilan adalah untuk mengesan sama ada wanita terbabit menghidap hipertensi atau sebaliknya.
 Ini kerana hipertensi yang tidak terkawal atau dibiarkan tanpa rawatan boleh menimbulkan pelbagai komplikasi.
``Komplikasi yang membahayakan nyawa ini boleh berlaku pada kedua-duanya sekali iaitu ibu dan juga janin dalam kandungan,'' katanya.
Tekanan yang tinggi pada pembuluh darah dimanifestasikan sebagai tekanan darah tinggi.
Kehamilan yang menyebabkan hipertensi (Pregnancy Induced Hypertension - PIH) berlaku apabila tekanan darah diastolik (bacaan bawah) mencecah lebih 90mm Hg. Adakalanya keadaan ini disertai dengan protein dalam air kencing.
Menurut beliau, hipertensi yang disertai dengan protein dalam air kencing semasa hamil yang dikenali sebagai preeklampsia ini biasanya berlaku pada trisemester kedua kehamilan iaitu selepas 20 minggu kehamilan.
Preeklampsia atau PE biasa berlaku pada wanita hamil dalam usia yang terlalu muda atau wanita yang telah berusia.
Apa yang membimbangkan, PE ini tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal.
``Sebaliknya gejala PE akan timbul apabila ia telah berada di tahap yang serius,'' ujarnya.
Menurut Dr. Noraihan, hipertensi yang tidak dikawal sepanjang tempoh kehamilan boleh meningkatkan risiko seseorang ibu mengalami beberapa gejala tertentu.
``Ini termasuklah tekanan darah tinggi, bengkak pada pergelangan kaki dan kehadiran protein dalam air kencing (protenuria) atau juga dikenali sebagai kencing kotor.
``Keadaan atau gejala ini yang juga dikenali sebagai PE biasanya berlaku pada tiga bulan kedua tempoh kehamilan,'' katanya.
PE boleh menyebabkan tekanan darah meningkat agak tinggi dan akhirnya menyebabkan masalah pada sistem peredaran darah.
Malah, ia juga boleh menyebabkan gangguan pengaliran darah pada uri.
``Kekurangan bekalan darah ke uri menyebabkan janin kurang mendapat zat makanan, bayi menjadi kecil dan masalah-masalah lain,'' ujarnya. Pada peringkat yang serius, pertumbuhan bayi terencat dan akhirnya menyebabkan kematian pada janin.
Sehubungan itu, penting supaya PE dipantau dan dirawat dengan teliti.
 
Menurut healthAtoZ.com., kadar kejadian PE semakin meningkat di Amerika Syarikat berikutan dua faktor utama iaitu lebih ramai wanita yang merancang untuk mendapat anak lewat dan kelahiran berganda.
Dr. Noraihan memberitahu, PE yang tidak dipantau, menyebabkan ia boleh melarat dan wanita terbabit mendapat penyakit eklampsia.
``Eklampsia menyebabkan seseorang itu mendapat serangan sawan dan meningkatkan risiko kematian kepada ibu dan bayi dalam kandungan,'' katanya.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, mereka yang mempunyai hipertensi tidak semestinya mempunyai PE.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang ingin hamil dalam lingkungan usia yang agak lanjut supaya berbincang dengan pakar perubatan.
``Sebaik-baiknya pastikan kesihatan anda dalam keadaan baik sebelum memutuskan untuk hamil kerana risikonya agak tinggi,'' ujarnya.
Janin yang sedang membesar mendapat seluruh sumber keperluan termasuk zat makanan, oksigen dan sebagainya daripada ibunya.
Sehubungan itu, jumlah darah dan zat makanan mencukupi yang melalui uri dan tali pusat diperlukan.
Bagaimanapun, PE boleh menjejaskan proses ini daripada berjalan dengan sempurna.
Menurut Persatuan Perubatan Amerika, PE biasanya berlaku di kalangan kehamilan kali pertama.
Malah, mereka yang mempunyai sejarah pernah menghidap hipertensi berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini.
Justeru, sepanjang tempoh kehamilan wanita terbabit dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan berkala air kencing dan memantau tekanan darah mereka.
Klasifikasi hipertensi
Kehamilan yang menyebabkan berlakunya hipertensi boleh diklasifikasikan dalam beberapa kategori:
* Gestasi hipertensi
Hipertensi yang berlaku pada separuh akhir tempoh kehamilan atau 24 jam pertama selepas kelahiran tanpa sebarang tanda-tanda preeclampsia atau hipertensi kronik.
* PE
Peningkatan tekanan darah sehingga bacaan darah mencecah sehingga 140/90mm Hg atau lebih tinggi disertai dengan beberapa gejala seperti kandungan protein berlebihan dalam air kencing (kencing kotor). Ia biasanya berlaku selepas 20 minggu kehamilan.
PE juga terbahagi kepada beberapa peringkat seperti sedikit, sederhana dan teruk. Pada peringkat yang serius, terdapat gejala yang boleh membawa kepada eklampsia. Apabila ini berlaku ia boleh membawa maut.
* Eklampsia
Diertikan sebagai berlakunya serangan sawan di kalangan wanita yang tidak menghidap epilepsi tetapi mempunyai ciri-ciri eklampsia. PE yang tidak dipantau dengan teliti boleh membawa kepada keadaan ini. Apabila ini berlaku, wanita akan berdepan dengan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, paru-paru berair, darah tidak beku, kegagalan hati berfungsi dan sebagainya.
* Kronik hipertensi
Kronik hipertensi iaitu mereka yang sememangnya menghidap hipertensi. Mereka yang mempunyai kronik hipertensi semasa hamil berisiko mendapat PE.
Gejala
PE tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal. Manifestasi awalnya adalah hipertensi, yang diikuti dengan kencing kotor.
Bagaimanapun, ia hanya boleh dikesan melalui gejalanya pada peringkat lanjut iaitu:
* Sakit kepala yang tidak berkurangan
* Loya
* Muntah-muntah
* Pening
* Penglihatan kabur
* Sakit pada perut
Ini adalah peringkat yang berbahaya. Sekiranya bayi tidak dilahirkan ia boleh membawa kepada eklampsia.
Wanita yang berisiko mendapat PE
* Wanita yang hamil buat kali pertama. Dianggarkan 10 peratus wanita yang hamil kali pertama mendapat PE.
* Wanita yang berusia
* Sejarah keluarga
* Menghidap penyakit buah pinggang, diabetes, reumatoid artritis, lupus dan sebagainya.
* Borderline hipertensi
* Mereka yang tidak menjalani pemeriksaan prenatal secara tetap.
* Mereka yang sememangnya menghidap hipertensi sebelum hamil
Punca
Sehingga hari ini, punca berlakunya PIH ini masih tidak diketahui.
Pencegahan
Menjalani pemeriksaan dari masa ke masa dan mengawal hipertensi semasa hamil. Wanita yang berumur, mempunyai hipertensi dan berisiko tinggi perlu mendapat kaunseling sebelum hamil.
Rawatan
Satu-satunya rawatan untuk PE ialah dengan melahirkan bayi. Ini kerana sebelum ibu mendapat serangan sawan, ia boleh mengancam nyawa kedua-duanya.
Bagaimanapun, kelahiran ini hanya boleh dilakukan sekiranya janin telah mencecah usia 32 minggu atau matang atau terdapat kemudahan yang lengkap di unit neonatal.
sesetengah unit neonatal yang dilengkapi dengan kemudahan canggih boleh menyelamatkan bayi yang tidak cukup bulan.
Sekiranya janin tidak cukup bulan, doktor akan memantau kesihatan ibu dan janin sehinggalah janin tersebut berada di tahap yang selamat untuk dilahirkan.
Bagaimanapun, jika terdapat tanda-tanda kesihatan ibu berada pada tahap berbahaya, maka bayi terpaksa dilahirkan walaupun tidak cukup bulan.
Komplikasi PE
* Kematian bayi
* Bayi yang dilahirkan kecil atau terencat
* Mengalami masalah terencat akal
* Uri yang tercerai daripada rahim
* Bayi lemas semasa kelahiran
* Bayi yang tidak cukup bulan.
Pada peringkat yang lewat, ibu pula akan mengalami komplikasi seperti:
* Kegagalan buah pinggang
* Paru-paru berair
* Kegagalan hati berfungsi
* Pengumpulan cecair pada otak
* Eklampsia
* Darah tidak boleh membeku
* Kematian.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz2zm1GDlYk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

------------------------------------------------------------
Buat ibu hamil yang ada darah tinggi..adalah lebih baik jika rujuk ke doktor dahulu sebelum ambil apa-apa  supplemen tambahan.

Cadangan untuk vitamin Darah Tinggi ( ibu hamil rujuk ke doktor dulu ya )

Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir
 

Selasa, 19 November 2013

Mengawal Darah Tinggi Dengan Supplement Shaklee

Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.


 Bacaan Tekanan Darah
Kategori
Sistolik

Diastolik
Normal
bawah 120
dan
bawah 80
Pre-hypertensi
120 - 139
atau
80 - 89
Hypertensi
140 dan keatas
atau
90 dan keatas
Hypertensi sistolik
160 dan keatas
dan
bawah 90


Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?

Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan
samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?

• Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada
keluarga anda dan kerja anda.
• Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi


Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?

- 90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala
- 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.

• Sebab yang tidak diketahui (90%)
• Sebab sekunder (10%)
1. Penyakit buah pinggang
2. Penyakit sistem endokrin
3. Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?

Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan
anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah
seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/10/ketahui-tanda-tanda-dan-cara-mencegah.html#ixzz30oK4vZrP

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolesterol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala

• Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
• Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti
sakit kepala atau pening kepala
• Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya
ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut
(bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
• Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa
tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa
kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan
dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

• Otak
- Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)

• Penyakit jantung seperti :
- Coronary Heart Disease
- Congestive Heart Failure
- Left Ventricular Hypertrophy

• Komplikasi pada mata
- Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
- Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy

• Komplikasi pada buah pinggang
- Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin Microalbuminuria, Proteinuria).

• Peripheral vascular disease seperti
- Aneurysm
- Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat

• tanpa menggunakan ubatan
- Perlu mengubah amalan cara hidup andae
- Amalkan permakanan sihat
- Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
- Melakukan senaman berkala
- Kurangkan berat badan jika berlebihan
- Atasi tekanan secara berkesan
- Berhenti merokok

sumber


Cadangan supplement yang dapat membantu untuk mengawal Darah Tinggi?
  • Vivix - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan sekular 
  • Omega Guard - melancarkan perjalanan darah, menghalang pembekuan 
  • Vita E - difisiensi selenium berkait pada penyakit jantung (tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kompilasi pada jantung juga tau) 
  • Lecithin - mengemulsi lemak 
  • Garlic - merendahkan tekanan darah 
  • ESP - menurunkan tahap kolesterol 
  • B comp - menurunkan stress. 
  • Ostematrix - Kekurangan kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung 
  • Vit C - menghalang pembekuan darah

Mungkin anda tengok banyak sangat supplement untuk darah tinggi ni..atas pilihan anda nak ambek semua atau yang anda nak makan ja..jika yang ikut bajet boleh juga jika nak ambil set bajet darar tinggi iaitu


Pilihan di tangan anda

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration