Memaparkan catatan dengan label DEMAM DENGGI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DEMAM DENGGI. Papar semua catatan

Selasa, 10 Februari 2015

Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Demam Denggi

Assalamualaikum..


Rasanya sekarang pun area utara dah merebak dengan kes demam denggi ni. Baru ni kawan saya husband n wife masuk wad pasai kena demam denggi..alhamdulillah tak teruk. So..saya nak share sikit pasai info demam denggi ni..http://www.myhealth.gov.my

Demam Denggi 



Pengenalan
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

Tanda dan gejala
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).

Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.

NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Rawatan
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi Berdarah
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

Faktor penyumbang
Intravena:
  • Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
  • Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
  • Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Maklumat lanjut
  • Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik.
  • Pejabat Kesihatan berhampiran.
  • Klinik Kesihatan berhampiran.
  • Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888.
sumber

6 tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar demam denggi:
  • Minum air suam/ air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari
  • Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah. Rujuk Khasiat Sup Ketam untuk ketahui lebih lanjut.
  • Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus kepada pesakit
  • Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan minum jusnya.
  • Jus kurma juga sama konsep dengan buah kiwi tadi. Kisar bersama air suam dan berikan kepada pesakit untuk minum pagi dan petang.
  • Makan tembikan dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan bekalan air bagi mengantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang sejuk.
 - Mummy Ira -

Khamis, 8 Mei 2014

Atasi Demam Denggi Shaklee


  
Demam Denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit yang berpunca dari gigitan nyamuk dan statistik jelas menunjukkan bahawa demam denggi adalah salah satu dari masalah kritikal dalam dunia kesihatan moden bukan sahaja di Malaysia tetapi masalah kesihatan global. 

Kategori Demam Denggi

Terdapat beberapa jenis demam denggi tetapi denggi berdarah adalah yang paling berbahaya kerana ianya boleh membawa maut. 

Punca2

Punca utama penyakit ini adalah apabila nyamuk Aedes betina hinggap dan menggigit tubuh manusia sekaligus menyebarkan virus Denggi atau bahasa saintifiknya (genus Flavivirus). 

Simptom2

Pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:
  • demam tiba-tiba
  • sakit kepala kronik
  • bebola mata sakit
  • sakit sendi/otot
  • sakit pinggang luarbiasa
  • diserang gatal-gatal.

Rawatan Untuk Demam Denggi

Sebenarnya tiada satu rawatan khusus untuk mengubati demam denggi. Namun, bagi kes seperti demam denggi sama ada tiba-tiba atau tidak, cecair yang disalurkan secara oral sudah cukup untuk menggantikan kehilangan cecair badan yang banyak akibat denggi. Biasanya, penggunaan ubat antipiretik akan digunakan untuk meredakan demam.
Di samping itu, ada juga tips-tips bagi rawatan alternatif yang boleh dicuba sebagai usaha untuk menyembuhkan pesakit demam denggi.

6 tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar demam denggi:
  • Minum air suam/ air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari
  • Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah. Rujuk Khasiat Sup Ketam untuk ketahui lebih lanjut.
  • Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus kepada pesakit
  • Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan minum jusnya.
  • Jus kurma juga sama konsep dengan buah kiwi tadi. Kisar bersama air suam dan berikan kepada pesakit untuk minum pagi dan petang.
  • Makan tembikan dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan bekalan air bagi mengantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang sejuk.

Boleh juga dengan pengambilan vitamin tambahan membantu dalam mengatasi masalah denggi.

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE Punca Dan Tips Rawatan Bagi Demam Denggi.

Harga runcit ialah RM82


Anda juga boleh mencuba suplemen tambahan bagi membantu dalam menyembuhkan demam denggi. Performance Drinks Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.

Nutriferon -30 stik x 1.2g

Harga runcit ialah RM181


Disamping itu, pengambilan nutriferon juga adalah penting kerana nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.
Hubungi saya jika nak harga murah..k
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration