Memaparkan catatan dengan label CoQHEALTH PLUS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CoQHEALTH PLUS. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Mei 2014

Tekanan Punca Masalah Jantung

Tekanan antara faktor utama yang menyebabkan masalah kesihatan, terutama penyakit jantung koronari, dalam masyarakat zaman moden sekarang. Ia boleh berpunca dari faktor luaran atau dalaman seseorang.

Tekanan boleh menjadi faktor positif yang mendorong seseorang untuk lebih tekun berkerja, tetapi jika ia menjadi terlampau dan di luar kawalan, ia menjadi unsur yang boleh merosakkan kesihatan seseorang. 


Faktor luaran termasuk kerjaya, hubungan sesama manusia, rumah tangga dan keluarga yang menyebabkan situasi yang mencabar, tekanan kerja, jangkaan dan harapan kehidupan seharian.
Antara faktor dalaman pula ialah tindak balas dan keupayaan mengawal tekanan dari faktor luaran tadi, termasuk status nutrisi, tahap kesihatan fizikal dan kecergasan, kekuatan emosi dan tidur serta rehat secukupnya bagi seseorang.


Mengharapkan sesuatu yang sempurna dan terlalu mengikut perancangan kita adalah faktor dalaman yang boleh menyebabkan seseorang mengalami tekanan yang tinggi.


Tekanan boleh menyebabkan penyakit jantung kerana berlaku perubahan hormon iaitu hormon adrenalin dan kortisol. Ia juga boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang.


Seseorang yang mengalami tekanan biasanya mengambil tindakan boleh memburukkan kesihatan seperti merokok, minum arak, makan berlebihan.

Kesan dari tabiat tidak sihat ini, kesihatan jantung seseorang akan terjejas dan boleh menyebabkan penyakit jantung kronik.


Kaitan tekanan dan kesannya kepada kesihatan dikaji oleh ahli sains, Hans Selye, pada 1946. Beliau berpendapat tekanan punca pelbagai masalah kesihatan dan penyakit.

Beliau membahagikan tekanan kepada tiga tahap iaitu Amaran (Alarm), Rintangan (Resistance) dan Keletihan (Exhaustion).


Kajian terbaru menunjukkan tekanan boleh menyebabkan penyakit jantung. Namun, masih berlaku perdebatan bagaimanakah mekanisme sebenar tekanan yang boleh mengganggu kesihatan jantung.


Manusia zaman moden tidak lagi me–ngalami tekanan sebagaimana manusia yang hidup pada zaman purba yang mengalaminya apabila terserempak dengan binatang buas.

Tekanan dialami ketika bertemu binatang buas akan menyebabkan tubuh bersedia melawan atau lari (flight or fight) dan dalam keadaan ini hormon adrenalin dan kortisol yang keluar akan membantu sese–orang keluar dari masalah itu.


Dalam zaman moden, tekanan akibat kerjaya, keluarga, masyarakat dan wang menyebabkan tubuh memberi tindak balas serupa iaitu menghasilkan hormon ini secara berterusan dan dalam jumlah tinggi.


Apabila hormon ini terlalu tinggi dalam tubuh seseorang, ia mengganggu kesihatan jantung dan sistem pembuluh darah.


Menurut kajian diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation pada 2000 bertajuk Mental Stress Induces Transient Endothelial Dysfunction in Human, setiap kali seseorang mengalami tekanan, akan berlaku kerosakan dinding dalaman saluran darah (endothelial dysfunction) selama empat jam.


Kerosakan ini akan menyebabkan saluran darah rosak dan kolesterol lebih mudah mendap. Kesan jangkamasa panjang akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan akhirnya berlaku penyakit jantung, darah tinggi dan strok.


Satu lagi kajian dilaporkan dalam Jurnal Perubatan British (BMJ) pada 2006 bertajuk Chronic Stress At work and The Metabolic Syndrome: Prospective Study membabitkan 10,308 lelaki dan wanita berkerjaya berumur antara 35 hingga 55 tahun.


Kajian ini menunjukkan tekanan akibat pekerjaan menyumbang kepada faktor risiko tinggi untuk penyakit jantung iaitu sindrom metabolik.


Seseorang yang mengalami tekanan ting–gi dan tidak terkawal akan berisiko tinggi mendapat darah tinggi, kolesterol tinggi, perut buncit, obesiti dan penyakit jantung.


Memilih cara tidak sihat untuk menurunkan tekanan seperti merokok, minum kopi berlebihan, makan makanan atau minuman manis, minum arak, mengambil dadah dan ubat penenang akan memburukkan kesihatan seseorang.


Oleh itu, mengawal tekanan dengan cara lebih sihat sangat penting untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.


Makan secara sihat dan bersenam dengan lebih kerap juga membantu mengurangkan tekanan. Selain itu, bersukan seperti badminton, futsal dan golf adalah kaedah baik untuk bersenam sambil mengurangkan tekanan.

 
Bersikap positif dan menghadapi cabaran hidup secara positif adalah terapi tekanan yang sangat baik. Malah, kajian menunjukkan seseorang yang bersikap positif mempunyai risiko penyakit jantung lebih rendah.


Sebagai seorang Islam, solat, berzikir dan membaca al-Quran adalah kaedah terbaik untuk menurunkan kadar tekanan sese–orang.


Bergaul dengan masyarakat termasuk berjemaah di masjid, membuat kerja amal dengan membantu dan bersedekah kepada orang lebih susah dan memerlukan akan membantu mengurangkan tekanan.

sumber
---------------------------------------------------------

Shaklee juga ada vitamin yang sesuai untuk kesihatan jantung iaitu 

CoqHealth Plus..


Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Isnin, 9 Disember 2013

FAQ Mengenai COQ Health Plus Shaklee

COQ Health Plus Shaklee (COQ10) adalah produk yang dihasilkan oleh Shaklee untuk membantu dalam memelihara kesihatan jantung secara khususnya namun ia juga memberikan kelebihan lain kepada badan kita.





Antara soalan-soalan (FAQ) mengenai COQ Health Plus (COQ10):

1. Apakah itu COQ Health Plus (COQ10)?
COQ10 adalah suplemen yang yang mengandungi Co-Enzyme Q10 ,Vitamin E dan diekstract daripada teh hijau.


2. Apakah fungsi Vitamin E bersama COQ10?

Kombinasi antara Vitamin E bersama COQ10 membantu mengukuhkan keupayaan antioksida yang terdapat dalam Vitamin E kerana COQ10 membantu untuk mengitar dan menjana semula Vitamin E iaitu memberikan perlindungan yang sempurna kepada sel-sel badan kita. 



3. Bagaimana teh hijau yang diekstrak membantu bersama dalam COQ10?
Sebenarnya the hijau yang telah diekstrak mengandungi procyanidins yang ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium iaitu lapisan tisu kapilari darah dan jantung.

4. Siapakah yang boleh ambil COQ10?
 -Mereka yang ingin menjaga kesihatan jantung ataupun alami masalah jantung ( Coq10 membantu meningkatkan tenaga otot jantung dan baiki kapasiti mengepam ke jantung ).
- Mereka yang mengalami masalah kesuburan terutamanya lelaki kerana Co-Enzyme dipercayai meningkatkan keupayaan sperma
- Mereka yang mengalami keletihan
- Mereka yang mengalami migrain
- Mereka yang inginkan kulit cantik dan sihat kerana COQ10membantu membaiki peredaran darah (membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasikan sel baru yang lebih muda)

5. Berapa biji COQ10 boleh diambil satu hari?
Ambil setiap hari 1 capsul selepas makan

6. Apakah perbezaan COQ10 Shaklee dengan produk yang lain?
Coq10 Shaklee dihasilkan daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya yang merupakan satu-satunya COQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai terhadap kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan COQ10.Selain itu, COQ10 adalah bebas gluten.

7. Siapakah yang tidak boleh ambil COQ10?
- Wanita mengandung
- Wanita yang menyusukan anak
- Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun.
- Mereka yang mengambil ubat tekanan darah perlu rujuk kepada doktor dulu.

Berminat untuk dapatk COQ10 jom hubungi saya yea..

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Info Sakit Jantung & Cegah Dengan CoQHealth Plus Shaklee

SAKIT JANTUNG
Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya “kolesterol”.



SERANGAN SAKIT JANTUNG
Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.
Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan “serangan sakit jantung”.
FAKTOR PENYEBAB

Asap Rokok
~ Mempercepatkan pembekuan darah
~ Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
~ Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
~ Tekanan Perasaan
~ Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
~ Tekanan darahnya juga meningkat.
~ Kandungan Lemak Yang Tinggi
Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.

Kurang bersenam
* Senaman penting untuk menguatkan jantung.
* Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung.  Bersenamlah.

Darah Tinggi
* Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
* Jantung “terpaksa” mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
* Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
* Kencing Manis
Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung

Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari
* Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
* Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
* Jika anda merokok.
* Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
* Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
* Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
* Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
* Jika anda kurang bersenam.
* Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
* Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?
- Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
- Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
- Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
- Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
- Digalakkan memakan daging putih “white meat” seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah “red meat” seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
- Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
- Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.

Oleh itu, pengambilan supplement amatlah diperlukan kerana ia membantu bagi mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting untuk tubuh kita.

Shaklee memperkenalkan CoQHealth Plus!
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA   khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Khamis, 28 November 2013

Tips Penjagaan Jantung Dan Cegah Dengan Vitamin Shaklee


Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.

Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh.


Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.

Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?


Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.



Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.


Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.


Kawalan berat badan
Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.

Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.

Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.



Pemakanan
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.

Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.

Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.

Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.

Berhenti merokok
Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.



Bersenam
Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.

Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.


Perubahan gaya hidup
Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.

Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.


Selain itu, pengambilan supplement tambahan amatlah diperlukan kerana ia membantu bagi mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting untuk tubuh kita. Jadi, Shaklee juga mempunyai vitamin yang sesuai untuk Jantung..Shaklee memperkenalkan  CoQHealth Plus..Klik untuk tahu kelebihannya


Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA   khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

20 Makanan Untuk Jantung Yang Sihat

Jantung merupakan satu muscular organ yang besarnya hanyalah seperti segenggam tangan. Ianya terletak di belakang, bahagian kiri dada. Jantung berfungsi untuk mengepam darah melalui rangkaian arteri dan vena yang juga dipanggil sebagai kardiovaskular. 

Ada 20 makanan yang boleh diambil untuk Jantung yang sihat! Makanan tersebut mengandungi nutrisi yang membantu tubuh kita menjaga kesihatan jantung kita.

HERBA YANG SEGAR
- Herba yang segar yang dicampurkan ke dalam makanan membantu jantung agar sihat
- Boleh menggantikan garam, gula, dan lemak trans
- Rosemary, sage, oregano, dan thyme mengandungi anti-oksidan
KACANG HITAM
- Kacang hitam dipenuhi dengan nutrisi yang menyokong kesihatan jantung termasuk folate, anti-oksidan, magnesium, dan serat
- Nutrisi tersebut membantu mengawal kolesterol dan kadar gula dalam darah

IKAN SALMON
- Ikan salmon kaya dengan Omega-3, EPA, dan DHA yang merupakan makanan utama untuk kesihatan jantung
- Omega-3 boleh mengurangkan risiko rhythm disorders dan mengurangkan tekanan darah
- Membantu dalam mengurangkan triglycerides dan mengurangkan keradangan
- American Heart Association mencadangkan 2 hidangan salmon atau minyak ikan dalam seminggu

IKAN TUNA
- Tuna juga kaya dengan omega-3 untuk kesihatan jantung
- Albacore mengandungi lebih omega-3 berbanding dengan jenis tuna yang lain
- Antara sumber lain omega-3 ialah mackerel, herring, lake trout, ikan sardin, ikan bilis

MINYAK ZAITUN
- Extra virgin minyak zaitun kaya dengan anti-oksidan yang dikenali sebagai polifenol, baik untuk kesihatan jantung
- Membantu mengurangkan paras kolesterol
- Membantu melindungi saluran darah

WALNUTS
- Pengambilan 1.5 ounces walnuts sehari boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dan keradangan pada saluran arteri jantung
- Walnuts kaya dengan omega-3, monounsaturated fats, dan serat

ALMONDS
- Almonds kaya dengan sterol tumbuhan, serat, lemak jantung yang sihat
- Membantu mengurangkan kolesterol LDL
- Mengurangkan risiko kencing manis

EDAMAME
- Kacang soya hijau yang terkenal di Jepun
- Kaya dengan protein soya yang membantu menurunkan tahap triglyceride darah
- 1 ½ cawan edamame mempunyai 9 gram serat bersamaan dengan 4 keping roti gandum

TOFU
- Jadikan soya protein sebagai makanan utama seperti menjadikan tofu as main dishes instead of daging merah
- Kaya dengan mineral untuk kesihatan jantung, serat, polyunsaturated fats of soy
- Membantu mengelakkan arteri tersebut disebabkan oleh lemak tepu

SWEET POTATOES
- Mempunyai indeks glycemic yang rendah dan mengawal kandungan gula dalam darah
- Mengandungi kandungan serat yang mencukupi, vitamin A, lycopene untuk kesihatan jantung yang lebih baik

ORANGES
- Mengandungi serat yang mengawal kadar kolesterol
- Mengandungi potassium yang mengawal tekanan darah
- Membantu meningkatkan fungsi saluran darah dan mengawal tekanan darah melalui antioxidant hesperidin

SWISS CHARD
- Sayuran hijau kaya dengan kalium dan magnesium yang membantu mengawal tekanan darah
- Juga mengandungi serat, vitamin A, antioxidants, lutein dan zeaxanthin untuk kesihatan jantung

LOBAK
- Membantu mengawal kandungan gula dalam darah
- Mengurangkan risiko terkena kencing manis
- Mengandungi serat mudah larut yang membantu mengawal kadar kolesterol

BARLEY
- Kandungan serat membantu merendahkan kadar kolesterol dan juga kadar gula dalam darah

OATMEAL
- Membantu merendahkan tahap kolesterol LDL
- Membantu mengawal dan mengekalkan kandungan gula dalam darah

FLAXSEED
- Mengandungi 3 element yang baik untuk jantung iaitu serat, phytochemicals (lignans), dan ALA (asid lemak omega-3)
- Badan akan menukarkan ALA kepada Omega-3, EPA, dan DHA

LOW-FAT YOGURT
- Membantu mengawal tekanan darah
- Mengandungi 2 kali ganda khasiat kalsium dan potassium

CHERRY
- Merupakan antioxidant yang membantu melindungi saluran darah

BLUEBERRIES
- Menyokong kesihatan jantung
- Mengandungi ellagic acid, beta-carotene, lutein, vitamin C, folate, magnesium, potassium, dan serat 

KOPI
- Kajian mendapati 3 - 4 cawan kopi membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 25 %
- Kopi dan teh membantu melindungi jantung

Semoga perkongsian ini membantu anda supaya melindungi jantung anda. 
credit
---------------------------------------------------------
Shaklee juga ada vitamin yang sesuai untuk kesihatan jantung iaitu CoqHealth Plus..
 
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir