Memaparkan catatan dengan label Bayi / Kanak-Kanak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bayi / Kanak-Kanak. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Februari 2016

Kalau Anak Anda terkena Chicken Pox..Ini Yang Harus Dilakukan..

Assalamualaikum..

Kalau anak anda terkena chicken pox.. Ini yg harus dilakukan..

Kalau ini pengalaman pertama anak anda diserang chickenpox, baik anda baca tip ini sehingga habis untuk mengetahui apa yang patut dilakukan.

1. Segera berjumpa doktor
Mula-mula sekali jika anda mengesyaki anak mungkin diserang chickenpox, segera bawa dia berjumpa doktor untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan.

2. Bagi anak minum air kelapa
Ini petua orang tua-tua yang sangat berkesan untuk merawat chickenpox. Air kelapa bagus diminum ketika awal terkena chickenpox kerana ia dikatakan membantu mengeluarkan chickenpox tersebut ke seluruh badan. Air kelapa juga bagus dibuat mandi oleh pesakit chickenpox.

3. Kuarantin anak daripada pengasuh/nurseri
Anak anda memang wajib kena kuarantin. Jika tinggal di rumah pengasuh atau nurseri, ia bermakna anda tidak boleh menghantar anak sepanjang dia tidak sihat. Chickenpox mudah berjangkit. Nanti ada ibu bapa lain yang akan menjeling jika anda terus menghantar anak ke nurseri atau rumah pengasuh.

4. Bergilir jaga anak
Inilah masanya ibu dan ayah perlu berkorban. Banyak kerja di pejabat? Ia bukan alasan jika anak kena chickenpox terutama jika anda tiada pembantu rumah. Anda berdua perlu bergilir-gilir mengambil cuti untuk menjaga anak di rumah. Kalau banyak kerja pejabat, boleh sahaja buat dari rumah. Asalkan ada internet di rumah, tiada masalah!

5. Sapu losyen calamine
Doktor akan membekalkan anda losyen calamine. Mesti sapu losyen ini dengan kerap pada badan anak untuk mengurangkan kegatalan. Kalau petua orang lama dulu, menyarankan pesakit chickenpox tidur beralaskan daun semambu. Kini dengan losyen calamine, tak perlu guna lagi mencari daun tersebut. Dengan losyen calamine, rawatan lebih mudah dan cepat.

6.Ambil paracetamol kanak-kanak
Pastikan anda ada termometer untuk memantau suhu badan anak. Jika badannya panas, ambil sirap paracetamol kanak-kanak untuk mengurangkan demam yang boleh mencecah suhu sehingga 39 darjah selsius.

7.Pakaikan lampin sahaja
Jika anak anda masih memakai lampin pakai buang, biarkan dia hanya berlampin sahaja sepanjang di rumah. Ini bagi mengelakkan badannya cepat berpeluh jika anda memakaikan dia pakaian. Badan yang berpeluh dan panas akan menyebabkan anak mudah gatal.

8.Minum banyak air masak
Anak anda mungkin tiada selera makan. Bagi memastikan dia tidak mengalami dehidrasi, bagi anak minum banyak air serta makanan berbentuk cecair seperti sup, jus buah atau yogurt.

9. Kerapkan sesi penyusuan susu ibu
Bayi berusia enam bulan ke bawah tidak boleh diberi makanan lain selain susu ibu. Tetapi ibu yang menyusukan anak boleh minum atau makan makanan yang berkhasiat. Jadi, kerapkan penyusuan susu ibu kerana susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak. Begitu juga jika anak anda masih menyusu susu ibu walaupun dia sudah mula makan makanan pejal.

10. Banyak bersabar
Anak anda akan banyak merengek, menangis dan meragam. Jangan cepat hilang sabar dan marahkannya. Dia terlalu kecil untuk menahan kesakitan yang dialami. Jika orang tua yang kena chickenpox pun boleh merintih kesakitan, apatah lagi anak kecil yang tidak faham apa-apa lagi. Layanlah kerenah dan kemahuannya, banyakkan memeluk dan memberi perhatian kepada anak.

11. Elak makanan laut
Jangan bagi anak makan makanan laut selagi dia belum sembuh daripada chickenpox. Begitu juga bagi ibu yang menyusukan anak. Elak makan makanan laut.

12. Vitamin E hilangan parut
Selepas anak sembuh daripada chickenpox, ia akan meninggalkan kesan parut di badan anak. Tentu anda susah hati melihat parut tersebut. Anda boleh cuba menggunakan kapsul Vitamin E dengan cara mengeluarkan cairan kapsul itu dan lumurkan pada parut anak anda.Minyak tea tree juga dikatakan boleh membantu menghilangkan parut.

13. Banyakkan berdoa
Sebagai seorang muslim, doa adalah senjata ampuh paling mujarab apabila menghadapi musibah. Selain berusaha dengan rawatan moden dan tradisional, jangan lupa banyakkan berdoa memohon kepada Yang Maha Esa kerana dialah sebaik-baik Penyembuh.

kredit fb Wanita Idaman

Rabu, 11 November 2015

Vitamin Yang Diperlukan Kanak Kanak

Assalamualaikum..

Sebagai ibu bapa, kesihatan anak-anak perlu dijaga supaya perkembangannya stabil. Oleh itu, pastikan vitamin dan nutrisi tersebut diberikan kepada anak-anak kita seawal yang mungkin.


1. VITAMIN A
  • Amat diperlukan oleh anak-anak untuk perkembangan penglihatannya terutama penglihatan warna dan di waktu malam
  • Memberikan sistem imunisasi
  • Vitamin A boleh didapati daripada lobak merah, sayuran dan buah-buahan lain seperti tembikai dan sweet potato. Susu juga tinggi dengan vitamin A
2. VITAMIN B
  • Anak-anak memerlukan vitamin B yang juga mengandungi thiamin, riboflavin, niacin, folate, pantothenic acid, B6, B12, Biotin untuk memberikan tenaga
  • Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan anemia
  • Vitamin B terdapat dalam ikan, ayam, whole grains, tenusu
3. VITAMIN C
  • Membantu mencegah selsema, dan jangkitan kuman
  • Anak-anak boleh mendapatkan vitamin C daripada jus oren, atau buah oren itu sendiri. Strawberi, tomato, tembikai juga merupakan sumber vitamin C
4. VITAMIN D
  • Untuk menguatkan gigi dan tulang
  • Membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang
  • Boleh didapati daripada tuna, susu, cereal, atau telur
5. CALCIUM
  • Untuk membina tulang dan gigi yang kuat
  • Kekurangan kalsium dalam badan anak-anak boleh memudaratkan mereka di usia tua kelak
  • Susu dan yogurt kaya dengan kalsium
6. CHOLINE
  • Sel memerlukan nutrisi choline ini untuk sistem saraf mereka bertindak dengan lebih baik
  • Telur, ikan, daging lembu, ayam, brocolli adalah contoh makanan yang kaya dengan choline
7. ZAT BESI
  • Membantu dalam peredaran darah
  • Zat besi terdapat dalam sel darah merah akan membawa oksigen ke badan anak anda
  • Makanan seperti daging, beans kaya dengan zat besi
8. MAGNESIUM
  • Penting untuk menambahkan tenaga
  • Pengambilan magnesium juga membantu jantung anak anda berfungi dengan baik
  • Bran cereal, brown rice, tofu, beans, badam, dan kekacang lain kaya dengan magnesium
9. POTASSIUM
  • Sel dan organ dalam badan memerlukan potassium
  • Penting untuk mengawal tekanan darah
  • Penting untuk memastikan jantung berfungsi dengan baik
  • Pisang kaya dengan potassium, selain dari sweet potato, white beans, yogurt kurang lemak
10. ZINC
  • Membantu meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan kuman, selsema
  • Ayam dan bean kaya dengan zinc
sumber dari blog
- Mummy Ira -

Makanan Untuk Anak Deman

Assalamualaikum.. 

Seperti orang dewasa, anak-anak demam tidak akan berselera untuk makan. Jadi apakah makanan yang sesuai untuk anak anda sewaktu dia demam?
Secara umumnya, demam bukanlah penyakit. Tubuh anak-anak akan berasa panas akibat dari tindakbalas melawan jangkitan dan penyakit lain. Demam biasanya disebabkan oleh jangkitan bekateria, virus dan kulat.
anak demam Menu untuk Anak Demam: Tips & Info

Gejala biasa ketika demam ialah
1. Tidak berselera makan
2. Lesu
3. Berpeluh
4. Lemah
Oleh yang demikian, untuk memastikan anak kembali bertenaga, para ibu bapa perlulah lebih prihatin tentang pemakanan anak-anak anda.
 
Tips:
  • Makanan yang diberi kepada anak-anak perlulah tinggi kalori, tinggi protein, rendah lemak dan banyak air.
  • Pada 2 sehingga 3 hari anak demam, anda harus pastikan sang anak mengambil banyak cecair dengan memberinya makan sup, air glukosa dan bijirin bersama susu.
  • Makanan untuk anak demam mestilah lembut dan mudah dihadamkan serta diserap oleh tubuh seperti pisang, tauhu dan betik.
  • Pengambilan makanan kaya protein perlu dipertingkatkan. Oleh itu berilah anak anda makan susu, telur dan kacang dal.
  • Elakkan dari memberi anak anda makan makanan yang susah untuk dihadam.
  • Selain protein, kanak-kanak demam juga perlu meningkatkan pengambilan vitamin A, vitamin C, vitamin B, kalsium, besi dan sodium.
Makanan yang boleh diambil:
Jus buah-buahan, air glukosa, susu, air kelapa, air barli, telur, sup, bijirin, ikan bakar, sayur rebus, buah-buahan sitrus.
 
Makanan yang perlu dielakkan: 
Mentega, minyak sapi, minyak sayur-sayuran, makanan bergoreng, makanan berempah, makanan terlalu banyak serat, sup krim.
Sumber Pa&Ma 

- Mummy Ira -

Adakah Botol Susu Bayi Anda Bebas BPA?

Assalamualaikum..




Apa itu Bisphenol A (BPA)
BPA merupakan bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botolsusu bayi polikarbonat.

Kesan BPA kepada kesihatan manusia 
BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus menganggusistem fungsi tubuh. Walau bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankanberhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan tidak pasti serta tiadajaminan keselamatan bayi yang terdedah kepada BPA.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil keputusan mengharamkan penggunaanbotol susu bayi polikarbonat mulai 1 Mac 2011. Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi dan kanak-kanak.
Dalam tempoh 1 tahun, sekiranya pengguna masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada BPA.

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi
  • Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
  • Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi BPA. Botol susu ini
  • boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi (ada nombor 7 dalam simbol segi tiga kitar semula):
  • Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan "BPA Free" atau "Bebas BPA"
Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbona
  • Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  • Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan tercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Pengguna boleh membuat pilihan dengan menukar botol susu polikarbonat kepada botol susu bebas BPA mengikut kemampuan masing masing. 
Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), 
polyethersulfone (PES), 
polyamides (PA), 
kaca dan lain lain.
- google -

- Mummy Ira -