Assalamualaikum..
Kepada ibu-ibu ang menyusukan anak walaupun dah bermacam-macam usaha anda lakukan untuk memastikan susu sentiasa cukup dan meriah tapi jangan lupa untuk berdoa. Kerana kita tahu bahawa susu itu adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk anak kita dan dari Dia jugalah kita memohon agar murah rezeki susu untuk anak kita..InsyaAllah..
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....
1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
Beberapa tips untuk mengumpulkan stok yang banyak....
Sebenarnya nak dapatkan supply susu ibu yang banyak adalah sesuatu yang perlu diusahakan. Penghasilan ini melibatkan otak, hormon dan tubuh badan kita yang kita tidak dapat kawal dengan butang 'on-off'. Perlu banyak usaha untuk memberi signal pada otak dan hormon. Disini saya nak kongsikan beberapa tips-tips yang dari ibu-ibu yang telah berjaya dalam mengumpul stok yang banyak. Moga ini dapat memberi sedikit info pada ibu-ibu ya:-
Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.
Penyusuan susu ibu tidak mudah seperti yang disangka. Perlukan pengorbanan, ketabahan dan kesabaran yang tinggi. Jika ia nya sangat mudah, mustahil ganjarannya sangat besar di sisi Allah. Jika hikmah penyusuan susu ibu tidak banyak, mustahil susu ibu diberi galakan oleh Al-quran.
Cabaran setiap orang tak akan sama. Ada yang susunya sedikit. Ada yang bayinya cerewet. Ada yang fizikalnya agak bermasalah.. Belum termasuk lagi tentang melecet, perlu bangun malam, komitmen mengepam jika bekerja dan banyak lagi.
Jika ada persediaan mental sejak mengandung, niat murni nak menyusukan bayi sepenuhnya, pasti segalanya lebih mudah. Tapi jangan biarkan persediaan mental dan niat sahaja tanpa bekalan ilmu tentang penyusuan. Timba ilmu tentang penyusuan dari awal, sebelum lahirnya bayi ke dunia.
“Semua haiwan menyusukan anak mereka dengan susu sendiri. Bayi manusia juga sepatutnya disusukan dengan susu ibu sendiri kerana apa yang bayi perlukan terkandung dalam susu ibu,” kata Timbalan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (II) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Noor Haliza Yusoff.
Menurutnya, berbanding susu formula yang diperbuat daripada susu lembu, komposisi zatnya sama sekali tidak sama walaupun ada pihak yang mendakwa ia lebih kurang sama dengan susu ibu. “Tiada susu formula yang boleh menyerupai susu ibu. Itu keajaiban susu ibu dan ia dinamik. Komposisi zat yang terkandung dalam susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam adalah berlainan.
Kegagalan memberikan penyusuan efektif menyebabkan bayi tidak dapat membesar dengan baik dan mungkin susu ibu pula yang dipersalahkan. Penyusuan tidak efektif dan ditambah pula dengan teknik yang tidak betul menyebabkan luka puting, bengkak susu dan sebagainya membuatkan sesetengah ibu serik untuk memberikan susu badan.Jom kita baca tips menjayakan penyusuan susu ibu
Bayi sejak lahir hingga 6 bulan
- Susukan bayi anda sebaik sahaja menerimanya. Inilah masanya untuk bayi anda belajar latching buat kali pertama.
- Di awal kelahiran antara tempoh 0-5hari bayi biasanya menerima kolustrum iaitu susu likat berwarna kuning sebagai antibodi. Jangan panik jika tidak keluar susu putih seperti ibu yang telah sedia menyusu kerana ianya normal dan ianya mencukupi untuk bayi anda. Kolustrum yang dikeluarkan hasil marmet iaitu perahan tangan atau hasil pam hendaklah dihabiskan oleh bayi. Jangan buang! Suap gunakan sudu ke mulut bayi.
- Kejutkan bayi anda dari tidur setiap 2jam. Ianya juga penting untuk membantu bayi kekal aktif dan dapat melawan jaundis sekiranya ada.
- Selepas pengeluaran kolustrum selesai, barulah susu putih akan keluar dalam bentuk hindmilk dan foremilk. Hindmilk lebih pekat dan berlemak berbanding foremilk.
- Harus diingatkan, bayi menangis bukan kerana dia kelaparan sahaja tapi kerana faktor lain seperti penyesuaian diri dan mungkin juga sakit tali pusat yang sedang mengecut. Pada masa ini ibu dan bayi masih sama-sama belajar untuk menyusukan dan disusukan. Pastikan ibu dan bayi berada pada posisi yang betul untuk mengelakkan kemelecetan.
- Stok susu bagi ibu yang akan bekerja boleh mula disimpan sebaik sahaja susu putih telah keluar. Eloklah sekiranya tidak dibazirkan begitu sahaja terutamanya jika ibu akan bekerja.
- Para ibu dinasihatkan untuk minum air panas yang disuamkan dalam tempoh 3-5minit sekurang-kurangnya secawan setiap satu jam. Elakkan ais terutamanya untuk 3bulan pertama dan teruskan jika anda yakin ianya tidak mengganggu production susu.
- Bagi ibu yang telah mula bekerja, pastikan anda konsisten mengepam sekurang-kurangnya 3kali sepanjang masa bekerja dan konsisten membuat stok susu pada sebelah malamnya sambil tandem nursing bayi anda. Teruskan power pumping selama 2tahun supaya risiko low production dapat dikurangkan.
Bayi 6 bulan ke atas
- Bayi yang berusia 6bulan ke atas sudah boleh diberi makanan tambahan. Sekiranya para ibu memilih untuk terus menyusukan sahaja, tahniah! Bukanlah satu kewajipan untuk memberi bayi anda makan sebaik sahaja bayi berusia 6bulan.
- Bayi yang diberi makan tetapi masih mengekalkan susu ibu sepenuhnya dipanggil Fully Breast Feed atau FBF.
- Mulakan suapan sebulan yang pertama dengan memberi puri buah-buahan untuk sekali sehari biasanya pada waktu makan tengah hari. Puri tidak perlu dicampur dengan apa-apa bahan lain seperti bubur dan susu ibu. Boleh mulakan dengan epal, carrot, pear, pisang, avocado (lecek sahaja), labu, brokoli, celery dan sebagainya dengan cara mengukus dan diblendkan sehingga hancur.
- Jika bayi anda belum bersedia, jangan paksa. Elakkan dari beri nestum segera. Homemade pilihan terbaik.
- Sebulan kedua, boleh mula memberi bubur bercampur puri tersebut dan bayi anda pasti sukakannya.
- 2 minggu berikutnya, Perlahan-lahan perkenalkan bayi anda dengan ikan isi putih dan bilis, ayam, sayur dan daging. Nasi, sayur, ayam dan daging masih perlu dikisar halus supaya bayi tidak tercekik. Isi ikan perlu dihancurkan. spaghetti yang direbus hingga lembut juga boleh. Begitu juga dengan mee suah. Roti dan biskut tanpa krim juga baik untuk bayi anda.
- Perkenalkan bayi anda kepada pelbagai jenis sayuran, buahan dan daging. Ini baik untuk mengelakkan bayi anda dari menjadi seorang picky-eater.
- Ketika bayi berusia hampir 12 bulan, boleh mula berikan nasi yang dihancurkan atau dilenyek tanpa perlu diblend.
Bayi 1 tahun ke atas
- Bayi berusia satu tahun ke atas sebaiknya masih menjadikan susu ibu sebagai pilihan terbaik kepada bayi anda. Bagaimanapun, bayi boleh mula diajar untuk minum fresh milk. Fresh milk lebih baik untuk diberikan berbanding susu formula kerana tidak melalui proses yang lama dan panjang. Expired date nya juga lebih pendek. Antara susu fresh terbaik adalah susu kambing.
- Jus buah-buahan juga telah boleh diperkenalkan pada masa ini. Sebaiknya homemade jika beli yang di pasaraya, pastikan kandungan gula tidak terlalu tinggi bagi bayi.
- Tambahan perasa sebaiknya dielakkan.
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.
Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.
1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
7. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
9. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
10. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.
pa n ma
Jom kita cuba tips untuk berpuasa bagi ibu menyusu meneruskan niat anda untuk terus dengan penyusuan ibu walaupun perlu melalui saat getir berpuasa. Mudah-mudahan Allah permudahkan niat kita untuk terus berpuasa penuh sebulan.
1) Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.
2) Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah yg mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak
1) Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.
2) Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah yg mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak