Memaparkan catatan dengan label BREASTFEEDING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BREASTFEEDING. Papar semua catatan

Isnin, 26 Januari 2015

Tip Menyusu Di Tempat Awam

Assalamualaikum..


Jika dulu ibu menyusu anak dengan susu ibu masih lagi dibelenggu perasaan malu untuk menyusukan anak di khalayak. Selalunya ibu kelam kabut mencari lokasi paling selamat ketika si kecil menangis mahu menyusu. Akibatnya ibu dan bayi menjadi tidak selesa kerana terpaksa 'mencuri-curi' menyusukan anak di khalayak.

Namun kini situasi tersebut semakin berkurangan ekoran kebanyakan ibu menyusu sudah semakin berkeyakinan dan bangga untuk menyusukan anak dengan susu ibu walaupun di tempat awam. Apa pun ibu masih tetap menjaga maruah diri tanpa perlu menunjukkan apa yang tidak sepatutnya kepada khalayak walaupun sedang menyusukan bayi.

Dengan pelbagai kemudahan aksesori menyusu yang dicipta khusus untuk ibu tugas menyusukan anak di khalayak menjadi semakin mudah tanpa masalah.
Bagi ibu baharu yang masih kekok, jadikan tip berikut sebagai pembakar semangat untuk anda terus menyusukan susu ibu di mana-mana pada bila-bila masa.

1. Yakin diri

Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak ramai. Fikirkan bahawa kita mahu memberikan yang terbaik kepada bayi kita.
2. Fokus
Kita harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu.

 
3. Lokasi


Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.

4. Pakaian khusus


Sarungkan pakaian penyusuan dan gunakan poncho atau kain pendakap ketika menyususkan bayi.

5. Bantuan


Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketiga boleh menjadi 'dinding' sementara saat penyusuan berjalan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu sekiranya tempat tersebut tidak menyediakan kemudahan bilik menyusu untuk ibu dan anak.

  Pa&Ma 

Khamis, 23 Oktober 2014

5 Petua Banyakkan Susu Ibu Semasa Berpantang

Assalamualaikum

Jom kita baca 5 petua untuk banyakkan susu ibu semasa berpantang, seeloknya diamalkan seawal mungkin:

Petua Banyakkan Susu Ibu Semasa Berpantang
1. Perah susu ibu

Semasa sedang berpantang ni, bonding dengan baby mula dibina. Jadi, sentiasa berikan hanya susu badan secara terus. Bila bayi telah lena, perah susu badan untuk memastikan payudara benar-benar kosong. Petua penting ni..supaya walau baby minum sikit, demand tetap ada. Jika bayi hanya minum di sebelah payu dara, perah payu dara sebelah lagi. Boleh guna pump atau marmet. Lagi rajin ibu perah, lagi banyak susu ibu yang bakal terhasil.

Susu perahan atau EBM ni jangan pula diberikan pada bayi diperingkat awal. Hanya guna masa 2 minggu sebelum mula bekerja itupun bukan setiap masa. Mula dengan sehari sekali EBM semasa 2 minggu sebelum mula bekerja sebagai latihan untuk bayi.

Jika ibu rasa sangat penat kerana waktu berpantang inilah badan sedang nak recover, ibu sangat digalakkan untuk mengambil Energizing Soy Protin ( ESP) dan Vitalea sebagai pelengkap nutrisi dan penambah tenaga. Yang paling best, supplemen ESP dan Vitalea ni dapat membantu banyakkan susu ibu semasa berpantang. Kenapa? Sebab badan sihat memainkan peranan untuk banyakkan susu. Bonus, badan ibu lebih cepat pulih dari lepas bersalin dan kulit lebih CANTIK.


 

 

2. Minum banyak air kosong

Oleh kerana susu ibu sememangnya dari air jadi ibu kena pastikan minum cukup air masak, sekurang-kurangnya 2 liter. Dalam kita berpantang ni, petua penting.. pantang juga minum air sejuk, kang sampai ke kaki dan satu badan sejuk. Kalau nak minum sekali sekala bolehlah. Saya pun tak ada la tak minum langsung tapi yang part sejuk sampai ke kaki tu memang pengalaman sendirilah. Air suam panas sangat bagus dan sesuai. Minum banyak. Jangan takut dan tahan-tahan kencing. Nanti penyakit lain pula yang datang. Minum banyak air kosong penting untuk banyakkan susu ibu semasa berpantang dan menggantikan kehilangan air dari badan.

3. Susu Formula is not an option

Kalau kita dah ready dengan susu formula, selalunya kita akan cepat kalah dan menyerah. Paling bagus, jangan ada susu formula bayi dalam rumah dan jangan dengar suara-suara yang membuat kita tergugat. We mothers know best and susu ibu is the best! Petua nak tahan telinga adalah senyum dan angguk sahaja dan kesiankan orang yang berkata-kata itu. Kita manusia ja yang selalu buat susu formula sebagai option, padahal mamalia lain tak ada option selain breastfeeding. Susu formula adalah pilihan ke-4 selepas susu ibu sendiri, EBM dan susu ibu dari ibu susuan.

4. Jaga makan minum

Ada makanan yang boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu seperti kobis. Ia boleh buat susu ibu kering untuk kebanyakkan wanita. Ada minuman dan makanan yang menggalakkan susu ibu seperti susu, halba, lobak putih, alfalfa. Amalkan makanan dan minuman yang tinggi kalsium dan protein seperti susu, brokoli dan ikan. Ini kerana komposisi susu ibu tinggi dari kedua-dua jenis nutrisi ini.

Susu seperti teman sejati ibu-ibu yang menyusu sejak dari mengandung lagi. Namun, ramai juga yang tak lalu minum susu kan. Jadi, pilihan yang bijak adalah mengambil OSTEMATRIX, kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk meningkatkan penyerapan. Malah juga dapat hilangkan sakit-sakit badan juga selain mengurangkan sembelit.

5. Sentiasa positif, yakin dan jangan stress

Buat para ibu, jangan terlalu stress n tak happy..selalu happy dan sentiasa positif. Allah pasti akan membantu. Yakin dengan kuasa Allah. Sometimes, emosi kita sampai ke anak tau. Jadi, nak anak happy, susu meriah kita pun kena happy2 ja.

Selalunya, kalau anak dah masuk 2, 3, 4 dan seterusnya.. kesabaran tu tergugat juga dengan kerenah anak-anak lain..Kadang2 tu kita akan sedikit stress so..boleh juga amalkan ambil B Complex untuk bantu kawal emosi. Kita juga boleh minta tolong orang lain sementara kita nak bertenang. Jangan malu kerana kita sedang melakukan yang terbaik.
 

 

Jika perlukan supplement Shaklee untuk membantu, jangan segan-segan untuk contact saya k..

Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Khamis, 4 September 2014

Inverted Nipple (Puting Tenggelam) Bolehkah Menyusu Bayi?

Adakah anda salah seorang yang mempunyai puting tenggelam atau puting leper? Ramai yang masih beranggapan masalah inverted nipple (puting tenggelam) atau flat nipple (puting leper) adalah penghalang bagi mereka untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu.

Contoh Inverted Nipple (Puting Tenggelam),Flat Nipple (Puting Leper




Adakah anak anda menghisap pada bahagian puting sahaja??Jika ya, ini akan menyebabkan puting luka dan melecet. Sepatutnya, mulut bayi perlu melekap pada areola (bulatan gelap pada payudara) semasa menghisap susu ibu. Justerua itu, para ibu perlu memastikan bayi menyusu susu ibu dengan posisi yang betul dan melekap pada areola dan bukan puting sahaja yang boleh menyebabkan puting luka.



Oleh itu, para ibu yang mempunyai inverted nipple atau flat nipple tidak perlu risau untuk menyusukan bayi ketika bayi lahir. Ini kerana, selepas beberapa ketika menyusukan bayi secara terus dengan susu ibu, maka inverted nipple atau flat nipple ini dapat diatasi, malah akan menjadi normal dan InsyaAllah, penusuan susu ibu akan bertambah mudah.

Tips Penyusuan Susu Ibu bagi yang Mempunyai Masalah Inverted Nipple dan Flat Nipple

  • Yakin bahawa anda mampu menyusukan bayi dengan susu ibu sejak anda mengandung lagi.
  • Sebaik sahaja bersalin, susukan bayi anda dengan susu ibu secara terus dengan cepat. Jangan gunakan puting tiruan atau botol susu.
  • Pastikan mulut bayi anda melekap pada areola payudara dan bukan pada puting sahaja yang menyebabkan puting luka dan melecet. 
  • Jika bayi anda masih tidak mahu menyusu secara terus, pam keluar puting anda menggunakan pam susu dan cepat-cepat suakan payudara pada bayi anda.
  • Tabah dan pujuklah bayi anda dengan lembut jika bayi anda mengamuk supaya bayi anda ingin menyusu dengan susu ibu dan jangan cepat mengalah.
  • Pastikan anda minum air secukupnya dan makan makanan yang berzat seta mengambil supplement menyusu bagi memastikan susu yang dihasilkan banyak dan berkualiti!
Apa pun keadaan puting anda, yakin yang ibu2 semua mampu menyusukan bayi anda dengan susu ibu Saya amat menyokong penyusuan susu ibu kerana susu ibu adalah ibarat titisan emas buat anak anda! Selamat mencuba..
-kredit blogger shaklee

Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan  
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

Sabtu, 12 Julai 2014

Petua Tambah Susu Ibu

Isu hangat yang sering diperkatakan dalam kalangan ibu yang menyusukan bayi apabila tiba Ramadan adalah jumlah susu semakin berkurangan.

Ia turut diakui oleh Kaunselor Laktasi, Siti Asma Moin mengenai situasi dihadapi ibu yang menyusukan anak dalam tempoh tertentu. 




“Situasi ini kerap berlaku apabila tiba Ramadan disebabkan terlalu risau akan mengalami kekurangan susu hingga ia turut mempengaruhi jumlah susu yang mampu dikeluarkan.

“Keadaan ini bertambah buruk apabila stok simpanan susu semakin berkurangan. Walaupun ia perkara biasa yang dihadapi sebilangan ibu, faktor kerisauan yang berlebihan akan menjejaskan pengeluaran susu,” katanya.

Tambahnya, cara untuk meningkatkan jumlah pengeluaran susu dapat ditingkatkan adalah dengan memberikan susu badan secara kerap kepada si kecil walaupun ketika berpuasa.

Selain itu, kekalkan waktu perahan susu seperti biasa bagi menggalakkan permintaan terhadap susu diteruskan hingga berakhirnya Ramadan.

Bukan itu saja, setiap ibu juga perlu bertindak kreatif melakukan pelbagai kaedah penyusuan mahupun perahan susu mengikut kesesuaian tubuh badan masing-masing.

“Buat jadual perahan yang betul dan kerap selain menyusukan bayi pada waktu malam bagi membantu pengaliran susu yang baik. Perahan susu juga perlu dilakukan dengan kaedah yang betul.

“Saya sarankan supaya ibu kerapkan mengepam susu pada waktu malam dan sebelum sahur. Pada waktu siang pula, pam susu mengikut waktu biasa yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

Ada juga ibu bertanya mengenai jenis makanan yang perlu diambil bagi memastikan jumlah pengeluaran susu dalam kadar biasa atau dapat ditingkatkan. Namun baginya jenis makanan yang perlu diambil adalah subjektif. Ini kerana pengeluaran susu banyak bergantung kepada hormon tubuh badan seseorang.

Walaupun begitu, amalan pemakanan yang seimbang dan menyihatkan serta pengambilan banyak air kosong sangat penting bagi memastikan kualiti susu dikeluarkan lebih baik.

Elakkan makanan yang tidak berkhasiat dan cadangan hidangan yang boleh diambil adalah seperti bijirin serta sayuran hijau. Tubuh yang sihat membantu menjadikan seorang ibu itu menjadi lebih cergas dan dapat menghasilkan susu yang berkualiti.

Tambahnya, jumlah pengambilan air perlu lebih banyak berbanding wanita yang tidak menyusukan bayi. Penting bagi ibu minum air masak sebelum dan selepas menyusukan bayi untuk mengelakkan badan kekurangan air. Jika di bulan puasa, minum air dengan banyak pada waktu malam bagi menggantikan cecair yang hilang sepanjang berpuasa.

Nasihatnya, terus memberikan bayi susu badan dan sentiasa berfikiran positif serta yakin susu dapat dikeluarkan seperti biasa. Puasa bukan satu isu besar untuk berhenti menyusukan anak, malah ia perlu diteruskan dengan penuh keceriaan. 

sumber
-------------------------------------------------------------------
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan  
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir
 

Ahad, 6 Julai 2014

Tips Untuk Ibu Menyusu Di Bulan Puasa

Lagi tentang Tips Untuk Ibu Menyusu Di Bulan Puasa

 


Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Sabtu, 26 April 2014

Pengambilan Ubat-ubatan Semasa Menyusu Bayi

Assalamualaikum..


Adalah penting bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi supaya lebih berhati-hati apabila menyusukan bayi mereka sekiranya waktu yang sama mereka juga mengambil ubat.Kebanyakan ubat-ubatan dirembes keluar melalui susu ibu dalam kuantiti yang sangat rendah. Sungguhpun demikian, ia masih boleh menimbulkan masalah kepada bayi.

Pada masa ini  terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan dipasaran yang sesuai digunakan oleh mereka sebagai alternatif untuk menyusu bayi mereka. Sekiranya ibu dinasihatkan agar berhenti dari menyusukan bayi mereka semasa pengambilan ubat, mereka boleh meminta nasihat dan pandangan dari para doktor untuk mengambil ubat lain yang sesuai digunakan semasa penyusuan bayi.

Ubatubatan Yang Selamat Digunakan Semasa Menyusu Bayi

* Ubat-ubatan yang digunakan untuk kegunaan luar sahaja seperti krim atau losyen untuk kulit, aerosol atau ubat mata, hidung atau telinga.

* Agen anestetik dan juga ubat penahan sakit yang digunakan selepas sesuatu pembedahan dijalankan

* Suntikan imunisasi untuk ibu-ibu termasuk suntikan yang menggunakan virus hidup yang dilemahkan seperti ‘German measles’, Hepatitis A dan B

Cara Kurangkan Pendedahan Pengambilan Ubat Terhadap Bayi Anda


* Pilih cara merawat penyakit yang tidak melibatkan penggunaan ubat-ubatan. Contohnya ubah tabiat pemakanan (diet) anda sekiranya anda sembelit, gunakan ais atau haba untuk sebarang kecederaan daripada mengambil ubat penahan sakit atau menggunakan kaedah wap apabila mengalami sinusitis daripada menggunakan dekongestan (pemecah lendir).

* Pilih ubat yang mendatangkan kesan yang paling minimum kepada bayi, contohnya gunakan lozenges (gula-gula berubat dan berangin) dan ubat kumur dari menggunakan ubat batuk

* Dapatkan nasihat dari doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakan sebarang ubat-ubatan.

* Berhati-hati apabila menggunakan teh herba, ubat-ubatan herba dan vitamin atau mineral tambahan memandangkan kebanyakan daripada produk ini mengandungi ubat dan bahan kimia yang tidak diketahui sumbernya. Dapatkan nasihat ahli farmasi sebelum menggunakannya

* Pilih produk yang mengandungi satu bahan aktif sahaja daripada produk yang diperbuat dari kombinasi pelbagai jenis bahan aktif. Ini bagi memudahkan proses pemantauan kesan ubat ke atas bayi-bayi yang menyusu.

* Elakkan mengambil ubat-ubatan yang mempunyai jangkamasa tindakan yang lama. Contohnya, pengambilan ubat yang perlu diambil setiap 12 hingga 24 jam. Adalah lebih mudah untuk mengatur masa pengambilan ubat dan penyusuan bayi sekiranya ubat-ubatan bertindak untuk jangkamasa. Susukan bayi sebelum mengambil sebarang ubat kerana pada waktu ini kepekatan ubat dalam tubuh adalah paras minima.

* Ambillah ubat sejurus sebelum waktu tidur bayi.

* Sekiranya anda mengambil ubat dan menyusukan bayi, harap perhatikan sebarang tanda-tanda luar biasa pada bayi. Contohnya, ketidakselesaan, waktu tidur yang terlalu lama, cirit birit dan ruam.

Jadi...

* Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat (termasuk aspirin) dan pil vitamin atau galian.

* Jangan mengambil sebarang ubat tradisional tanpa saranan daripada doktor atau ahli farmasi

* Dapatkan maklumat yang boleh dipercayai sebelum menghentikan penyusuan bayi. Adalah sukar untuk menyusukan semula bayi yang telah dihentikan penyusuan terutamanya jika bayi masih terlalu kecil.

Note

* Jika ubat tidak memasuki aliran darah, maka ia tidak memberi kesan terhadap penyusuan bayi

* Jika sebarang ubat didapati memasuki aliran darah tetapi tidak dikumuhkan melalui susu ibu, ia adalah selamat untuk bayi

* Jika sebarang ubat dikumuhkan ke dalam susu ibu tetapi dimusnahkan di dalam perut bayi, ia masih selamat untuk digunakan

* Sekiranya ubat itu memasuki aliran darah bayi, ia mungkin mendatangkan kesan yang kurang baik pada bayi. Oleh itu, dapatkan maklumat berkaitan kesan sampingan ubatan yang diambil dan mungkin dialami oleh bayi. Jika terdapat kesan sampingan tersebut, dapatkan nasihat doktor mengenai ubat alternatif yang boleh diberikan.
 

selalunya vitamin vitamin ni lebih bagus jika kita ambil dari sumber makanan, tetapi sekarang semua nak mudah dan cepat. Sesetengah para ibu yang menyusu ni lebih senang mengambil supplemen tambahan, mudah katanya.
Jadi, shaklee juga ada vitamin yang sesuai untuk ibu2 yang menyusu bayi..klik untuk 
vitamin menyusu shaklee


sumber google (tak ingat )

Panduan Pemakanan Ibu Menyusu


Keperluan pemakanan ibu menyusu tidak jauh berbeza dengan ibu hamil. Bagaimanapun, ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari daripada ibu hamil dan adalah penting kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat.

Secara umumnya, ibu menyusu perlukan 2,000 hingga 2,200 kalori sehari.

Protin
2-3 hidangan sehari.
1 hidangan bersamaan dengan 3-4 ounz daging, ikan atau ayam.
Sumber protin termasuk :

* Daging, Ayam
* Makanan laut *
* Telur
* Keju, susu dan yogurt
* Tauhu
* Kekacang

Kalsium
Pengambilan sehari kalsium dicadangkan sebanyak 1,300 milligram sehari.
Baca label nutrisi untuk mengetahui dan memastikan anda mendapat kalsium yang secukupnya.
Sumber terbaik kalsium adalah :

* Susu, yogurt dan keju
* Jus oren diperkaya kalsium
* Tauhu
* Ikan sardin
* Sayuran hijau seperti sawi, pak choy, brokoli

Zat Besi
Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlu 9 miligram zat besi setiap hari. Sumber terbaik zat besi termasuk :

* Daging, Ayam
* Makanan laut *
* Kekacang
* Buah-buahan kering
* Kuning telur

Vitamin C
Ibu menyusu perlukan lebih sedikit vitamin C berbanding semasa hamil.
Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlukan 120 miligram vitamin C setiap hari.
Sumber vitamin C yang baik termasuk :

* Buah-buahan citrus seperti buah oren, kiwi
* Buah-buahan tempatan seperti jambu batu, belimbing, tembikai susu
* Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, kobis bunga, kobis, tomato

Vitamin dan Mineral
Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin semasa kehamilan seperti Obimin. Walaubagaimanapun, ia mengandungi lebih zat besi yang anda perlukan. Jika anda mengalami masalah sembelit atau sakit perut, tukar kepada multivitamin yang biasa.

Cecair
* Susu ibu = 87% air. Jadi, jika menyusu, air dalam badan anda banyak keluar. Minum segelas air setiap kali anda menyusukan bayi.
* Jangan abaikan tanda haus yang merupakan tanda badan anda perlukan air.
* Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari.
* Tambahan daripada 8 gelas air biasa itu, anda juga boleh mengambil jus, susu, sup atau teh herba.

Minum lebih air jika anda bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.

Tip Lain

* Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi banyak kafein seperti kopi, teh dan kebanyakan air soda. Segelas kopi sepatutnya adalah maksima yang anda boleh ambil dalam sehari.
* Ambil makanan sedikit-sedikit tetapi kerap jika anda mengalami masalah sakit ulu hati atau mabuk-mabuk.


Selalunya vitamin vitamin ni lebih bagus jika kita ambil dari sumber makanan, tetapi sekarang semua nak mudah dan cepat. Sesetengah para ibu yang menyusu ni lebih senang mengambil supplemen tambahan, mudah katanya.
Jadi, shaklee juga ada vitamin yang sesuai untuk ibu2 yang menyusu bayi..klik untuk 
vitamin menyusu shaklee


sumber google
 

Ahad, 20 April 2014

Breastfeeding - Duktus Tersumbat (Blocked Duct)

Apa itu duktus tersumbat? 
Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.



Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.


Apa punca duktus tersumbat?
"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus “mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.

Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.


Apa yang boleh saya lakukan mengenainya?

Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah menunjukkan bagaimana ini dilakukan.

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar.

Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda. Berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding.


Buat masa ini, ingatlah bahawa: 
  • Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
  • Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
  • Mengambil tab. paracetamol (panadol)  boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.
  • Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
  • Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif. 
  • Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.


Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?
 Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda.

Bolehkah saya terus menyusu?
Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda.

Rujukan dan salinan 99%: babyCenter.com

Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Cara Rawat Puting Luka Bagi Ibu Menyusu

Puting luka, puting merekah, puting melecet atau cracked nipple adalah antara masalah yang selalui berlaku semasa ibu beberapa bulan pertama menyusukan bayi. Selain itu, ibu juga mungkin mengalami masalah puting luka ini semasa bayi mula tumbuh gigi. Rasanya memang sangat pedih. Ini menyebabkan sesetengah ibu menjadi takut untuk menyusukan bayi kerana takut sakit.

puting luka 

Punca Puting Luka

Cara lekapan yang salah – Cara lekapan yang betul ialah mulut bayi anda perlu menganga dengan besar dan memastikan bahagian aereola berada dalam mulutnya. Selalunya, kesilapan yang sering berlaku ialah bayi hanya menghisap dibahagian puting.

Ibu menghentikan penyusuan secara paksa – Untuk menghentikan penyusuan, anda perlu pastikan bayi anda telah berhenti menghisap terlebih dahulu. Selepas itu, barulah masukkan jari kelingking anda melalui sudut bibir bayi untuk mengeluarkan puting anda dengan perlahan-lahan.

Bayi menggigit kerana gatal gusi- Bayi yang baru mula nak tumbuh gigi akan cenderung untuk mengigit puting ibunya. Cara mengatasi masalah ini ialah tekupkan hidung bayi anda ke payudara seketika. Bayi anda secara automatik akan melepaskan gigitannya. Tindakan ini perlu dibuat secara konsisten setiap kali bayi anda menggigit dan lama-kelamaan bayi anda akan faham bahawa sekiranya dia menggit dia akan lemas.

Kulit puting kering – Kulit puting yang kering akan lebih mudah mengalami luka. Pengambilan vitamin E dapat membantu melembabkan kulit yang kering.

Tips Rawat Puting Luka
  • Gunakan krim khas untuk puting luka. Pilih krim semulajadi yang selamat untuk penyusuan yang tidak perlu dicuci.
  • Sapukan sedikit susu anda di puting selepas sesi penyusuan atau mengepam dan biarkan ianya kering seketika.
  • Rehatkan satu sesi penyusuan bagi payudara yang mengalami puting luka.
  • Amalkan Pengambilan supplement Zink dan Vitamin C yang berfungsi membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan Vitamin E untuk memastikan kulit sentiasa lembap.
Nak baca tentang masalah saluran susu tersumbat klik sini.

Rabu, 5 Mac 2014

Set Bajet-ESP & Alfafa banyakkan Susu- Breastfeeding

Semua ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka inginkan susu badan yang berkhasiat dan banyak, bagi memastikan bayi mereka sihat dan membesar dengan baik. Shaklee mempunyai beberapa supplement yang dapat membantu ibu-ibu di luar sana untuk tambah susu badan. Supplement ini memberikan khasiat kepada ibu-ibu, sekaligus juga dapat memberi khasiat kepada bayi mereka. 

Anda mencari set breastfeeding yang bersesuaian dengan bajet anda? Jangan risau. Set Bajet Breastfeeding Shaklee tetap lengkap dan dapat membantu anda. Anda tidak perlu risau kerana anda masih boleh mendapatkan set supplement Shaklee dan membantu anda untuk menghasilkan lebih banyak susu dan dapat breastfeed anak anda. Breastfeed dengan tenang, anak anda pun akan segera kenyang dan sihat. 

Apa yang anda perlukan hanyalah 2 supplement penting yang dapat membantu anda.
  •  ESP (Energizing Soy Protein)
  •  Alfalfa Complex
Bagaimana ESP dan Alfalfa bantu untuk tambah susu badan? 

 ESP
  •  Memberikan khasiat protein kepada anda. Anda memerlukan protein yang mencukupi untuk  breastfeed.
  •  Mengandungi isoflavones yang membantu menambahkan susu badan ibu
  •  Dihasilkan dengan kacang soya yang bermutu tinggi dan diproses secara semulajadi
 Alfalfa Complex
  •  Kaya dengan kandungan protein, kalsium, dan klorofil yang terbukti membantu menambahkan  susu badan ibu
  •  Mengandungi 1001 khasiat yang dipercayai sejak dahulu lagi
Ramai ibu-ibu telah pun mempercayainya. Anda bila lagi? Dapatkan Set Bajet Breastfeeding Alfalfa dan ESP anda secepat mungkin, agar dapat membantu anda menghasilkan susu yang lebih berkualiti dan berkhasiat, serta membantu untuk tambah susu badan anda. Supplement dapat membantu anda. Yang penting usaha anda, anda tawakal serta redha kepada-Nya..

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Selasa, 25 Februari 2014

Benarkah Suplemen Hanya Untuk Banyakkan Amaun Susu Ibu ?

Betulkah suplemen semasa menyusukan bayi hanya semata-mata untuk memperbanyakkan amaun susu ibu??

Ramai yang menganggapnya begitu. Tanggapan ini amat salah! Sebenarnya, susu yang penuh nutrisi adalah susu ibu yang mengandungi kesemua khasiat pada tahap optimum dan ia hanya boleh diperolehi daripada tubuh yang sihat. Secara logiknya, sewaktu hamil anda makan pelbagai jenis supplemen untuk menyokong perkembangan bayi. Jadi, apabila berada dalam fasa penyusuan, mengapa keperluan supplemen ini diabaikan. Sama seperti ketika hamil, supplemen turut penting untuk anda membesarkan si manja. 

Ketika hamil, hospital atau klinik bersalin yang dikunjungi lazimnya membekalkan vitamin seperti Obimin (multivitamin yang dirumus khas untuk ibu hamil) dan asid folik. Mahu tidak mahu, anda perlu mengambil bekalan vitamin ini setiap hari bagi memastikan tahap kesihatan diri dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan memuaskan.
Ketahuilah, perkara yang sama patut anda lakukan ketika dalam proses menyusukan bayi! Hal ini kerana anda masih memerlukan vitamin dan mineral tambahan dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Faktanya, bayi tetap akan mendapat apa yang diperlukannya menerusi susu ibu biarpun tubuh anda kekurangan vitamin atau mineral tertentu. Walaupun begitu, pemakanan sihat dan seimbang yang digabungkan bersama supplemen tetap perlu anda pertimbangkan demi menjamin kesihatan diri dan bayi bagi tempoh jangka panjang.


Memandangkan proses penyusuan susu ibu menuntut keperluan nutrien yang banyak, jadi anda masih perlu mengambil supplemen tambahan untuk melengkapkan zat pemakanan yang diperlukan. Antaranya ialah omega-3 yang ternyata sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Sama juga halnya dengan kalsium yang diperlukan untuk tulang dan gigi yang kuat. Vitamin dan mineral lain yang anda perlukan adalah seperti zat besi, zink dan magnesium.

Majoriti supplemen vitamin dan mineral tambahan tidak menjejaskan penghasilan susu dan diakui selamat untuk diambil oleh ibu yang menyusukan bayinya. Walaubagaimanaun, perlu anda ingat bahawa lemak larut seperti vitamin A dan E boleh mengganggu susu ibu. Oleh yang demikian, amalkan sikap berhati-hati apabila mengambil supplemen yang mengandungi kedua-dua jenis vitamin ini. Pengambilan terlalu banyak vitamin ini turut boleh memudaratkan bayi. Untuk itu, minta pandangan doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk mengambil apa jua supplemen.

Dalam usaha menjaga kesihatan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, diingatkan agar anda makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping pelbagai vitamin dan mineral yang terkandung di dalam jenis makanan yang lain. Sekiranya, anda khuatir masih kekurangan vitamin dan mineral tertentu, suplemen dapat membantu. Pengambilan vitamin dan mineral juga penting bukan sekadar atas sebab nutrisi susu, tetapi lebih daripada itu, ia dapat memastikan anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, sihat, cergas dan bertenaga selalu.

kredit: yoursupermom

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Salah Faham Dalam Penyusuan Bayi

Terdapat banyak salah faham tentang penyusuan, perkaitannya dengan pemakanan serta praktik penyusuan susu ibu yang betul.

Antara kesilapan-kesilapan terawal yang mungkin dibuat oleh seorang ibu sebelum memulakan penyusuan :

  • Tidak belajar konsep penyusuan yang betul.
  • Tidak faham perkaitan ‘supply’ dan ‘demand’.
  • Terpengaruh dengan lambakan produk membanyakkan susu ibu di luar sana.
  • Terpengaruh dengan lambakan tips-tips membanyakkan susu yang banyak menekankan tentang ‘makanan memperbanyakkan susu badan’ atau ‘makanan untuk tambah susu badan’
  • Tidak menemui orang yang betul untuk belajar tentang penyusuan, misalnya bertanya kepada orang yang tidak menyusukan anak.
  • Mengambil remeh ilmu penyusuan susu ibu.
Vitamin, atau apa saja pemakanan yang katanya membanyakkan susu, sebenarnya memberi sokongan kepada tubuh badan ibu, ia menutup ruang2 yang lopong. Iaitu membekalkan vitamn/mineral/khasiat yang tidak dapat ditampung oleh pemakanan ibu.

Misalnya sayuran hijau membekalkan vitamin B terutama asid folik untuk ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja). Daging dan produk soya membekalkan protein. Longan kering membekalkan kalori. Jadi tidak hairanlah ibu mendapati susu mereka menjadi banyak selepas mengambil makanan2 seperti di atas.

Dalam hal suplemen/vitamin, sebenarnya tidak ada vitamin khusus untuk ibu menyusu yang MEMBANYAKKAN SUSU. Susu ibu tetap mengkuti konsep asalnya – pengeluaran bergantung kepada keperluan NAMUN vitamin membantu ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi yang tidak dapat dipenuhi oleh diet harian.

Ada ibu yang berkata “SAya dah makan banyak”

Makan banyak dengan makan sihat samasekali tidak sama. Makan banyak boleh jadi makan HAMPAS sahaja. Tambahan pula jika ibu itu:
  • Kerap makan di luar (biasanya ibu bekerja)
  • Makan makanan segera, makanan rapu, etc
  • Sangat sibuk hingga selalu skip makan
  • Selalu berada dalam keadaan stress
  • Kurang rehat
  • Tak cukup tidur
  • Sering sakit
  • Mengalami masalah kesihatan
Jadi ibu ini memerlukan sokongan dari segi vitamin/suplemen bagi memenuhi keperluan tubuh yang tidak dapat dipenuhi/dirosakkan oleh perkara2 di atas.
vitamin ibu menyusuSet Triple M ni adalah set lengkap yang sesuai untuk ibu yang menyusukan anak. Juga sesuai untuk ibu-ibu yang tak menyusukan.. Sesiapa pun boleh ambil set ni, no problem at all 
Lelaki dan wanita muda juga sesuailagi bagus untuk mendapatkan set ini. Ia bukan saja menjadikan anda cergas bertenaga, malah mengurangkan stress, mencantikkan serta menggebukan kulit, menguatkan tulang, dan menyelesaikan masalah kewanitaan seperti keputihan serta mengetatkan faraj.
credit 

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration