Memaparkan catatan dengan label BAU BADAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BAU BADAN. Papar semua catatan

Jumaat, 3 April 2015

Tips/Petua Kurangkan Bau Badan

Assalamualaikumm..

Metro Ahad :
Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Guru Ratnavelu berkata, bau badan berpunca daripada bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna.

Dalam pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh manakala selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini mudah disingkirkan jika ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.
 Tambahnya, masalah bau badan juga mungkin dianggap ringan bagi sesetengah individu yang kurang peka. Hakikatnya, masalah ini mampu menjadi besar jika tidak dibendung segera.

“Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, kebersihan aspek terpenting yang perlu dititikberatkan. Jangan ambil mudah perkara ini kerana apabila berlarutan, ia mampu menyebabkan hilang keyakinan diri dan malu, selain membataskan kegiatan sosial.

“Paling ditakuti, bau badan juga mampu memberi impak terhadap kehidupan peribadi. Misalnya, sukar mencari jodoh atau bagi pasangan berkahwin, ia mampu menjejaskan hubungan suami isteri,” katanya yang menasihati orang ramai supaya memberi perhatian terhadap kebersihan diri.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/09
 --------------------

Jom kita share serba sedikit tips kurangkan bau badan.. 

1) Mandi dengan lebih kerap - Sekurang kurangnya, 2 kali sehari..

2) Cukur/gunting/cabut bulu  ketiak

3) Limau Nipis - Gosok ketiak dengan limau nipis yang telah dipotong ketika mandi. Orang-orang lama memang suka guna limau nipis jer kan untuk mandi. Baunya pun sangatlah harum..

4) Keringkan ketiak sekering-keringnya..
Sebaik baiknya, keringkan ketiak sekering-keringnya. Supaya bahagian tu betul2 kering.

5) Deodorant
Elakkan deodorant jenis roll.. Gunakanlah deodorant yg jenis spray atau stick.. Pemakaian deodoran mengandungi bahan antiseptik juga antara yang banyak membantu meskipun bukan jaminan 100 peratus. Pemakaian bedak bayi juga membantu untuk mengurangkan bau badan sementara.

6) Jaga Pemakanan
Penjagaan pemakanan sangatlah perlu dititikberatkan. Pemakanan merupakan antara faktor utama yang menyumbang ke arah bau badan. Antara makanan yang perlu dielakkan adalah rempah ratus dan bawang putih. Selain itu, banyak minum kopi atau minuman berkafein juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak. Bukanlah tidak boleh makan lansung, tetapi kurangkan..

7) Minum banyak air kosong.
Pengambilan air kosong sebanyak 3 liter sehari mampu memperbaiki sistem perkumuhan dalam badan. Jadi, usus dapat menjalankan proses perkumuhan dengan lebih baik. Bila usus berfungsi dengan baik, najis juga akan keluar dari badan setiap hari. Jadi, tidaklah ia berkumpul di dalam usus sahaja. Bila najis sudah dikeluarkan, tidaklah ia menimbulkan bau badan yang keterlaluan.

8) Makan Alfalfa 2-6 biji sehari.
Amalkan pengambilan Alfalfa setiap hari.. Bukan jer bau badan boleh hilang, boleh cuci usus juga.. Usus yg tidak sihat punca bau badan & pelbagai penyakit lain tau.. Bonus utk kaum wanita, sebagai perapat semulajadi & merawat keputihan juga.. Bonus untuk kaum lelaki, dapat memberikan tenaga dan mengelakkan kelesuan. Alfalfa yang terkenal sebagai Raja Segala Tumbuhan mempunyai 1001 khasiat dan mampu memperbaiki tahap kesihatan seseorang menjadi lebih baik.

kredit bloger2 shaklee

Sabtu, 4 Januari 2014

Atasi Masalah Bau Badan Dengan Vitamin Shakle

Assalamualaikum..
Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.

Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh :

1) Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani,menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.

2) Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.
Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Shaklee ada memperkenalkan produk yang boleh membantu masalah bau badan.

Cadangan Vitamin Untuk Mengawal Bau Badan:

Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu
melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan




Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia 
juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas 
berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di 
samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran 
sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.

Selain itu anda juga boleh mengatasi masalah bau badan ini dengan cara lain juga seperti :
  • Kerap mandi dan JAGA KEBERSIHAN DIRI- Cara terbaik ialah mandi 3 kali sehari, agar bakteria tidak boleh membiak dan pastikan pengambilan sabun anti bakteria. Amalkan pemakaian DEODARANT or basuh dengan AIR LIMAU (kalau mandi biar bersih2..cuci ditempat yang berdaki)
  • Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar- bahan sebegini memastikan adanya peredaran angin, dan mengurang rasa panas dan secara tidak langsung mengurangkan peluh.
  •  (elakkan memakai pakaian yang berlapis atau berwarna gelap)
  • Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang).
  • Berhenti merokok.
Dengan adanya tips2 di atas , Insyallah dapat membantu mengurangkan masalah bau badan anda.
Nak tahu punca-punca kenapa badan anda berbau

Antara punca- punca bau badan adalah : 
  • Bahan buangan toxin terkumpul dalam badan akibat dari proses pencernaan tidak sempurna.: Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.
  • Sembelit : sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.
  • KOPI dan MINUMAN BERKAFEIN: Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.
  • Masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid: Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau
kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna
dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada
kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau.Pastikan kaki 

sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan
tekanan emosi dengan melakukan senaman meditasi seperti yoga.




Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. 

Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh 
dilakukan selain laser serta suntikan botox.

Ingin dapatkan Vitamin2 ni..
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan  
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir