Memaparkan catatan dengan label Apa Saja Kembar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apa Saja Kembar. Papar semua catatan

Khamis, 12 November 2015

Karnival Kembar Havoc D' Melaka 11-12 Dec 2015 ( Menghimpunkan Pasangan Kembar Di Seluruh Malaysia )

Assalamualaikum..


Buat geng2 kembar di luar sana..jom kita beramai join Perhimpunan kembar teramai utk pecahkan Malaysia Book of Record yg pertama kali dianjurkan oleh Kelab Kembar Malaysia. Yg mana ada ank kembar..keturunan kembar dijemput dtg ke event ni. Perhimpunan kembar paling ramai ni akan dicatatkan di dalam rekod Malaysia Book Of Records (MBOR)


Info lanjut cam borang daftar, aktiviti, date, dll boleh baca kat bawah ni..share dari Kelab Kembar Malaysia

Karnival Kembar Havoc D' Melaka

PERHIMPUNAN YANG MENGUMPULKAN PASANGAN KEMBAR PALING RAMAI DI MALAYSIA


Bagi Pasangan kembar yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar di sini - Klik Untuk Daftar -


OBJEKTIF PROGRAM

Memecahkan Rekod Malaysia Book of Record

Perjumpaan dan sesi beramah mesra di antara ahli KKM & pencarum KOKEMBAR

Pelancaran teaser DIANUGERAHKAN KEMBAR iaitu buku kompilasi tip dan soal jawab menguruskan kembar.

Mengumpul data usahawan negeri Melaka dan kawasan sekitar

Memeriahkan Kota Fesyen, MITC Ayer Keroh, Melaka yang di usahakan oleh KOKEMBAR

Mempromosikan keahlian dan jualan saham KOKEMBAR

Memberi ruang niaga kepada para usahawan dari KKM & KOKEMBAR


SYARAT PENYERTAAN 

(Menyertai perhimpunan kembar paling ramai di Malaysia untuk dicatatkan di dalam rekod Malaysia Book Of Records (MBOR))
  • PENYERTAAN ADALAH PERCUMA
  • TERBUKA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI ANAK KEMBAR, DIRI SENDIRI KEMBAR, ATAUPUN PENJAGA KEPADA ANAK KEMBAR
  • SEMUA PERINGKAT UMUR BOLEH MENYERTAI
  • PERLULAH MEMBAWA MYKAD / MYKID / SURAT BERANAK UNTUK TUJUAN PENGESAHAN DARI PIHAK MBOR
ATURCARA MAJLIS

11 Disember 2015

3.00pm – 7.00 pm
~ Pertandingan Mewarna
~ Pertandingan kupas kulit epal
~ Pertandingan Musical chair
~ Persembahan Bakat Si Kembar

8.00pm – 12pm
~ Pertandingan Kilauan Zamrud
~ Persembahan Kebudayaan

12 Disember 2015

9.00 pg ~ Ketibaan tetamu & pendaftaran
Sesi bergambar pasangan kembar bersama keluarga

10.20 pg ~ Bacaan Doa

10.30 pg ~ Ucapan alu-aluan pengerusi

10.50 pg ~ Persembahan silat

11.30 pg ~
~ Ucapan & Perasmian majlis “Karnival KEMBAR HAVOC De MELAKA” oleh YB Dato Hajah Norpipah bt Abdol &
~ Slideshow / montage KOKEMBAR serta
~ Pelancaran teaser DIANUGERAHKAN KEMBAR

12.00 th ~ Persembahan dari 3 orang pemenang Kilauan Zamrud
Sudut renungan & kebajikan

12.45th ~ Majlis bersama wakil Malaysia Book Of Record
Sesi bergambar kesemua pasangan kembar (1)

1.30ptg ~ Rehat & Solat

3.00ptg ~ Pertandingan MOMMY Make over

3.30ptg ~
~ Pertandingan “Musical Chair (kanak-kanak & dewasa)
~ Pertandingan Hembusan Kasih Sayang

4.00ptg ~ Penyampaian hadiah

4.30ptg ~ Sesi bergambar

5.00ptg ~ Majlis bersurai


Yang mana ada masa terluang tu..pakat pi la meramaikan dan meriahkan Karnival tu nanti.

kredit  http://kelabkembarmalaysia.blogspot.my/2015/11/tentatif-karnival-kembar-havoc-d-melaka.html

- Mummy Ira - 

Rabu, 18 Mac 2015

Pembentukan Kembar Seiras, Kembar Tak Seiras Dan Kembar Siam

Assalamualaikum..

Tadi ada baca dalam fb..ada yg sharing pasal twin MCDA..twin DCDA..ada juga yang tak berapa nak faham apa itu Twin MCDA n Twin DCDA ni.  Cari punya cari pasal info ni..jumpa la blog  mummybabababy.blogspot So Saya share dari blog dia k..

Jom baca..

Pembentukan kembar ialah daripada persenyawaan dua ovum  berasingan iaitu (Fraternal Twins- Dizygotic / Kembar tidak seiras) atau satu ovum disenyawakan kemudian dibahagikan kepada dua ( Identical Twins - Monozygotic / Kembar seiras). Terdapat beberapa jenis kembar seiras dimana bergantung kepada pembahagian sel pada hari tertentu. Pembentukan kembar berganda lebih daripada dua ataupun Kembar Siam juga bergantung kepada pembahagian sel.
....
Pembentukan Kembar - Kembar tidak seiras (Fraternal Twins)

Kembar tidak seiras timbul dari dua ovum disenyawakan berasingan dengan dua sperma. Kedua-dua zigot berkembang menjadi blastocysts dan menempel bebas di dinding. Kembar tidak seiras ini juga dikenali sebagai dichorionic diamniotic (DCDA) dimana setiap pembentukan janin mempunyai chorion, amnion dan kantung sendiri. Oleh itu, dua plasenta terbentuk dimana setiap janin mempunyai plasenta tersendirinya atau satu plasenta yang telah tercantum.

Pembentukan Kembar - Kembar seiras (Identical Twins)

Pembentukan kembar seiras timbul dari satu ovum disenyawakan dengan satu sperma, kemudiannya dibahagikan kepada dua janin. Akan tetapi, pembentukan chorion, amnion dan kantung bergantung kepada hari pembahagian janin tersebut. Jenis kembar seiras ialah:

1. Kembar Seiras : Dichorionic diamniotic (DCDA) - 2 Chorion, 2 Amnion

** Pembahagian zigot kepada dua janin yang mempunyai 2 chorion dan 2 amnion dalam 3 hari pertama selepas persenyawaan. Kembar DCDA mempunyai 2 plasenta.
2. Kembar Seiras : Monochorionic diamniotic (MCDA) - 1 Chorion, 2 Amnion

** Pembahagian zigot kepada dua janin yang mempunyai 1 chorion dan 2 amnion dalam 4-8 hari selepas persenyawaan. Kembar MCDA mempunyai 1 plasenta sahaja.

3. Kembar Seiras : Monochorionic monoamniotic (MCMA) - 1 Chorion, 1 Amnion

** Pembahagian zigot kepada dua janin yang mempunyai 1 chorion dan 1 amnion 8-13 hari selepas persenyawaan. Kembar MCMA juga mempunyai 1 plasenta sahaja.

4. Kembar Siam

** Pembahagian zigot yang tidak lengkap kepada dua janin yang bersetubuh mempunyai 1 chorion dan 1 amnion selepas 13 hari persenyawaan. Kembar siam juga mempunyai 1 plasenta sahaja.


*** semoga puan-puan diluar sana dapat memahami dan pengetahuan bagaiman terjadinya kembar seiras/tidak seiras dan kembar siam.

kredit  

Sabtu, 7 Mac 2015

Tip Menyusu Anak Kembar

Assalamualaikum..

Memiliki anak kembar bermakna segala tugasan perlu dilakukan secara berganda. Ini termasuk dalam hal menyusukan si kembar. Jika anda mengambil keputusan untuk menyusukan bayi kembar dengan susu ibu secara eksklusif, pastikan anda mempelajari pelbagai tip dan info bagi membantu menjayakan misi tersebut.

Waktu kelahiran bayi 

 
Kebanyakan bayi kembar lahir secara pramatang atas sebab-sebab kesihatan ibu. Keadaan ini sudah tentu mempengaruhi persiapan payu dara untuk menghasilkan susu kerana ia memerlukan masa lebih lama untuk menghasilkannya. Dalam hal ini ibu mempunyai dua pilihan sama ada memberikan bayi dengan susu formula terlebih dahulu atau mengepam payu dara. Semakin kerap dipam, pengeluaran susu ibu akan semakin lancar dan banyak, maka ibu boleh menyusukan bayi kembar dengan normal.

Berkongsi pengalaman

Carilah sebanyak mungkin info dan perkongsian pengalaman daripada mereka yang pernah menyusukan bayi kembar. Jika tidak jumpa di sekeliling anda, cari sahaja di internet menerusi pelbagai forum ibu menyusu. Bahkan anda juga boleh berkonsultasi dengan konsultan laktasi yang kini ada ramai di luar sana bersedia memberikan khidmat nasihat berkenaan hal penyusuan.

Buat jadual menyusu

Waktu untuk menyusukan bayi kembar bergantung kepada ibu dan bayi sendiri. Namun kebanyakan ibu lebih selesa memilih waktu yang sama untuk menyusukan si kembar. Ada dua sebab mengapa mereka memilih masa yang serentak iaitu pertama kerana efisiensi waktu. Walaupun memerlukan masa yang lebih panjang, tetapi ibu tidak perlu bergantian menyusukan bayi yang pasti mengambil masa yang lama untuk ibu. Kedua, ibu tidak perlu panik apabila salah seorang kembar menangis ketika sedang menyusukan seorang kembar. Maka jika anda memilih untuk menyusukan kembar serentak lakukan ia sejak awal lagi sehingga pasangan kembar stabil memiliki jam penyusuan yang sama.

Memilih posisi selesa

Pemilihan posisi menyusu memainkan peranan penting dalam kejayaan penyusuan susu ibu. Posisi paling selesa dan sesuai untuk ibu beranak kembar adalah football hold atau cradle hold. Alat bantuan seperti bantal menyusu sangat membantu ibu anak kembar lebih selesa dan tidak penat ketika menyusukan bayi. Dengan bantuan bantal ini, ibu tidak perlu terlalu memagang atau memeluk si kembar ketika mereka menyusu.

Selang-seli posisi

Jangan biasakan bayi anda menyusu di payu dara yang sama secara terus-menerus. Jika sebelumnya bayi A sudah menyusu di payu dara kiri maka untuk sesi penyusuan selepas itu biarkan dia menyusu di payu dara sebelah kanan dan seterusnya.


sumber Pa&Ma 

- Mummy Ira -

Sabtu, 28 Februari 2015

Nukilan Sedih Puan Idayu Syuhada Yang Kehilangan Bayi Kembarnya

Assalamualaikum..

Saya  nak share kisah sedih Puan Idayu Syuhada yang kehilangan anak kembarnya..Saya share dari group Saya..FB  Dianugerahkan Kembar..Saya pun pernah kehilangan anak semasa lahir..Saya tahu camna rasa sedihnya..tambah pula Puan Idayu Syuhada kehilangan serentak anak kembarnya. Semoga Puan Idayu Syuhada & Suami serta ibu bapa yang menghadapi situasi camni..tabah menghadapi ujian dari Allah..

 
  
selama ni ayu hanya menjadi silent reader di sini. membaca cerita2 mengenai si kembar...membelek gambar2 si kembar...cukup membuatkan ayu tersenyum dan ketawa sendiri. kadang2 ayu melayan group ni sehingga lewat malam..'like' cerita dan gambar yg si post kan di sini...hanya utk melepaskan rindu ayu pada si kembar ayu.

seseorg bertanya..."ayu...join la group dianugerahkan kembar..nnt along approved". dan jawapan ayu..."boleh ke along....kembar ayu dah xd.." lelaki yg ayu kenali sbg along...sekali lagi berkata..."ayu juga dianugerahkan kembar..."

ya...ayu juga dianugerahkan kembar. pernah dianugerahkan kembar.dipinjamkan kembar..hanya utk beberapa jam selepas dilahirkan. ayu juga pernah merasa punya anak kembar..walau hanya utk bbrp jam. ayu juga pnh menikmati indahnya saat memeluk dan mencium kembar..walaupun hanya di saat mereka sudah kaku dan tdk bernyawa.

2 disember 2011...tarikh keramat yg tdk akan ayu lupakan smp akhir hayat. kerana pada hari itulah ayu dianugerahkan dua bidadari syurga yg akan setia menunggu ibu di sana. hari itulah ayu bertarung nyawa antara hidup dan mati kerana komplikasi yg dialami.

semasa usia kandungan 5 bulan, doktor mengesahkan yg salah seorg kembar tdk sihat. buah pinggangnya tdk berfungsi. keadaannya sedikit membengkak berbanding yg sorg lagi. stress...risau...susah hati...membuatkan ayu mengalami contraction awal. ayu dimasukkan ke hospital selama 2 bulan...hanya berbaring di katil...menunggu waktu yg sesuai utk melahirkan kembar. drip anti contraction sentiasa dipasang...bagi mengawal contraction ayu yg datang setiap hari. dan setiap kali contraction terlalu kuat..injection akan diberikan. 2 bulan terbaring di hospital cukup menyeksakan..namun demi si kembar, ayu sanggup. usahkan 2 bulan..2 tahun pun ibu sanggup asalkan anak2 ibu selamat.

malam jumaat..1 disember 2011..ayu mula mengalami komplikasi kesan drp drip anti contraction yg ayu ambil selama 2 bulan. jantung ayu mula tdk stabil. sakitnya dada di saat menarik nafas. badan mula berpeluh...dan kaki mula kebas hgga ke lutut. malam itu...5 org jururawat termasuk seorg midwife berkampung di bilik ayu. bermacam mesin dipasang...suami dihubungi..doktor dipanggil. patient kritikal...kata mereka. dan ayu....separuh sedar. antara dengar dgn tidak..antara nampak dgn tidak. suasana ketika itu sggh merimaskan ayu. ayu juga mengalami gangguan dr makhluk halus yg dtg mengambil kesempatan ketika keadaan badan dan mental yg lemah. bermacam jelmaan dtg..bermacam suara kedengaran silih berganti. ayu...kau mesti kuat!!!

disebabkan jantung yg mula tdk stabil, drip anti contraction terpaksa dihentikan. bantuan oksigen diberikan...namun blm mampu utk membuatkan ayu selesa bernafas. jururawat di sisi sentiasa mengingatkan ayu utk mengucap dan stay strong. ya...ayu masih blh dengar semua tu.

seawal jam 7 pagi 2 disember...ayu mula turun darah. dan contraction yg malamnya hanya perlahan..kini mengganas. sakitnya hanya Allah yg tahu. tdk dpt nak digambarkan. darah bertakung di katil...membuak2 macam dipam keluar. ayu disorong ke labor room. walaupun bantuan gas diberi, ia masih belum cukup utk membuatkan ayu lupa tentang kesakitan yg dtg. dan ia blm mampu membuatkan telinga ayu kabur drp mendengar perbualan cemas doktor2 dan suami.

"keadaan isteri encik kritikal. darah byk keluar. anti contraction x blh diteruskan kerana jantungnya bermasalah. jadi kami terpaksa lakukan emergency operation." kata pakar sakit puan.

"keadaan jantung dan tekanan darah isteri encik sgt bahaya utk kami berikan bius. kami terpaksa kurangkan satu dose bius..dan kemungkinan isteri encik tidak akan sedar lagi selepas itu agak tinggi. 50-50." kata pula pakar bius.

setiap kata2 itu kedengaran jelas di telinga ayu. ya allah..andai jumaat ini jumaat terakhirku...aku redha. kau selamatkanlah anak2ku.

suami mengiringi ayu ke dewan bedah dgn linangan air mata. menggigil tangannya saat menggenggam tangan ayu. menitis air matanya saat kemaafan dipohon. ayu sempat berpesan supaya menjaga anak sulung kami yg ketika itu berusia 5 tahun dgn baik...jaga kembar kita dgn sempurna...berikan didikan yg sempurna kpd anak2 kita. kerana ayu dpt rasakan yg itulah kali terakhir ayu dpt berinteraksi dgn suami.

sayup2 ayu dengar nama ayu diseru. seorg lelaki tua tersenyum memandang ayu. "tadah tangan nak..."
tadah tangan?
"pakcik nak bg hadiah.."
ayu menghulurkan tangan kanan..dan pakcik tersebut meletakkan dua batang gigi baby bertangkup..di tapak tangan ayu. ayu terpinga2.
"simpan baik2 nak. ini hadiah berharga.."
lalu ayu genggam gigi tersebut...kemas.

sebaik sahaja membuka mata...org pertama yg ayu lihat ialah suami ayu..yg sdg membaca yaasin di sebelah kanan ayu. ohhh...baru ayu tahu...rupanya pakcik tadi hanya mimpi. jam pada waktu itu sudah pukul 3 petang. lamanya ayu tidur. suami tersenyum...syukur ayang dah sedar..katanya. ayu senyum. mana anak kita?

abg dah tgk anak kita. anak kita comel. macam aqilah kecik2 dulu. hidung mancung...bulu mata lentik. mulut dia mcm ayang..jari runcing...

ayu senyum...bkn itu yg ayu mahu dgr dr suami. ayu mahu tahu di mana anak kita.entah kenapa naluri ayu mengatakan yg anak ayu dah tiada. walaupun suami tidak maklumkan..namun ayu tahu..kembar ayu sudah tiada.

bang...ayang nak tgk baby..

suami diam. tunduk....menyembunyikan air matanya.

bang..ayang tahu anak kita dah takde. ayang nak tengok..

pada awalnya jururawat tdk membenarkan..kerana ayu masih lemah katanya. namun ayu berkeras. izinkan saya tgk anak2 saya sebelum dibawa balik. saya mengandungkan mereka. saya bergadai nyawa utk mereka. izinkan saya tatap dan peluk mereka.

siapa yg mampu melawan kerasnya hati si ibu kan. akhirnya jururawat mengalah.

kedua mereka ditolak ke katil ayu. sungguh.....saat itu tidak ada walau setitik air mata yg keluar. bahkan ayu tersenyum dan teruja melihat mereka. subhanallah....indahnya ciptaan Allah. cantiknya mereka...comelnya bidadari ibu.

ayu pangku...ayu cium..ayu sentuh setiap inci tubuh mereka. wanginya anak2 ibu...walaupun berbalut kain putih. tidak akan ayu lupa smp bila2 wajah mereka....tdk akan ayu lupa smp bila2 wanginya bau mereka.

abang kata...aina pergi sejam selepas dilahirkan (krn masalah buah pinggang). auni pula...mula meragam sebaik sahaja aina dikeluarkan dr incubator...dipisahkan. keadaannya merosot perlahan2... pakar baby kata...kami buntu. dia seolah2 menolak semua yg kami beri. ya...ayah faham syg. syg nak ikut kakak kan?

suami memangku auni...mengqamatkan..dan membisikkan zikir di telinganya. sayang...klu syg nak ikut kakak, syg pergilah. ayah dan ibu redha. jgn paksa diri. tggu ayah dan ibu di sana nanti ya...

sebaik sahaja ayah berbicara...auni seakan faham...dan auni pergi mengikut kakak.

nurein qasrina aina...
nurein qaisara auni...
bidadari ibu...
tunggu kami di sana ya.
pergimu hanya sementara. kelak kita akan bersua di alam yg abadi. tunggu ibu..ibu rindu nak peluk dan cium kalian berdua. ibu rindu bau itu...





Al Fatihah

- Mummy Ira -

Rabu, 14 Januari 2015

Fakta Kelahiran Kembar Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum..
Melahirkan kembar memang menjadi idaman setiap pasangan, lebih lebih lagi apabila melihat pasangan lain yang mempunyai anak kembar yang cukup comel, timbul keinginan dan iri yang kuat untuk sama menikmatinya tapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.

Berikut adalah fakta fakta yg anda perlu ketahui tentang kelahiran kembar



- Kembar seiras berasal dari satu telur yang tersenyawa dengan 1 sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama.
- Kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.

- Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.

- Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang, keguguran dan kejadian bayi cacat. 


- Bayi selalunya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir. 


- Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, samada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain. 


- Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds. 


- Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis. 


- Disebabkan oleh uri yang lebih besar, ibu lebih berkemungkinan untuk mendapat Placenta Previa, satu keadaan dimana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh meberikan pendarahan faraj semasa hamil. 


- Ibu sering mendapat ‘ morning sickness yang berganda dari biasa dan sakit sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa. 


- Peluang hamil kembar menjadi tinggi sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mempunyai anak kembar. 


- Hamil kembar bermakna ibu hamil kembar perlukan lebih pemakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah. 


- Anda lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil. 


- Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan samada kelahiran melalui caesarean mahupun kelahiran normal.

sumber goggle

- Mummy Ira -

Ahad, 5 Januari 2014

Tips Urus Anak Kembar

Assalamualaikum..



Di awal kelahiran si kembar saya ( 11/3/2011)  mmg kelam kabut sikit..tambahan pulak yg sulung pun dah & 7 tahun..lama dah x jaga bby..awal tu blur jugak..lagipun kami x ambil maid..so buat pelan2..bincang dengan suami camna nak buat..bahagi tugas..lelama ok..kita boleh handel n belajar cara nak jaga si kembar..

Entry kali ni saya dari Pa&Ma saya kongsikan Tips Urus Anak Kembar.

Menerima berita bakal menimang cahaya mata kembar pasti mengujakan bakal papa dan mama. Tetapi tentu anda akan termenung seketika memikirkan pelbagai perkara yang harus  dilakukan untuk menguruskan lebih daripada seorang anak.  
Jika ia merupakan kelahiran anak kedua dan seterusnya mungkin tidak terlalu panik kerana sudah ada pengalaman namun bagaimana pula dengan yang pertama kali bergelar papa mama.
Usah terlalu risau memikirkan bagaimana untuk menguruskan anak kembar dalam satu masa yang sama. Jangan panik, kerana sesungguhnya Allah telah mengaturkan yang terbaik untuk setiap hambaNYA. Jadi pasti ada jalan penyelesaian. Panduan berikut mungkin sedikit sebanyak membantu anda membuat persediaan menguruskan anak kembar.

1.      Persiapan berganda. Membuat persiapan bayi sama ada seorang atau kembar semuanya sama, yang berbeza hanyalah persiapan anak lebih seorang perlu digandakan. Jadi beli barang keperluan berdikit-dikit agar tidak rasa terbeban.

2.      Membuat tabungan. Sebaik disahkan oleh doktor bahawa anda bakal menerima anak kembar, mula menabung kerana perlu menyediakan kelengkapan bersalin dan menyambut orang baru secara berganda selain daripada kos lain apabila mereka sudah lahir.

3.      Mencari info tentang penjagaan anak kembar di majalah, buku, internet bahkan sebaiknya berkongsi pengalaman daripada mereka yang sudah memiliki anak kembar.

4.      Jika berkemampuan, dapatkan khidmat pembantu bagi menguruskan anak kembar anda. Sekiranya tidak mampu cuba minta bantuan daripada ahli keluarga terdekat bagi membantu. Biasanya setahun pertama usia anak kembar adalah waktu paling kritikal.

5.      Sepanjang tempoh kehamilan, sentiasa prihatin tentang jualan gudang barang keperluan bayi. Beli keperluan asas seperti lampin pakai buang, tisu basah, pakaian, dan lain-lain lagi secara pukal untuk dibuat stok. Anda boleh bertanyakan kepada mereka yang berpengalaman tentang hal ini.

6.      Sebaik bayi lahir, anda sebagai ibu bapa yang menentukan disiplin untuk mereka. Biasanya orang akan berkata bayi kembar memiliki sikap yang sama atau hampir sama. Misalnya, waktu bangun tidur, minum susu, mengantuk, menangis, demam dan sebagainya. Ia adalah kelebihan untuk menguruskan anak kembar kerana tidak perlu membuat dua tugas yang sama berulang kali.

7.      Jika mempunyai anak kembar tiga atau empat (seiras sama jantina) tentu sukar untuk mengesan yang mana satu pakaian mereka, jadi untuk memudahkan tugas, anda boleh menempah tanda nama yang boleh dilekatkan pada pakaian mereka atau sebarang tanda yang anda mudah mengecamnya.

8.      Jika mempunyai anak kembar tiga atau empat yang seiras dan sama jantina, anda boleh memakaikan setiap orang tanda seperti gelang benang berlainan warna dan sebagainya sebagai cara mengecam mereka.

9.      Untuk mengelakkan daripada sikap terlupa dalam soal pemberian susu, ubat (jika mereka demam) dan sebagainya, sediakan catatan berjadual untuk setiap anak. Catatkan tentang jadual perubatan, yang mencatatkan anak mana sudah minum susu atau telah mengambil ubat dan sebagainya. Ia memudahkan urusan penjagaan mereka dan tidak timbul soal tersilap atau terlebih memberi susu atau ubat.

10.  Menguruskan anak kembar memang memenatkan apatah lagi jika anda berdua bekerja. Justeru untuk menjimatkan tenaga yang lebih banyak diperlukan untuk mengurus anak kembar, cuba kurangkan penggunaan tenaga di sekitar rumah. Contohnya lakukan tugas membersih rumah di hujung minggu atau upah pembantu mingguan untuk tugas membersihkan rumah, menggosok pakaian dan lain-lain tugas.

11.  Persiapkan mental dan fizikal anda berdua untuk berhadapan dengan suasana bising atau tangsian berganda anak kembar. Kerjasama dan saling membantu daripada suami dan isteri membantu memudahkan tugas menguruskan anak kembar.

12.  Agihkan tugas menguruskan anak kembar seperti memandikan mereka, memberi susu, menukar pakaian, lampin, memujuk, menidur dan sebagainya secara adil antara suami isteri. Ini kerana setiap anda memerlukan waktu untuk berehat jadi jangan hanya membiarkan seorang sahaja yang menguruskan tugas tersebut.

13.  Bagi yang bergelar suami, belajarlah kemahiran dalam menguruskan anak kembar agar anda dapat menyesuaikan diri dan membantu isteri anda. Secara tidak langsung anda akan membina ikatan yang erat antara ayah dan anak.
Semoga tips kali ni beri manfaat kepada ibu2 bapa2 diluar sana..
sumber google

- Mummy Ira -